M01-bm1

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View M01-bm1 as PDF for free.

More details

  • Words: 5,263
  • Pages: 34
Sila pilih menu:FORMAT | SKEMA PEMARKAHAN | ANALISIS | TIP

BAHASA MALAYSIA KERTAS 1

SET SOALAN & JAWAPAN | CONTOH KARANGAN | LATIHAN

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

KANDUNGAN KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU - KERTAS 1 (1103 / 1) Bahagian A Karangan berpandu : Berdasarkan pelbagai bahan rangsangan Bahagian B

Tajuk Karangan Berdasarkan Kombinasi

Bidang Interpersonal

(IP)

Bidang Maklumat

(M)

Bidang Estetika

(E)

Dimensi Soalan

Diri Pelajar

Keluarga Masyarakat

Negara

Antarabangsa

1

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Peruntukan Masa : 2 jam 15 minit Masa yang dicadangkan

:

Bahagian A

-

45 minit

Bahagian B

-

90 minit

PANDUAN AGIHAN MASA MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1

Bahagian A (45 minit) Memahami dan menganalisis bahan rangsangan

5 minit

Membina rangka/ pelan karangan

10 minit

Menulis Karangan

25 minit

Mengedit

5 minit

Bahagian B (90 minit) Memahami dan menganalisis tajuk

10 minit

Membina rangka/ pelan karang an

10 minit

Menulis Karangan

60 minit

Mengedit

10 minit

2

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Bahagian A [Masa dicadangkan : 45 minit] [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faedahfaedah menyertai aktiviti kokurikulum. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

AKTIVITI KOKURIKULUM

3

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Bahagian B [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] [100 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan. 1.

Sekolah anda telah melancarkan Polisi Sekolah Selamat sempena Minggu Pendidikan Peringkat Sekolah. Anda telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Peranan Warga Sekolah dalam Menjayakan Polisi Sekolah Selamat’. Tulis ceramah tersebut selengkapnya.

2.

Kerajaan amat menggalakkan rakyat Malaysia agar menceburi bidang pertanian. Hal ini kerana, bidang pertanian berpotensi menjana pembangunan ekonomi negara. Jelaskan pendapat anda tentang langkah-langkah dilaksanakan untuk memajukan sektor pertanian.

3.

yang

dapat

Perbuatan segelintir remaja yang terlibat dalam aktiviti lumba haram di taman perumahan tempat tinggal anda telah mengganggu ketenteraman penduduk setempat dan mendatangkan bahaya kepada orang ramai. Sebagai pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan tersebut, anda terpanggil untuk membuat aduan kepada pihak berkenaan bagi menyatakan rasa tidak puas hati dengan situasi yang berlaku dan menyarankan cadangan untuk menanganinya. Tulis surat tersebut selengkapnya.

4.

Penularan wabak penyakit berjangkit menuntut kerjasama dan pakatan di peringkat antarabangsa. Pelbagai usaha dan peranan yang bersepadu dapat menjamin kesejahteraan kehidupan manusia sejagat. Bincangkan.

4

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

5.

JUJ 2006

Tingkap papan kayu bersegi, Sampan sakat di Pulau Angsa; Indah tampan kerana budi, Tinggi bangsa kerana bahasa. Pantun tersebut menggambarkan secara jelas tentang peri pentingnya budi bahasa dalam menentukan martabat bangsa. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan orang ramai menghayati amalan berbudi bahasa.

5

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

CONTOH SKRIP JAWAPAN BAHAGIAN A

FAEDAH-FAEDAH MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM

Apakah maksud kegiatan kokurikulum? Sering kali kegiatan kokurikulum didefinisikan sebagai sebarang bentuk aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kegiatan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para pelajar menambahkan, mengukukan dan

mengamalkan

pengetahuan,

kemahiran

serta

nilai

yang

dipelajari.

Berdasarkan keterangan ini, jelaslah bahawa menyertai kegiatan kokurikulum banyak mendatangkan faedah kepada pelajar. Kegiatan kokurikulum mampu memupuk disiplin yang tinggi dalam diri para pelajar. Menerusi aktiviti pasukan beruniform, misalnya Kadet Remaja Sekolah (KRS) para pelajar dilatih mematuhi pelbagai peraturan dan menepati masa. Selain itu, mereka juga perlu berdisiplin dalam tatacara berpakaian, mematuhi peraturan dan taat kepada pemimpin agar imej diri lebih terserlah. Hal ini bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pengisian waktu dengan pelbagai aktiviti kokurikulum amatlah wajar demi memastikan masa yang terluang lebih bermakna. Hal ini selaras dengan maksud peribahasa masa itu emas. Pada waktu petang misalnya, masa pelajar eloklah diisi dengan pelbagai kegiatan kokurikulum di sekolah kerana melalui kegiatan tersebut pelajar-pelajar dapat menimba pengalaman yang tidak diperoleh semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Memandangkan ibu bapa

