Latihan Objektif Bab 3
1. Sejarah kerajaan awal Asia Tenggara dibahagikan kepada dua buah kerajaan I Kerajaan Melayu Melaka II Kerajaan Srivijaya III Kerajaan Maritim IV Kerajaan agraria A I dan II B I dan III C II dan III D. III dan IV 2. Kerajaan maritim terdiri daripada beberapa buah kerajaan pilih kerajaan maritim di bawah I Kerajaan Champa II Kerajaan Angkor III Kerajaan Chih Tu IV Kerajaan Kedah Tua A I, II dan III B I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 3. Berdasarkan senarai di bawah Kerajaan Funan Kerajaan AngkorKedua-dua kerajaan di atas adalah kerajaan awal di Asia Tenggara. Kerajaan awal Asia Tenggara terdiri daripada dua buah kerajaan. Kerajaan di atas adalah dari kerajaan A. Kerajaan maritim B. Kerajaan Agraria C. Kerajaan Melayu Tua D. Kerajaan Melayu Melaka 4. Masyarakat agraria menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan juga menternak binatang.Apakah hasil utama pertanian mereka I Ubi taro
II Padi huma III Padi sawah IV Gandum A I,II dan III B I,II dan IV C. I,IIIdan IV D. II,III dan IV 5. Kerajaan Funan wujud pada abad Pertama Masihi. Apakah ciri-ciri kerajaan tersebut? I Mempunyai bandar pelabuhannya di Oc-Eo II Membina empayar, terusan dan takungan air III Rajanya yang pertama ialah Kaundinya IV Pemerintahan Suryavarman II adalah pemerintah Funan yang agung A I,II dan III B I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV 6. Kerajaan Funan dari kerajaan Angkor adalah dua buah kerajaan agraria. Di manakah kedua-dua buah kerajaan ini terletak? A. Di Lembah Bujang B. Dataran Kedah C. Di Lembah Menam Chao Praya D. Di Lembah Sungai Mekong 7. Pusat pemerintahan kerajaan Angkor adalah di kawasan hilir Sungai Mekong. Bagaimanakah ciri-ciri pemerintahan tersebut? I Sistem pemerintahan tertumpu kepada raja II Raja mempunyai kuasa mutlak III Raja dibantu oleh menteri-menteri yang dilantik rakyat IV Raja juga dibantu oleh kerabatnya dalam menjalankan pentadbiran A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV
8. Agama utama kerajaan Angkor ialah agama Hindu-Buddha. Apakah bukti anda berkata sedemikian? A.Wujudnya Borobudur B. Wujudnya Lembah Bujang C. Wujudnya Angkor Wat D. Wujudnya Patung Buddha 9. Kerajaan Angkor telah membina baray untuk kemudahan sistem pertanianyaApakah kebaikan baray ini? I Dapat menakung air dan disalirkan ke sawah apabila perlu II Membolehkan kerajaan Angkor mengeluarkan hasil yang banyak III Membolehkan ikan diternak IV Menjadi alat pengangkutan yang utama A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 10. Soalan 10 berdasarkan maklumat di bawah Benteng Terusan Kedua-dua maklumat di atas dapat dikaitkan dengan A. kegiatan pertanian kerajaan agraria B. benteng pertahanan daripada serangan musuh kerajaan agraria C. pusat pentadbiran kerajaan agraria D. sebagai alat pengangkutan kerajaan agraria 11. Kerajaan Funan dan Angkor berjaya membina kerajaan dengan menjadikan pertanian sebagai sumber ekonoinyaApakah antara faktor yang mendorong kejayaan tersebut? I kerjasama antara pemerintah dengan rakyat II Kegigihan bertani III Kerjasama pemerintah sesama pemerintah IV Penguasaan teknologi pembinaan terusan dan saliran
A I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II, III dan IV 12. Pertanian padi sawah adalah tanaman utama kerajaan agraria.Apakah antara faktor yang mendorong pertanian tersebut? I Benteng dan terusan membekalkan air untuk mengairi sawah II Persekitaran Tasik Tonle Sap mempunyai tanah yang rata IV Kemaukan buruh dari luar A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV 13. Apakah antara faktor yang mendorong setiap pelabuhan maritim menjadi terkenal I Menyediakan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, makanan danpenginapan II Gudang dan tempat menyimpan barang III Kawasan berjual beli atau pasar IV Tempat tinggal yang tetap A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV 14. Beberapa buah kerajaan maritim muncul di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan. Apakah antara kerajaan-kerajaan tersebut? I Srivijaya II Chih Tu III Champa IV Kedah Tua A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
15. Terdapat beberapa buah kerajaan awal di negera kita yang berkembang menjadi kerajaan maritim. Pada pendapat anda, apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim A. Kerajaan lebih mementingkan kegiatan pertanian B. Mempunyai penduduk yang ramai C. Penempatan kerajaan-kerajaan ini di tepi pantai dan menjalankan kegiatan di laut seperti perdagangan D. Bergantung kepada kekuatan kerajaan Soalan 16 berdasarkan senarai di bawah Kerajaan Majapahit Kerajaan Srivijaya Kerajaan Melaka Kerajaan-kerajaan di atas pernah menjadi kuasa politik dan ekonomi yang penting di Gugusan Kepulauan Melayu. Pada pendapat anda apakah faktor utama mendorong kerajaan-kerajaan tersebut berkembang pesat? A. Penguasaan jalan-jalan perdagangan iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda B. Mempunyai hasil bumi yang banyak C. Menjalankan dasar perluasan kuasa D. Mendapat perlindungan daripada kerajaan asing yang kuat 17, Kawasan aktiviti perdagangan kerajaan maritim meliputi kawasan sekitarnya,serantau,perdagangan dan entrepot.Apakah fungsi pelabuhan entrepot? A. Menyimpan barangan B. Pusat mengumpul dan mengedar barangan C. Pusat menghimpun padagang-pedagang D. Pusat pengeluaran perdagangan Soalan 18 berdasarkan senarai di bawah Hasil Hutan Rempah ratus Ubat-ubatan Damar
