Manhaj Liberal.docx

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Manhaj Liberal.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,445
  • Pages: 12
PENDAHULUAN Didalam menempuhi era kemodenan ini,satu aliran pemikiran baru telah muncul dalam institusi keislaman iaitu Islam Liberal yang mana dikatakan bahawasanya pemikiran ini memperjuangkan keadilan,kebebasan,kesejagatan dan pentafsiran semula Islam.Ia dikatakan muncul sebagai antitesis kepada fenomena terorisme dan fundamentalisme dengan mempromosikan islam secara rasional dan up-to-date yang disesuaikan dengan arus perubahan zaman bermakna islam itu tidak releven diamalkan sepanjang zaman dan ia hanya tertumpu pada zaman-zaman tertentu.Apakah layak seorang manusia yang kerdil menggubal perlembagaan baru didalam islam sedangkan ia sudah lama termaktub didalam Al-quran? Sedar atau tidak fahaman ini sedikit demi sedikit menular masuk ke dalam negara Malaysia.Seandainya tiada jalan penyelesaian untuk membanteras masalah ini kami khuatir ia akan memberi impak yang buruk pada fikiran dan amalan rakyat Malaysia khususnya penganut Islam.Kita dapat lihat pelbagai medan boleh ditembusi untuk

menyebarkan

fahaman

liberal

seperti

melalui

buku,majalah,video,movie,

‘Facebook’dan

sebagainya.Hakikatnya anak-anak muda mudi akan menjadi mangsa utama dengan hasutan fahaman ini. Di sini membawa satu gelombang hitam yang dibawa masuk ke dalam negara tercinta kita iaitu negara Malaysia.Islam Liberal merupakan bidaah dalam agama Allah iaitu merekacipta atau mengada-adakan apa yang tiada kaitan dengan sebarang panduan dan sandaran kepada ajaran agama. Justeru kami bersepakat memilih tajuk Islam Liberal sebagai kajian kerja kursus untuk mengetahui secara awal bagaimana perkembangan Islam Liberal dan kesan kepada masyarakat negara Malaysia.Pencerahan dan penjelasan akan kami bentangkan mengenai Islam Liberal dari sudut definisi,sejarah,faktor,kesan dan sebagainya. Secara tuntasnya,Islam liberal merupakan satu fahaman baru yang menyesatkan dan perlu diberi perhatian oleh semua pihak baik kerajaan,universiti,sekolah,guru-guru,ibubapa,masyarakat sekitar agar fahaman ini tidak tersebar luas dan meresap kedalam diri masyarakat di negara Malaysia.

DEFINISI ISLAM LIBERAL Islam Liberal boleh diertikan sebagai fahaman yang berteraskan perjuangan hak-hak kemanusian seperti kebebasan,nila-nilai kemanusiaan yang pro-pluraslisme dan tolenrasi,nilai-nilai sekular dan menerima kemodenan.Menurut Kamus Dewan ( DBP Kuala Lumpur 1994) perkataan Liberal didefinasikan sebagai bersifat kearah kebebasan dan pemerintahan yang demokratik,berfahaman bebas,dan berfikiran terbuka iaitu tidak tertumpu pada satu aliran pemikiran sahaja.

Dari sudut terminologi,perkataan “Liberal” adalah merupakan istilah Inggeris yang dipinjam dari bahasa Latin, “Liber” ataupun “free” yang bermaksud bebas,liberal,berpandangan terbuka,tidak dibelenggu oleh manamana tradisi,adat,aliran pemikiran ataupun agama.Manakala “Liberalisme” pula merujuk kepada pandangan dan prinsip yang liberal terutama dari sudut sosial dan politik.Fahaman yang diaspirasikan oleh gerakan liberalisme Barat yang memperjuangkan kebebasan dan hak-hak individu dalam pelbagai bidang kehidupan.Antara isu utama

yang

diketengahkan

oleh

mereka

adalah

seperti

pemisahan

antara

agama

dan

negara

(sekularisme),demokrasi,hak-hak kaum wanita dan golongan minoriti,kebebasan berfikir dan gagasan tentang kemajuan. Menurut Oxford Dictionary of Philosophy ( 1996.218) pula menyatakan bahawa liberalisme ialah : sesuatu yang ada hubugan dengan politik :A political ideology centred upon thee individual,thought of as possessing right against government including right of equality of respect,freedom of expression and action,and freedom from religious and ideological constraint. Ensiklopedia Indonesia (1983:jld 4:2005) pula menjelaskan bahawas liberalisme ialah usaha perjuangan menuju kepada kebebasan.Di satu pihak dibezakan antara liberaslime politik dan rohani,di lain pihak liberalisme ekonomi.Liberalisme rohaniah dan politik pula berdasarkan pada keyakinan bahawa semua sumber kemajuan terletak dalam perkembangan peribadi manusia yang bebas.[2] Di sebut juga dalam konsep liberal yang bermaksud kepercayaan mengenai agama islam yang bersifat liberal dan tidak terikat dengan tradisi dan agama,Islam yang bukan bersifat ortodoks atau konservatif dan sesuai dengan perubahan zaman serta Islam yang berorientasikan masa hadapan bukan masa silam.Begitulah anasir barat yang membawa pengaruh yang amat besar dalam pemikiran orang islam.Secara dasarnya mungkn pemikiran yang dibawa oleh mereka boleh diterima akal,tetapi apabila diselidik dan diteliti dengan lebih jelas kita akan dapat lihat kesan yang amat buruk pada diri sendiri,masyarakat,dan negara. [3]