6

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

sekarang sibuk dengan kerjaya masing -masing, mereka tidak perlu risau lagi tentang gejala liar yang sering mempengaruhi pemikiran anak-anak. Dalam masa yang sama, kegiatan kokurikulum merupakan batu loncatan kepada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Pelajar-pelajar yang melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan ini akan diambil kira meritnya kerana melalui aktiviti tersebut, bakat kepimpinan dapat dipupuk dan proses sosialisasi berlaku secara bersahaja. Pengalaman tersebut sangat berguna kerana pelajar merupakan pewaris bangsa pada masa hadapan. Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan wahana yang sesuai kepada pelajar untuk membentuk peribadi mereka pada masa akan datang. Oleh yang demikian, agar pelajar-pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti kokurikulum yang disertai.

7

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU KERTAS 1(II03/1) SPM BAHAGIAN A PERINGKAT

Cemerlang 26-30 a (28 -30)

TEMA

BAHASA

WACANA

IDEA

Karangan mestilah menepati tema bahan rangsangan dan tugasan soalan.

Penggunaan bahasa yang gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca yang digunakan betul dan tepat. Ejaan betul dan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

Wacananya lengkap. Unsur bahasa bervariasi dan calon menggunakan ungkapan yang menarik / indah.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan, dihuraikan dengan jelas dan fikiran matang

Karangan menepati tema bahan rangsang an dan mengikut tugasan yang diberi.

Penggunaan bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas.

Wacananya lengkap dan unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

Idea relevan dengan tema bahan rangsangan serta dihuraikan dengan jelas.

b (26 -27)

Baik 20-25 a (23 – 25) b (20 – 22)

9

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Masih menepati Memuaskan tema bahan 15-19 rangsangan dan tugasan yang a (17 – 19) diberi. b (15 – 16)

Kurang Masih / kurang Memuaskan menepati tema 10-14 bahan rangsangan dan tugasan yang a (12 - 14) diberi. b (10 – 11)

Pencapaian Minimum 01-09 a (06 – 09)

Tidak memahami tema bahan rangsangan dan tidak menjawab tugasan yang diberi.

Penggunaan bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Tanda baca masih betul dan tepat Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Kosa kata umum.

Wacana masih lengkap dan unsur bahasa masih bervariasi.

Kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara Kosa kata terhad.

Kurang lengkap Masih / kurang Unsur bahasa relevan dengan kurang bervariasi tema bahan rangsangan. Huraian masih / kurang jelas

Tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis. Banyak kesalahan bahasa (ketara) dari segi kata dan ayat.

Masih relevan dengan tema bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas.

Tidak menepati tema bahan rangsangan. Tidak menepati kehendak tugasan.

b (01 – 05)

10

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

PERATURAN PEMARKAHAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1) BAHAGIAN B

PERINGKAT / MARKAH CEMERLANG 80 – 100 a(90 – 100) b(80 – 89)

KEPUJIAN 66 – 79 a(73 – 79) b(66 – 72)

KRITERIA PENSKORAN Kata : Sangat luas dan tepat. Ayat : Kepelbagaian jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca : Tepat dan betul. Kosa kata : Luas dan tepat. Laras Bahasa : Sesuai dengan tugasan. Pengolahan : Sangat menarik dan amat berkesan. Pemerengganan : Sangat sesuai. Idea : Sangat relevan mengikut tugasan yang diberi, dihuraikan dengan sangat jelas dan ada contoh yang sesuai. Wacana : Lengkap & berkesinambungan antara perenggan Gaya Bahasa : Bervariasi dan terdapat pelbagai ungkapan (peribahasa, puisi, slogan atau frasa) Kata : Luas dan tepat. Ayat : Kepelbagaian jenis ayat majmuk yang gramatis. Ejaan dan tanda baca : Betul. Kosa kata : Luas dan tepat. Laras Bahasa : Sesuai dengan tugasan. Pengolahan : Menarik dan berkesan. Pemerengganan : Sesuai. Idea : Relevan mengikut tugasan yang diberi, dihuraikan dengan jelas, ada contoh yang sesuai. Wacana : Lengkap & berkesinambungan. Gaya Bahasa : Bervariasi dan terdapat pelbagai ungkapan (peribahasa, puisi, slogan atau frasa)

11

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

BAIK 51 – 65 a(58 – 65)

b(51 – 57)

MEMUASKAN 36 – 50 a(43 – 50)

b(36 – 42)

KURANG MEMUASKAN 21 – 35 a(28 – 35)

