Masalah Rosak & Gambar2

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masalah Rosak & Gambar2 as PDF for free.

More details

  • Words: 593
  • Pages: 6
PUSAT BANDAR HICOM SEKSYEN 27 , SHAH ALAM

Disediakan oleh : Pengurusan Masjid Al-Munawwarah Jalan Kemensah, Pusat Bandar Hicom Seksyen 27, 40400 Shah Alam Tel : 03-5192 2334 Faks : 03-5192 2335

1.0

KEPERLUAN BAIK PULIH BUMBUNG DAN SYILING

Masjid Al-Munawwarah menjadi kemegahan dan lambang syiar masyarakat Islam sekitar Seksyen 27 dan 28 Shah Alam yang telah menelan belanja pembinaan sebanyak RM 8.5 juta. Namun hari ini, setelah 10 tahun, keadaan masjid ini sudah agak daif dengan masalah ; 1-Kebocoran bumbung dan syiling yang teruk di banyak kawasan . 2-Kebocoran bumbung dan syiling yang teruk di kubah utama. Masalah ini menjadi lebih teruk apabila turunnya hujan lebat menyebabkan air hujan masuk ke dalam ruang masjid dan menyirami karpet masjid. 3-Syiling yang tercabut terutama di laluan tangga ke tingkat atas dan tempat parking motosikal sememangnya sangat membahayakan keselamatan ahli jemaah, lebih-lebih lagi apabila ketika keadaan angin yang kuat kerana ia mampu menjatuhkan syiling-syiling tersebut. Sila lihat lampiran. Selain dari masalah kebocoran kubah, bumbung dan syiling, terdapat satu lagi masalah yang amat perlu di ambil perhatian iaitu berkaitan 4- Tiadanya kabel penebat petir. Walaupun ia telah disediakan pada masa pembinaan dahulu, tetapi hari ini, sebahagian besar bahkan hampir keseluruhan kabel tersebut telah hilang akibat perbuatan vandalisme. Antara permasalahan yang jelas timbul daripada perkara ini adalah kerap kalinya berlaku kerosakan pada alat siaraya masjid termasuk kerosakan pada amplifier yang memerlukan kos pembaikan berjumlah ribuan ringgit. Selain itu juga, ketiadaan kabel ini juga mungkin mengundang bahaya yang lebih besar seperti yang berlaku pada April 2008 yang lalu di mana Flat HIV ( Hicom Industrial Village ) Seksyen 27, Shah Alam yang berada lebih kurang hanya 500 meter dari Masjid Al-Munawwarah telah terbakar akibat panahan petir. 2.0

PENUTUP

Telah menjadi harapan pengurusan dan masyarakat setempat untuk menyelesaikan masalah yang dialami Masjid Al-Munawwarah ini. Dengan harapan agar Masjid AlMunawwarah dan segala kemudahan yang disediakan dapat dinikmati oleh generasigenerasi akan datang dalam membina sakhsiah dan jatidiri muslim. Semoga setiap amalan yang dilakukan bagi mengimarahkan rumah Allah s.w.t ini dihitung dan dicatat bersesuaian dengan Firman Allah s.w.t : “ Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah, yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah. Lantaran itu mudah-mudahan mereka menjadi orang-orng yang mendapat perunjuk ” - At-Taubah : Ayat 18 -

Lampiran 1

Kebocoran/kerosakan pada kubah masjid dapat dilihat dengan jelas walaupun dari jauh.

Kebocoran pada bumbung & kubah Masjid menyebabkan syiling di tingkat atas berlubang dan rosak teruk.

Kesan kebocoran air hujan menyebabkan kerosakan pada karpet dan mendatangkan bau yang tidak menyenangkan kepada para jemaah.

Tempat parking motosikal : perlu diindahkan semula. manakala syiling setinggi 2 tingkat ini bocor dan tertanggal dari tempatnya sangat membahayakan sesiapa sahaja yang berada di bawahnya terutama ketika hari hujan dan berangin.

Kelihatan dengan jelas syiling di laluan tangga ke tingkat atas yang sudah bocor dan berlubang.

Syiling bocor di sebelah atas sof kedua amat mengganggu jemaah apabila hujan terutamanya pada waktu solat dan majlis bacaan yasin.

Kebocoran syiling di belakang belakang mihrab amat jelas kelihatan dan menyebabkan lantai banjir setiap kali hujan lebat.

Kebocoran syiling di bilik imam dapat dilihat dengan jelas. Keadaan ini menjadi sangat teruk apabila hujan turun kerana air menitis di meratarata tempat menyebabkan karpet basah dan berbau.

Saluran paip air di belakang bilik imam tersumbat dan pecah.

Syiling bilik P.A System bocor dan tertanggal.

Kesan kebocoran syiling dan saluran air yang tersumbat (di bahagian bumbung) jelas kelihatan dan menyebabkan kebanjiran yang amat teruk kepada bilik siaraya.

Kesan kabel-kabel penebat petir yang dipotong akibat daripada perbuatan vandelisme boleh mengundang bencana yang tak di ingini.

Related Documents

Masalah Rosak & Gambar2
November 2019 9
Gambar2 Bbm
May 2020 13
Gambar2 Bbm.docx
April 2020 16
Gambar2.docx
December 2019 13