Malaysian Studies

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Malaysian Studies as PDF for free.

More details

  • Words: 3,630
  • Pages: 21
S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

PELAJARAN 10

STR UKTUR PEMERINT AHAN RU TA (LEGISLA TIF) (LEGISLATIF) Selepas membaca pelajaran ini, anda seharusnya dapat:



Memahami tentang prinsip raja berperlembagaan;



Membincangkan tentang kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong; dan



Memahami syarat-syarat kelayakan menjadi ahli Parlimen.

153

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

154

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

KANDUNGAN

• • • • • • • • • • • •

Pengenalan

157

Yang di-Pertuan Agong

157

Pemilihan Yang di-Pertuan Agong

158

Tugas Yang di-Pertuan Agong

159

Perkara-perkara yang Tidak Boleh Dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong

162

Majlis Raja-Raja

162

Demokrasi Berparlimen

164

Struktur dan Keanggotaan Parlimen

165

Kelayakan Ahli Majlis Parlimen

166

Fungsi dan Kuasa Parlimen

167

Prosedur Undang-undang (Membuat Undang-undang)

168

Keistimewaan Parlimen

170

155

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

156

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

PENGENALAN Raja Berperlembagaan ialah sistem beraja mengikut peraturan Perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan, terdapat dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Ketua Negara Persekutuan Malaysia ialah Yang Di-Pertuan Agong dan beliau merupakan seorang Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan yang dimaksudkan ialah seorang raja memerintah mengikut kuasa yang diberikan kepada beliau oleh Perlembagaan. Dengan cara ini, pemerintahan Raja tersebut tidaklah dijalankan mengikut sesuka hatinya sendiri tetapi ditetapkan oleh Perlembagaan yang menjadi garis panduan kepada bidang kuasa pemerintahannya.

YANG DI-PER TU AN DI-PERT UA

AGONG

Mengikut Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Negara bagi Persekutuan. Sebagai Ketua Utama Negara, perlembagaan memberinya keutamaan ke atas semua raja-raja (nama umum bagi tujuh orang sultan dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta Raja Perlis yang juga setaraf dengan sultan). Berbanding dengan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan, Yang Di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara iaitu Raja yang memerintah (reign ) manakala Perdana Menteri berkuasa (govern) . Begitulah kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam negara raja berperlembagaan, berbeza dengan raja mutlak (berkuasa penuh), umpamanya Raja Habsyah dan Presiden Filipina, mereka ialah ketua negara dan sekaligus ketua kerajaan. Sebagai ketua negara, Yang di-Pertuan Agong ialah ketua tiga cabang kerajaan: 157

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

(a) Badan perundangan, (b) Eksekutif, (c) Badan kehakiman. Institusi Yang di-Pertuan Agong telah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Institusi ini pernah dikatakan sesuatu “yang unik dan asli.” Pendapat ini memang tepat sekali kerana keunikan jawatan ini ialah dari segi boleh diwarisi dan juga merupakan satu jawatan lantikan. Sama seperti Queen di England, jawatan ini diwarisi oleh Raja-Raja Melayu, tetapi dari satu segi yang lain ia berbeza daripada Queen kerana jawatan ini ialah jaw atan lantikan. Yang di-Pertuan Agong dilantik lima tahun sekali di kalangan sembilan Raja-Raja Melayu. Kebijaksanaan mewujudkan jawatan ini telah diperakui ramai kerana baginda telah menjadi “satu simbol perpaduan dalam negara yang berbilang kaum.”