SEJARAH ISLAM LIBERAL Mutakhir ini dunia dan masyarakat Islam sedang berhadapan permasalahan yang sukar dan cukup merbahaya berikutan lahir dan berkembangnya apa yang diistilahkan sebagai modenisme dan liberalisme.Pada hakikatnya,istilah modenisme dan liberalisme tidaklah dimaksudkan sekadar menggambarkan keterikatan dan hidup di zaman moden,global,dan bersifat liberal,tetapi ia adalah suatu kesimpulan di kalangan penganut pelbagai agama yang berkeyakinan dan beriktikad bahawa kemajuan ilmu pengetahuan dan kebudayaan semasa memerlukan semakan dan penglihatan semula prinsip,pemikiran dan kesimpulan agama yang difahami dan

diaplikasikan kepada perspektif baru berasaskan falsafah dan pencapaian semasa.Bagi memenuhi keperluan itu,ia memastikan pentakwilan dan melakukan proses membuat kesimpulan baru ajaran agama kepada asas dan prinsip yang selari dengan tamadun moden,global dan liberal.Berikutan dari itu,lahirlah dikalangan pemikir agama khususnya di kalangan masyarakat Barat yang bergerak ke arah usaha dan langkah menselarikan atau mensejagatkan pemikian agama dengan nilai moden.[4] Perkembangan ini di dunia Barat telah mempengaruhi banyak agama utama di dunia termasuklah masyarakat Islam.Dunia dan masyarakat Islam semenjak kurun ke 16 hinggalah awal kurun ke-20,berkedudukan sebagai tanah jajahan kepada pelbagai kuasa penjaja Eropah Barat.Dalam tempoh itu,umat Islam disajikan dengan sistem pemerintahan,pentadbiran dan pendidikan sekular Barat. Keadaan ini,bahkan ditambah dengan kelemahan faktor dalaman masyarakat Islam sendiri telah memberi ruang kepada perkembangan dan tersebarnya modenisme dan liberalisme,iaitu usaha pemodenan dan meliberalkan pemikiran agama Islam.Walaupun umat dan negara Islam dalam kurun berikutnya telah mencapai kemerdekaan,namum pimpinan politik yang memperolehi kuasa membentuk kerajaan sendiri dari lepasan pendidikan sekular Barat di negara sendiri,malah ada yang memproklamirkan perlembagaan negara mereka sebagai negara sekular berasaskan sistem sekular seperti negara Turki. Gagasan-gagasan idea yang diperkenalkan oleh pendukung aliran pemikiran liberal ini telah menyebabkan berlakunya polemik sesama umat islam di seluruh dunia.Kemunculannya juga dikatakan telah mengugat kesucian agama Islam terutama dari aspek akidah dan syariah.Golongan yang kurang pegangan dengan kepercayaan agama Islam menjadi mangsa untuk mengikut cara kehidupan baru yang diperkenalkan oleh pendukung aliran pemikiran liberal. Dari perbincangan para ulama dan ahli akademik mengenai aliran Islam Liberal,ianya didapati amat merbahaya kepada aqidah dan syariat.Umumnya,serangan pemikiran ini terhadap aspek akidah dan syariah secara tidak langsung mengoncang tahap kepercayaan terhadap segelintir umat islam dan takut kelak mereka akan terpesong kelembah liberalisme.

Bagaimana manhaj islam liberal ? Islam liberal merupakan satu aliran yang bercanggah dengan aliran islam yang sebenar. Sejak akhirakhir ini, aliran ini semakin berkembang dan sedang mengambil tempat di hati orang-orang muslim di Malaysia. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan sebegitu kerana boleh mendatangkan kesan buruk terhadap akidah umat islam. Jadi untuk membanteras dan menangani masalah ini, seharusnya kita mengenali apakah manhaj atau ciriciri aliran Islam Liberal ini. Mungkin kebanyakan umat islam yang tidak tahu menganggap bahawa aliran islam

liberal ini berlandaskan agama islam yang sebenar. Atas sebab itulah, mereka senang terpengaruh dengan aliran islam liberal ini. Untuk pengetahuan, manhaj atau ciri-ciri aliran ini mengarahkan kepada pembukaan dan pembebasan tafsiran agama[1]. Mereka memperjuangkan Islam yang terbuka dan bebas daripada belenggu tafsiran lama ke arah tafsiran baru lagi segar demi kejayaan umat. Berikut ini akan disenaraikan beberapa manhaj atau pegangan yang dipegang oleh aliran Islam Liberal ini.

