Latihan 3d Serta Jawapan 2018.docx

  • Uploaded by: eida
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Latihan 3d Serta Jawapan 2018.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,382
  • Pages: 7
Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi. 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut. 5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan. 6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu. 7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa. 8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. 9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut. 10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. 11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut. 12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil. 13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu.

17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. 19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal. 20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup. 22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran. 23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ. 24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan. 25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu. 26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas. 27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya. 28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol. 30. Pengkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut. 1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut. Adakah -> Apakah perlawanan -> pertandingan 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. pendapat -> pendapatan dia buat -> dibuat olehnya 3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi. sempadan -> sepadan dari -> daripada 4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut. di atas -> atas memalapkan -> menggelapkan 5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan. menjajah -> menjelajah syarikat itu anjurkan -> dianjurkan oleh syarikat itu 6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu. Beribu -> Beribu-ribu menyerang ->merebak 7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.

dipindahkan oleh kami -> kami pindahkan sebaik-baik -> sebaik sahaja 8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti. paling laris sekali -> paling laris kuantiti -> kualiti 9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut. semua syarat-syarat -> semua syarat menulis -> menandatangani 10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. pengirimnya -> penerimanya mengikut -> mengikuti 11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut. lain-lain hal -> hal-hal lain menunda -> menangguh 12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil. penggunaan -> penyalahgunaan di -> dalam 13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. buruk -> uzur puluh -> pulih 14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain.

disenaraihitam -> disenarai hitam teladan -> peringatan 15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. saling potong-memotong -> saling memotong takat -> tahap 16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. gemarkan -> gemar akan dibaluti -> disalut 17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. Berdasarkan kepada -> Berdasarkan pemjenayah -> penjenayah 18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. membincangkan tentang -> membincangkan buah -> pasukan 19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal. Mereka-mereka -> Mereka petikan -> gesekan 20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. sekumpulan -> segerombolan pada -> di 21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup.

kereta lumba -> lumba kereta butir -> buah 22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran. Tiap -> Setiap membangunkan -> mengejutkan 23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ. menjahit -> jahit syarahan -> taklimat 24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan. berbagai -> berbagai-bagai kecederaan -> kemalangan 25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu. bila -> apabila digiling -> digilis 26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas. beribu -> beribu-ribu dipelihara -> diternak 27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya. menjatuhkan -> menurunkan kepada -> pada 28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

menghadiahkan -> menghadiahi telefon tangan -> telefon bimbit 29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol. Setengah -> Sesetengah memasukkan -> menjaringkan 30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai. selsema -> selesema meluas -> menular

Related Documents


More Documents from ""