JUJ 2006

Kata : Sesuai. Ayat : Ayat majmuk gramatis tetapi ada kesalahan minimum. Ejaan dan tanda baca : Masih Betul. Kosa kata : Umum. Laras Bahasa : Sesuai mengikut tugasan. Pengolahan : Masih menarik dan berkesan. Pemerengganan : Masih sesuai. Idea : Masih relevan mengikut tugasan yang diberi, dihuraikan dan ada contoh yang sesuai. Wacana : Masih lengkap & berkesinambungan. Gaya Bahasa : Masih bervariasi, dan penggunaan ungkapan kurang / kurang berkesan. Kata : Terhad. Ayat : Kurang gramatis. Ejaan dan tanda baca : Betul tetapi terdapat kesalahan minimum . Kosa kata : Umum dan terhad . Laras Bahasa : Kurang sesuai. Pengolahan : Masih menarik dan berkesan. Pemerengganan : Masih sesuai. Idea : Masih relevan mengikut tugasan yang diberi, ada huraian dan contoh yang sesuai. Wacana : Masih / kurang lengkap. Gaya Bahasa : Kurang bervariasi dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. Kata : Kurang tepat. Ayat : Tidak gramatis tetapi masih difahami. Ejaan dan tanda baca : Kesalahan ketara. Kosa kata : Terhad. Pengolahan : Tidak menarik. Wacana : Tidak lengkap & pemerengganan tidak seimbang. Gaya Bahasa : Tidak bervariasi dan penggunaan ungkapan lemah.

b(21 – 27)

12

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

PENCAPAIAN MINIMUM 01 – 20 a(11 – 20)

JUJ 2006

Kata dan Ayat : Tidak gramatis Ejaan dan tanda baca : Kesalahan sangat ketara. Pengolahan : Tidak menarik. Wacana : Tidak lengkap, pemerengganan tidak seimbang dan tidak sesuai. Gaya Bahasa : Tidak menarik dan keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

b(01 – 10)

13

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

KARANGAN CONTOH : BAHAGIAN A (SPM 2005) – TUGASAN : Usaha-usaha untuk menangani gejala vandalisme CONTOH 1 : (CEMERLANG) PETIKAN KARANGAN PELAJAR

ULASAN

“Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Ungkapan ini begitu sesuai untuk menggambarkan bahawa mencegah gejala vandalisme adalah lebih baik daripada mengatasinya. Hal ini demikian kerana gejala vandalisme akan sentiasa berlaku seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jika dibiarkan tanpa sebarang pencegahan. Oleh itu, pelbagai pihak haruslah memainkan peranan masing-masing untuk menangani gejala vandalisme.

Lazimnya, gejala vandalisme dilakukan oleh golongan remaja. Oleh itu, ibu bapa merupakan penggerak utama dalam mengawal pergerakan anak-anak mereka daripada terjebak dengan gejala seperti ini. Ibu bapa juga sewajarnya mengawasi tingkah laku dan pergaulan anak-anak mereka dengan rakan sebaya. Hal ini demikian kerana , jika seseorang berkawan dengan penjual minyak wangi, maka keharumannya akan dapat dirasai, manakala jika kita berkawan dengan tukang besi, maka percikan api akan turut mengenai dirinya juga. Sekolah merupakan rumah kedua bagi golongan remaja kini. Justeru, penggerak kedua yang terpenting dalam menangani gejala vandalisme ialah guru-guru di sekolah. Guru bukan sahaja patut mencurahkan ilmu, malah mereka juga sewajarnya menerapkan nilai-nilai murni dan teladan yang baik

-

Pendahuluan menarik dan sesuai Menepati tema dan tugasan bahan rangsangan

-

kosa kata luas ungkapan menarik bahasa gramatis

-

idea relevan dengan tema huraian jelas dan matang

-

14

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

terhadap anak-anak didik mereka. Nasihat dan bimbingan daripada para guru akan dapat mempengaruhi tingkah laku anak-anak didik mereka agar tidak terpengaruh dengan gejala vandalisme.

-

peribahasa sesuai dan tepat

Di samping itu, kerjasama masyarakat di sesebuah kawasan amat perlu sebagai pemerhati dengan membuat aduan atau mengadakan perbincangan bersama-sama para ibu bapa tentang keterlibatan anak-anak mereka. Sebagai contoh, denda berupa bayaran boleh dikenakan kepada ibu bapa atas kesalahan anak masing-masing. Dengan cara ini , diharapkan mereka akan lebih peka terhadap pergaulan anak-anak di luar rumah.

