!
Manual Ubuntu. Manual Ubuntu. 1
www.melayubuntu.blogspot.com
Idea | Penulis | Editor | Pereka Grafik | Pengumpul Bahan : ZULKIFLI BIN ABDULLAH
[email protected]
! Dokumentasi MELAYUBUNTU. © 2009 Kesemua kandungan dalam dokumen ini dilindungi oleh akta hakcipta dan anda dilarang samasekali menggunakan kandungan dokumen ini untuk apa tujuan sekalipun tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada penulis. ™ Logo ubuntu yang digunakan dalam dokumen ini adalah trademark kepada Canonical ltd. ! Oleh kerana ubuntu merupakan sistem operasi yang sering dikemaskini sistemnya, paparan imej d a l a m d o k u m en in i m u ng k in berbeza dengan imej dalam ubuntu anda.
Manual Ubuntu. 1
Penaja. PAKEJ
MY MAC for ALL. Panduan memasang Mac OSX Leopard ke dalam PC.
Kesemuanya kini dalam 1 pakej lengkap.
www.mymac4all.com
Manual Ubuntu. 2
Muka surat kosong.
Manual Ubuntu. 3
1 Bagaimana untuk bermula.
Manual Ubuntu. 4
Pasang Ubuntu. Memasang ubuntu ke dalam komputer mengambil masa lebih kurang 1/2 jam dan hanya memerlukan 2 item berikut; " Komputer " CD Ubuntu
Klik 2 kali pada ikon “Install” untuk memulakan proses pemasangan.
Tentukan bahasa yang ingin digunakan semasa proses pemasangan.
Jawab beberapa soalan mudah dan klik Forward.
Manual Ubuntu. 5
Pilih partition dan bersedia untuk pemasangan.
Pilih manual.
Bina satu Partition. Format = ext3 Mount point = / Saiz = 5GB keatas Bina satu Partition. Format = linux-swap Saiz = 500-1000MB
Klik Restart dan proses pemasangan selesai.
Manual Ubuntu. 6
Muka surat kosong.
Manual Ubuntu. 7
2 Ini ialah Ubuntu.
Manual Ubuntu. 2
Desktop Ubuntu. Ubuntu menggunakan GNOME untuk persekitaran desktop yang bersih, mudah difahami dan ringkas.
Pilihan Menu
Cara pantas melancarkan perisian Panel
Area Notisfikasi
Paparan nama pengguna
Paparan waktu, hari dan kalendar.
Paparan latar belakang
Ikon “Show Desktop”
Tong Sampah untuk fail-fail
Ruang Kerja
Manual Ubuntu. 9
Pilihan menu memudahkan pengguna melancarkan perisian, membuka fail di dalam cakera keras dan membuat editasi terhadap sistem pengoperasian ubuntu.
System. Pilihan menu kawalan sistem yang menempatkan alatan kawalan kepada sistem pengoperasian ubuntu.
Applications. Pilihan menu perisian yang disusun mengikut kategori untuk memudahkan pengguna mencari perisian yang diingini. Places. Pilihan menu yang memudahkan folder dan fail dicapai.
Manual Ubuntu. 10
Paparan serba ringkas untuk Kalendar dan waktu dan menu mudah untuk anda keluar dari sesi ubuntu. Klik pada nama pengguna untuk keluar dari sesi ubuntu atau untuk tujuan menutup komputer.
Edit Lokasi anda berada untuk paparan waktu yang tepat. Anda jua boleh menambah berbilang lokasi untuk mengetahui waktu tempatan pada lokasi tersebut.
Manual Ubuntu. 11
Ianya Nautilus. Menguruskan fail-fail dalam cakera keras lebih mudah dengan antaramuka nautilus yang ringkas dan mudah digunakan. Anda boleh susun dan paparkan fail-fail anda mengikut selera anda samada Icon View, List View atau Compact View.
Manual Ubuntu. 12
Side Pane menyediakan kemudahan untuk anda mencapai lokasi fail-fail yang berada dalam cakera keras dalaman, cakera keras luaran, pendrive, cd, dvd, dan juga folderfolder lain yang terdapat dalam cakera keras dalaman. Side Pane juga membolehkan anda unmount (menanggalkan pendrive dengan selamat) dengan hanya satu klik. Klik disini untuk memilih apakah yang ingin anda lihat pada side pane. Places telah disetkan secara default.
Klik disini untuk menanggalkan peranti “LOGITECH HD” dengan selamat (Unmount).
Klik disini untuk “mount” cakera keras dalaman, luaran dan sebagainya.
