Lorong Dan Tebing

  • Uploaded by: abdul mukhlisin b ahmad
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lorong Dan Tebing as PDF for free.

More details

  • Words: 863
  • Pages: 4
lorong dan tebing Oleh HAMZAH ABDUL HAMID Menaiki bot River Cruise bukan satu-satunya cara untuk mendekati isi Melaka. Hanya dengan berjalan kaki di lorong pintas dan laluan siar tebing sungai, banyak kisah dan tinggalan sejarah dapat dihayati.

DI SEPANJANG tebing Sungai Melaka, banyak kisah dapat diimbas semula kerana di lokasi inilah sejarah perdagangan, ekonomi dan sosial bermula.

TARIKAN warisan lampau sememangnya ada di mana-mana di bumi Melaka. Untuk mendasari semua itu dengan mudah, ramai memilih perkhidmatan bot pesiaran yang menyusur alur dan liku Sungai Melaka. Ia merupakan salah satu kaedah pantas menyongsang gerbang waktu ke dimensi silam.

untuk

seseorang

Sementara jalan sungai sudah tersedia, tidak sedikit kesempurnaan agenda eksplorasi Melaka menjadi kurang mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.

pun jika

Begitulah yang boleh disimpulkan jika berpeluang menjelajah bandar raya bersejarah ini melewati jaringan jalan dan lorongnya.

Subjek menarik menanti di sepanjang laluan krew EKSTRA baru-baru ini. Ia bermula di atas laluan kayu (boardwalk) pinggir sungai yang berhadapan dengan The Majestic Malacca di Jalan Bunga Raya. Pokok buah Melaka yang dipercayai menjadi tempat Parameswara menerima ilham, hinggalah kepada kesan fizikal muka bumi tempat perkampungan nelayan lama, semuanya masih terpelihara. Tidak ketinggalan adalah sebuah perkampungan Melayu tradisional yang bernama Kampung Morten.

JALAN Tukang Besi juga dikenali sebagai Harmony Street kerana rumah ibadat tiga kaum utama terletak berdekatan antara satu sama lain.

Diiktiraf sebagai tapak warisan negeri, kampung yang menempatkan kira-kira 400 buah keluarga itu dinamakan sempena memperingati jasa seorang lelaki Inggeris yang telah menyumbangkan tapak tanah tersebut ketika British memerintah pada kurun ke-19 dahulu. Dihubungkan ke Jalan Bunga Raya melalui Jambatan Kampung Morten, ia memudahkan akses penduduk kampung dan pengunjung yang ingin melihat suasana desa istimewa itu dengan lebih dekat. Villa Sentosa adalah antara beberapa buah rumah besar yang menjemput rasa ingin tahu pengunjung.

GALERI Orang Utan House ini adalah antara tinggalan seni bina lama yang menunjukkan kepakaran Belanda. Perhatikan pada puncak rabungnya yang berbentuk keluk.

Rumah yang dibina pada tahun 1920 oleh Haji Hashim bin Dato' Demang Haji Abdul Ghani itu kini telah diubah elok menjadi sebuah muzium persendirian. Koleksi barangan berharga seperti persalinan pakaian lama, produk sulaman, perabot dan barangan antik boleh ditemui di dalamnya.

Bertentangan dengannya adalah kawasan perumahan warisan keluarga pelaut Cina yang jelas menerangkan betapa Melaka telah lama menjadi persinggahan komuniti pedagang dan nelayan yang berbilang bangsa. Susunan tebing sungai serta asas jambatan dengan bidur batu dari zaman Belanda serta potongan batu laterit juga menceritakan tentang teknologi lampau. Begitu juga dengan beberapa premis yang masih mengekalkan bumbung lama yang dibarisi jubin terracotta asal. Di sebalik penggunaan kepingan zink, papan, batu pasir dan simen, setiap satunya membawa cerita tersendiri. Apatah lagi melihat deretan bangunan yang suntuk dan rapat, sekali gus mengundang persoalan: 'Tidak sempitkah ruang di dalamnya?'