Manhaj Islam Liberal tentang agama Islam : Manhaj kesamaan agama merupakan manhaj utama yang diperjuangkan oleh aliran ini dengan menyebarkan fahaman Pluralisme agama iaitu fahaman yang menyakini bahawa semua agama adalah samasama benar dan merupakan jalan menuju kepada Tuhan yang sama. Menurut Ulil Absar Abdallah iaitu penyelia Jaringan Islam Liberal di Indonesia, beliau mengatakan bahawa : “Semua agama adalah sama. Semuanya menuju jalan kebenaran. Jadi islam bukan agama yang paling benar (Majalah Gatra, 21 Desember 2002)[2]. Ulil Absar juga menulis : “Dengan tanpa rasa segan dan malu saya mengatakan bahwa semua agama adalah tepat berada pada jalan seperti itu, jalan panjang menuju Yang Maha Benar. Semua agama, dengan demikian, adalah benar, dengan variasi, tingkat dan kadar kedalaman yang berbeza-beza dalam menghayati jalan keagamaan itu. Semua agama adadalam satu keluarga besar yang sama : yaitu keluarga pencinta jalan menuju kebenaran yang tak pernah ada hujungnya “(Kompas, 18-112002, dalam artikel : “Menyegarkan kembali pemahaman Islam”)[3]. Dr.Alwi Shihab, mantan Menteri Luar negara Indonesia, pensyarah di Universiti Islam Negeri Jakarta, menyatakan : “Prinsip lain yang digariskan oleh al-Quran adalah pengakuan kewujudan orang yang berbuat baik dalam setiap komuniti beragama dan dengan begitu, layak memperoleh pahala dari Tuhan. Jelas prinsip ini memperkukuh idea mengenai Pluralisme keagamaan dan menolak eksklusivisme. Dalam pengertian lain eksklusivisme keagamaan tidak sesuai dengan semangat al-Quran. Sebab al-Quran tidak membeza-bezakan antara satu komuniti agama dari lainnya”[4]

Aliran ini menganggap bahawa agama islam adalah agama yang benar. Dalam masa yang sama aliran ini juga berpendapat bahawa semua agama adalah benar. Mana-mana agama yang berkonsepkan ketuhanan yang menyuruh dan menyeru kearah kebaikan ianya dianggap sama-sama benar. Manhaj kesamaan agama merupakan manhaj tersendiri yang unggul bagi aliran ini kerana tidak ada satu pun agama sebelum ini samada agama yang masih tulen atau yang telah diubah suai, mendakwa atau berpegang dengan manhaj kesamaan antara agama[5]. Keunggulan manhaj ini tidak sesekali menunjukkan dan menggambarkan keistimewaan mereka tetapi menunjukkan keterdesakan mereka kerana mereka sanggup mengorbankan segala sesuatu demi mencapai kehendak akal dan nafsu mereka semata-mata.

Manhaj Islam Liberal tentang al-Qur’an : Islam Liberal ini turut menggugat kesucian kitab suci al-Quran dengan tafsiran-tafsiran yang tersendiri. Mereka turut mempertikaikan tentang wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT. Menurut mereka, wahyu ini terbahagi kepada dua iaitu wahyu yang bertulis dan tidak bertulis. Wahyu yang bertulis merupakan kitab suci alQuran yang mana bagi mereka hanyalah teks semata-mata, manakala wahyu yang tidak bertulis pula merujuk kepada akal manusia itu sendiri[6]. Perkara ini telah dijelaskan oleh tokoh islam liberal sebagaimana dalam

Harian Kompas tanggal 18 November 2002, koordinator jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla menulis : “Bagi saya, wahyu tidak berhenti pada zaman Nabi. Wahyu terus bekerja dan turun kepada manusia. Wahyu verbal memang telah selesai dalam Al-Quran, tetapi wahyu non verbal dalam bentuk ijtihad akal manusia terus berlangsung”[7]. Bagi mereka, akallah yang sebenarnya menghidupkan teks-teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana zaman. Jadi disini, mereka menganggap bahawa al-Quran hanya menerangkan tujuantujuan agama semata-mata dan disinilah fungsi akal manusia mentafsirkannya mengikut penyesuaian sesuatu zaman. Sesuatu hukuman yang digunapakai pada zaman dahulu tidak boleh dilaksanakan pada zaman sekarang kerana ianya telah lapuk dan tidak bersesuaian pada zaman sekarang. Sebagai contoh terhadap firman Allah SWT :