PEMILIHAN YANG

DI-PER TU AN DI-PERT UA

AGONG

Pemilihan seorang Raja sebagai Yang Di-Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-Raja dari kalangan sembilan RajaRaja Melayu mengikut peraturan dan kaedah yang ditentukan dalam Perlembagaan. Bagi pemilihan pertama, satu senarai Raja disediakan mengikut kekananan iaitu “mengikut susunan Duli-Duli Yang Maha Mulia mengiktiraf keutamaan antara mereka sendiri pada masa itu.” Raja yang terkanan sekali akan memulakan senarai pemilihan ini. Setelah perkara ini sempurna, Majlis Raja-Raja dikehendaki menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang terkanan sekali, iaitu yang namanya pertama sekali dalam senarai. Jika Raja tersebut menerima tawaran itu, baginda akan ‘dilantik’ sebagai Yang di-Pertuan Agong 158

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

selama lima tahun. Sekiranya Raja tersebut enggan menerima tawaran tersebut, tawaran akan dibuat kepada Raja yang kedua dalam senarai tersebut dan seterusnya. Bagi pemilihan seterusnya, satu senarai pemilihan disediakan dan dikemas kini supaya giliran tiap-tiap Raja terpelihara.

T U G A S YANG DI-PER TU AN DI-PERT UA

AGONG

Sebagai Raja yang memerintah mengikut Perlembagaan, tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh Perlembagaan. Kuasa-kuasa yang diberikan kepada baginda oleh Perlembagaan menentukan corak, jenis dan cara tugastugas tersebut dijalankan. Tugas-tugas ini bolehlah digolongkan dalam dua kategori . Pertama ialah tugas yang dijalankan mengikut nasihat dan kedua ialah tugas yang dijalankan mengikut budi bicara. 1. Tugas Mengikut Nasihat Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menjalankan segala tugas yang diberi kepada baginda oleh Perlembagaan atau undang-undang Persekutuan, mengikut nasihat Jemaah Menteri (lazimnya Perdana Menteri ) ; kecuali bagi tugas-tugas tertentu yang mana Perlembagaan menetapkan nasihat ini tidak diperlukan. Parlimen, melalui satu undang-undang Persekutuan, boleh mensyaratkan supaya Yang di-Pertuan Agong mendapat syor dari pihak-pihak tertentu atau berunding dengannya selain daripada Jemaah Menteri, sebelum mengambil sesuatu tindakan. Fasal (2) Perkara 40 ini menyebut “semua tugas” dikehendaki dijalankan mengikut nasihat dan kita dapati bahawa setelah meneliti tugas-tugas yang dikecualikan daripada peruntukan ini, tugas yang dimaksudkan oleh fasal ini ialah tugas eksekutif persekutuan. 159

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

2. Tugas Mengikut Budi Bicara Tiga jenis tugas ditetapkan sebagai tugas-tugas yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda. Tugas-tugas ini ialah:a) b) c)

Melantik Perdana Menteri ; Tidak memberi persetujuan membubar Parlimen; Meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata kerana keistimewaan, kedudukan, kem uliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

ugas-Tugas Tugas-T ugas Lain a)

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Baginda Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Dua di antara tugas-tugas lain yang dijalankan oleh baginda dan dianggap penting ialah memperkenankan rang undangundang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta perisytiharan darurat.

b)

Memperkenan Rang Undang-Undang Amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia tentang peranan baginda dalam proses perundangan ialah sepertiyang dinyatakan dalam Perkara 66(3)(4) dan (5). Fasal (3) dalam Perkara ini memperuntukkan bahawa Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara atau oleh Dewan Rakyat sahaja dalam keadaan di mana persetujuan Dewan Negara tidak diperlukan, hendaklah dipersembahkan kepada baginda supaya diperkenankan.

160

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

c)

Perisytiharan dan Perundangan Darurat Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam proses perisytiharan dan perundangan darurat perlu dikaji dalam konteks perubahan yang telah berlaku hingga hariini. Baginda diberi peranan penting semasa darurat terutamanya dalam mengisytihar darurat dan membuat undang-undang darurat semasa Parlimen tidak bersidang. Perkara 150 Perlembagaan Malaysia dalam Fasal (1) memperuntukkan bahawa jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa satu darurat besar sedang berlaku dan keselamatan atau kehidupan ekonomi negara ini atau mana-mana bahagiannya terancam kerana darurat tersebut, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan satu Perisytiharan Darurat.

d)

Kuasa Pengampunan Berasaskan prinsip bahawa ‘Raja adalah sumber keadilan’, Perlembagaan memberi kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong. Baginda dibolehkan mengampun segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan. Bagi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak atau Wilayah Persekutuan, kuasa pengampunan juga diberikan kepada baginda. Perkara 42(1) terbatas kepada kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan.

