LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA KECEMERLANGAN TANPA DARVIH Pada tarikh 27 Mei hingga 29 Mei 2016 Unit Kokurikulum SK Taman Seri Gombak 2 telah mengadakan Perkhemahan Perdana Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam bertempat di ‘KEM PERAH’ Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Seramai 147 daripada 150 orang penyertaan peserta telah hadir perkhemahan ini yang terdiri daripada 5 kumpulan utama Unit beruniform sekolah. Ketidakhadiran peserta seramai 3 orang ini adalah disebabkan penarikan diri di saat-saat akhir di atas sebab masalah kesihatan dan kecemasan.
Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada murid-murid tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh di samping memupuk semangat kerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap peserta. Pembentukan disiplin dan sahsiah diterapkan sepanjang perkhemahan bagi melahirkan murid yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum seiring dengan misi dan visi pendidikan. Di samping itu juga program perkhemahan ini di adakan bertujuan untuk menggalakkan integrasi nasional, memahami kebudayaan dan kepercayaan yang pelbagai serta menghormati pegangan masing-masing. Pendaftaran bermula seawal 2.30 petang pada petang Jumaat. Aktiviti dimulakan pendaftaran peserta dan taklimat pengangkutan oleh Kem Komanden. Pada pukul 3.30 petang peserta telah bertolak ke Kem Perah -FRIM dengan menaiki 4 buah bas. Semua peserta perkhemahan telah tiba ke tapak kem pada pukul 4.30 petang. Aktiviti di mulakan dengan taklimat khas keselamatan kawasan perkhemahan oleh petugas kem. Taklimat di teruskan oleh Kem Komandan perkhemahan Perdana iaitu En. Mazli Bin Alias mengenai peraturan dan perlaksanaan aktiviti sepanjang perkhemahan dijalankan. Aktiviti di teruskan dengan mendirikan khemah. Aktiviti dapat berjalan dengan lancar di atas kerjasama semua jurulatih dan para peserta perkhemahan. Setelah selesai, para peserta berehat untuk minum petang dan menunaikan solat Asar. Setelah selesai solat Asar para peserta perkhemahan meneruskan aktiviti pengurusan diri sehingga selesai solat Isyak. .Pada pukul 9.00 malam, setelah selesai solat isyak para peserta perkhemahan berkumpul mengikut kumpulan untuk menjalankan aktiviti pecah bendungan bimbingan En Syaiful Adzli . Pengisian slot ini ialah pemilihan penghulu dan penghuluwati di samping aktiviti kumpulan yang berobjektifkan kerjasama kumpulan dan kasih sayang di kalangan ahli kumpulan. Pada pukul 11.30 malam semua peserta berkumpul di dataran perhimpunan untuk meneruskan aktiviti berjalan malam. Aktiviti berjalan mala mini di ketua oleh En Abd Rahim B Shafie dan di bantu oleh jurulatih-jurulatih serta petugas kem. Aktiviti berjalan malam ini meliputi aktiviti berjalan di kawasan tapak kem secara berkumpulan.Aktiviti di laksanakan selama dua jam. Semasa aktiviti ini di jalankan seorang peserta perkhemahan iaitu Nur Arrisya Bt Razali telah mengalami kemalangan kerana terjatuh. Nur Arrisya Bt Razali di dapati mengalami kecederaan patah tangan dan di hantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Pada hari Sabtu (30 Mei 2015) aktiviti di mulakan dengan senaman pagi dan di teruskan dengan aktiviti merentas hutan. Aktiviti ini di ketuai oleh En Shahril B Ahmad , jurulatih-jurulatih dan petugas kem. Aktiviti merentas hutan ini mengambil masa bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Aktiviti meliputi mendaki dan menuruni bukit, merentas sungai dan hutan Setelah tiba di pusat kem, para peserta meneruskan aktiviti pengurusan diri sehingga pukul 3.00 petang. Pada pukul 3.30 petang aktiviti di teruskan dengan aktiviti berpangkalan yang di ketuai oleh En Saiful Nizam B Zaki di bantu dengan jurulatih-jurulatih. Terdapat lima pangkalan aktiviti yang harus di jalankan oleh setiap peserta secara berkumpulan iaitu menjunjung kasih, bebola naga, ikatan dan simpulan, membina gajet dan kawad statik dan dinamik. Para peserta dapat menjalankan aktiviti dengan lancar di samping kerjasama yang baik daripada semua jurulatih yang terlibat. Pada pukul 6.00 petang para peserta perkhemahan telah berkumpul mengikut kumpulan masingmasing bagi sesi persediaan malam kebudayaan. Setiap kumpulan telah di tetapkan dengan tajuk persembahan masing –masing. Sesi latihan ini di bimbing oleh fasilitator-fasilitator kumpulan masingmasing. Komitmen daripada fasilitator dan peserta telah ditunjukkan dengan baik dan bersungguhsungguh bagi menghasilkan persembahan yang menarik . Pada pukul 9.30 malam slot Malam Kebudayaan pun bermula. Aktiviti malam pengakap dimulakan dengan tepuk semangat dan nyanyian lagu-lagu perkhemahan. Persembahan yang di pertandingkan terdiri daripada nyanyian , tarian, boria dan dikir barat.Persembahan yang diberikan amat menarik dan