{(38) ٌ‫َللاه ع َِزيزٌ َحكِيم‬ ٌّ ‫َللاِ َو‬ ٌّ ٌَ‫َال مِ ن‬ ًٌ ‫سبَا نَك‬ ٌ‫س ِار ه‬ َ ‫س ِار َق ٌةه فَا ْق َطعهوا أ َ ْي ِديَ هه َما َجزَ ا ًٌء بِ َما َك‬ ّ ‫ق َوال‬ ّ ‫} َوال‬ Bermaksud: Pencuri, lelaki dan perempuan hendaklah kamu potong tangan kedua-duanya sebagai balasan dari apa yang kedua-duanya lakukan dan sebagai seksa dari Allah. Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah 5: 38)

Dalam firman Allah SWT ini menerangkan tentang hukuman terhadap pesalah lelaki dan perempuan yang melakukan kecurian. Hukuman potong tangan dikenakan terhadap pesalah-pesalah. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa hukuman ini telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan juga para Sahabat. Akan tetapi, menurut fahaman islam liberal ayat diatas menerang tentang wajib dikenakan hukuman terhadap pencuri tetapi hukumannya boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian masa dan tempat. Menurut mereka, hukuman potong tangan tidak lagi releven untuk dilaksanakan pada zaman sekarang kerana tidak akan membawa kepada kemajuan islam. Bagi pesalah-pesalah ini, mereka perlu dikenakan hukuman penjara kerana bagi fahaman islam liberal ini hukuman penjara ini releven dan sesuai untuk dilaksanakan pada zaman sekarang. Mana-mana hukuman yang telah dinyatakan dalam al-Quran boleh diubah dan dibuat pembaharuan mengikut akal dan tafsiran mereka. Ini kerana bagi mereka pembaharuan ini dapat memajukan dan meningkatkan taraf umat islam. Begitulah manhaj membuka dan mentafsir yang dipegang oleh islam liberal ini. Sehinggakan segala apa yang telah dipraktikkan pada zaman Rasullah SAW tidak semestinya perlu diamalkan pada zaman sekarang. Selain itu, kumpulan islam liberal ini dalam mengkritik al-Quran mereka menggunakan metod pentafsiran hermeneutika iaitu “to understand the discourse just as well as even better than its creator” (Freidrich Schleiemenrcher “The Hermeneutics: Outline of the 1819 lectures”, dalam Hermeneutic Tradition, 1990, m.s.93)[8]. Pada awalnya, metod hermeneutics ini digunapakai oleh golongan pemikir barat dalam mentafsir kitab Bible mereka. Ini kerana kitab Bible ini mempunyai banyak persoalan yang tidak jelas. Jadi akibat pengaruh barat ini, islam liberal telah menggunapakai metod hermeneutics ini dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran[9]. Demikian juga dengan Muhammad Arkoun yang menyatakan bahawa hermeneutika adalah cara terbaik untuk mentafsirkan al-Quran sebab dengan hermeneutika kita dapat menafsirkan al-Quran sesuai dengan tinjauan sejarah, sosiologi, dan antropologi sehingga dengan demikian kita akan menolak bentuk

pentafsiran yang mensucikan dan memuliakan al-Quran sebagaimana yang telah dilakukan secara teologis dan tradisional (Muhammad Arkoun, Rethinking Islam, 1994, m.s.36)[10]. Dengan pernyataan ini Arkoun menganggap bahawa al-Quran itu tidak suci dan mulia, sama dengan buku yang dapat dianalisa dan dikaji sesuai dengan keadaan dan situasi tertentu. Demikian beberapa pemikiran Islam Liberal yaang sangat berbahaya dan mampu mempengaruhi umat islam yang cetek ilmu agamanya. Tambahan lagi, di Malaysia sendiri golongan ini semakin hari semakin berkembang dan pemikiran mereka telah masuk ke dalam institusi pendidikan Islam.

Manhaj Islam Liberal tentang Hadis-Hadis : Sepertimana manhaj-manhaj yang lain, Islam Liberal mempunyai manhaj yang tersendiri berkaitan dengan hadis-hadis Nabi SWA. Pertikaian dibuat terhadap semua hadis Nabi SAW walaupun yang termuat di dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim[11]. Mereka juga berpendapat bahawa hadis-hadis ini hanya ciptaan manusia yang ingin mengambil manfaat untuk diri mereka sendiri bukannya datang daripada Baginda SAW. Sebagai contoh hadis-hadis yang berkaitan dengan perkara-perkara ghaib seperti azab kubur, Padang Masyar, Titian Sirat dan sebagainya hanyalah ciptaan perawi-perawi hadis. Berkaitan dengan hadis Mutawatir dan hadis Ahad, mereka mempunyai pandangan yang tersendiri. Mereka menolak hadis-hadis Ahad dan hanya menerima hadis-hadis mutawatir[12]. Walaubagaimana pun kebenaran hadis Mutawatir hanya dalam kontek kehidupan masyarakat Arab pada zaman Rasulullah SAW dan tidak sesuai untuk zaman sekarang. Aliran Islam Liberal ini kebanyakan menolak apa yang dibuat dan dilaksanakan pada zaman Baginda SAW kerana bagi mereka ianya tidak releven lagi dilaksanakan pada zaman sekarang terutamanya untuk memajukan agama Islam.

