Ma Ti 2

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ma Ti 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 665
  • Pages: 2
mengingati mati perkukuhkan iman kematian akan datang tidak mengira siapa atau di mana kita berada. allah berfirman dalam surah an-nisa ayat 78 yang bermaksud: "di mana jua kamu berada, maut akan mendatangi kamu walaupun kamu berada di dalam kota-kota yang tinggi dan kukuh". dan dalam firman-nya yang lain dalam surah al-a'raf ayat 34 bermaksud: "apabila datang ajal mereka, ia tidak akan terawal walau sesaat dan tidak akan terlewat". apabila ajal telah datang maka ketika itu barulah seseorang itu akan merasakan bahawa dia tidak lain hanyalah seorang hamba yang terpaksa akur kepada sunnah alam dan terpaksa bersiap sedia untuk menemui tuhannya. di kala itu, barulah manusia merasakan segunung penyesalan dan sedar untung nasibnya yang sebenar. oleh sebab itulah, telah menjadi amalan kepada salafussoleh dan ulama terdahulu menjadikan tazkiratul maut atau mengingati mati ini sebagai suatu zikir harian. rasulullah saw sendiri pernah mengingatkan sahabatnya agar banyak mengingati mati melalui sabdanya yang bermaksud: "perbanyakkanlah mengingati perkara yang memusnahkan kelazatan dunia (mati)". sahabat dan ulama adalah contoh dan teladan terbaik sebagai peribadi muslim. mereka hidup dalam kehidupan yang murni dan sejahtera. mereka maju dalam bidang keduniaan tetapi dalam masa yang sama mereka tidak lupa untuk mengingati bahawa mati pasti datang. ibnu muthi pada suatu hari memandang ke rumahnya yang tersergam indah dan berasa kagum tetapi kemudian ia menangis. beliau berkata: "andai kata kematian itu tidak wujud pasti aku akan lebih mencintaimu dan gembira memilikimu. andai kata kita tidak akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sempit itu sudah tentu mata kita akan terpesona melihat harta dunia ini". lalu beliau terus menangis. mengingati mati menyedarkan kita bahawa hidup ini amat singkat dan kita akan dihadapkan ke hadapan allah dengan hanya berbekalkan amalan dan amal ibadat kita. mati adalah jambatan yang menghubungkan kehidupan kita di dunia dengan kehidupan di akhirat. saat kematian itulah yang menjadi penentu kita di akhirat kelak. sekiranya amalan kita ketika di dunia ini baik maka kita akan menerima ganjaran yang baik di akhirat kelak. dan demikianlah jika sebaliknya. dengan kesedaran ini, manusia pasti akan berlumba-lumba membuat kebaikan dan amal soleh di muka bumi ini. mengingati mati iaitu dengan membayangkan nikmat dan ganjaran yang bakal diterima di akhirat kelak akan menyebabkan seseorang itu tidak mahu terlepas peluang melainkan dengan membanyakkan amal ibadat. bukan setakat itu saja bahkan mengingati mati akan mendorong mereka menjauhi segala macam kemaksiatan dan kemungkaran. hasilnya kehidupan manusia akan sentiasa di dalam kesejahteraan dan keharmonian. oleh kerana itu, adalah selayaknya umat islam menjadi umat yang hidup dalam aman dan harmoni disebabkan sikap berlumba-lumba melakukan kebajikan dan bebas daripada gejala kemaksiatan dan kemungkaran. antara faktor kekuatan yang membuahkan hasil sedemikian adalah adanya sifat mengingati mati di dalam diri setiap individu islam di dalamnya. sering memikirkan mengenai untung nasib selepas mati akan menyebabkan seseorang itu amat takut untuk melakukan kemungkaran seperti menerima rasuah, pecah amanah, menabur fitnah, mencuri, berzina dan sebagainya. mengingatkan akan saat-saat kematian dan seterusnya azab seksa yang bakal diterima nanti, bukan saja dapat menjauhkan seseorang itu daripada melakukan maksiat bahkan ianya tidak akan terlintas langsung di kotak pemikiran mereka. oleh kerana itulah, tazkiratul maut atau mengingati mati ini menjadi salah satu cara dalam pendidikan islam dan manhaj pembentukan peribadi. tidak dinafikan juga

bahawa mengingati mati atau inginkan syahid menjadi rahsia kekuatan umat islam dalam meluaskan empayar islam sehingga menguasai lebih sepertiga daripada muka bumi ini. oleh yang demikian, mengingati mati bukanlah alasan membawa kepada kemunduran dan ketinggalan di dalam segenap bidang di dunia ini bahkan ianya menjadi pendorong dan titik tolak kepada kemajuan dan kecemerlangan umat islam di muka bumi. sekiranya manusia tidak pernah memikirkan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi nescaya mereka akan terus memburu dunia dengan apa cara sekalipun tanpa mempedulikan sebarang batasan dan undang-undang. akhirnya kehidupan manusia itu sendiri akan hancur dan porak peranda. bagi mengetakkan perkara ini daripada berlaku maka islam telah datang dengan mengajar umatnya supaya mengingati mati atau tazkiratul maut ini sebagai sumber kekuatan dalam setiap tindakan demi menjamin keharmonian hidup masyarakat yang bebas daripada kemungkaran dan perbuatan yang merosakkan.

Related Documents

Ma Ti 2
October 2019 18
Ma Ti 4
October 2019 12
Ma Ti As
May 2020 9
In For Ma Ti
June 2020 10
Ma Ti 5
October 2019 14
Ma Ti 7
October 2019 11