Mecd@mara

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mecd@mara as PDF for free.

More details

  • Words: 1,878
  • Pages: 21
MECD

1

PENUBUHAN MECD

Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (MECD) telah ditubuhkan pada tahun 2004 berperanan sebagai agensi utama bagi pembangunan usahawan Bumiputera. Sejarah MECD bermula dengan penubuhan Kementerian Penyelarasan Perbadanan Awam (KPPA) pada tahun 1974 yang kemudiannya ditukarkan kepada Kementerian Perusahaan Awam (KPA) pada tahun 1976. KPA bertanggungjawab untuk mengawas dan menyelaras agensi-agensi perusahaan awam seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995 bagi menggantikan KPA bertujuan untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004 memperlihatkan Kementerian Pembangunan Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan tambahan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi, Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.

2

OBJEKTIF o

Objektif utama Kementerian adalah untuk menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan dan koperasi di kalangan rakyat Malaysia.

MISI o

Membantu merealisasikan sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang berkualiti.

VISI o

Kewujudan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berkualiti untuk membantu mecapai Wawasan 2020.

MOTTO "Keusahawanan Kerjaya Pilihan" DASAR 'Q' Untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan profesional serta menepati sasaran kerajaan ke arah menjadikan Kementerian sebagai agensi utama dalam meningkatkan pembangunan usahawan secara berterusan. SLOGAN 'Q' "Kualiti Penggerak Usahawan Jaya"

3

PERANAN 1. Menggubal dasar pembangunan usahawan; 2. Mewujud dan melaksanakan program pembangunan keushawanan; 3. Menyelaras pelaksanaan dasar pembangunan usahawan di peringkat Persekutuan dan Negeri; 4. Menjadi pemangkin dan pemudahcara kepada usahawan dan bakal usahawan memulakan perniagaan; 5. Mewujudkan kerajsama dan jaringan strategik dengan pihak swasta di peringkat Persekutuan, Negeri dan antarabangsa; 6. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penggalakan dan pembudayaan keusahawanan; 7. Menggalak pembangunan usahawan dalaman oleh agensi-agensi di bawah MECD; dan 8. Mengoptimum penggunaan sumber tenaga manusia di MECD dan agensi melalui peningkatan produktiviti serta budaya kerja cemerlang.

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM Bagi mencapai matlamat untuk membangunkan usahawan, MECD telah merangka beberapa strategi yang memberi fokus kepada penyelarasan program-program pembangunan usahawan yang dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan swasta. Enam bidang utama MECD:



Pembudayaan Keusahawanan Pembudayaan keusahawanan adalah satu proses jangka panjang dan berterusan bagi menarik minat semua lapisan masyarakat menceburi bidang

4

perniagaan. Proses pembudayaan ini merangkumi golongan pelajar di peringkat sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat umum. MECD telah menjalankan pelbagai aktiviti ke arah memupuk budaya keusahawanan seperti berikut:-



o

Program Usahawan Muda (PUM)

o

Program Pembangunan Keusahawanan di IPTA

o

Program Pembangunan Usaha Siswa (PPUS)

o

Latihan Program Mentor

o

Latihan Asas Perniagaan (LAP)

o

Latihan Keusahawanan Siswa

o

Kursus Asas Keusahawanan Siswa

o

Program Latihan Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisor

o

Kursus Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisi

Program Latihan dan Bimbingan Latihan dan bimbingan keusahawanan adalah merupakan aktiviti utama MECD melalui beberapa peringkat yang memberi penekanan kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran, latihan dan bimbingan bagi mempertingkatkan prestasi dan kemajuan perniagaan serta khidmat nasihat kepada usahawan menghadapi masalah dalam menguruskan perniagaan. Antara program-program yang dianjurkan adalah seperti berikut:o

Basic Business Training

o

Skim Latihan Bagi Kakitangan Kerajaan Mencebur Diri Sepenuh Masa Dalam Perniagaan (SLGKKDP)

o

Skim Usahawan Siswazah

o

Bengkel Keusahawanan Jangka Pendek 1. Bengkel Pemasaran Strategik 2. Bengkel Pengurusan Kewangan Strategik 3. Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan 4. Bengkel Pengenalan 5S 5. Bengkel Perakaunan Berkomputer

o

Program-program Keusahawanan Jangka Panjang

5

o

Program Latihan Keusahawanan Wanita

o

Latihan Peningkatan

o

Latihan Keusahawanan Kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Di Negerinegeri



o

Pusat Bimbingandan Khidmat Nasihat (PBUN)

o

Pusat Pembangunan Kemahiran

o

Program Latihan Francais Vendor

o

Program Latihan Usahawan Pembinaan

o

Program Latihan Usahawan Pengangkutan

Pembiayaan Kemudahan pembiayaan merupakan faktor penting dalam membantu usahawan menjalankan perniagaan. Bagi tujuan ini MECD dan agensinya telah menyediakan pelbagai skim pembiayaan. o