SOALAN PERBINCANGAN 1

Jelaskan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. 161

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

P E R K A R A - P E R K A R A YA N G TID AK BOLEH TIDA DILAKUKAN OLEH YANG DI-PER TU AN AGONG DI-PERT UA Perkara 34 Perlembagaan menyenaraikan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara perkara ini ialah : (a) Baginda tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja di negeri baginda kecuali tugas-tugas baginda sebagai Ketua Agama Islam. (b) Baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginya ada apa-apa saraan. (c) Baginda tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa jua perusahaan.

MAJLIS RAJA-RAJA Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh sembilan Sultan atau Raja dan empat Gabenor atau Yang Dipertua Negeri . W alaupun Majlis ini tidak mempunyai kuasa perundangan atau pemerintahan, ia tetap berpengaruh dan memainkan fungsi yang mustahak dalam negara ini. Anggota rasmi Majlis ialah sebelas Ketua Negeri. Bagaimanapun, kehadiran dalam persidangan boleh diwakili oleh Raja Muda sesebuah negeri sekiranya Perlembagaan negeri berkenaan mengizinkannya. Majlis Raja-Raja telah wujud sejak dari zaman Negeri Melayu Bersekutu lagi tetapi tidak berjalan rapi seperti mana sekarang. Majlis ini diperuntukkan juga dalam Perlembagaan Malayan Union (1946) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1948. Tetapi, kuasa Majlis ini tidak luas sepert i mana sekarang, kerana Majlis itu hanya berkuasa dalam hal162

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

ehwal dan adat resam orang-orang Melayu serta agama Islam sahaja. Di bawah Perlembagaan Malaysia, Majlis Raja-Raja mempunyai tugas seperti berikut:a) b)

c)

d)

memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong; memberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan, tidak termasuk negeri-negeri Sabah dan Sarawak; memberi persetujuan atau enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang-undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ataupun yang mesti dibincangkan oleh Majlis ini terlebih dahulu; memikirkan perkara tentang polisi negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut.

Di bawah Perlembagaan Malaysia, kedudukan Rajaraja Melayu adalah terjamin. Perkara 38(4) memperuntukkan Perlembagaan tidak boleh dipinda oleh Parlimen tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja jika pindaan itu menyentuh hal-ehwal Raja-Raja Melayu, melainkan mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu. Majlis RajaRaja juga mempunyai satu badan yang memelihara hak istim ewa orang Melayu, kerana apa-apa perubahan polisi tentang kedudukan orang-orang Melayu hendaklah dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis ini. Majlis Raja-Raja mestilah dirundingi tentang perlantikan Ketua Hakim Negara, dua orang Hakim Besar dan hakim-hakim Mahkamah Agung dan dua Mahkamah Tinggi, sebelum mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri . Majlis ini juga mesti dirundingi tentang perlantikan Ketua Audit Negara oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasi163

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

hat Perdana Menteri ; tentang perlantikan (juga oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri) ahli-ahli daripada berbagai-bagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bebas dan perlantikan (oleh baginda sendiri) ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas. Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Raja-Raja berhubung dengan perkara-perkara tertentu. Maksud kuasa budi bicara ialah kuasa mengikut pertimbangan sendiri tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri atau mana-mana badan lain. Ahli Majlis Raja-Raja bertindak menurut budi bicara mereka tentang tugas-tugas berikut :a) b) c)

d)

DEMOKRASI

memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong; memberi nasihat tentang apa-apa perlantikan; mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Rajaraja; mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apaapa perbuatan, amalan atau upacara agama Islam meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.

