Laporankejohananmerentasdesaperingkatsekolah-130120183949-phpapp02.docx

  • Uploaded by: Ayuyu Arora
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporankejohananmerentasdesaperingkatsekolah-130120183949-phpapp02.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 396
  • Pages: 6
1.

PENDAHULUAN Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah merupakan aktiviti tahunan yang semestinya dijalankan.Kejohanan ini disertai oleh murid – muridTahun 1 – 6 SekolahRendah Islam II, Felda Mata Air. Ianya bertujuan membina tahap kecergasan dan daya tahan dalam diri seseorang khasnya yang berminat dalam arena sukan.

2.

MASA DAN TEMPAT Kejohanan ini telah diadakan pada ketetapan berikut :Tarikh : 25 Januari 2014 (Sabtu) Masa: 8.00 – 10.30 pagi Tempat : Laluan sekitar Felda Mata Air.

3.

KEHADIRAN DAN PENGLIBATAN Semua warga Sekolah Rendah Islam II telah bekerjasama untuk memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan dengan lancar. Semua murid (kecuali yang mempunyai masalah kesihatan) dan guru telah turut serta berlari di sepanjang laluan yang telah disediakan. Para guru juga telah menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka dengan begitu cemerlang. Tuan Guru Besar sendiri telah turun padang untuk melepaskan dan mengiringi para peserta sepanjang laluan merentas desa.

4.

KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN Terdapat empat kategori yang telah dipertandingkan mengikut apa yang telah ditetapkan iaitu :1. Kategori Lelaki tahap 1 2. Kategori Perempuan Tahap 1 3. Kategori Lelaki Tahap 2

4. Kategori Perempuan Tahap 2

5.

KEKUATAN Kerjasama yang kuat dari semua pihak telah memastikan kejayaan pengelolaan kejohanan merentas desa peringkat sekolah berjalan dengan lancar dan jayanya. Para guru juga begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing untuk menjaga check point. Para pelajar pula begitu bersemangat untuk mengikuti acara ini. Ini adalah ciri-ciri positif yang telah menjadikan kejohanan ini satu kejayaan.

6.

KELEMAHAN Kelemahan yang ada sewaktu kejohanan merentas desa ini berlangsung ialah kurang kawalan keselamatan. Salah satunya ialah kawalan lalu lintas yang kurang teratur di mana para peserta berlari menggunakan keseluruhan permukaan jalan raya sehingga menyukarkan kenderaan-kenderaan lain ketika menggunakan jalan raya. Hal ini memerlukan bantuan daripada pihak keselamatan seperti polis,rela atau pertahanan awam pada masa akan datang.

7.

KEWANGAN Pihak sekolah telah meluluskan peruntukan kewangan sebanyak RM175 untuk perbelanjaan pengurusan kejohanan ini. Duit ini telah dibelanjakan untuk membeli barang-barang serta bahan yang diperlukan seperti yang terkandung dalam kertas kerja.

8.

PENUTUP Pada keseluruhannya kejohanan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah yang besar sepanjang berlangsungnya acara ini. Diharapkan agar kejohanan ini akan bertambah baik dalam penganjuran pada masa-masa akan datang.

Disediakan oleh: .........................

LAMPIRAN

Peserta mendengar taklimat mengenai Kejohanan merentas desa

Tuan Guru Besar mengiri murid semasa kejohanan merentas desa.

Pengawal keselamatan mengawal lalu lintas.

Para guru mengiri murid semasa kejohanan merentas desa berlangsung

Ketibaan Murid.

Hakim penamat

More Documents from "Ayuyu Arora"