Latihan Antonim Berjawapan 1-20.docx

  • Uploaded by: Fang Jing Wu
  • 0
  • 0
  • September 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Latihan Antonim Berjawapan 1-20.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 465
  • Pages: 2
Latihan Antonim (Perkataan Berlawan) Pilih perkataan berlawan bagi perkataan bergaris : 1.Kebanyakan penduduk Kampung Murni membangkang cadangan ketua kampung untuk membina jambatan baru di kampung itu kerana pembinaanya akan melalui sawah padi mereka. A. menurut C. mengambil B. menerima D. menyokong 2.Seng Yi merupakan peserta terakhir sampai ke garisan penamat dalam acara sukan lumba larian 200m pecut . A. terawal C. tercepat B. terhenti D. terdahulu 3.Pekerja-pekerja di kedai runcit itu memunggah barang-barang yang baru sampai dari dalam lori itu ke Supermart. A. menaikkan C. menyimpan B. mengambil D. menyelongkar 4.Pekerja itu mengorek lubang untuk menanam paip dibawah tanah. A. menurap C. menambah B. menimbun D. mengambus 5.Noel dan kawan-kawannya bermain bola sepak di padang yang becak dan berair. A. kotor C. kering B. keras D. lembap 6.Wajah Su lan menjadi ayu selepas menggunakan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang beracun. A. jelik C. hina B. cacat D. hodoh 7.Puspa tenang menunggu keputusan peperiksaanya berkat usahanya belajar selama ini. A. keliru C. gelisah B. gusar D. bimbang 8.Puan Li mencampurkan bahan-bahan masakan yang telah disediakan ke dalam kuali. A. menjauhkan C. memisahkan B. menjarakkan D. mengasingkan 9.Ai Mei merupakan anak sulung Encik Peter dan Puan Irene. A. kecil C. bongsu B. manja D. pertama 10.Permukaan kayu itu licin setelah digosok dengan kertas pasir. A. lurus C. kasar B. tegak D. lembut 11.Lian tidak muat memakai baju kebaya yang dihadiahi oleh ibunya kerana kainnya terlalu singkat dan badannya Lian tinggi dan besar. A. turun C. longgar B. labuh D. panjang

12.Tandas awam itu kelihatan bersih setelah dicuci oleh pekerja am itu sejak awal-awal pagi lagi. A. kotor C. hitam B. lecah D. cemar 13.Setelah tiga bulan mengenali Ikhwan, Kamal semakin curiga dengan sikap sahabatnya itu yang nampak seperti tidak menyakinkan. A. pasti C. benar B. betul D. percaya 14.Ayah sedang mengasah hulu parang untuk menebas rumput di belakang rumah. A. mata C. pangkal B. hujung D. belakang 15.Persahabatan yang dibina selama 15 tahun antara Pei Ling dan Su Wah semakin erat sejak mereka duduk serumah bila mereka bekerja. A. jauh C. rancak B. rapuh D. renggang 16.San Li mendongakkan kepalanya apabila bercakap dengan ayahnya supaya boleh nampak muka ayahnya. A. menundukkan C. menggelengkan B. memusingkan D. menganggukkan 17.Abang membantu ayah meletakkan barang-barang di dalam bonet kereta. A. menurunkan C. mengambilkan B. menaruhkan D. membubuhkan 18.Mei Ying merupakan seorang murid yang aktif di sekolah pada masa dulu. A. pasif C. lemau B. lemah D. lembap 19.Suasana di kampung itu sungguh aman sejak pencuri itu ditangkap oleh polis semalam. A. usik C. ganggu B. kacau D. huru-hara 20.Ah Kau selalu akur akan perintah yang diberikan oleh pegawai atasannya. A. nafi C. enggan B. ingkar D. derhaka Jawapan :

1D 2A 3C 4D 5C 6D 7C

8D 9C 10C 11B 12A 13D 14B

15D 16A 17C 18A 19D 20B

Related Documents

Antonim
June 2020 32
Antonim Bing.docx
December 2019 28
Latihan-latihan.
May 2020 54
Latihan
May 2020 42
Latihan
November 2019 54

More Documents from "Novian Agung"