Mesyuarat Pertama Unit Kimia KMPk sesi 2009 / 10 Mesyuarat Pertama Unit Kimia KMPk sesi 2009 / 2010 diadakan pada 15 Mei 2009 hari Jumaat bertempat di Bilik Mensyarat Pusat. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ketua Unit Kimia KMPk yang baru iaitu Pn. Hamisah Binti Abu Rashid. Antara agenda yang dibincangkan adalah ucapan alu-aluan sebagai KU yang baru, memperkenalkan 3 orang pensyarah baru yang berpindah dari kolej lain, hal ehwal pengurusan unit, pembahagian tugas khas peringkat unit untuk setiap pensyarah dan lain-lain perkara berbangkit. Suasana mesyuarat adalah harmoni dan berjalan lancar dan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi dari kalangan pensyarah adalah amat memuaskan. Mesyuarat ditangguhkan tepat pada pukul 4.35 petang. Disediakan oleh : Mohamad Shehdi b Ragiun
Suasana yang mesra dan kondusif semasa mesyuarat unit kimia sedang dijalankan
Ketua Unit Bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam memberikan penerangan
Setiap pensyarah memberikan sepenuh perhatian sepanjang mesyuarat berlangsung
Meneliti senarai edaran yang diterima sebelum mesyuarat bermula
KU sedang memberikan respon kepada pertanyaan yang diajukan
PKU begitu khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan
Sebahagian pensyarah lelaki yang menghadiri mesyuarat kimia yang pertama