Manhaj Islam Liberal terhadap Rasulullah SAW : Rasulullah SAW merupakan nabi dan juga rasul yang diutuskan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Beliau mempunyai sifat Nubuwah yang dikurniakan oleh Allah SWT yang mana ianya tidak dikurniakan kepada manusia biasa. Akan tetapi bagi aliran Islam Liberal, sifat Nubuwah yang dimiliki oleh Rasulullah SAW hanyalah merupakan sifat atau kemampuan biasa yang boleh dimiliki oleh semua manusia[13]. Mana-mana manusia yang boleh memimpin dan mempunyai kemampuan dalam memimpin manusia ke arah kebaikan boleh mempunyai sifat Nubuwah yang seumpama Baginda SAW. Oleh sebab itu bagi aliran ini Rasulullah SAW hanyalah manusia biasa yang lazimnya melakukan kesilapan dan kebenaran. Kritikan dan pujian terhadap baginda SAW menjadi perkara biasa bagi aliran ini. Oleh kerana itulah kita dapat lihat bahawa terdapat tokoh-tokoh aliran Islam Liberal tidak segan silu dan bersalah untuk mengkritik baginda SAW. Ada yang mengatakan Baginda SAW itu seorang yang mempunyai nafsu yang kuat kerana mempunyai isteri yang ramai. Sunnah-sunnah yang diamalkan oleh baginda juga sudah ketinggalan zaman dan tidak sesuai untuk dipraktikkan pada zaman sekarang. Jadi mereka memandang golongan yang memakai jubah, serban, dan berjanggut itu sebagai manusia yang ketinggalan zaman. Mereka juga tidak mempercayai tentang peristiwa Isra’

dan Mikraj yang mana ia merupakan peristiwa kemukjizatan Baginda SAW[14]. Peristiwa ini hanya rekaan semata-mata oleh golongan-golongan yang taksub terhadap Baginda SAW. Penafian demi penafian turut dibuat. Mereka turut mempertikaikan tentang status Baginda SAW yang merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Menurut Budy dalam bukunya yang mendakwa bahawa : “ Nabi Muhammad S.A.W. yang dalam pandang teologis Islam dianggap sebagai ‘penutup’ (khatam) segala Nabi dan Rasul. Pengertian ‘penutup” disini berkaitan dengan klaim argumen Islam sebagai agama terakhir : Dalam alQuran kata ‘khatam secara harfiah bererti “cincin”, iaitu pengesah dokumen (seal)”[15]. Pandangan yang dilontantarkan ini sangat bercanggah dengan dalil atau nas-nas “Qatii” daripada al-Quran dan Sunnah Nabi SAW dan juga ijmak para ulamak yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW itu merupakan Nabi yang terakhir. Terdapat ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan Nabi yang terakhir. Allah berfirman yang bermaksud : Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi dia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Surah Al-Ahzab: ayat 40)

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari turut menjelaskan tentang perkara ini, antaranya yang bermaksud: “Sesungguhya Kerasulan dan Kenabian telah terputus, maka tiada Rasul selepasku dan tiada Nabi.....”[16]. Oleh itu sesiapa yang tidak berpegang dan menolak nas al-Quran dan hadis yang sahih riwayatnya akan jatuh kufur berdasarkan kesepakatan yang telah dibuat oleh para ulama’.

Manhaj Islam Liberal Terhadap Ilmu-Ilmu Islam : Dalam agama islam terdapat banyak ilmu-ilmu islam yang menjadi asas dan merupakan sesuatu yang baku di dalam disiplin ilmu-ilmu islam antaranya ialah ilmu usul fiqh, usul tafsir, usul hadis, dan sebagainya. Akan tetapi, bagi aliran islam liberal ini ilmu-ilmu ini tidak penting dan mereka memandang remeh terhadap ilmu-ilmu ini kerana ilmu ini dikarang oleh manusia dan ianya tidak sunyi daripada kesalahan dan kecacatan. Mereka turut mempertikaikan methodologi pentafsiran al-Quran yang diguna pakai masa kini dengan slogan membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran[17]. Oleh sebab itu, mereka tidak menggunakan tafsiran-tafsiran ini dalam pentafsiran mereka untuk membebaskan agama islam. Atas dasar ini jugalah mereka mempertikaikan tentang perkara-perkara yang ‘qat’i’ iaitu yang sudah muktamad di dalam Islam. Bagi mereka perkara-perkara ini masih terbuka dan bebas daripada segala maksud dan tafsiran. Oleh sebab itu seseorang tidak boleh mendakwa bahawa pendapatnya sahaja yang benar. Maka yang demikian, tidak pelik bagi aliran ini meremehremehkan tokoh-tokoh islam kerana mereka ini merupakan manusia biasa yang turut sama melakukan kesilapan dan kebenaran. Bagi mereka ulamak-ulamak islam ini merupakan manusia yang dibelenggui oleh tafsiran jumud akibat penyembahan mereka terhadap teks-teks yang mereka cipta sendiri[18]. Kita dapat lihat terdapat tokoh islam liberal ini mencerca tokoh-tokoh islam antaranya Nurcholish Madjid bersama Tim Penulis

