Majlis Watikah.docx

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Majlis Watikah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 908
  • Pages: 6
TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN CILIK SEKOLAH TAHUN 2019 SK KETENGAH JAYA SKRIP Ketibaan dan nyanyian Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati ________________ lagu TUAN SHARI BIN MOHAMMAD , Timbalan Ketua Polis Balai , Balai Polis Ketengah Jaya. Hadirin diminta berdiri. Seterusnya, kita akan menyanyikan dua buah lagu iaitu : Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Terengganu... Semua hadirin diminta bersedia.

(LAGU) Hadirin dipersilakan duduk. 1

Kata aluan pengerusi majlis

Sireh Berlipat Sireh Pinang, Sireh Dari Pulau Mutiara, Pemanis Kata Selamat Datang, Awal Bismillah Pembuka Bicara. ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA. Yang Berbahagia , ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD , Timbalan Ketua Polis Balai ,Balai Polis Ketengah Jaya Yang Berusaha Datin Hajjah Rusnani binti Mohd Yusof, Guru Besar SK Ketengah Jaya. Yang Berusaha: En Azman bin yahya, Guru Penolong Kanan 1, Pn Azizah binti Hassan, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, En Mohd Sobri bin Yusof, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,

guru-guru, para pengawas sekolah,pengawas pusat sumber, pengawas pembimbing rakan sebaya dan ketua dan penolong ketua kelas serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Sekali lagi, dipanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berhimpun dalam Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik Sekolah SK Ketengah Jaya bagi tahun 2019. Majlis ini adalah untuk menyempurnakan pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong kelas. Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka. Para hadirin sekalian, Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya mendapat keberkatan daripada Allah jua. 2

Bacaan Doa

Tetak Buluh Panjang Sepuluh, Mari Jolok Sarang Penyegat, Angkat Tangan Jari Sepuluh, Doa Diminta Biar Selamat. Meneruskan acara, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En Nazri bint Deris / Ustaz Mohd Rozi bin Shafie untuk memimpin Bacaaan Doa. Dipersilakan

(BACAAN DOA) Amin...amin ya rabbal a’lamin Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Nazri bint Deris / Ustaz Mohd Rozi bin Shafie atas bacaan doa itu tadi.

3

Ucapan Guru Meneruskan acara, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Besar Yang Berusaha Datin Hajjah Rusnani binti Mohd Yusof, Guru Besar SK Ketengah Jaya untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya dipersilakan …

(UCAPAN ALUAN GB) Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada PUAN GURU BESAR atas ucapan aluan itu tadi.

4

Ucapan Perasmian

Buah Langsat di Tepi Busut, Mari Dimuat Di dalam Peti, Besar Hati Kami Menjemput, Besar Niat Di dalam Hati. Meneruskan acara, Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD , Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Ketengah Jaya , untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik Sekolah SK Ketengah Jaya bagi tahun 2019.

(UCAPAN PERASMIAN) Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD atas ucapan dan perasmian Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik Sekolah bagi tahun 2019 itu tadi.

5

Penyampaian Hadirin, hadirat yang dimuliakan ... Watikah Kini tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Cilik Sekolah kepada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya, Ketua dan Penolong Ketua Kelas bagi sesi persekolahan tahun 2019. Bagi menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Yg Berusaha Datin Hajjah Rusnani binti Mohd Yusof , Guru Besar SK Ketengah Jaya untuk menjemput dan mengiringi ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD , Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Ketengah Jaya untuk menyempurnakannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan....

(Penyampaian Watikah) Mendahului senarai watikah pelantikan pemimpin cilik sekolah SK Ketengah Jaya tahun 2019 bagi _____Pengawas......________ (Rujuk Senarai Nama)

(Penyampaian Watikah) Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD , kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan watikah itu tadi.

6

Lafaz Ikrar Kepimpinan Pengawas

Hadirin Sekalian, Dengan penyerahan watikah tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas pembimbing rakan sebaya, ketua dan penolong ketua kelas bagi SK Ketengah Jaya untuk tahun 2019. Untuk itu, majlis mempersilakan adik , Ketua Pengawas SK Ketengah Jaya untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Semua penerima watikah diminta berdiri dan majlis mempersilakan ...

(BACAAN IKRAR) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik ______________________ atas bacaan ikrar itu tadi. 7

Penyampaian Dari Daik pulang ke Daik, Cenderahati Sehari-hari berkebun pisang, Budi Baik dibalas baik, Dalam hati dikenang orang. Menjadi adat orang melayu, orang berbudi kita berbahasa, sebagai tanda mengenang jasa serta ucapan terima kasih. Majlis mempersilakan yang berusaha Puan Guru Besar SK Ketengah Jaya untuk menyampaikan cenderamata kepada yang berbahagia ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD untuk menerima cenderahati kenang-kenangan daripada pihak sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan………..

(PENYAMPAIAN CENDERAMATA) Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

8 & 9

Sesi Fotografi Demikianlah tadi berakhirnya Majlis Watikah Pelantikan dan Jamuan Pemimpin Cilik Sekolah SK Ketengah Jaya bagi tahun 2019. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD , Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Ketengah Jaya , Yg Berusaha Datin hajjah Rusnani binti Mohd Yusof , Guru Besar SK Ketengah Jaya, Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid sekalian kerana telah memberikan idea, sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan majlis penyampaian watikah pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Datin hajjah Rusnani binti Mohd Yusof , Guru Besar SK Ketengah Jaya bagi menjemput dan mengiringi ________________ TUAN SHARI BIN MOHAMMAD , untuk sesi fotografi seterusnya menikmati jamuan ringan yang disediakan . Dengan segala hormatnya dipersilakan … Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon jati, Sampai sudah ke penghujung acara, Tahun depan kita bersua lagi. Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabrakatuh...... 10 Bersurai

TAMAT

Related Documents