-

bahasa gramatis dari segi kata dan ayat ejaan tepat

-

kesimpulan mantap ada unsur penegasan jelas dan sangat sesuai

Tuntasnya, dapatlah kita katakan bahawa gejala vandalisme ini sewajarnya dibanteras oleh semua pihak secara bersepadu. Usaha ini amat penting untuk memastikan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang dapat dilahirkan seperti yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

15

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

KARANGAN CONTOH : BAHAGIAN A (SPM 2005) – TUGASAN : Usaha-usaha untuk menangani gejala vandalisme CONTOH 2 : (MEMUASKAN) PETIKAN KARANGAN PELAJAR

ULASAN

Pada masa ini, negara kita dikejutkan dengan peningkatan gejala vandalisme yang begitu membimbangkan. Gejala yang tidak sihat dapat dilihat di merata rata tempat. Masalah kronik juga telah banyak merugikan kerajaan. Kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Malaysia mendapati bahawa kerajaan Malaysia telah mengalami kerugian RM 1.5 juta hasil daripada gejala vandalisme. Sebagai yang kita ketahui, gejala vandalisme ialah gejala merosakkan harta benda awam. Biasanya, kemudahan awam menjadi sasaran vandalisme. Antara contoh perbuatan vandalisme adalah seperti yang ditunjukkan di dalam gambar. Dalam gambar pertama, buaian yang disediakan sebagai untuk kemudahan rekreasi telah dirosakkan, dan tidak dapat digunakan lagi. Gambar kedua pula menunjukkan dinding bangunan yang diconteng dengan lukisan dan tulisan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Gambar ketiga pula, memperlihatkan sebuah tong sampah yang telah dirosakkan, dan tidak menjalankan fungsi sebagai tong sampah. Gambar keempat ialah gambar pondok telefon yang hampir ranap dikerjakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Bayangkan jika berlaku kecemasan, apakah yang akan berlaku?

-

masih menepati tema dan tugasan bahan rangsangan

-

perenggan tidak menjelaskan tugasan soalan (calon menjelaskan gambar) pemikiran kurang matang

-

16

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Antara langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menanggani gejala vandalisme ialah memberikan didikan sejak dari kecil mengenai kepentingan kemudahan awam. Bak kata pepatah, “hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Selain itu, ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai murni dalam anakanak agar tidak terlibat dalam kegiatan vandalisme. Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memberi kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya kemudahan awam.Kerajaan boleh memainkan peranan dengan menggubal undang-undang supaya mereka yang terlibat dalam gejala vandalisme mendapat hukuman yang setimpal.

Akhirnya, masyarakat harus bekerjasama dengan kerajaan untuk menghapuskan gejala vandalisme agar dapat memajukan negara serta mewujudkan suasana yang tenang dan selesa.

-

-

kesalahan bahasa idea masih relevan dengan tema dan tugasan huraian masih jelas ada kesalahan ejaan

kesimpulan yang tidak menggambarkan kematangan fikiran

17

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

KARANGAN CONTOH – BAHAGIAN B CONTOH 1 : (CEMERLANG) SOALAN 2 (SPM 2005) : KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENCORAKKAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK. OLEH ITU, PENDIDIKAN ANAK -ANAK SEBENARNYA BERMULA DI RUMAH. BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERANAN KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK-ANAK.

PETIKAN KARANGAN PELAJAR

ULASAN

“Rumahku Syurgaku” begitulah slogan yang dilaung -laungkan sehingga kini. Dengan ini, tidak dapat dinafikan bahawa keluarga merupakan institusi pertama dalam memberikan pendidikan terhadap anak-anak. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Jalil menyatakan bahawa, pendidikan formal mahupun pendidikan tidak formal perlu dimulakan di rumah. Beliau berpendapat bahawa keluarga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Justeru, setiap anggota keluarga haruslah bekerjasama memainkan peranan masing-masing dalam pembentukan sahsiah anak-anak dengan berpegang kepada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

-

pengenalan menggunakan slogan dan pendapat tokoh ada ayat fokus ungkapan menarik ada ayat arah

18

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Peranan dominan yang harus dimainkan oleh anggota keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak adalah dengan memberikan didikan agama dan moral kepada mereka. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memberikan didikan kepada anak-anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Anak -anak perlu dididik agar beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama supaya tidak melakukan maksiat. Apabila hal ini berlaku, anak-anak tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar dan seterusnya insan yang berakhlak mulia dapat dilahirkan. Anak-anak akan dididik agar tidak melibatkan diri dalam gejala sosial seperti pergaulan bebas dan terpengaruh dengan budaya kuning. Justeru, anak-anak yang mempunyai pendirian yang teguh dapat dilahirkan melalui didikan agama dan moral yang diberikan oleh ibu bapa. Sesungguhnya, tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa rumah merupakan tempat yang kondusif untuk melahirkan anak-anak yang berakhlak mulia, berbudi pekerti dan bersopan-santun. Setiap anggota keluarga, sama ada ibu bapa mahupun adik-beradik berperanan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri secara tidak langsung. Anak-anak harus diajar oleh ibu bapa sejak kecil lagi tentang adab, sopan-santun, budi bahasa dan tatasusila. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan nilai hormatmenghormati antara ahli keluarga dalam kehidupan seharian. Anak-anak akan melihat ibu bapa mereka sebagai teladan lalu dapat membentuk imej diri yang positif. Amalan nilai-nilai murni terutamanya bersopan-santun dan berbudi bahasa amat disanjung tinggi dalam kehidupan seharian kita seperti kata tokoh ulama, Hamka, “semua ikatan akan terurai, semua jambatan akan terputus, dan semua kesimpulan akan terlepas, kecuali diikat, dihubung dan disimpul dengan tali budi”. Dengan ini, jelaslah bahawa anggota keluarga amat berperanan dalam melahirkan individu yang berakhlak mulia.