kreatif. Ternyata para peserta amat bersedia dengan persembahan dan terima kasih kepada semua jurulatih yang komited membimbing kumpulan masing masing.Persembahan terbaik Malam kebudayaan ini dimenangi oleh Kumpulan 4 dengan persembahan tarian . Pada Pukul 2.00 pagi, para peserta di kejutkan untuk meneruskan aktiviti cabaran malam yang di ketuai oleh En Suaimi B Abdullah. Peserta-peserta di tempatkan secara berseorangan bagi menguji tahap keyakinan diri dan kecekalan ketika menghadapi kegelapan. Aktiviti berakhir pada pukul 3.00 pagi dengan ulasan rasional aktiviti oleh ketua aktiviti. Pada hari Ahad ( 31 Mei 2015 ) Program di teruskan pada pukul 7.30 pagi dengan aktiviti senaman pagi yang di kendalikan oleh Pn Saidatul Akmar.Murid menjalankan aktiviti kecergasan fizikal. Pada pukul 8.30 pagi pula Aktiviti di teruskan lagi dengan slot PPDa iaitu hidup bebas tanpa darih yang di kendalikan oleh Pn Norwani Bt Rahim dan En sauki B Awang seman. Dalam slot ini, murid akan menjalankan aktiviti secara berkumpulan iaitu menghasilkan paparan maklumat mengenai dadah, alkhohol, rokok, inhalen dan hiv di atas kad manila. Setelah selesai, setiap kumpulan akan membuat pembentangan mengenai hasil aktiviti di hadapan semua peserta di samping sesi soal jawab mengenai maklumat-maklumat yang di sampaikan. Aktiviti dapat di jalankan dengan lancar dan berkesan di atas kerjasama dan kesungguhan yang di tunjukkan oleh para peserta perkhemahan. Pada pukul 10.00 pagi aktiviti khidmas di jalankan iaitu para peserta akan bergerak mengikut kumpulan untuk menurunkan khemah dan membersihkan kawasan tapak perkhemahan. Tepat pukul 11.00 pagi, para peserta di kehendaki berkumpul di dewan untuk meneruskan majlis penutup dan penyampain sijil dan hadiah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan slot ulasan
keseluruhan aktiviti perkhemahan oleh kem komanden .Seterusnya majlis menjemput Puan Daunah Bt Sitam untuk menyampaikan ucapan penutup. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada para pemenang. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada pengakap pengakap jemputan dari SMK Hilcrest diatas bantuan yang di berikan dan sebagai ucapan terima kasih , Unit Kokurikulum SK Taman Seri Gombak 2 telah menyampaikan cenderamata dan sijil kepada mereka. Semua peserta perkhemahan telah bergerak pulang pada pukul 1.30 tengahari dan tiba di sekolah pada pukul 2.30 petang .Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih yang terlibat pada perkhemahan Perdana 2015. Adalah di harapkan perkhemahan seperti ini dapat di teruskan lagi pada masa akan datang dan perlaksanaannya akan lebih cemerlang.
Di sediakan oleh,
……………………………………………….. (CIK NOORMAZNI BT AHMAD TERMIZI) SETIAUSAHA PERKHEMAHAN PERDANA SK TAMAN SERI GOMBAK 2
Disemak oleh ,
…………………………………………………. (EN SAUKI B AWANG SEMAN ) MENJALANKAN TUGAS PK KOKURIKULUM SK TAMAN SERI GOMBAK 2
Disahkan oleh ,
…………………………………………………. (PN DAUNAH BT SITAM) GURU BESAR SK TAMAN SERI GOMBAK 2 REFLEKSI
KEKUATAN.
1.Sambutan penyertaan daripada para peserta yang amat memberangsangkan.
2.Peserta perkhemahan terdiri daripada pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan keterampilan yang tersendiri. Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka sentiasa patuh kepada arahan yang di berikan.
3.Kerjasama yang baik diantara Kem Komandan, Pen. Kem Komandan dan pegawai-pegawai Harian, para jurulatih dan fasilitator yang di lantik menjadi pemangkin utama dalam perlaksanaan aktiviti justeru program menjadi lebih lancar dan berkesan.
4.Pengurusan urusetia yang berpengalaman telah dapat menyumbang kepada kelancaran aktiviti sepanjang perkhemahan di jalankan.
5.Kemudahan prasarana yang lengkap seperti padang, tapak khemah yang luas, kawasan aktiviti luar , dewan aktiviti dapat membantu melicinkan perjalanan program.
6. Peruntukan kewangan yang mencukupi banyak membantu kelancaran program perkhemahan ini.
KELEMAHAN.
1.Masalah kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas tidak mencukupi kerana masalah pengurusan pihak kem .
2.Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan tandas kerana berkongsi dengan peserta kem dari sekolah lain.
3.Kekangan masa menyebabkan terdapat slot yang terpaksa dipendekkan.
4. Bilangan khemah yang tidak mencukupi menyebabkan pihak sekolah terpaksa meminjam khemah dari pihak kem.
5. Jarak perjalanan dari jalan utama ke kawasan kem agak jauh menyebabkan para peserta perkhemahan menghadapi kesulitan untuk membawa peralatan.
PENAMBAHBAIKAN
1.Mengurangkan aktiviti agar program dapat dijalankan dengan lancar.
2.Menambah bilangan khemah untuk kegunaan para peserta perkhemahan.
3.Memilih tapak perkhemahan yang lebih efisyen pengurusannya.
4.Pemilihan tapak khemah yang mempunyai kemudahan tandas dan bilik air yang mencukupi.