Llrc Soccer Carnival 2009 (beach Soccer)

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Llrc Soccer Carnival 2009 (beach Soccer) as PDF for free.

More details

  • Words: 933
  • Pages: 4
LLRC SOCCER CARNIVAL 2009 KEJOHANAN BOLA SEPAK PANTAI (BEACH SOCCER) AMAL TERBUKA KALI PERTAMA 2009 SEMPENA MAJLIS AMAL BAGI MENGUTIP DERMA TABUNG KEPERITAN PALESTIN DAN TANAH SUSUR BEACH SOCCER TOURNAMENT PENDAHULUAN Kelab Rekreasi Liang Lumut akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Pantai (Beach Soccer) Amal terbuka kali pertama 2009 sempena Majlis Amal bagi mengutip Derma Tabung Keperitan Palestin dan Tanah Susur. Kejohanan ini akan dikendalikan oleh Kelab Rekreasi Liang Lumut. 40% dari hasil kutipan wang pendaftaran akan di dermakan kepada Jawatankuasa Tertinggi Tabung Keperitan Palestin dan Tanah Susur. Oleh itu Jawatankuasa Kejohanan ini berharap pasukan-pasukan yang ikut serta dalam kejohanan ini, sama-sama lah beramai-ramai akan dapat menghulurkan bantuan serta sumbangan iklas tersebut di atas di samping bersukan untuk kesihatan melalui Kejohanan sukan Bola Sepak Pantai. 1.

NAMA KEJOHANAN Kejohanan “Bola Sepak Pantai (Beach Soccer) Amal bagi Mengutip Derma Sempena Majlis Amal Keperitan Palestin dan Tanah Susur”.

2.

TEMPAT DAN TARIKH Kejohanan akan di jangkakan berlangsung selama 1 bulan bermula pada Hari Jumaat 17hb April 2009 bertempat di Gelanggang Bola Sepak Pantai (Beach Soccer) Kelab Rekreasi Liang Lumut.

3.

PENGURUSAN Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Liang Lumut dan dipengerusikan oleh Pengurus Am Kelab.

4.

TUJUAN DAN MATLAMAT Untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi majlis Amal mengutip Derma Tabung Keperitan Palestin dan Tanah Susur. Memberi pendedahan serta peluang kepada pemain-pemain yang lebih berminat dan mempunyai bakat dengan sukan ini agar dapat mengasuh dan mengilap lagi bakat yang sedia ada.

5.

PENYERTAAN Kejohanan ini terbuka kepada semua lapisan Masyarakat di Negara Brunei Darussalam, KementerianKementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan, Universiti, Maktab-Maktab, Sekolah-Sekolah Menengah, Syarikat-Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan Sukan/Belia Mukim dan Kampong serta pasukanpasukan di keempat-empat Daerah.

Setiap Penyertaan Kejohanan ini di kenakan bayaran masuk sebanyak BND50.00 (B$ Lima Puloh Ringgit Sahaja). Setiap penyertaan pasukan di bolehkan menghantar seberapa banyak pasukan yang dikehendaki. Penyertaan bagi setiap pasukan tidak melebihi 9 orang pemain termasuk penjaga gol dan simpanan. Mana-mana pemain yang sudah berdaftar tidak boleh membuat sebarang pertukaran dengan ahli pasukan yang lain. 6.

FORMAT PERLAWANAN DAN MASA PERMAINAN Perlawanan akan dijalankan secara liga/liga kumpulan atau Double knock out system. kepada ramai penyertaan).

(Tertakluk

Masa perlawanan diperingkat Awal adalah selama Lima (5) minit masa pertama dan Lima (5) minit masa Kedua, tidak ada rehat diberikan hanya bertukar tempat. Suku Akhir/Separuh Akhir/Tempat ketiga dan peringkat Akhir adalah selama Tujuh (7) minit masa pertama dan Tujuh (7) minit masa kedua. Jika perlawanan dijalankan secara liga satu kumpulan, dua atau pasukan teratas akan layak bermain dalam peringkat Suku/Separuh Akhir tertakluk kepada Format sistem perlawanan. Dalam peraturan ini jika terdapat mana-mana pasukan yang mempunyai jumlah mata yang sama di peringkat kumpulan maka akan dirujuk kepada jumlah JARINGAN GOL dahulu akan diambil kira. Jika jumlah jaringan masih sama maka BOLOS (Kemasukan) akan diambil kira bagi menentukan pemenang. Jika kedudukan jaringan dan bolos masih sama maka pihak penganjur akan menentukan satu keputusan melalui pasukan yang menang keatas pasukan tersebut (lawan peringkat kumpulan) atau pasukan yang mendapat jumlah kemenangan yang banyak, maka pasukan tersebut akan layak sebagai pemenang bagi perlawanan seterusnya. Sistem Mata Kemenangan diberikan seperti berikut: MENANG