BERP ARLIMEN PA Semenjak mencapai kemerdekaan, Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan. Kerajaan yang sedemikian ini telah mewujudkan satu pemerintahan yang stabil, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Dengan

164

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

itu, kerajaan yang dipilih perlu memikat hati rakyat yang telah memilihnya. Malahan, kerajaan berkewajipan menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya secara terbuka supaya diketahui, difahami dan akhirnya mendapat sokongan penuh rakyat.

STR UKTUR RU

DAN

KEANGGO TA A N OT

PARLIMEN

Dalam Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa Perundangan Persekutuan terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Keanggotaan Parlimen adalah seperti berikut:-

Dewan Negara Keanggotaan Dew an Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45. Keanggotaannya adalah seperti berikut: 2 anggota dari setiap negeri yang dipilih bersesuaian dengan Jadual 7, Perlembagaan Persekutuan Malaysia; 2 anggota dariWilayah Persekutuan Kuala Lumpur (yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong); 1 anggota dariWilayah Persekutuan Labuan (yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong); dan 40 anggota lain yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, terdiri daripada mereka yang mempunyai rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam, ahli profesional dalam perdagangan, industri,pertanian, kebudayaan atau perkhidmatan sosial, dan juga yang mewakili kumpulan minoriti dan orang asli. 165

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

Ini bermakna Dewan Negara mempunyai 69 ahli atau senator.Tempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun, dan seorang senator tidak boleh memegang jawatan itu lebih dari dua penggal (secara berterusan atau cara lain). Seorang senator mesti beru mur 30 tahun ke atas.

Dewan Rakyat Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46. Parlimen Malaysia ke-9 mempunyai ahli seramai 192 orang; 181 orang dari negeri-negeri dalam Malaysia, 10 dariWilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang dariWilayah Persekutuan Labuan. Umur wakilrakyat ialah 21 tahun ke atas.

KELA YAKAN AHLI MAJLIS PARLIMEN AY Tiap-tiap warganegara yang bermastautin dalam Persekutuan dan tidak hilang apa-apa kelayakan boleh menjadi ahli Dewan Negara atau Dewan Rakyat. Bagaimanapun jika dia ingin menjadi ahli Dewan Negara, dia hendaklah beru mur tidak kurang daripada tiga puluh tahun. Jika dia hendak menjadi ahli Dewan Rakyat, dia mestilah beru mur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun. Orang-orang yang akan disebutkan di bawah ini dianggap hilang kelayakannya dan tidak boleh menjadi ahli mana-mana Majlis, baik Dewan Negara mahupun Dewan Rakyat, iaitu :1. 2. 3. 166

orang gila, orang bankrap (muflis) yang belum lagi dibebaskan daripada kebankrapannya, orang yang memegang jaw atan bergaji atau berfae-

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

dah. Jawatan ini ialah jawatan-jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam, dan termasuklah juga; (i)

Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi, (ii) Juruaudit Negara, (iii) Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Persekutuan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Aw am Negeri, dan (iv) Mana-mana jawatan yang ditetapkan oleh undang-undang persekutuan sebagai menjadi jawatan bergaji atau jawatan berfaedah. 4.

5.

6.

Orang yang mungkir menghantarkan penyata perbelanjaan pilihan raya bagi Parlimen atau Dewan Negeri dalam tempoh yang ditetapkan setelah dia mengambil bahagian dalam pilihan raya itu sebagai calon atau w akil pilihan raya. Tempoh yang ditetapkan ialah 33 hari selepas disiarkan keputusan pilihan raya; Orang yang telah sabit melakukan sesuatu kesalahan jenayah oleh mana-mana mahkamah dalam Persekutuan, dan telah dihukum penjara tidak kurang dari satu tahun lamanya atau denda tidak kurang dari Ringgit Malaysia dua ribu dan dia tidak mendapat keampunan; Orang yang telah memperolehi dengan kerelaan sendirikew arganegaraan negara asing, ataupun telah menerima faedah-faedah kewarganegaraan ini ataupun telah membuat pengakuan taat setianya kepada negara asing itu.

FUNGSI DAN KUASA PARLIMEN Parlimen berkuasa membuat undang-undang menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (Bills) bagi kedua167

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

dua Parlimen. Kuasa Perundangan (Legislative Pow er)ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 5, Perkara 66-68. Antara fungsi Parlimen ialah:a. b. c.