Heret dan jatuhkan (drag & drop) mana-mana folder ke kawasan ini untuk membina jalan pintas mencapai folder tersebut.
Manual Ubuntu. 13
Toolbar pada nautilus sangat mudah difahami dan digunakan. Dibawahnya terdapat penunjuk lokasi (Location Bar) dan anda boleh memilih paparan butang atau alamat lokasi yang boleh diubahsuai dengan hanya satu klik.
Sebelum Klik
Selepas Klik
Manual Ubuntu. 14
Nautilus cukup fleksibel bagi pengguna yang inginkan sesuatu yang berbeza dan unik. Antaranya pengguna boleh menukar background nautilus yang berwarna putih kepada pattern atau juga warna selain dari putih. Pada nautilus pergi ke pilihan menu Edit > Background and Emblems dan heret & jatuhkan pattern atau warna kegemaran anda ke dalam nautilus. Heret & jatuhkan “Reset” untuk kembali ke asal.
Manual Ubuntu. 15
Jika anda ingin mengubah sesuatu yang lebih kompleks tentang nautilus, pada pilihan menu pilih Edit > Preferences dan tetingkap Preferences akan muncul. Disini anda boleh mengubah banyak ketetapan supaya anda selesa untuk berkerja dengan nautilus. Setiap perubahan yang anda lakukan akan mendatangkan kesan serta-merta.
Manual Ubuntu. 16
Ianya Firefox. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan perisian pelayar web Firefox. Firefox ialah perisian pelayar web yang pantas, pelbagai fungsi, stabil dan selamat. Anda boleh membuka mana-mana laman web termasuk Google, Youtube, Yahoo, Ubuntu dan sebagainya menggunakan Firefox.
Manual Ubuntu. 17
Email. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi aplikasi email client Evolution yang terpasang secara default. Evolution menguruskan email, alamat (contact), peristiwa (event) pada kalendar, perkara perlu buat (tasks), memo dan sebagainya. Evolution sesuai digunakan sebagai sistem email komersil berbanding email client yang lain.
Manual Ubuntu. 18
Ianya Thunderbird. Jika anda inginkan perisian pengurusan email peribadi, perisian Thunderbird adalah yang terbaik. Ianya dilengkapi dengan pelbagai add-ons yang boleh ditambah dan dikurangkan selari dengan keperluan pengguna. Ianya juga lebih mudah digunakan untuk “setup” email yang didaftarkan pada Gmail.
Manual Ubuntu. 19
Ianya Pidgin. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Pidgin sebagai perisian Instant Messenger. Pidgin secara default menyokong protokol seperti AIM, Bonjour, Gadugadu, Google Talk, GroupWise, ICQ, IRC, MSN, MyspaceIM, QQ, SILC, SIMPLE, Sametime, XMPP, Yahoo Messenger dan Zephyr. Anda boleh menggunakan berbilang protokol dan berbilang akaun dalam satu-satu sesi ubuntu menggunakan pidgin.
Manual Ubuntu. 20
Pidgin membolehkan penggunanya untuk berinteraksi dengan kawan dan kenalan secara menghantar text segera, berkongsi fail dan sebagainya.
Manual Ubuntu. 21
Document Viewer. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Document Viewer yang membolehkan pengguna membuka fail PDF dengan lebih mudah tanpa perlu memasang aplikasi lain seperti Adobe Reader. Document Viewer adalah jauh lebih ringan dan pantas dari aplikasi PDF viewer lain.
Manual Ubuntu. 22
Image Viewer. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Image Viewer yang membolehkan pengguna membuka fail imej dalam apa jua format seperti JPEG, PNG, GIF, dan sebagainya.
Manual Ubuntu. 23
Photo Manager. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi F-Spot untuk memudahkan pengguna menguruskan koleksi album gambar foto disuatu tempat. F-Spot dilengkapi pelbagai fungsi pengurusan gambar foto dan boleh diperlihatkan secara slideshow dan sebagainya. Ianya turut menyokong fungsi editasi mudah ke atas gambar foto anda supaya ianya lebih menarik.
Manual Ubuntu. 24
Image Editor. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi GIMP yang berfungsi sebagai image editor yang mudah digunakan dan hebat. GIMP membolehkan pengguna melakukan hampir segenap perkara keatas imej samada menambah text, mengubah saiz, warna, kepekaan cahaya, membuang kawasan yang tidak perlu, menambah layer, dan sebagainya.
