Malaysiaku Gemilang

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Malaysiaku Gemilang as PDF for free.

More details

  • Words: 829
  • Pages: 5
MALAYSIAKU GEMILANG 50 Tahun Kemerdekaan: 1957-2007 •

Laman Utama



Latar Merdeka



Logo & Tema



Rukun Negara



Jalur Gemilang



Galeri Foto

1957 hingga 1959 PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( 31/08/1957) Tanah Melayu telah menerima pengisytiharan kemerdekaannya tepat pada detik pertama pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bagi menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Laungan "MERDEKA" telah dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama keesokan harinya tepat 9.30 pagi di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya, di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. PERDANA MENTERI PERTAMA (31/08/1957)

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari

1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". PENUBUHAN ARKIB NEGARA MALAYSIA (01/12/1957) Pejabat Rekod Awam atau dikenali sekarang ini dengan nama Arkib Negara Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya. Penubuhan ini adalah hasil dari laporan Jawatankuasa Mengenai Pemeliharaan dan Pemusnahan Rekod Rasmi dan syor-syor yang diberikan oleh seorang pakar arkib dari Public Record Office, London. PEMILIHAN LAGU KEBANGSAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (05/08/1957 ) Lagu Terang Bulan, lagu kebangsaan negeri Perak telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemilihan ini dibuat oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra.Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Walau bagaimanapun lagu Terang Bulan telah terpilih kerana ia mempunyai unsur kemelayuan. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu. Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1 000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'NegaraKu' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi. PENYERAHAN KUASA TENTERA LAUT DIRAJA MALAYA (12/07/1958) Berkibarlah dengan megahnya bendera Tentera Laut Diraja Malaya menandakan berakhirnya kekuasaan Kerajaan British ke atas perairan Persekutuan Tanah Melayu. Pada hari itu Kerajaan Singapura yang telah diwakili oleh Gabenor Sir William Goode dan Ketua Menteri Encik Lim Yew Hock dengan rasminya telah menyerahkan seluruh pentadbiran Tentera Laut Diraja Malaya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Penyerahan kuasa ini telah diterima oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Turut hadir dalam upacara penyerahan kuasa itu ialah Timbalan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Dato' Abdul Razak Hussein. PILIHANRAYA UMUM YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA (19/08/1959) Pilihanraya Umum Parlimen yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan. Pilihanraya ini adalah merupakan kali yang pertama di mana cara-cara memperuntukkan kerusi serta perjalanan pilihanraya dijalankan dan ditentukan oleh penduduk-penduduk Persekutuan Tanah Melayu sendiri tanpa terpaksa bertolak ansur dengan penjajah Inggeris seperti yang berlaku dalam pilihanraya umum 1955. Parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya ini ialah Parti Perikatan (UMNO, MCA MIC), Parti Negara, Parti Malaya (Malayan Party), Parti Islam SeTanah Melayu, Parti Progresif Rakyat, Parti Barisan Sosialis, Parti Tindakan Rakyat, Parti Demokratik Bersatu dan beberapa orang calon bebas. Apabila keputusan diumumkan Parti

Perikatan telah memenangi 74 daripada 104 kerusi yang dipertandingkan; Parti PAS 13 I kerusi; Parti Barisan Sosialis 8 kerusi; Parti Progresif Rakyat 4 kerusi; Parti Negara 1 kerusi; Parti Malaya 1 kerusi; Bebas 3 kerusi; sementara Parti Demokratik Bersatu dan Parti Tindakan Rakyat tidak mendapat sebarang kerusi. PEMBENTUKAN KABINET YANG PERTAMA SELEPAS MERDEKA (23/08/1959)

Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin Kebangsaan Parti Perikatan iaitu Parti UMNO, MCA, MIC, telah membentuk kabinetnya yang pertama selepas Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Tunku telah mengangkat sumpah pada 22bh Ogos, 1959 mengambil alih semula jawatan Perdana Menteri daripada Dato Abdul Razak bin Hussein yang telah menyandang jawatan itu semasa beliau bercuti selama tiga bulan untuk menjalankan kempen pilihanraya. Pembentukan kabinet pertama ini adalah hasil kemenangan Parti Perikatan dalam pilihanraya pada 19hb Ogos, 1959. PEMBUKAAN PENGKALAN FERI PULAU PINANG (23/09/1959)

Dua pengkalan feri yang terletak di Pulau Pinang dan Butterworth telah dibuka dengan rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Pengkalan ini telah diberi nama Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth. PEMBUKAAN RASMI BANK NEGARA (24/01/1959)

D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah membuka dengan rasminya Bank Negara Tanah Melayu. Baginda menyifatkan upacara itu sebagai peristiwa yang terpenting semenjak merdeka.

Malaysia: 50 Tahun Merdeka •

Tahun 1957-1959: PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ( 31/08/1957)…



Tahun 1960-1969: TUNKU ABDUL RAHMAN DIUMUMKAN PEMENANG HADIAH MAGSAYSAY (13/08/1960)…



Tahun 1970-1979: RUKUN NEGARA (31/8/1970)…



Tahun 1980-1989: MALAYSIA PEMENANG PERTAMA PIALA SUHARTO…



Tahun 1990-1999: TAHUN MELAWAT MALAYSIA 1990…



Tahun 2000-2007: PENERJUNAN DI KUTUB SELATAN…

Pautan •

... Visit Malaysia 2007 ...



... UTM Online ...



... Emel ...

©2007 Merdeka. Hak Cipta Terpelihara. | Oleh: Norsyafiqah Mohd Muzafar ...Sila gunakan browser Internet Explorer untuk paparan terbaik...

Related Documents

Malaysiaku Gemilang
May 2020 8
Gemilang
November 2019 25
Ella Gemilang
October 2019 26
Gemilang Mirza 5 Bulan
December 2019 25