-

idea tepat fikiran matang huraian sangat berkembang contoh dinyatakan dan sangat sesuai ada ungkapan menarik keindahan bahasa terserlah

-

penggunaan penanda wacana yang sesuai (kesinambungan)

-

penggunaan ayat majmuk yang gramatis

-

keindahan bahasa sangat berkesan dengan penggunaan ungkapan seperti peribahasa dan madah pujangga

-

idea dikembangkan dengan contoh yang sesuai

19

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Di samping itu, peranan signifikan yang dimainkan oleh anggota keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak adalah dengan memberikan kasih sayang sepenuhnya. Ibu bapa tidak harus terlalu sibuk mencari rezeki sehingga mengabaikan anak-anak di rumah yang kehausan kasih sayang. Ibu bapa harus meluangkan masa untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak agar mereka berasa dihargai dan disayangi. Selain itu, adik-beradik juga harus saling menyayangi antara satu sama lain. Keadaan ini akan membolehkan anak-anak berkenaan dapat menghargai hubungan kekeluargaan dan kasih sayang. Hal ini sudah tentulah selaras dengan hasrat pemimpin negara yang ingin melahirkan masyarakat penyayang. Mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa, usaha mewujudkan masyarakat penyayang merupakan langkah awal untuk merealisasikan Wawasan 2020. Hal ini demikian kerana, cabaran wawasan yang ketuj uh ialah mewujudkan masyarakat penyayang. Sesungguhnya, nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh setiap anggota keluarga secara tidak langsung dapat melahirkan anakanak yang bersifat penyayang. Peranan lain yang dapat dilakukan oleh keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak ialah mendedahkan anak-anak dengan pendidikan hidup bermuafakat. Hal ini dapat dilakukan secara tidak langsung melalui agihan tugas dalam menjalankan kerja -kerja seharian seperti mengemas rumah, memasak dan menjaga adik. Proses sosiaisasi seperti ini adalah penting untuk mendedahkan anak-anak dengan peranan mereka dalam keluarga. Cara hidup yang mementingkan diri sendiri seperti enau dalam berlukar, melepaskan pucuk masing-masing, harus dielakkan sama sekali. Anak-anak yang mengamalkan hidup bermuafakat dapat dilahirkan. Justeru, setiap anggota keluarga harus bantu-membantu dalam melahirkan individu yang luhur dan hidup bekerjasama antara satu sama lain.

-

kosa kata luas dan sangat tepat

-

pemikiran matang

-

laras bahasa sesuai

-

gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa

-

penanda wacana dimanfaatkan dengan baik

-

penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis

-

idea relevan dan dihuraikan dengan jelas

-

gaya bahasa menarik dengan penggunaan ungkapan / peribahasa yang sesuai

20

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Konklusinya, memang sudah jelas bahawa keluarga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Dengan ini, anak-anak akan menjadi insan yang berkarisma, mempunyai sikap penyayang, tahu menghormati orang lain, berbudi bahasa dan tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar. Oleh itu, setiap anggota keluarga haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam membentuk sahsiah anak-anak dan bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

-

wacana lengkap dari awal hingga akhir karangan

-

kesimpulan mantap dan berkesan

-

ada unsur saranan

21

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

KARANGAN CONTOH – BAHAGIAN B CONTOH 2 : (BAIK) SOALAN 2 (SPM 2005) : KELUARGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENCORAKKAN KEHIDUPAN ANAK-ANAK. OLEH ITU, PENDIDIKAN ANAK -ANAK SEBENARNYA BERMULA DI RUMAH. BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERANAN KELUARGA DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK -ANAK.

ULASAN PETIKAN KARANGAN PELAJAR

Keluarga bahagia, itulah impian dan harapan setiap ibu bapa. Anak-anak yang bijak dan soleh datangnya dari sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Tetapi, apa yang kita lihat akhir-akhir ini di muka hadapan akhbarakhbar, terpampang muka anak-anak kita yang terlibat dengan kes juvana serta gejala sosial. Kes terbaru yang hangat diperkatakan ialah membuang bayi oleh remaja kita. Tanpa rasa belas kasihan, bayi-bayi ini dibuang seperti barang yang tidak berguna. Selain itu, kes rogol juga semakin menjadi-jadi semenjak kebelakangan ini. Di mana letak moral anak-anak kita? Siapakah yang patut dipersalahkan? Oleh itu, ibu bapalah yang sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak -anak.

