LUPAKAN BEKAS KEKASIH >>> Menghapus kenangan bersama si dia. *Singkirkan dia dari lamunan & simpan foto-foto kamu berdua/hadiah pemberiannya jauh dari pandangan mata. *Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya termasuk ‘SMS’ darinya.
2 Jangan menyeksa diri. *Jangan sampai membuatkan kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih dengan nasib yang menimpa apabila berhadapan dengan perkara yang membuatkan kamu teringat akan si dia, misalnya tempat yang biasa kunjungi bersama ataupun lagu-lagu yang menjadi kenangan kamu berdua.
Si dia punya pengganti
*Sememangnya wajar terdapat perasaan cemburu sekiranya si dia sudah punya pengganti. *Berfikiran positif dan perlu sedar bahawa kebahagiaan kamu bukan hanya boleh dikecapi apabila bersamanya.
4
Berhenti membandingkan
*Menyingkirkan sikap kamu yang suka membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. *Hal ini terjadi apabila kamu masih belum bersedia menjalinkan hubungan baru, lalu kamu menggunakan pelbagai alasan.
Kehidupan berbeza
*Jika sebelum ini hampir saban hari kamu menghabiskan masa bersama, tetapi kini kamu terpaksa keseorangan. *Bagaimana kamu menjalani hari-hari mendatang tanpa seseorang disisi? Sebenarnya, perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya kamu sudah ditakdirkan hidup bersendirian dan harus menikmati hari-hari mendatang dengan sebaiknya.
CARA TERBAIK MELUPAKAN SI DIA Ingat hal-hal yang buruk
tentang dirinya * Pada umumnya, wanita cenderung mengingati
setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya. Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara dengan nada tinggi atau tidak menepati janji.
Rakan pendengar setia * Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan
untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya bermain di fikiran. Luahkan masalah
kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan Jangan sesekali menyimpannya di dalam hati.
Cipta fantasi * Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu
tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini si dia sudah memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada temanteman yang lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan? Hehe