[HUTANG ] Seorang anak disuruh oleh ibunya ke kedai untuk berhutang beras. Anak : "Pakcik.. emak suruh saya hutang beras boleh?." Penjual : "Boleh.. mahu berapa kilo?" Anak : "2 kilo pakcik" Penjual : "Nah ambik ni.. balik tu jalan elok2 tau.." Anak : "Eh... pakcik.. wang bakinya mana? buat-buat lupa plak dia..."
[2 ORG PEMANDU DAN TUANNYA] Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya. Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie." Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!" Dengan pantas terus ke kedai kereta. Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....dia buat betul-betul" Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok, pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau." Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo. " Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?" Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya. Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ? Dia tak ada otak untuk berfikir, mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa. Tdak berapa lama kemudian, kedua pemandu itu bertemu di jalan, King Kong : " Ehh you know, my boss is very stupid laaaahhh. Dia kasih aku 10 ringgit dan suruh aku beli mercedez di kedai kereta, mana boleh ?? Kau kan tahu sekarang kan hari minggu. Semua kedai kereta tutup!!" Rambo : " Kau fikir boss kau stupid ha ? boss aku lagi stupid!! Masa dia suruh aku balik rumah lihat, apakah dia ada di rumah.....Padahal dia kan boleh check sendiri telefon je la ke rumahnya!!"
[PRA SEJARAH] Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-
pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya, Komeng: ada apa pakcik? Pakcik: Pakcik nie nak bertanya... agak-agaknye la berapa umur dinasour nie? Dengan penuh yakin Komeng menjawab Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari. Pakcik: Terernya awak... macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali? Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.
[PENGALAMAN PERTAMA SEORANG GADIS ] Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang. Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya. Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.
[KENTUT ] Seorang wanita tua pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan. Doktor bertanyakan kepada wanita tersebut apa masalahnya. Wanita tua menjawab dia menghadapi masalah kentut yang tidak berbunyi dan tidak berbau, sedangkan dia telah kentut sehingga sepuluh kali banyaknya ketika berada di pejabat. Memandangkan kentutnya tidak berbunyi dan berbau dia langsung tidak menyedari ianya berlaku. Doktor mendengar dengan teliti dan memberi wanita tua tersebut senarai beberapa jenis pil yang perlu di ambil. Doktor mengarahkan wanita tua itu mengambil pil-pil tersebut selama seminggu dan selepas itu datang berjumpa dengannya semula. Selepas seminggu wanita tua itu datang semula ke klinik untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada doktor. "Saya tak tau apa yang doktor berikan kepada saya, tapi bau udara di sekitar saya sangat busuk, tak dengar bunyi apa-apa pun tapi busuknya sangat dahsyat", kata wanita itu. "Bagus, sekarang deria bau awak dah pulih, kita akan usaha untuk pulihkan deria pendengaran awak pula", kata doktor.
[Arah] Seorang pelancong tersesat jalan,lalu beliau ingin menanya arah mana yang sepatutnya dia lalui. Lalu Pelancong tersebut menyapa pemuda di hadapannya Pelancong:hello wat is this place? Pemuda:This is place so Nice(sambil tersenyum) Pelancong Tersebut heran dan bertambah pelik jawapannye.. lalu die menanyakan sesuatu Pelancong:Sir what,s ur name? Pemuda:call me tarzan(sambil tersenyum) pelancong:Huh?Are u crazy? pemuda:nope your is crazy+crazy pelancong:arg crazy pemuda:nope you is crazy pelancong:ok fine i am crazy u also crazy terus belalu sambil mengerut kepale.