Tabung Usahawan Siswazah

o

Skim Modal Asas

o

Skim Pinjaman Biasa

o

Tabung Modal Teroka Berteknologi Tinggi

o

Skim Jaminan Usahawan Kecil

o

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

o

Pembiayaan Perniagaan MARA

o

Skim Pembiayaan Bersama Usahawan Menengah Bumiputera Persekutuan-Negeri



o

Skim Bantuan Pembangunan Francais

o

Skim Pembiayaan Francais

Penyediaan Premis Perniagaan Selaras dengan usaha Kerajaan menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan , MECD melalui agensi-agensinya seperti MARA, UHB, BPIMB, PKKM dan PKEN telah menyediakan kemudahan premis kepada

6

usahawan dengan kadar sewa yang berpatutan. Maklumat mengenai lokasi, kadar sewa premis boleh didapati dengan melayari laman web premis online.



Pembangunan dan Peluang Perniagaan Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan penyertaan usahawan dalam arus perdana pembangunan ekonomi, pelbagai program dan aktiviti dijayakan bagi menggalakkan penyertaan usahawan (lelaki dan wanita) dalam dunia perniagaan. Usaha menggalakkan penyertaan ini tidak terbatas kepada bidang-bidang tertentu bahkan meliputi seluruh bidang perniagaan dan perkhidmatan. Kerajaan, termasuk juga MECD sehingga kini telah mengenalpasti 13 bidang strategik yang wajar diceburi oleh usahawan khususnya usahawan Bumiputera. Antara bidang-bidang strategik yang dikenalpasti tersebut ialah:-



o

sektor bioteknologi dan herba

o

sektor makanan halal

o

sektor pertanian moden

o

sektor famaseutikal

o

sektor teknologi maklumat dan komunikasi

o

sektor petrokimia

o

sektor elektrik dan elektronik

o

sektor automotif

o

sektor pelancongan

o

sektor pengangkutan

o

sektor perkhidmatan

o

sektor perundingan dan profesional

o

sektor aeroangkasa

Promosi dan Pasaran MECD cuba melibatkan diri membantu usahawan mempergiatkan produk

7

usahawan bagi menembusi pasaran bukan sahaja pasaran domestik tetapi juga pasaran global melalui pelbagai langkah meliputi e-dagang dan promosi semasa.

KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasar bagi program pembangunan usahawan terdiri daripada dua golongan, iaitu: 1. Individu yang berminat untuk menjadi usahawan; dan

2. Usahawan sedia ada yang meliputi Peniaga Kecil dan Sederhana, pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pemilihan individu daripada kumpulan sasaran berpandukan kepada kriteria tertentu bagi memastikan keberkesanan program yang dijalankan dan peserta mendapat faedah yang maksimum. Kriteria-kriteria spesifik pula digunakan bagi menentukan penyertaan individu dalam program yang memerlukan syaratsyarat khusus.

8

9

10

MARA 11

Puisi Penubuhan MARA

AMANAH DAN AMARAH RAKYAT (25 TAHUN MARA) USMAN AWANG NOVEMBER 1991 Majlis Amanah Rakyat Sebuah nama keramat Lahir dari percikan amarah suatu bangsa Yang mundur sosio-ekonominya Masih menadah tangan menjadi peminta Di tanah airnya yang hampir sepuluh tahun merdeka. Bermula di zaman penjajah dikenal dengan RIDA - Lembaga Kemajuan Kampung Dan Perusahaan Suatu bayangan tipis cara Inggeris melonggarkan Kritik tajam rakyat terhadap dasar penjajahan. RIDA yang berdetik pada tahun 1953 Ketika bara nasionalisma marak menyala Tidak mampu menampung ghairah rakyat merdeka Suara Bumiputera yang semakin keras bergema Kemunduran dan kemiskinan yang ketara. Tahun seribu sembilan ratus enam puluh lima Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Pertama Merumuskan segala duka nestapa bangsa Bahawa kita memiliki telaga Mengapa masih memegang talinya Sedang orang mencapai timba Maka segala gaung amarah dileburkan Menjadi sumpah amanah suatu wawasan

Pada detik 1966 yang menentukan RIDA pun dikerandakan dalam sejarah Untuk sebuah nama baru yang keramat Majlis Amanah Rakyat Kini 25 tahun telah berdetik MARA mencapai kedewasaan usia Mungkinkah bakal tiba Kongres Ekonomi Bumiputera Penyelarasan jalur wawasan dua ribuan

Menilai

kembali keberkesanan AMARAH dan Amanah Rakyat yang dipahatkan.