Difahamkan, pada zaman dahulu, cukai tanah yang dikenakan pada pemilik bangunan dikira berasaskan lebarnya. Itulah sebabnya terdapat banyak lot premis yang bukaan bahagian depannya kelihatan suntuk tetapi pelan tapaknya dibina memanjang.

PAGAR rendah depan premis ini adalah ciri kediaman keluarga Baba Nyonya.

Rasa kagum seperti juga hadir tatkala meneliti ragam bangunan seperti bumbung, binaan tembok, dinding ukir dan tiang berhias. Pengaruh Melayu, Cina, India, Belanda dan juga Victoria adalah petanda kukuh bahawa Melaka gah sebagai pusat pertembungan elemen global kerana kelebihan bidang perdagangannya. Setiap satunya menyimpan maksud yang melambangkan latar budaya, adat dan etnik tertentu. Misalnya, pagar rendah depan premis menunjukkan ia adalah milik keluarga Baba Nyonya, tiang granit berukir naga dan motif oriental sarat melambangkan keluarga Cina mengikut keturunan tertentu manakala ilmu seni bina Belanda terserlah melalui rabung yang berbentuk seperti huruf 'U' terbalik. Melintas ke banyak lorong di belakang bangunan yang bebas sampah sarap membuatkan sesiapa pun sedia memberi pujian kepada majlis bandar raya. Sama juga halnya dengan penjenamaan Jalan Hang Jebat sebagai Jonker Walk pada setiap hujung minggu. Ia tidak putus-putus menerima kunjungan pelbagai bangsa yang mahu mencari barangan antik, kraftangan ataupun sekadar mencuci mata sambil mencicip snek di tangan.

MENIKMATI Cendol Jam Besar dan karipap di pinggir Jalan Laksamana bagaikan satu kemestian.

Bercakap tentang integrasi kaum, Jalan Tokong Besi di kejiranan Chinatown juga dikenali sebagai Harmony Street. Sebabnya? Kuil, tokong dan masjid yang menjadi rumah ibadat bagi tiga kaum terbesar Malaysia ditempatkan di jalan yang sama. Permuafakatan hidup masyarakat majmuk sesungguhnya mengagumkan ramai pelancong asing.

Setelah puas berjalan, seseorang disyorkan berehat sebentar di Jalan Laksamana untuk menikmati hidangan pencuci mulut popular, Cendol Jam Besar, dan juga karipap panas dari gerai di sebelahnya. Hanya berharga RM1.50, semangkuk cendol yang terkandung pulut merah dan jagung manis sedia mengembalikan tenaga segera!

Sambil menikmati kelazatannya, hati mungkin tertanya sesuatu saat memandang Gereja St. Francis Xavier, Muzium Belia Malaysia dan deretan kedai di sekitar Dataran Belanda di situ. Mengapa agaknya semua berwarna merah? Menurut kisahnya, pada zaman dahulu, ramai orang tempatan gemar mengunyah sirih pinang SEMANGAT pelancongan yang mudah disaksikan di yang sedia maklum menjadikan air ludah mereka meriah sekitar Dutch Square yang menjadi warna merah. Kemudian, tabiat meludah kaya dengan tarikan seni bina pada dinding bangunan di sekitar kawasan dan warga Melaka. tersebut telah menjadi ikutan sosial. "Mungkin penyeragaman cat merah di bangunan-bangunan itu dipilih atas sebab ekonomi, sekali gus untuk memperingati warna nostalgik yang 'ditandakan' daripada tabiat tersebut," ujar pemberi informasi itu. Ada-ada saja jawapan di sebalik semua pertanyaan itu. Alah Dondang Sayang!

Related Documents

Lorong Dan Tebing
October 2019 34
Panjat Tebing 1
October 2019 50
Kf Tebing Tinggi.docx
April 2020 23
Panjat Tebing 2
October 2019 28

More Documents from "Scuba Diver"

Formula Minyak
October 2019 46
Lorong Dan Tebing
October 2019 34
Hijau
October 2019 28
Mahathir-agen Yahudi
October 2019 30
E-mel
October 2019 35
Pemurniaan Sejarah
October 2019 22