Manual Ubuntu. 25
Music Player. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Rhythmbox yang berfungsi sebagai Music Player untuk ubuntu anda. Apa yang anda perlu lakukan ialah setkan satu folder yang mengandungi fail muzik dan import folder berkenaan ke Rhythmbox untuk memasukkan muzik ke dalam Rhthymbox.
Manual Ubuntu. 26
Movie Player. Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan aplikasi Movie Player yang membolehkan pengguna ubuntu memainkan apa jua video dalam pelbagai format seperti WMV, AVI, MP4, MPEG, OGV dan sebagainya.
Manual Ubuntu. 27
Ambil Foto dan Video dari Webcam. Jika driver webcam komputer anda disokong oleh ubuntu, anda boleh menggunakan aplikasi Cheese untuk mengambil foto dan video dari webcam komputer. Anda juga boleh aplikasikan efek tertentu pada foto dan video yang ingin anda ambil.
Manual Ubuntu. 28
Ianya OpenOffice.org Setiap pemasangan ubuntu dilengkapi dengan perisian pejabat OpenOffice.org yang lengkap untuk kegunaan samada peribadi mahupun pejabat anda. Ianya merangkumi aplikasi Word Processor (Writer), Spreadsheet (Calc) dan Presentation (Impress). Selain itu, pakej OpenOffice.org juga mengandungi aplikasi Drawing dan Database untuk memudahkan lagi kerja pejabat anda.
Manual Ubuntu. 29
Word Processor (Writer). OpenOffice.org Writer berfungsi untuk menghasilkan dokumen dalam bentuk text samada untuk menulis surat rasmi, kertas kerja, assignment dan sebagainya. Anda boleh memasukkan graf, imej, jadual, carta dan sebagainya ke dalam dokumen untuk menghasilkan satu hasil kerja yang lebih menarik. Dokumen yang telah siap kemudiannya boleh disimpan dalam format OpenOffice.org (ODF), Microsoft Office (DOC), HTML, RTF dan juga PDF.
Manual Ubuntu. 30
Spreadsheet (Calc). OpenOffice.org Calc membolehkan pengguna untuk menghasilkan spreadsheet untuk membuat pengiraan keatas kumpulan data atau satu koleksi pengiraan yang tersusun. Perisian ini juga membolehkan anda membina graf dan carta berdasarkan kumpulan data yang dipilih dan kemudiannya graf dan carta yang terbina tadi boleh digunapakai dalam OpenOffice.org Writer dengan mudah.
Manual Ubuntu. 31
Presentation (Impress). OpenOffice.org Impress merupakan perisian untuk menghasilkan presentation untuk tujuan membentangkan hasil kerja, cadangan, dan sebagainya. Ianya ternyata mudah digunakan dan dilengkapi kesan animasi untuk setiap slide perbentangan yang anda hasilkan. Sudah tentu anda boleh menggunakan graf dan carta yang dihasilkan menggunakan OpenOffice.org Calc dalam presentation anda.
Manual Ubuntu. 32
Muka surat kosong.
Manual Ubuntu. 33
3 Memahami Sistem.
Manual Ubuntu. 34
Sistem Fail. Ruang cakera keras yang mengandungi sistem operasi Ubuntu dimulakan dengan direktori “/” yang dipanggil “root”. Direktori lain yang terdapat dalam “/” adalah seperti dalam rajah dibawah.
Alamat ke direktori ini ialah /Home
Manual Ubuntu. 35
Sistem Kebenaran. Ubuntu tidak membenarkan penggunanya melakukan perubahan (paste, move, etc) keatas direktori selepas dari “/” tanpa kebenaran (permission) kecuali satu direktori iaitu /Home/User/ iaitu direktori peribadi pengguna komputer. NOTA : Disini User ialah nama pengguna yang disetkan ketika proses pemasangan. Alamat pada nautilus menunjukkan “/” bermakna anda dalam direktori root. Tidak ada satu direktori pun boleh ditambah, dikurangkan atau diubah lokasinya tanpa kebenaran (permission).
Direktori User. Fail dan folder dalam direktori ini bebas diubah, ditambah atau dikurangkan mengikut kehendak pengguna tanpa memerlukan kebenaran.
Manual Ubuntu. 36
Mendapatkan Kebenaran. Untuk mendapatkan kebenaran (permission), anda perlu menggunakan Terminal (Applications > Accessories > Terminal). Selain dari Terminal, semasa proses pemasangan perisian, update software sources dan seumpamanya, sistem ubuntu akan meminta anda memasukkan password yang membawa maksud ANDA SEDANG MEMBERI KEBENARAN UNTUK MENGUBAH FAIL DALAM “root” kepada sistem ubuntu. Sistem kebenaran ini penting supaya hanya aplikasi yang anda kenali sahaja boleh mengubah apa-apa fail dalam direktori “root”.