Paramadina dalam buku “Fiqih Lintas Agama” di halaman 5 telah melemparkan cercaan terhadap Imam Syafii yang dituduh penghalang perkembangan fiqih[19].

Manhaj Islam Liberal Terhadap Hukum-Hukum Fiqh : Apabila merujuk kepada hukum-hukum fiqh, aliran islam Liberal ini mempunyai kaedah usul yang tersendiri yang membawa kepada pengjagaan kemaslahan manusia. Jadi mencapai tujuan ini hukum-hukum yang telah ditetapkan boleh diubah-ubah mengikut masa dan tempat. Mereka tidak merasa bersalah dan segan silu mengubah hukum yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah yang sahih. Contohnya dalam bab faraid, hudud, perkahwinan, persaksian dan sebagainya. Dalam bab faraid, kadar pembahagian harta yang telah ditetapkan telah diubah kononnya untuk lebih adil antara ahli waris. Dalam hukuman hudud pula, mereka tidak mengguna pakai apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Mereka menentukan hukuman tersebut menggunakan kehendak mereka sendiri asalkan bagi mereka dapat memajukan umat islam. Bagi mereka hukuman hudud sudah tidak releven pada zaman sekarang khususnya untuk memajukan umat islam. Dalam bab perkahwinan pula aliran Islam Liberal ini membenarkan perkahwinan sesama jenis. Mereka juga turut menggalakkan homoseksual dan penzinaan. Di Indonesia, kelompok liberal ini memperjuangkan agar perkahwinan sesama jenis dibenarkan di negara tersebut. Mereka turut menerbitkan buku berjudul “ Indahnya Kahwin Sesama Jenis”[20].

Gerakan Islam Liberal di Malaysia. Bedasarkan pembacaan dan penelitian penulis, kami mendapati wujud beberapa gerakan yang memperjuangkan fahaman liberalisme agama ini. Gerak kerja mereka adalah sama dalam mencapai tujuan kebebasan beragama namun berbeza dalam konteks cara penyebaran dan cara tuntutan. Kebanyakan gerakan bergerak secara lantang melalui pelbagai medium seperti akhbar,forum dan siri jelajah. Mereka ini telah wujud seawal tahun 2000 lagi. Bermula dari satu kelompok dan akhirnya bergabung menjadi suatu bentuk kumpulan pendesak yang cukup jitu tuntutan mereka. Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC) Cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (IFC)[1] yang wujud pada awal Februari 2005 merupakan suatu manifestasi hasil gabungan gerakan-gerakan islam liberal ini. Bermula seawal Disember 2000, lontaran idea bahawa perlu diwujudkan sebuah badan antara agama dalam sebuah persidangan anjuran Majlis Peguam Malaysia telah diterima. Sehubungan itu, sebuah jawatankuasa antara agama dibentuk. Kemudian, bibit itu bercambah subur pada Ogos 2001 apabila Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS) telah menyerahkan memorandum yang mengandungi senarai permasalahan yang dihadapi oleh golongan non-muslim dalam mengamalkan agama masingmasing. Gerakan konservatif seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Koordinasi NGO Islam Malaysia (ACCIN) International Movement for Just World (JUST)

yang pada awalnya menyertai jawatankuasa tersebut akhirnya menarik diri selepas suara tentangan mereka dipandang sepi ahli majlis jawatankuasa yang lain. Gerakan ini kemudian tanpa segan silu, terang-terangan dan terus-terusan mengadakan bengkel-bengkel[2], forum-forum, ceramah-ceramah dan siri jelajah untuk memberi pengetahuan umum kepada masyarakat Malaysia akan perjuangan dan segala tuntutan mereka. Jawatankuasa itu kemudian telah mewujudkan suatu deraf Rang Undangundang Suruhanjaya Antara Agama Malaysia.[3] Penulisan deraf ini merupakan suatu cubaan nekad dari ahli jawatankuasa tersebut dalam mentafsir hak kebebasan beragama dari sudut pandangan sekular liberal. Norma-norma antarabangsa tentang hak kebabasan beragama yang mana kita ketahui bersandarkan pemikiran sekular-liberal Barat telah menjadi tunjang penulisan deraf tersebut.