Kuasa Perundangan; iaitu kuasa membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang; mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai; dan meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Parlimen juga merupakan forum tertinggi yang membolehkan ahli-ahlinya menyalurkan kesusahan orang ramai, bertanya kepada menteriyang dipertanggungjaw abkan untuk menjawabnya. Ini biasa berlaku semasa soal-jawab dan ketika kerajaan meminta sidang kelulusan untuk mengenakan cukai baru atau meningkatkan cukai yang sedia ada atau meluluskan perbelanjaan awam. Tugas Parlimen ialah untuk mengawal keterlaluan kerajaan. Mereka yang mempunyai kuasa ke atas orang lain cenderung menyalahgunakan kuasa ini.

PROSEDUR (MEMB U AT BU

UNDANG-UNDANG UND ANG-UND ANG) UNDA DA Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang dengan cara Dewan Rakyat dan Dewan Negara meluluskan sesuatu rang undang-undang dan dipersetujui oleh Yang diPertuan Agong. Sesuatu kaedah tidak akan mempunyai kuat kuasa undang-undang jika hanya dipersetujui atau diluluskan oleh Dewan Rakyat sahaja. Rang undang-undang boleh dimulakan dalam salah satu Majlis Parlimen. Bagaimanapun, rang undang-undang

168

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

yang berkaitan dengan kewangan, hendaklah dimulakan dalam Dewan Rakyat, kerana Dewan Rakyat berkuasa dalam hal-ehwal kewangan. Bukan sahaja rang undang-undang kewangan itu mesti dimulakan dalam Dewan Rakyat, tetapi hendaklah dikemukakan oleh seorang menteri. Tiap-tiap rang undang-undang yang diluluskan oleh sesebuah Majlis Parlimen itu melalui empat peringkat, iaitu:(a) (b) (c) (d)

bacaan pertama; bacaan kedua; perbicaraan dalam jawatankuasa; dan bacaan ketiga.

Apabila rang undang-undang itu sudah diluluskan oleh sebuah Majlis Parlimen yang di dalamnya rang undang-undang itu dimulakan, rang undang-undang itu akan dihantarkan kepada Majlis yang satu lagi. Apabila ia diluluskan oleh Majlis tersebut, barulah ia dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan persetujuannya. Sekiranya rang undang-undang itu telah dipinda oleh Majlis ini, pindaan itu hendaklah dipersetujui oleh Majlis yang memulakan rang undang-undang tersebut dan ke mudiannya barulah boleh dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong. Persetujuan Yang di-Pertuan Agong kepada sesuatu rang undang-undang dimeteraikan dengan dicapkan Mohor Negara ke atasnya. Selepas itu, rang undang-undang tersebut dengan perintahnya akan disiarkan sebagai undangundang kepada orang ramai. Siaran ini dibuat di dalam W arta Kerajaan dan pada tarikh siaran inilah undang-undang itu berkuat kuasa; tetapi Parlimen berkuasa menangguhkan perjalanan kuat kuasa undang-undang itu kepada suatu masa yang akan datang, atau mempercepatkan sebelum disiarkan undang-undang itu. 169

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

KEISTIMEW AAN WA

PARLIMEN Keabsahan apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan parlimen atau dalam mana-mana Jawatankuasa tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun yang boleh didakwa bagi apa juga yang diucapkan atau apaapa undi yang diberikan oleh ahli parlimen semasa mengambil bahagian dalam suatu perbahasan atau pengundian yang berlangsung dalam sidang parlimen. Peruntukan ini merupakan satu keistimewaan yang diberikan kepada ahli parlimen bagi membolehkan seseorang ahli menyuarakan pendapatnya tanpa menghadapi tekanan dari mana-mana pihak. Namun begitu, kebebasan yang diberikan sebelum ini telah dipinda pada tahun 1971 bertujuan untuk menjaga kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam. Pindaan initermaktub di bawah Akta (Pindaan) Perlembagaan 1971 iaitu Akta A30, yang berkuat kuasa mulai 10 Mac 1971. Selain daripada itu, mana-mana ahli parlimen yang cuba untuk menimbulkan isu-isu sensitif juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat no. 45 tahun 1970. Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana satu Dewan Parlimen. Keistimewaankeistimewaan lain Parlimen diperuntukkan dalam Ordinan (Keistimewaan dan Kuasa) Majlis Parlimen 1952 .