Untuk mengubah apa-apa fail dalam “root” menggunakan apa-apa perisian samada nautilus, gedit, atau mungkin GIMP, sila gunakan kata arahan “sudo” dan diikuti dengan nama perisian. Selepas memasukkan kata arahan dan tekan ENTER, anda perlu memasukkan password disini. INGAT : password yang anda taip tidak akan keluar atas sebab keselamatan. Selesai menaip password, tekan ENTER sekali lagi.
Paparan seperti ini muncul ketika anda ingin update APT, dan memasang perisian. Terdapat juga beberapa aktiviti yang lain menyebabkan anda terpaksa memasukkan password ke dalam ruangan yang disediakan.
Manual Ubuntu. 37
Memahami Sistem Pengurusan Perisian. APT (Advanced Package Tool) bertindak mendapatkan package (fail-fail yang diperlukan) dan kemudiannya memasang, membuang, mengekalkan, mengurus dependencies dan melaporkan tentang perkara tertentu berkenaan perisian tertentu. Secara default, APT menguruskan maklumat lebih kurang 20,000 package dan perisian dan ianya boleh dipasang kedalam ubuntu tanpa perlu mendownload perisian tersebut daripada Internet secara manual (ianya akan didownload secara automatik). 20,000 package dan perisian tersebut berada pada lokasi (dipanggil repository yang diuruskan oleh pembangun ubuntu) iaitu repository main, universe, restricted, dan multiverse dalam server di internet.
APT perlu mengetahui dari mana sesuatu package perisian itu berada sebelum dimuat turun. Software Sources ialah antaramuka yang membolehkan pengguna ubuntu menetapkan lokasi perisian (dipanggil repository atau singkatannya repo). Selesai menetapkan lokasi perisian, Metadata APT akan dikemaskini untuk memastikan setiap perisian yang telah dipasang adalah versi paling terkini dan juga menambahkan senarai package perisian yang boleh dimuat turun.
Manual Ubuntu. 38
Bagaimana APT Berfungsi? SERVER REPO 3
"
PERISIAN X versi 1
"Package "Versi
SERVER REPO 1
SERVER REPO 2 " "
PERISIAN A versi 1.2 PERISIAN B versi 2.3
"Package "Versi
"
PERISIAN C versi 3.4
"Package "Versi KEMASKINI
APT "Repositories Masukkan alamat lokasi Repository ke dalam APT menggunakan Software Sources.
SERVER REPO 3 yang tidak dimasukkan kedalam data APT akan diabaikan oleh APT.
REPO 1, REPO 2
"Package "Versi
KEMASKINI
METADATA APT PERISIAN A versi 1.1 : TELAH DIPASANG " PERISIAN B versi 2.2 : BELUM DIPASANG " PERISIAN C versi 3.3 : " BELUM DIKEMASKINI
Software Sources (Tetapkan repositories)
Paparan antaramuka yang boleh dilihat. Proses dan data yang berlaku dalam sistem APT yang tidak dapat dilihat. Data Repo di Internet.
Add/Remove Applications Synaptic Package Manager Terminal (Pasang Perisian)
Manual Ubuntu. 39
Menambah Repository. Pengguna perlu menambah sesuatu Repository ke dalam Software Sources ketika dan hanya ketika untuk memasang perisian yang tidak terkandung dalam Repositories default Ubuntu. Ini boleh dilakukan dengan memilih tab Third-Party Software pada antaramuka Software Sources (System > Administration > Software Sources).
APT line ialah alamat kepada lokasi sesuatu/sekumpulan package/perisian yang berada di Internet. APT line ini mudah ditemui di laman web perisian atau juga weblog.
Klik Add untuk menambah repository.
Manual Ubuntu. 40
Kemaskini Metadata APT. Apa yang terkandung dalam Metadata APT ialah kewujudan sesuatu package/perisian, keadaan package/perisian (terpasang atau tidak), versi package/perisian, dan lokasi package/perisian. Metadata APT ini perlu dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memastikan APT boleh memuat turun versi terkini package yang wujud dari lokasi tertentu.
Selepas menambah Repository dan anda ingin menutup Software Sources, tetingkap ini akan muncul meminta anda Reload yang membawa maksud kemaskini Metadata APT diperlukan. Klik Reload.
Cara kedua untuk kemaskini Metadata APT ialah dengan memasukkan kata arahan sudo apt-get update ke dalam terminal.