Kumpulan Artikel 11. Kumpulan Artikel 11[4] telah ditubuhkan pada bulan Mei 2004. Kumpulan yang terdiri daripada 13 pertubahan bukan kerajaan (NGO)[5] ditubuhkan untuk menegakkan Rukun Negara ketiga iaitu keluhuran Perlembagaan dan menggalakkan kebebasan beragama di Malaysia. Kebanyakan mereka juga bergiat aktif dalam penubuhan IFC. Kumpulan ini menolak sebarang diskriminasi individu atas dasar agama, bangsa, tempat lahir atau jantina. Mereka juga menggesa agar kebebasan berfikir, beragama dan suara hati setiap individu dihormati, dijamin dan dilindungi. Dengan menegaskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan undang-undangnya pun sekular, mereka cuba menafikan peranan mahkamah syariah yang mempunyai kuasa sama tara dengan mahkamah sivil dalam sisterm keadilan di Malaysia. Bagi mereka undang-undang sivil adalah lebih gah dari undang-undang Islam yang merupakan secebis daripada pandangan umum yang biasa didokong oleh kelompok sekularliberal. Sister In Islam (SIS) Menyentuh tentang Sister In Islam, ia adalah sebuah pertubuhan NGO di Malaysia yang didaftarkan pada tahun 1991 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad.[6] Nama SIS digunakan secara komersial dalam urusan penyiaran tetapi mereka menggunakan nama syaikat bagi urusan rasmi. SIS telah diasaskan oleh Dr. Amina Wadud pada tahun 1988. Ketika itu beliau adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bidang

Teologi. Seramai 6 orang wanita muslim yang prihatin terhadap permasalahan wanita telah bersatu hati membentuk jawatankuasa ketika awal penubuhan SIS iaitu Dr. Amina Wadud, Zainah Anwar, Salbiah Ahmad, Sharifah Zuriah, Rashidah Abdullah dan Ros Ismail.[7] Tumpuan mereka adalah untuk mencabar undang-undang dan dasar atas nama Islam yang dikatakan mendiskriminasikan kaum wanita. Kemudian, berkembang kepada isuisu lain yang lebih luas seperti hak asasi manusia, perlembagaan hinggalah soal-soal poligami, murtad, aurat, persamaan antara hak antara lelaki dan wanita, pengkid dan sebagainya lagi.[8] Mereka cukup lantang menyuarakan hak-hak wanita yang dianggap mendiskriminasikan dan merendah-rendahkan kaum Hawa. Maka, tidak hairan dalam dua gerakan yang telah kami perincikan diatas mereka cukup kuat menampilkan diri dalam memastikan suara mereka didengari oleh semua pihak. Kelangsungan perjuangan mereka adalah bertunjangkan kepada mahu melawan segala pemikiranjumud yang ada dalam kalangan umat Islam hari ini. SIS mahu mengajak masyarakat meneliti sesuatu perkara berdasarkan realiti kehidupan semasa pada ketika ini. Idea dan pemikiran mereka mendapat tempat dengan mudah di dada-dada akhbar perdana terutamanya akhbar Bahasa Inggeris seperti The New Straits Times. Secara tidak langsung, penyiran makalah mereke menyebarluaskan pengaruh pemikiran mereka ini. Mereka yang terdidik dengan aliran Inggeris baik dalam atau luar negara, serta kurang terdedah kepada pembelajaran Islam yang sistematik mudah terjerat dangan wahana pemikiran ini. Terkini, mereka telahpun menghasilkan kumpulan tafsir wanita yang bertumpu penyebarannya kepda ibu-ibu tunggal dan janda. Penafsiran dalil-dalil mereka cukup berlawanan dengan penfsiran Islam yang sebenar tentang hak-hak kaum Hawa di dalam al-Quran. Apakah bahanya kepada Islam dan Muslim. Berikut kami paparkan beberapa akibat yang telah berlaku hasil perjuangan fahaman Islam Liberal hari ini:[9] ·

Al-Quran dan hadis Rasulullah telah disama tarafkan sepertimana buku-buku sastera yang lain.

·

Cuba memansuhkan syariat Islam yang bertentangan dengan piagam hak asasi manusia seperti hukuman zina dan mencuri.

·

Prinsip aqidah mereka telah lari dari doktrin yang dipegang golongan sunni.

·

Berhasil menimbulkan keraguan aqidah dan memecah belahkan umat Islam.[10]

·

Golongan moderat Islam ini telah mendapat tempat hingga ke peringkat dunia.[11]

·

Status Islam yang syumul (menyeluruh) sebagai ad-din telah menurun menjadi agama sivil atau agama peribadi semata-mata.