- Pendahuluan masih menepati tugasan. - Contoh kurang sesuai

Kehidupan anak-anak ditentukan oleh ibu bapa mereka. Oleh itu, pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Anak -anak diibaratkan

22

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

sebagai sehelai kain putih yang bersih lagi suci. Kita sebagai ibu bapa yang prihatin seharusnya mencorakkan mereka sama ada menjadi insan yang berguna atau sebaliknya. Ibu bapa kini lebih bersifat materialistik lalu mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak. Mereka beranggapan bahawa anak-anak mereka boleh menjaga diri sendiri dengan baik. Jadi, peranan ibu bapa amatlah penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Ibu bapa tidak boleh menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru. Ibu bapa haruslah sama-sama berganding bahu dengan guru untuk membentuk sahsiah anak-anak. Pelajaran anak-anak amatlah penting sebagai hala tuju masa depan anak-anak. Kes-kes samseng dan buli di sekolah kebanyakannya dilakukan oleh anak-anak yang kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa dan keluarga. Anak-anak tidak boleh dibiarkan tergapai-gapai tanpa bimbingan dan dorongan daripada keluarga. Luangkan sedikit masa bersama anak-anak. Tinggalkanlah sebentar urusan kerja di belakang. Anak-anak sebenarnya inginkan perhatian dan kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa. Fahamilah jiwa anak-anak kita. Dengarlah apa kehendak mereka. Anak-anak zaman sekarang tidak sama seperti anak-anak dahulu. Perlakuan anak-anak zaman sekarang sudah banyak berubah selari dengan kemajuan sains dan teknologi. Ha rgailah kejayaan yang diperoleh anak-anak. Isikanlah jiwa anak -anak dengan belaian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga.

Di samping itu, ibu bapa juga turut berperanan mengawasi tingkah laku anak-anak. Jangan biarkan mereka terkontang-kanting tanpa perhatian ibu bapa. Ambil berat tentang aktiviti anak-anak. Ambil tahu juga dengan siapa dia berkawan, ke mana ingin dia pergi dan pada pukul berapakah dia akan pulang. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, kita sebagai ibu bapa tidak boleh

-

Idea masih relevan

-

Huraian isi masih jelas

-

Kosa kata umum

-

pengolahan masih menarik

-

ejaan dan tanda baca masih betul

-

wacana masih lengkap

-

Gaya bahasa kurang menarik

-

Keseluruhan penggunaan ayat yang kurang gramatis.

23

<<

>>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

mengambil tindakan berat dengan memukul atau menghukum atas kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. Sebaliknya kita disarankan agar mengambil tindakan yang bijak dengan menasihati dan menggunakan cara yang berlemah lembut. Dengan cara ini, anak-anak tidak akan berasa dirinya dikongkong oleh ibu bapa. Kesimpulannya, jelaslah bahawa keluarga memainkan peranan yang sangat penting dan besar dalam kehidupan anak-anak, Keluarga juga berperanan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak ialah amanah Tuhan kepada setiap ibu bapa. Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita hendaklah menjalankan tanggungjawab yang telah diberikan agar dapat melahirkan anakanak yang bersahsiah mulia. Keluarga bahagia, masyarakat sejahtera!

-

Unsur bahasa kurang bervariasi

-

Kesimpulan masih berkesan

24

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

ANALISIS KEKERAPAN SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1)

T A H U N JENIS KARANGAN 92 1. 2. 3. 4. 5.

Surat Kiriman Rasmi Surat Kiriman Tidak Rasmi Laporan Berita Ucapan / Syarahan / Ceramah 6. Dialog / Wawancara / Forum 7. Gambaran / Keperihalan 8. Cereka / Imaginasi 9. Rencana 10. Perbahasan / Bahaskan 11. Pendapat / Perbincangan 12. Ulasan / Ulasan Buku 13. Peribahasa / Cogan Kata 14. Skrip Drama 15. Ulasan Drama / Cerpen 16. Unsur Sastera

93 v

94

95

96 v

v

97

98

v

v

99

v v

v

v v

v

v

v v

v v v

v v

v

v v v v vv

v v vv

vv

01

02

v

v

v

vv v v

00

v v vv v

v

v vv

v v

04

05

v v

v

v

v

v v

vv

v v v

v v

03

v

*06

× v

v

v

vv

vv

v

×

v v vv

× ×

v

v v

v v

×

NOTA : - Mulai tahun 2004, soalan Bahasa Melayu Kertas 1 terbahagi kepada 2 bahagian (Bahagian A dan B) × Cadangan Fokus Untuk Tahun 2006

25

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

ANALISIS FORMAT DAN TEMA BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1) TAHUN 1993 - 2004 TAHUN

1993

1994

1995

FORMAT 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4.

Pendapat Surat Tidak Rasmi Ceramah Pendapat Surat Kiriman Rasmi Ulasan Wawancara Gambaran suasana Syarahan Pendapat Pendapat Ulasan Buku Pendapat Keperihalan Pendapat Pendapat

5. 6. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1.