Manual Ubuntu. 41
Package? Perisian? Identiti Perisian. Perisian ialah himpunan satu atau lebih package. Perisian Pidgin misalnya terbentuk tidak kurang dari 4 package. Manakala setiap perisian mempunyai satu identiti unik yang turut menyimpan maklumat tentang package lain yang diperlukan (dipanggil dependencies). Apabila anda memasukkan sudo apt-get install pidgin, APT akan mengenali identiti perisian tersebut ialah “pidgin” dan APT juga akan turut sama memuat turun package yang diperlukan untuk pemasangan Pidgin. Katakan anda memasukkan sudo apt-get install pidging, APT akan mencari identiti tersebut didalam metadatanya dan jika tidak ditemui, terminal akan mempamerkan mesej E: Couldn’t find package pidging
Manual Ubuntu. 42
Memasang Perisian. Secara asas, terdapat 4 cara yang biasa digunakan untuk memasang perisian dalam Ubuntu. 4 cara tersebut ialah menggunakan Add/Remove Applications, Synaptic Package Manager, Terminal dan juga fail .DEB. 1. Add/Remove Applications. “Tick”kan mana-mana perisian yang ingin anda pasang ke dalam Ubuntu.
Klik Apply Changes untuk memulakan proses pemasangan perisian yang di”tick”.
Manual Ubuntu. 43
2. Synaptic Package Manager.
“Tick”kan mana-mana perisian yang ingin anda pasang ke dalam Ubuntu.
Klik Apply untuk memulakan proses pemasangan perisian yang di”tick”.
Manual Ubuntu. 44
3. Terminal.
Taipkan sudo apt-get install NAMA-PERISIAN untuk memasang perisian yang di ingini.
Manual Ubuntu. 45
4. Fail .DEB
Fail .DEB ini biasanya dimuat turun dari laman web di Internet. Klik kanan dan pilih Open with “GDebi Package Installer” atau klik 2 kali pada fail .DEB ini untuk memulakan pemasangan perisian.
Manual Ubuntu. 46
Membuang Perisian. “Untick” perisian yang telah terpasang dan klik Apply. Anda boleh membuang perisian menggunakan Terminal dengan cara berikut.
Taipkan sudo apt-get remove NAMA-PERISIAN untuk memasang perisian yang di ingini.
Manual Ubuntu. 47
Kemaskini Perisian. Jika APT (Metadata APT) mendapati package yang terdapat dalam repo di internet mempunyai versi terbaru, satu mesej akan muncul pada Notisfikasi untuk memaklumkan tentang Kemaskini Perisian (Software Update). Klik pada ikon kemaskini dan tetingkap Update Manager akan muncul.
“Tick” package yang ingin dikemaskini sahaja.
Saiz keseluruhan yang perlu dimuat turun untuk proses kemaskini.
Klik Install Update untuk memulakan proses kemaskini.
klik Check untuk kemaskini APT local package index yang menguruskan perihal kemaskini versi perisian.
Manual Ubuntu. 48
System Monitor. Ubuntu memudahkan pengguna memeriksa tahap penggunaan Processor, Memory dan Ruang Cakera Keras komputer melalui System Monitor. Apabila anda mendapati ada perisian yang tidak memberikan apa-apa respon, anda boleh klik kanan pada nama perisian tersebut di System Monitor dan pilih End Process untuk menutup perisian tadi secara paksa.
Manual Ubuntu. 49
Kelengkapan Hardware. Hardware seperti kad bunyi, kad jaringan, kad grafik, papan kekungci, tetikus, printer, scanner, bluetooth dan sebagainya tidak akan berfungsi tanpa driver. Ubuntu menggunakan KERNEL LINUX yang sudahpun mengandungi kebanyakkan driver untuk kelengkapan hardware komputer anda. Namun jika masih terdapat hardware yang tidak dapat berfungsi dalam ubuntu kerana drivernya tergolong dalam Proprietary driver, anda boleh aktifkan menerusi fungsi Hardware Drivers (System > Administration > Hardware Drivers). Aktifkan driver yang diingini dan restart komputer anda.
Manual Ubuntu. 50
Muka surat kosong.
Manual Ubuntu. 51
4 Tip & Petua Mudah.
Manual Ubuntu. 52
Pasang Codecs untuk Audio dan Video. Ubuntu secara default hanya menyokong Audio dan Video berformat OGG, OGV dan OGA. Untuk memainkan Audio atau Video berformat MP3, AVI, MPEG, dan sebagainya anda harus memasang sesuatu yang dinamakan Codec terlebih dahulu. Ianya tidak terlalu sukar dalam ubuntu. Apabila Movie Player gagal memainkan sesuatu format Audio atau Video, satu tetingkap muncul memaklumkan bahawa ubuntu akan mencarikan codec yang sesuai untuk anda. Ikuti arahan seterusnya dan pasang codec yang sesuai.