·

Cukup lantang mempertikaikan kewibawaan autoriti golongan ulama terutamanya Majlis Fatwa Kebangsaan. Kesimpulan Agama Islam mengakui perbezaan agama yang lain tetapi tidak mengakui kebenaran agama yang lain sebab agama yang benar hanyalah agama Islam sedangkan agama yang lain adalah batil.Namun, dalam mengimplementasikan suruhan Islam yang sebenar, tidak seharusnya wujud suatu pembaharuan dalam perkara-perkara pokok tentang Islam yakni perkara-perkara tentang akidah. Makanya, kewujudan fahaman Islam Liberal yang mana telah lari jauh dari pegangan akidah yang sebenar tidak seharusnya diiktiraf kewujudannya. Konsep pegangan mereka cukup berbahaya bagi akidah umat Islam dan pengekalan prinsipprinsip Islam baik dalam bidang akidah, mahupun dalam bidang syariah dan akhlak. Bagi Islam Liberal, semua ayat menjadi ayat yang boleh ditakwilkan sesuai dengan akal fikiran mereka, padahal Allah telah menyatakan bahawa tidak semua ayat itu dapat ditakwilkan, tetapi sebahagiannya ad yang tetap dan pasti(qat’ie), dan jika ada yang dapat ditakwilkan(zanni), maka pentakwilan tersebut tidak dapat dilakukan oleh semua orang tetapi mereka yang sudah memilik ilmu pengetahuan dengan mendalam terhadap hukum-hukuk dan prinsip-prinsip pengambilan hukum berdasarkan nas Al-Quran dan nas-nas hadis Rasulullah. Jika pemikiran terhadap Islam hanya menggunakan dasr rasional dan akal semata-mata, ia merupakan jalan menuju kesesatan. Begitu juga akal fikiran itu dipandu oleh hawa nafsu sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran. Semoga tulisan ringkas ini dapat membangkitkan kesedaran kita terhadap cabaran akidah yang semakin keras dan jitu kuasanya. Semoga Allah memberikan petunjuk dan kekuatan agar kita mendapat cara dan ikhtiar yang terbaik dalam menghadapi serangan Islam Liberal sehingga umat Islam dan kebenaran agama Islam tetap terpelihara sehingga tamatnya riwayat alam ini. Wallhu A’lam. [1] Kumpulan yang menyokong penubuhan IFC ialah Majlis Peguam Malaysia, Malaysian Consultive Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS), Pure Life Society, Inter-Religious Spiritual and Fellowship (INSAF), Malaysian Interfaith Network, Sister In Islam, FORUM IQRA, Spiritual Assembly of Baha’is of Malaysia, Perseketuan Pertubuhan Agama Tao Malaysia, Federation of I-Kuan Tao Association Malaysia, Soka Gakkai Malaysia, Sri Sathya Sai Central Council, Circle of Life, Theosophical Society, National Human Right Society (HAKAM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Aliran Kesedaran Kebangsaan (ALIRAN), National Council of Women’s Organization Malaysia (NCWO), Research for Social Advancement (REFSA). [2] Bengkel “Towards the Formation of an Inter-Religious Council” bertarikh 17 Mei 2003 merupakan antara bengkel terawal yang membentangkan akan gagasan ini. Pada mulanya SIS

telah memboikot bengkel tersebut kerana tidak berpuas hati melihatkan kegagalan jawatankuasa memupuk kerjasama antara wakil-wakil komuniti agama tetapi kembali menganggotainya semula. [3] Deraf ini jika dilihat banyak mengaplikasikan akan kehendak manusia semata-mata melalui pelbagai seksyen yang mereka kemukakan terutamnya berkaitan dengan hak kebebasan manusia dalam semua bidang kehidupan. [4] Nama “Artikel 11” digunakan sempena Perkara 11 Perlembagaan Perseketuan yang menjamin hak kebebasan beragama. [5] Kebanyakan NGO yang menganggotai Kumpulan Artikel 11 juga menyertai dan menyokong gagasan penubuhan IFC. [6] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam Liberal : Isu dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 53. [7] Jabatan Agama Islam Selangor, (t.t), Sister In Islam, Wajah Gerakan Islam Liberalisme di Malaysia. Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 53. [8] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam Liberal : Isu dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 53. [9] Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Fadlam Mohd Othman, 2012, Islam Liberal : Isu dan Reaksi., Selangor, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor. Hlm. 54. [10] Umat Islam di Indonesia telah diharamkan untuk menganggotai kelompok Islam Liberal melalui fatwa yang dikeluarkan oleh majlis Ulama Indonesia (MUI) pada 25 Julai 2005. [11] Pada tahun 2003, persidangan KALIF yang berkisar tentang Islam dan cabaran madeniti telah dihadiri ramai tokoh-tokoh Islam Liberal dengan tujuan untuk mempengaruhi inteligensia Muslim di Malaysia supaya bersikap kritis terhadap warisan Islam. (al-turath al-islami)

http://fareastfaiz.blogspot.com/2013/05/kertas-kerja-islam-liberal-part-3.html

Related Documents

Manhaj Liberal.docx
October 2019 20
Aqeeda Manhaj
November 2019 21
Manhaj Tarbawi 1.pdf
June 2020 7
Al Manhaj Wal Minhaj
June 2020 20