Lawatan Ke Upm Prpi 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lawatan Ke Upm Prpi 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 413
  • Pages: 2
Lawatan ke Pameran Reka Cipta Penyelidikan & Inovasi UPM 09 Unit Kimi’A’ KMPk sesi 2009/10 Pada hari Selasa 28 Julai 2009 satu lawatan ke Pameran Reka Cipta Penyelidikan & Inovasi UPM Serdang, Selangor DE telah diadakan. Lawatan ini telah disertai seramai 20 orang pelajar dan 5 orang pensyarah pengiring termasuklah Puan Ketua Unit iaitu Pn Hamisah Abu Rashid sebagai ketua lawatan. Pelajar yang mengikuti pameran ini dipilih dari mereka yang duduk di sekitar kolej seperti Ipoh, Kampar dan Tapah. Semua peserta bertolak menggunakan bas kolej pada pukul 7.30 pagi dan tiba di UPM 10.30 pagi. Tujuan lawatan ini adalah sebagai pendedahan awal kepada pelajar matrik KMPk tentang inovasi dan reka cipta yang boleh diketengah dan dikomersialkan dalam pelbagai bidang. sesebuah IPTA. Lawatan bertolak pulang pada pukul 2.00 petang dan sampai di KMPk pukul 5.15 petang. Walau pun penat, terpancar kepuasan di dalam diri setiap pelajar kerana dapat melihat lebih dekat lagi hasil kajian dan produk komersial daripada penyelidikan yang dibuat. Adalah diharapkan yang lawatan akademik seperti ini dapat diadakan setiap sesi. Sekilas pandang PRPI 2009 PRPI 2009 dilihat menjadi satu wacana bagi sebuah institusi ilmu untuk mengenengahkan pencapaian cemerlang mereka dalam disiplin penyelidikan, inovasi dan reka cipta. Aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta usaha pengkomersialan merupakan antara kekuatan utama yang dimiliki oleh sesebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Hasil kajian dan produk komersial daripada penyelidikan bukan sahaja telah membawa perubahan yang ketara kepada kehidupan masyarakat sejagat, malah akan terus mempelopori usaha kepada penemuan-penemuan baharu yang akhirnya mendatangkan pelbagai manfaat kepada agama bangsa dan negara secara keseluruhan. Tambahan pula, dalam iklim persekitaran yang kian mencabar seperti yang dialami dunia pada hari ini, penyelidikan dan hasil reka cipta inovasi berpotensi bukan sahaja dalam mencari pendekatan alternatif kepada permasalahan global, malah apa yang lebih penting adalah untuk memastikan kelestarian dalam usaha berterusan pembangunan dunia sejagat. Objektif PRPI 2009 1) Mempamerkan pencapaian penyelidikan, inovasi dan reka cipta yang berkualiti dan berimpak tinggi di dalam pelbagai bidang 2) Mengenal pasti hasil penyelidikan, inovasi dan reka cipta yang boleh diketengah dan dikomersialkan 1

3)

Mengiktiraf sumbangan penyelidik dalam menjalankan aktiviti penyelidikan, inovasi dan reka cipta 4) Mencungkil bakat penyelidik-penyelidik baru 5) Memberi sokongan dan dorongan kepada penyelidik baru bagi meneruskan jejakjejak kegemilangan penyelidikan 6) Sebagai persiapan dan persediaan mewakili Negara bagi penyertaan ke pameran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Disediakan oleh : Mohamad Shehdi b Ragiun

Pensyarah pengiring dan pelajar KMPk PST yang mengikuti pameran bergambar kenangan sebelum bertolak pulang

Logo Pameran Reka Cipta Penyelidikan & Inovasi UPM 2

Related Documents