Manual Ubuntu. 53
Menggunakan internet tanpa wayar. Jika anda mempunyai kad tanpa wayar (wireless card) yang disokong oleh ubuntu, anda boleh menggunakan perkhidmatan internet tanpa wayar dengan hanya satu klik dalam ubuntu. Contohnya jika anda berada di Lapangan Terbang, atau Pusat Membeli Belah yang menyediakan perkhidmatan Wifi, anda hanya perlu klik pada ikon Network pada panel dan pilih sambungan Wifi yang diingini.
Manual Ubuntu. 54
Aktifkan Efek Desktop. Jika komputer anda mempunyai kad grafik yang disokong, anda boleh aktifkan Efek Desktop atau lebih dikenali sebagai Compiz Fusion. Untuk aktifkan Compiz Fusion, pergi ke menu System > Preferences > Appearance dan kemudian pilih tab Visual Effects. Pilih Extra untuk aktifkannya ketahap maksima. Jika kad grafik anda tidak disokong, None akan terpilih secara automatik.
Manual Ubuntu. 55
Pasang CCSM. Untuk membolehkan pengguna melakukan ketetapan keatas kelakuan Efek Desktop dan juga mengaktif/pasifkan sesetengah efek, pengguna harus memasang satu aplikasi yang dipanggil CompizConfig Settings Manager. Buka Add/Remove Applications dari Menu Applications dan pada “Show:” pilih All available applications dan taipkan Advanced Desktop Effects Settings (ccsm). Pasang item berkenaan dan buka ia melalui pilihan menu System > Prefereces. “Tick”kan efek desktop yang ingin diaktifkan.
Manual Ubuntu. 56
Berikut merupakan contoh Efek Desktop popular yang menarik untuk dicuba.
Manual Ubuntu. 57
Tukar Tema Desktop. GNOME ialah Desktop Environment yang fleksible dan memudahkan penggunanya menukar tema desktop dengan mudah. Pergi ke pilihan menu System > Preferences > Appearance dan tetingkap Appearance Preferences akan muncul. Anda hanya perlu klik tema yang disukai dan perubahan akan berlaku serta-merta.
Heret dan Jatuhkan.
Heret dan Jatuhkan.
Klik mana-mana tema yang ingin digunakan.
Klik customize untuk membuka tetingkap Customize Theme.
Manual Ubuntu. 58
Mencari dan Memuat Turun Tema Desktop. Secara default, ubuntu tidak menyediakan banyak pilihan Tema Desktop untuk pengguna. Namun komuniti GNOME telah berkumpul dan menyumbangkan hasil kerja mereka secara percuma di www.gnome-look.org. Disana anda perlu memilih kategori GTK 2.x untuk memuat turun Tema Desktop. Anda juga boleh memuat turun tema ikon, wallpaper dan sebagainya.
Klik disini untuk memuat turun Tema Desktop.
Manual Ubuntu. 59
Berikut merupakan contoh Tema Desktop yang sama sekali berlainan dari tema default ubuntu. Paparan, warna dan ikon adalah sama sekali berbeza dengan paparan ubuntu asal.
Manual Ubuntu. 60
Menguasai Panel. GNOME Panel amat fleksible dan membenarkan ianya ditambah, dikurangkan, dialih lokasi, ditambah applet (item pada panel) dan sebagainya. Secara default ubuntu mempunyai 2 panel dibahagian atas dan bawah setiap desktop. Setiap item yang terdapat pada panel iaitu applet juga boleh ditambah, dikurangkan, dialih lokasi dan sebagainya. Klik kanan pada mana-mana applet dan anda akan mendapati terdapat menu lain yang memberikan anda kebebasan untuk mengawal setiap tingkah-laku applet. Pilih Add to Panel untuk menambah applet ke Panel.
Klik kanan pada applet Workspace dan pilih Preferences untuk mengubah ketetapan bilangan workspace.
Manual Ubuntu. 61
Membuka perisian ketika Startup. Biasanya terdapat beberapa perisian yang pengguna ingin buka setiap kali komputer dibuka. Saya mengambil contoh pidgin. Oleh kerana anda buka pidgin setiap kali selepas memasuki sesi ubuntu, lalu anda ingin pidgin dijalankan secara automatik setiap kali anda memasuki sesi ubuntu. Disini anda perlu menggunakan Session Preferences (System > Preferences > Session) untuk memasukkan Pidgin ke dalam sesi ubuntu.