Pendapat Cerpen Surat Tidak Rasmi Pendapat Keperihalan (Pengalaman) Laporan Keperihalan Perbincangan Pendapat

2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 5.

Perbahasan Rencana Surat Rasmi Ulasan Pendapat Pendapat Wawancara Keperihalan Pendapat Surat Rasmi

1996

1997

1998

TEMA / ISU

6. Perbahasan

Menghormati ibu bapa Pencemaran alam Pengurusan masa seseorang pelajar Kegigihan rakyat Pusat Sumber Sekolah Kempen Pelajar Cemerlang Perayaan Hari Kebangsaan Masyarakat Malaysia yang berilmu Cintailah alam sekitar Bidang yang ingin diceburi Mengulas keistimewaan buku Hubungan kekeluargaan Kemalangan di jalan raya Sastera memupuk nilai murni Peranan masyarakat memajukan negara Pinjaman menggantikan biasiswa Kegigihan Program Rakan Muda Inflasi Hari Keluarga di sekolah Kualiti kepimpinan belia Kehidupan harian penduduk Jenayah dalam kalangan remaja Minat pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik Pekerja asing Guru sanjungan saya Pengusaha tempatan Tanggungjawab sosial akhbar Nilai kebendaan dan nilai murni Rumah terbuka Sekolah penyayang Pameran kereta dan motosikal Malaysia Boleh Pinjaman kewangan untuk memperbesar perniagaan Persekolahan satu sesi

26

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

TAHUN

1999

FORMAT

TEMA / ISU

1. Esei / Rencana 2. Ucapan (Penerangan) 3. Pendapat 4. Ucapan 5. Rencana

Sekolah Idaman Saya Projek Reka Cipta Pusat Tuisyen Barangan Buatan Malaysia Projek bandar baru yang menimbulkan masalah kepada penduduk setempat Golongan ‘Orang Istimewa’ Lawatan sambil belajar ke hospital

6. Ulasan 1. Suasana & Pengalaman 2. Ceramah 2000

3. Pendapat 4. Pendapat 5. Laporan 6. Skrip Drama 1. Perasaan & Pengalaman 2. Pendapat 3. Perbahasan

2001 4. Rencana 5. Surat Tidak Rasmi 6. Ucapan 1. Gambaran & Peristiwa 2. Pendapat 2002

2003

3. 4. 5. 6.

Syarahan Wawancara Surat Rasmi KOMSAS

1. Pendapat 2. Pendapat / Perbincangan 3. Laporan 4. Rencana 5. Peribahasa

Peranan wanita dalam menangani kegawatan ekonomi Melancong di dalam negeri Menempatkan warga tua di rumah kebajikan Perkhemahan pelajar di hutan lipur Berunsurkan Sejarah Tersesat sewaktu perjalanan ke sebuah kompleks beli-belah Kemiskinan menimbulkan masalah sosial Sekolah khas bagi pelajar lelaki atau perempuan sahaja patut dihapuskan Kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia Kepentingan membaca Menceritakan novel yang telah dibaca Perasmian pusat perniagaan dan pentas utama runtuh Aktiviti sukan lasak diperluas di peringkat sekolah “Pengguna Bijak Masyarakat Bahagia” Pelajar cemerlang kokurikulum Pembuangan sisa toksik Keistimewaan drama pentas yang ditonton Hobi memancing Faktor pembentukan sahsiah Penyakit berjangkit Faedah menyertai koperasi sekolah ‘Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’ Mengulas Cerpen

6. KOMSAS

27

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

TAHUN

JUJ 2006

FORMAT

TEMA / ISU

BAHAGIAN A: Bahan Rangsangan Gambar

Tema : Pembangunan dan Alam Sekitar

BAHAGIAN B: 2004 1. Perbincangan

Peranan remaja untuk mencapai wawasan Tokoh sanjungan Persediaan untuk menghadapi persaingan kerja Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni Usaha memartabatkan golongan sasterawan

2. Perbincangan 3. Rencana 4. Syarahan 5. Pendapat

BAHAGIAN A:

Tema : Vandalisme

Bahan Rangsangan Gambar

Tugasan : Usaha-usaha menangani gejala vandalisme

BAHAGIAN B: 2005 1. Ulasan / Perbincangan

Remaja – trend semasa (gaya hidup dan cara berpakaian)

2. Pendapat

Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

3. Rencana

Usaha -usaha untuk meningkatkan mutu sukan negara.

4. Perbincangan

Persengketaan dan peperangan menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.

5. Cerpen (Peribahasa)

‘Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat” (kaitkan dengan masyarakat majmuk).