12

PENGENALAN MARA Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya. Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. OBJEKTIF Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh. STRATEGI PERLAKSANAAN Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan bumiputera dan meningkatkan taraf mereka dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah pembentukan masyarakat peniaga yang berjaya dan kukuh. Mengambil bahagian yang aktif dalam bidang perdagangan dan perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah memberi perlindungan untuk meningkatkan penyertaan bumiputera dalam dunia perniagaan. Menambah bilangan gunatenaga bumiputera yang terlatih dalam berbagai bidang di semua peringkat, khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian, dan Menggalakkan lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai serta menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum bagi meninggikan taraf ekonomi dan sosial bumiputera.

13

MISI KORPORAT

o Mandat o Wawasan o Pernyataan Amanat o Nilai Bersama o Piagam Pelanggan o Motto Mandat, Wawasan dan Nilai Bersama adalah bertujuan untuk dihayati dan diamalkan oleh semua anggota MARA ke arah mewujudkan sebuah organisasi korporat yang cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa.

MANDAT "Dengan kuasa yang diberi, kekal turun temurun, MARA akan melaksana tanggungjawab bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan di seluruh Malaysia dalam bidang-bidang berikut:a) b) c) d) e) f) g)

Perdagangan dan Perindustrian Kemudahan Pembiayaan Usahasama atau sebagai Agen Pengurus Pelaburan Ekuiti Penubuhan dan Pertanggungan Institusi Latihan Apa-apa jua yang difikirkan perlu atau berfaedah oleh Majlis & Aktiviti tambahan yang mendapat kelulusan kerajaan, bertujuan untuk memajukan kaum bumiputera. "

WAWASAN

14

"Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi dan berwibawa: a) b) c) d) e)

Pemegang amanah ekuiti Penggerak dan pemangkin yang aktif Pusat jaringan dan rangkaian perusahaan & perdagangan Pusat maklumat, latihan, penyelidikan dan pembangunan Sebagai organisasi pemikir. "

PERNYATAAN AMANAT "Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan." NILAI BERSAMA

o Anggota Organisasi "Kami adalah golongan profesional yang amanah, jati diri, berdaya tahan, ukhuwah, penyayang & mesra serta beriltizam kepada organisasi dan pelanggan." o Proses/Sistem "Mengamalkan kepimpinan berjemaah, telus dan dinamik."

o Organisasi "Organisasi perintis, berwawasan, berdaya saing, cermat & berhemat serta adil."

o Prestasi "Memastikan pembangunan yang berterusan dan cemerlang."

15

PIAGAM PELANGGAN MARA "Sesungguhnya kami warga MARA akan sentiasa komited kepada pengeluaran berkualiti dan perkhidmatan yang berkesan. Kami juga berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan , menerusi program dan aktiviti berikut : o

' Berusaha untuk menambah bilangan gunatenaga Bumiputera yang terlatih dalam bidang profesional dan teknikal ke tahap 30% daripada keperluan negara

o

' Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari'

o

' Memastikan semua pelajar tajaan MARA di seberang laut akan menerima elaun bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.'

o ' Setiap panggilan ke Ibu Pejabat MARA akan dilayan tidak lewat daripada 30 saat samada oleh Telefonis atau melalui mesin sistem kendalian panggilan.' "

MOTTO "MARA terus mara"

ORGANISASI

16

MARA, sebuah badan autonomi bertanggungjawab kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ahli-ahli Majlis MARA terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan sembilan orang anggota lain, tiga daripada mereka adalah kakitangan awam. Semua Ahli Majlis dilantik oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Ketua Eksekutif ialah Ketua Pengarah dan beliau dibantu oleh dua orang Timbalan Ketua Pengarah. Bahagian-bahagian yang diterajui oleh Pengarah dan Unit-unit di bawah kawalan Ketua Unit melaksanakan fungsi-fungsi MARA pada peringkat Ibu Pejabat dan disokong oleh 14 Pejabat MARA Negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan pejabat-pejabat MARA Daerah. MARA juga beroperasi di London dan Washington D.C. serta mempunyai organisasi sekutu di Asia Timur, Eropah, Afrika dan Amerika Utara.

OPERASI PENGURUSAN Operasi MARA dijalankan melalui pusat operasi di seluruh negeri dan luar negara. Pusat-pusat operasi ini merangkumi: Ibu Pejabat

IKM

Pejabat MARA Negeri

Institut Kemahiran Tertinggi MARA

Pejabat MARA Daerah

Institut Infotech MARA

MRSM

Kenderaan Bas MARA

Kolej MARA

Pejabat MARA Luar Negara

GIATMARA

Kolej Profesional MARA

CARTA ORGANISASI MARA

17

PENUTUP.

18

RUJUKAN.

19

20

21