Klik Add untuk menambah perisian yang ingin dibuka pada sesi ubuntu.
Masih ingat identiti perisian? Masukkan identiti perisian pada Command.
Manual Ubuntu. 62
Mencari fail. Mencari fail dalam ubuntu cukup mudah. Anda boleh menggunakan mesin pencari yang terdapat pada Nautilus atau menggunakan Search for Files yang merangkumi semua lokasi dalam cakera keras dalaman, luaran, pendrive, dan sebagainya.
Klik Search untuk mencari fail dalam folder sekarang.
Manual Ubuntu. 63
Ianya Ubuntu Tweak. Ubuntu Tweak merupakan satu aplikasi yang membolehkan pengguna ubuntu mengubah banyak ketetapan pada sistem ubuntu seperti memasang perisian, menambah repository, menetapkan efek desktop, menetapkan perisian pada startup dan sebagainya. Pergi ke www.ubuntu-tweak.com dan tambahkan repository Ubuntu Tweak ke dalam Ubuntu anda.
Manual Ubuntu. 64
Pasang perisian windows dalam Ubuntu. WINE ialah satu perisian yang membolehkan pengguna ubuntu memasang perisian windows dalam ubuntu. Walaupun WINE masih tidak menyokong kesemua perisian windows, namun bilangan perisian yang disokong bertambah dari semasa ke semasa. Ini bagus untuk pengguna yang ingin menggunakan perisian windows tertentu dalam ubuntu tanpa perlu masuk ke dalam sesi windows.
Manual Ubuntu. 65
Beberapa contoh perisian windows yang dipasang ke dalam ubuntu menggunakan WINE.
Manual Ubuntu. 66
Mencapai fail melalui Terminal. Ubuntu memberikan pengguna pilihan samada menggunakan Graphical User Interface (Antaramuka Bergrafik) atau Command Line Interface (Antaramuka Kata Arahan) untuk mencapai fail dalam cakera keras. Meskipun Antaramuka Kata Arahan agak kompleks untuk difahami dan digunakan, namun ianya sangat penting kepada ubuntu. Kata Arahan berinteraksi dengan sistem kawalan pengoperasian ubuntu melalui Terminal. Apa jua kata arahan yang ingin digunakan mestilah melalui Terminal dan tekan ENTER selepas memasukkan kata arahan untuk menjalankan arahan tersebut. ~$ menunjukkan anda sedang dalam direktori Home.
Perhatikan 120canon dan 120CANON adalah 2 benda yang berbeza. ~/Pictures$ menunjukkan anda sedang dalam direktori Pictures.
Sistem Penamaan Fail dalam Ubuntu. Dalam ubuntu, terdapat beberapa garis panduan penamaan fail. ! huruf kecil dan HURUF BESAR dilihat dua benda yang berbeza. ! Boleh gunakan apajua simbol, huruf dan nombor dalam menamakan fail kecuali simbol “/”. ! Meletakkan “.” (titik) didepan mana-mana nama fail akan meletakkan fail berkenaan dalam kategori fail tersembunyi (hidden file).
Manual Ubuntu. 67
Rujukan Kata Arahan Asas. Kata Arahan
Fungsi
Contoh Penggunaan
ls
Senarai kandungan sesuatu direktori
~$ls
ls -al
Senarai kandungan sesuatu direktori termasuk fail tersembunyi
~$ls -al
cd
Memasuki sesuatu direktori Biasanya diikuti oleh nama direktori
~$cd Pictures ~$cd --> bermaksud kembali ke Home
pwd
Tunjukkan direktori semasa/sekarang
~$pwd
mkdir
Bina direktori baru - Biasanya diikuti dengan nama direktori yang ingin dibina
~$mkdir Video
rm
Buang (delete/remove) sesuatu fail
~$rm mypicture.jpg
rm -r
Buang (delete/remove) sesuatu direktori
~$rm -r Video
sudo apt-get install
Pasang perisian dalam ubuntu Biasanya diikuti dengan nama perisian/package
~$sudo apt-get install thunderbird
sudo apt-get remove
Buang perisian dalam ubuntu Biasanya diikuti dengan nama perisian/package
~$sudo apt-get remove thunderbird
sudo apt-get update
Kemaskini Metadata APT
~$sudo apt-get update
sudo apt-get upgrade
Kemaskini kesemua perisian/package ~$sudo apt-get upgrade dalam ubuntu
killall
Tutup perisian yang sedang berjalan - ~$killall nautilus Biasanya diikuti dengan identiti ~$killall gnome-panel perisian
Manual Ubuntu. 68
Help Center. Pada panel bahagian atas, terdapat satu ikon berbentuk tanda soal. Ianya ialah Ubuntu Help Center yang mendokumentasikan pertolongan untuk pengguna ubuntu dan juga merupakan tempat rujukan ubuntu yang paling mudah untuk dicapai. Jika terdapat perkara-perkara asas yang tidak difahami tentang cara-cara menggunakan ubuntu, sila klik ikon tanda soal berikut dan Ubuntu Help Center akan muncul.
