Kalau nak tahu, inilah Masjid Zahir di Alor Setar, Kedah! If you want to know, this is the Zahir mosque in Alor Setar, Kedah!
Masjid Zahir adalah masjid diraja Kedah. Zahir bermaksud nyata, berlawanan dengan Batin yang tidak dapat dilihat. Apabila melihat nama Zahir ini, terus saya teringat akan gelaran raja-raja dahulukala yang memerintah kerajaan Pasai dalam wilayah Aceh sekarang... Gelaran raja-raja iaitu Sultan Malikul Zahir... Apakah ada kaitan? The Zahir mosque is the royal mosque of Kedah. The word Zahir is Arabic meaning clear and apparent as opposed to Batin which can't be seen because it's inside, more spiritual and hidden in nature. When I looked at the name Zahir, what came to mind is the old royal title for the rulers of the kingdom of Pasai in modern-day Aceh... The title of kings then was Sultan Malikul Zahir... Is there any connection?
Sungai Kedah dilihat daripada kawasan masjid. Memang ada kaitan tertentu antara kerajaan Kedah dan Pasai dahulukala. Keluarga diraja kedua-dua buah kerajaan pernah berkahwin antara satu sama lain. Malah di sebuah tempat bernama Minye Tujuh (kalau tak salah) di Aceh, terdapat sebuah batu nesan yang menyatakan Kedah dan Pasai serta perairannya berada di bawah pemerintahan raja yang sama! The Kedah river seen from the mosque's compound. Of course there is a certain relationship between the kingdoms of Kedah and Pasai in the olden days. The royal families of both kingdoms did marry into each other. In fact, in a place called Minye Tujuh (if I'm not mistaken) in Aceh, there is a tombstone stating Kedah and Pasai along with its waters were under the rule of the same monarchy!
Sebenarnya, catatan pada batu nesan itu yang dibuat dalam bahasa Melayu kuno bercampur Sanskrit dan Arab berbunyi begini... Actually, the inscriptions on the tombstone made in very old Malay mixed with Sanskrit and Arabic sounded like this... Hijrah Nabi mungstapa yang prasaddha Tujuh ratus asta puluh savarasaa Haji catur dan dasa vara sukra Raja iman varda rahmat Allah. Gutra bharu bhasa (ng) hak Kadah Pase. Matarukk tasih tanah samuha Ilahi ya rabbi tuhan samuha Taruh dalam svarga tuhan tutuha. Terjemahannya: Pada hari Jumaat 14 Zulhijjah 781 Hijrah (1380 Masihi), seorang puteri yang beriman kembali ke rahmatullah... Puteri daripada keturunan “Gutra Bharu Bhasa” atau “Kaum Bahasa Baharu”, penganut-penganut budaya baru iaitu agama Islam serta mempunyai hak dan kuasa ke atas Kedah dan Pasai, dan atas segala laut dan darat. Ilahi ya Rabbi, Tuhan semesta ‘alam, letakkanlah beliau di dalam syurga. The translation: On Friday 14 Zulhijjah 781 Hijrah of the Islamic calender (equivalent to the year 1380 AD), a pious princess returned to the presence of God (as in died)... A princess descended from "Gutra Bharu Bhasa" or "the people of the new language", the people who brought a new culture and faith that is Islam and have authority and power over Kedah and Pasai, on land and see. God and Lord, the master of all the universe, do put her in heaven.
Siapakah puteri yang dimaksudkan. Sesetengah pengkaji percaya, baginda adalah Ratu Nur Ilah yang memerintah Pasai sebelum 1380 AD sementara Kedah telah diperintah sejak ayahanda baginda, Sultan Malikul Zahir menaiki takhta 1326. Who is the princess referred to? Some scholars believe she is Queen Nur Ilah who ruled Pasai before 1380 AD while Kedah was already under the rule of her father Sultan Malikul Zahir Thani who ascended the throne in 1326.
Batu penanda Masjid Zahir pula menyatakan masjid ini dibina berdasarkan senibina masjid di Langkat, sebuah wilayah di selatan Aceh sekarang dan utara daripada wilayah Sumatera Utara. Sebenarnya, berdasarkan persempadanan sekarang yang ditetapkan para pemerintah Indonesia di Jakarta, Langkat setakat sebuah daerah di dalam Sumatera Utara. Apapun Langkat pernah menjadi keSultanannya yang tersendiri sementara Sumatera Utara pula merupakan wilayah keSultanan Deli. Kedua-dua kerajaan pernah berada di dalam kekuasaan Aceh sementara Aceh dahulukala berada di bawah penguasaan Pasai. Nampak tak kaitannya? This commemorative stone at the Zahir mosque says the mosque was built based on the mosque architecture in Langkat, a province south of modern-day Aceh and north of Sumatera Utara. Actually, under the current borders defined by the rulers of Indonesia in Jakarta, Langkat is just a district within Sumatera Utara. Whatever, Langkat used to be its own Sultanate while Sumatera Utara was a province within the Deli Sultanate. Both kingdoms used to be under the rule of Aceh while Aceh of olden days was under the rule of Pasai. See the connection?
Masjid Zahir
Masjid Zahir Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.
[sunting] Sejarah
Negeri Daerah Imam
Kedah Kota Setar Tiada maklumat Alamat Masjid Zahir 05000 Alor Setar, Kedah.
Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Reka bentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi dengan lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam. Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.
[sunting] Binaan Bangunan Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Solat) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Pembinaan masjid ini mengambil masa selama 3 tahun. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Bangunan ini juga terletak berhadapan dengan
Balai Nobat dan Istana Pelamin. Masjid ini merupakan antara mercu tanda seni bina negeri Kedah dan antara masjid tercantik di Malaysia. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Zahir"
Masjid Zahir Alor Star Semasa kami di Alor Star tempoh hari, kami mengambil peluang untuk singgah sebentar di masjid zahir untuk menunaikan solat fardhu. Masjid yang dibina pada tahun 1912 tersergam indah dan dijaga dengan rapi. Masjid ini mempunyai reka bentuk dan dekorasi dalaman yang menarik... Sedikit gambar yang sempat kami ambik tempoh hari.
Sedikit info mengenai Masjid Zahir. Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan masjid yang terletak berhadapan dengan Balai Nobat dan Istana Pelamin di negeri Kedah. Dibina pada Ia dibina pada 22
Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya adalah tanah pusara wirawira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam (1821). Selanjutnya baca disini
Kubah Masjid Zahir dari dalam.
Pintu masuk ke ruang dalam Masjid Zahir.
Mimbar dan juga tempat solat di dalam Masjid Zahir.
Selain dari aktiviti menunaikan solat, membaca alquran juga merupakan salah satu aktiviti yang sering dilakukan di masjid ini.
Sebaik sahaja kami menunaikan solat dan sedang berehat, kami pun berbual bual dengan pak cik ini yang merupakan pengunjung tetap masjid ini. Pak cik yang peramah orangnya dan sempat juga pak cik ni ajak kami ke rumahnya.. Tapi kami terpaksa menolak jemputannya disebabkan masa yang ada terhad. Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam. Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 15 Oktober 1915 oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat. Di belakang Masjid Zahir, terdapat Kompleks Bangunan Mahkamah Syariah dan Pusat Pendidikan Asas Kanak-Kanak. Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 124,412 kaki persegi. Dewan tengahnya (Dewan Sembahyang) berukuran 62 x 62 kaki persegi dan dikelilingi oleh beranda berukuran 8 kaki lebar dengan 4 anjung yang setiap satunya terdapat sebuah kubah. Menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid itu.