RINGKASAN PELAJARAN 10 1.

170

Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan raja berpelembagaan.

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

2.

3. 4. 5.

6.

7.

8.

Terdapat dua institusi tertinggi dalam pemerintahan ini iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Negara dan menjadi ketua tiga cabang kerajaan. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-raja. Tugas Yang di-Pertuan Agong boleh dibahagikan kepada 3 bidang utama iaitu tugas mengikut nasihat, tugas mengikut budi bicara dan lain-lain tugas. Majlis Raja-raja dianggotai oleh sembilan Sultan atau Raja dan empat Gabenor atau Yang Dipertua Negeri . Parlimen Malaysia mengandungi Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Parlimen berfungsi untuk membuat undangundang, membuat perubahan-perubahan cukai dan meluluskan belanjawan.

SOALAN KENDIRI 1.

Jelaskan fungsi Parlimen.

J JA AW A P AN JAW PA Soalan Perbincangan 1 Tugas Yang di-Pertuan Agong boleh dibahagikan kepada dua kategori . Pertama ialah tugas yang dijalankan mengikut nasihat dan kedua ialah tugas yang dijalankan mengikut budi bicara. 171

P E N G A J I A N K E N E G A R A A N M A L AYSIA

a. Tugas Mengikut Nasihat Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menjalankan segala tugas yang diberi kepada baginda oleh Perlembagaan atau undang-undang Persekutuan, mengikut nasihat Jemaah Menteriyang memberi nasihat ini (lazimnya Perdana Menteri); kecuali bagi tugas-tugas tertentu yang mana Perlembagaan menetapkan nasihat ini tidak perlu. b. Tugas Mengikut Budi Bicara Tiga jenis tugas ditetapkan sebagai tugas-tugas yang dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut budi bicara baginda. Tugas-tugas ini ialah :a. b. c.

Melantik Perdana Menteri ; Tidak memberi persetujuan membubar Parlimen; Meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, ke muliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

Tugas-T ugas Lain ugas-Tugas . i ii. iii. iv.

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Memperkenan Rang Undang-Undang. Perisytiharan dan Perundangan Darurat. Kuasa Pengampunan.

J JA AW A P AN JAW PA Soalan Kendiri 1 Parlimen berkuasa membuat undang-undang menerusi pembentangan Rang Undang-Undang (Bills) bagi kedua172

S T RU K T U R P E M E R I N TAHAN (LEGISLATIF)

dua Dew an Parlimen. Kuasa Perundangan (Legislative Power) ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 5, Perkara 66–68. Antara fungsi Parlimen ialah:a. b. c.

Kuasa Perundangan; iaitu kuasa membuat, meminda atau memansuhkan undang-undang; Mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai; dan Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Parlimen juga merupakan forum tertinggi yang membolehkan ahli-ahlinya menyalurkan kesusahan orang ramai, bertanya kepada menteriyang dipertanggungjawabkan untuk menjawabnya.

RUJUKAN 1.

Perlembagaan Persekutuan 1994. International Law Book Services.

2.

Mohamad Salleh Abas 1987. Sejarah Perlembagaan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

3.

Prof. Ahmad Mohamed Ibrahim dan Ahilemah Joned 1987. Sistem Undang-undang di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

4.

Tun Mohamed Suffian 1990. Pengenalan Sistem Undangundang Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka.

5.

Asnarulhadi Abu Samah dan Jayum A. Jaw an 1997. Kenegaraan Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

6.

Shaikh Mohd Noor Alam bin S.M. Hussain 1988. Federalisme di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. 173

Related Documents