Manual Ubuntu. 69
Muka surat kosong.
Manual Ubuntu. 70
5 Soal & Jawab.
Manual Ubuntu. 71
S J S J
Apakah yang dimaksudkan oleh “Ubuntu”?
Ubuntu bermaksud “Kemanusian untuk semua” dalam bahasa Zulu di Afrika. Nama ubuntu dipilih oleh pengasasnya iaitu Mark Shuttleworth yang berasal dari Afrika untuk menunjukkan bahawa Ubuntu ialah sistem operasi untuk semua.
Adakah Ubuntu sesuai untuk komputer saya?
Ubuntu dibangunkan dengan fokus untuk ia boleh dipasang dan dijalankan dalam mana-mana komputer samada minima atau maksima keupayaannya. Dengan hanya 256MB RAM, dengan kepantasan processor 1.2GHZ dan 8GB ruang cakera keras, anda mampu melarikan sistem operasi ubuntu berserta Efek Desktop 3D tanpa masalah gangguan dari segi prestasi dan kestabilan.
Manual Ubuntu. 72
S J S J
Apakah beza Ubuntu dan Microsoft Windows?
Ubuntu dan Microsoft Windows kedua-duanya merupakan perisian sistem operasi untuk komputer. Ubuntu adalah PERCUMA dan BEBAS manakala Microsoft Windows adalah berbayar dan pengguna tertakluk kepada kekangan akta hakcipta.
Adakah Ubuntu selamat untuk digunakan?
Ya, Ubuntu merupakan sebuah sistem operasi yang stabil dan selamat untuk digunakan secara komersil, organisasi mahupun peribadi. Ianya bebas dari Virus komputer bawaan Microsoft Windows, dilindungi oleh firewall untuk menghalang pencerobohan dari luar secara jaringan internet, dan stabil untuk dijalankan dalam mana-mana komputer tanpa merosakkan komponen hardware komputer.
Manual Ubuntu. 73
S J S J
Saya sangat berminat mencuba Ubuntu. Dimana saya boleh dapatkan CD Ubuntu?
Ubuntu ialah PERCUMA dan boleh dimuat turun menerusi laman web rasminya iaitu di www.ubuntu.com. Anda juga boleh menempah CD ubuntu secara PERCUMA dari www.shipit.ubuntu.com.
Dimana saya boleh membuat rujukan yang lebih tentang Ubuntu? Di Internet. Kami di www.melayubuntu.blogspot.com menyediakan ilmu dan rujukan yang mantap tentang ubuntu setanding dengan laman web blog ubuntu antarabangsa yang lain. Kelainan yang kami bawakan ialah setiap artikel ditulis dalam Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan berdasarkan eksperimentasi yang dibuat terlebih dahulu sebelum sesuatu artikel dan tutorial dihasilkan.
Manual Ubuntu. 74
S J S J
Bagaimanakan perkembangan penggunaan Ubuntu di Malaysia? Ubuntu di Malaysia masih lagi diperingkat permulaan dan pengenalan. Ubuntu bakal menjadi sistem operasi yang berkembang pesat di Malaysia satu hari nanti kerana kekuatannya dari segi jaminan keselamatan dan KEBABASAN yang menawarkan sesuatu kelainan berkomputer kepada penggunanya.
Apakah Matlamat Manual Ubuntu?
Manual Ubuntu ini dihasilkan dengan semangat berkongsi ilmu dan harapan supaya Ubuntu dapat diperkenalkan lagi kepada pengguna komputer diseluruh Malaysia secara meluas. Manual Ubuntu dihasilkan dengan begitu teliti berdasarkan pengalaman penulis memperkenalkan ubuntu kepada pengguna komputer yang tidak tahu apa-apa tentang linux, sumber terbuka dan ubuntu. Dengan penuh rendah diri, saya persembahkan Manual Ubuntu.
Manual Ubuntu. 75
Manual Ubuntu. 76