- 3 MATA

SERI

- 1 MATA

KALAH

- 0 MATA

WALKOVER

- 0 MATA

Setiap pasukan dimestikan menurunkan minima Lima (5) orang pemain disetiap perlawanan. Pasukan Gagal berbuat demikian akan di kira kalah, jika melibatkan kedua-dua pasukan, maka perlawanan berkenaan akan dibatalkan. Mana-mana pasukan yang gagal untuk hadir/tidak mencukupi bilangan pemain maka pasukan berkenaan di kira Walkover dan tiada mata dari jaringan diberikan kepada pihak lawan. Jika pasukan “Walkover” berkenaan telahpun bermain maka mata/jaringan juga dibatalkan. Setiao langkah-langkah keselamatan (Safety Rules) hendaklah di patuhi oleh setiap pemain, jika tidak mengikuti boleh di keluarkan dari perlawanan. 7.

BANTAHAN Sebarang bantahan secara bertulis sahaja boleh diterima dalam tempoh 30 minit selepas/ selesai perlawanan berlangsung.

Setiap bantahan yang dihadapkan mestilah bersertakan dengan wang cagaran sebanyak B$200.00 (B$ Dua Ratus Ringgit) tunai dan jika bantahan tersebut gagal,maka wang cagaran tersebut akan menjadi hak milik pihak penganjur , sebarang keputusan mengenainya adalah muktamad. 8.

HADIAH-HADIAH Johan pertandingan dalam semua kategori akan di pertandingkan dalam satu perlawanan bagi merebut PIALA PUSINGAN LLRC SOCCER CARNIVAL 2009 DAN WANG TUNAI BERJUMLAH $500.00 (LIMA RATUS RINGGIT SAHAJA) Johan menerima Wang Tunai sebanyak $140.00. Naib Johan menerima Wang Tunai sebanyak $120.00. Tempat Ketiga menerima Wang Tunai sebanyak $100.00.

9.

Borang-borang hendaklah dikembalikan tidak lewat pada Hari Khamis 23hb April 2009 jam 5.00 petang Bertempat di Kaunter Kelab Rekreasi Liang Lumut.

10.

SYARAT SYARAT AM Kejohanan ini di jalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kelab sendiri. Sebarang perkara yang berbangkit yang tidak terkandung dalam peraturan dan undang-undang pertandingan sila rujuk kepada jawatankuasa penganjur dan keputusan ini akan dirujuk dari masa kesemasa. Kenderaan/Kecederaan/makanan dan minuman adalah atas tanggongjawab pasukan-pasukan dan pemain-pemain sendiri. Keputusan pihak penganjur dan pengadil-pengadil adalah MUKTAMAD. Keselamatan semua para peserta adalah amat di titik beratkan dan sebarang kecederaan yang berlaku keatas mana-mana peserta adalah di bawah tanggungjawab peserta itu sendiri. Dari itu para peserta dinasihatkan agar bermain secara berhati-hati. Jika ada sebarang kecederaan berlaku pemain hendaklah melaporkan kepada pihak Kelab dan pemain hendaklah berhenti dari perlawanan. Pemain tidak boleh (sliding) dan sebarang kekerasan, pergaduhan di tegah dalam permainan. Setiap pasukan dimestikan membawa jersi (2 set) baju sukan yang bersesuaian untuk mengelakkan kekeliruan warna jersi dengan pihak pasukan lawan.

LLRC SOCCER CARNIVAL 2009 SEMPENA MENGUTIP DERMA TABUNG KEPERITAN PALESTIN DAN TANAH SUSUR BEACH SOCCER TOURNAMENT Nama Pasukan Nama Pengurus No Telefon (Hp)

JERSI NO

NAMA

D.O.B

AGE

IC NO

Registration Fee Not Later than 23rd April 2009 5.00pm

Registration Fee $50.00

…………………………………………. Manager Signature Date: ……………………………….. _____________________________________________________________________________________ RECEIPT Received from

: …………………………………………………………………………………………………………………………

The sum of dollars

: …………………………………………………………………………………………………………………………

Being Payments of

: …………………………………………………………………………………………………………………………

Received by

: ………………………………………………………………………………………………………………………..

Related Documents