28

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

SOALAN LATIHAN (TAMBAHAN) LATIHAN 1 : Bahagian A [Masa dicadangkan : 45 minit] [30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SEMANGAT PATRIOTIK

29

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Bahagian B [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] [30 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

1

Rata-rata remaja sekarang lebih gemar menghabiskan masa lapang dan masa cuti dengan melepak di pusat-pusat hiburan. Hal ini amat merugikan kerana tenaga mereka sepatutnya digunakan untuk membangunkan negara. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, cadangkan tindakantindakan yang sesuai dilakukan oleh golongan remaja sebagai persediaan untuk membangunkan negara .

2

Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan peringkat negeri. Tajuk syarahan anda ialah “Keluarga Prihatin Penjana Kecemerlangan Anak-anak”. Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

3

Masalah pengangguran dalam kalangan siswazah di negara kita turut menjadi isu sejak akhir-akhir ini. Huraikan masalah ini dan nyatakan pendekatan ya ng wajar diambil untuk menanganinya.

4

Sumbangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kehidupan amat luas kerana penggunaannya dapat dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan. Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk merapatkan hubungan masyarakat antarabangsa.

5

Anda ingin menyertai Pertandingan Menulis Biografi Tokoh anjuran Gabungan Penulis Nasional ( GAPENA). Tokoh yang dipilih hendaklah seorang karyawan yang bergiat dalam pelbagai genre. Tulis biografi tersebut selengkapnya.

30

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

LATIHAN 2 : Bahagian A [Masa dicadangkan : 45 minit] [30 markah] Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang puncapunca kepupusan hidupan liar. Panjang huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.

HIDUPAN LIAR

31

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

Bahagian B [Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit] [30 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan. 1

Ada pendapat menyatakan bahawa kebanyakan penyakit berpunca daripada amalan pemakanan yang kurang sihat. Bahaskan pernyataan tersebut.

2

Pemilihan kerjaya individu banyak dipengaruhi oleh keluarga. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam me nentukan hala tuju kerjaya anak-anak.

3

Banyak perkara yang perlu diambil kira dalam menjalin hubungan kejiranan yang harmoni. Anda dikehendaki menulis rencana tentang caracara memupuk semangat kejiranan untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis rencana itu selengkapnya.

4

Kerajaan negara kita kini sedang giat berusaha bagi menjadikan negara kita sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Terdapat berbagai-bagai bentuk kerjasama antara negara yang sesuai dilaksanakan bagi memastikan usaha tersebut menjadi realiti. Bincangkan.

5

Golongan sasterawan banyak memberikan sumbangan dengan menghasilkan karya yang bermutu. Karya yang dihasilkan itu dapat mencorakkan keperibadian masyarakat. Huraikan peranan karya sastera dalam melahirkan masyarakat yang berkeperibadian tinggi.

32

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

JUJ 2006

SARANAN UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI PENULISAN KARANGAN

1.

Kepada calon untuk meningkatkan prestasi : Banyak membaca untuk menambah pengetahuan, mematangkan fikiran, mengikuti perkembangan isu semasa dan memantapkan penguasaan bahasa. Peka kepada format peperiksaan terkini. Setiap isi perlu dihuraikan dan disokong dengan contoh yang bersesuaian. Banyak membuat latihan menulis karangan supaya penguasaan dalam penulisan lebih mantap. Sentiasa merujuk Kamus Dewan untuk kepasitan ejaan. Sentiasa merujuk pelbagai bahan bacaan seperti akhbar dan majalah meningkatkan penguasaan kosa kata, mengumpul maklumat / data . Sentiasa merangka karangan sebelum menulis. Pastikan tajuk karangan yang menjadi pilihan, tajuk yang benar-benar difahami dan dikuasai. Berhati-hati dalam penggunaan bahasa agar bahasa yang digunakan sentiasa tepat dan gramatis. Pilih penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan karangan. Pastikan peribahasa yang digunakan sesuai dan faham akan makna serta penggunaannya. Bahagikan masa secara wajar supaya ada masa untuk merancang penulisan, menulis karangan dan mengedit karangan. Susun jawapan mengikut urutan sebelum membuat penghantaran kertas jawapan. Sentiasa berdoa dan bertawakal agar kejayaan cemerlang diperoleh dalam peperiksaan.

33

<< >>

MODUL BM 1 (1103/1)

2.

JUJ 2006

Kepada guru untuk meningkatkan prestasi :

Pengetahuan tentang bahasa harus sentiasa dikemas menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

kini

untuk

Pelbagaikan bahan pengajaran untuk meningkatkan minat pelajar. Latih pelajar menulis pelbagai bentuk karangan berformat dan tidak berformat. Jumlah latihan yang diberi harus mencukupi, pelbagai serta dirancang secara sistematik. Kenali kekuatan mahupun kelemahan pelajar supaya potensi mereka dapat digilap untuk lebih cemerlang dalam penulisan karangan. Menguasai skema permarkahan karangan agar pengajaran lebih berfokus. Latihan setiap pelajar perlu disemak dengan teliti dan sistematik.

TAMAT

34

<< >>