Gaharu Cendana Barangan di atas amat diperlukan oleh pedagang dari China, India, Arab dan Eropah.Di manakah barangan tersebut diperoleh? A. Kawasan pedalaman Burma B. Kawasan pergunungan Korat di Thailand C. Sekitar Tasik Tonle Sap D. Kawasan pedalaman Gugusan Kepulauan Melayu 19. Penguasaan orang Melayu dalam teknologi perkapalan telah membawa mereka berdagang hingga ke Afrika Timur. Pada pendapat anda apakah pengajaran yang boleh kita pelajarii tentang kerajaan tersebut? A. Berusaha serta tabah menghadapi cabaran B. Bersatu serta bekerjasama menghadapi sebarang cabaran C. Bersatu serta bekerjasama menghadapi cabaran D. Bersabar dan berdoa apabila menghadapi sesuatu masalah Soalan 20 berdasarkan pernyataan di bawah Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu Lien Dipengaruhi oleh agama Hindu Pernyataan di atas berkaitan dengan sebuah kerajaan awal di Asia Tenggara. Apakah kerajaan yang dimaksudkan? A. Kerajaan Srivijaya B. Kerajaan Kedah Tua C. Kerajaan Chih Tu D. Kerajaan Champa 21. Kerajaan Srivijaya pada asasnya mempunyai sistem pemerintahan yang tersusun. Apakah catatan Arab tentang sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya? A. Raja dianggap Raja Rimba dan Maharaja di Laut B. Raja dianggap Raja Gunung dan Maharaja Rimba C. Raja dianggap Raja Gunung dan Maharaja di Pulau D. Raja dianggap Raja Sungai dan Maharaja di Laut 22. Catatan pada Batu Bersurat yang dijumpai di Telaga Batu bertarikh 683
Masihi, terdapat maklumat mengenai bahagian pentadbiran Kerajaan Srivijaya. Apakah tiga bahagian pentadbiranyang dimaksudkan? I Pentadbiran diraja II Pentadbiran ketenteraan III Pentadbiran daerah IV Pentadbiran kampung A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV
23. Palembang bukan merupakan kawasan yang staregik tetapi ia merupakan pelabuhan yang maju. Mengapakah anda berpendapat sedemikian? I Menguasai Selat Melaka,Selat Sunda dan Laut Jawa II Mempunyai hasil bumi seperti damar, cendana dan lada hitam III Menjalinkan hubungan dengan kerajaan China IV Tempat pertukaran barangan antara Asia Tenggara, China, India dan Barat A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV 24. Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja. Bagaimanakah gambaran kebesaran tersebut? I Raja dianggap kebal II Raja dianggap berkuasa sakti III Raja berkuasa mutlak IV Raja bersifat ketuhanan A. I,II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV 25. Selain kerajaan Srivijaya dan Kedah Tua. Kerajaan Majapahit juga adalah sebuah kerajaan yang terkenalSiapakah pengasas kerajaan ini?
A. Hayam Wuruk B. Raden Wijaya C. Raden Kartanegara D. Chu Lien
26. Kerajaan Majapahit mencapai zaman keagungan semasa pemerintahan Hayam Wuruk atau Raja Senagara dengan dibantu oleh Perdana MenterinyaSiapakah Perdana Menteri tersebut? A. Tun Perak B. Taming Sari C. Seri Gajah Mada D. Patih Gajah Mada 27. Pada peringkat awal kerajaan Kedah Tua adalah dipengaruhi agama Buddha dan kemudiannya oleh agama Hindu-Buddha.Apakah bukti ahli sejarah berpendapat sedemikian? A. Peninggalan Candi Angkor Wat B. Peninggalan Candi di Lembah Bujang C. Peninggalan Candi Borobudur D. Peninggalan Candi Siam 28. Kerajaan Chih Tu telah diasaskan oleh Raja Gautama pada abad ke-6 dan dikatakan mempunyai corak pentadbiran yang tersusun.Apakah yang dimaksudkan dengan corak pentadbiran yang tersusun tersebut? I Raja berkuasa mutlak II Raja dibantu oleh tiga orang menteri III Terdapat seorang pegawai besar IV Syahbandar dilantik untuk mengurus di pelabuhan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 29. Kerajaan Majapahit mengamalkan konsep Devaraja dalam pemerintahannya.Konsep Devarajah ini berkaitan dengan Raja yang memerintah Kerajaan Majapahit. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep Devarajah? A. Raja yangberkuasa mutlak
B. Raja yang dibantu oleh menteri-menteri C. Wakil Dewa yang dipilih untuk memimpin manusia D. Raja seorang hakim besar 30. Apakah pelabuhan utama kerajaan Majapahit? I Temasik II Kataha III Inderaputra IV Chih Tu A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV 31. Apakah perkara yang penting untuk menghasilkan sebuah kerajaan yang maju seperti kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara? I Kebijaksanaan pemerintah II Kesetiaan kepada pemerintah III Sistem pentadbiran yang tersusun IV Rakyat yang bersatu padu A. I, II dan III B. I,II dan IV C. I,III dan IV D. II,III dan IV