Laporan Konvensyen Doktor Muda Senarai Nama

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Konvensyen Doktor Muda Senarai Nama as PDF for free.

More details

  • Words: 348
  • Pages: 2
LAPORAN KONVENSYEN DOKTOR MUDA

Pada

18 Mei 2008 pemilihan peserta untuk ke Konvensyen Doktor Muda

peringkat negeri telah diadakan di Sk Kepala Batas .SK Permatang Janggus telah berjaya mewakili daerah Seberang Perai Utara dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris, bercerita Bahasa Melayu, menulis esei, melukis poster, Tokoh Doktor Muda, pameran dan persembahan bakat.

Konvensyen Doktor Muda peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 21 Mei 2008 bertempat

di Dewan Sri Pinang. Sebanyak lima daerah telah menyertai

konvensyen tersebut .Diantara daerah-daerah yang terlibat ialah Daerah Seberang Perai Utara, Daerah Seberang Perai Selatan, Daerah Seberang Perai Selatan, Daerah Barat Daya dan Daerah Timur Laut. SK Permatang Janggus telah diwakili oleh 19 orang peserta ke Konvensyen Doktor Muda dan diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu Pn.Hazizah dan Pn.Norazha. Sk Permatang Janggus telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris yang diwakili oleh Siti Aishah bt Mohd Zuki dan mendapat Naib Johan dalam Pertandingan Persembahan Bakat (Sketsa) yang disertai oleh 15 orang pelajar. Masing-masing mendapat sijil

dan baucer Kedai Buku Popular

sebanyak RM50 untuk pertandingan bercerita dan RM100 untuk sketsa. Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 17 hingga 20 Jun 2008 bertempat di Grand Water City Hotel, Melaka. Seramai sepuluh orang peserta dari Daerah Seberang Perai Utara telah mewakili konvensyen tersebut. Peserta terdiri daripada tiga dan dua orang pelajar dari empat buah sekolah yang mengambil

bahagian iaitu SK Permatang Janggus, Sk Kepala Batas , SK Ara Rendang dan SK Bagan Jermal. Sk Permatang Janggus telah mewakili Negeri Pulau Pinang dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan. Konvensyen Doktor Muda ini telah disertai oleh 14 buah negeri dan telah berlangsung selama

empat hari. Sepanjang

konvensyen tersebut telah berlangsung semua pertandingan antara negeri-negeri yang terlibat. Tapak pameran aktiviti Doktor Muda menjadi perhatian para pelajar melihat hasil Doktor Muda yang dipamerkan. Selepas tamat konvensyen para peserta telah dibawa melawat ke Bandar Hilir pada hari ketiga. Akhir sekali ucapan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dalam membantu Doktor Muda khususnya kepada En.Abdull Ramis dan Pn.Siti Fatimah kerana telah banyak membantu dalam persiapan Konvensyen Dokotr Muda.

Disediakan oleh:

…………………………. (Hazizah bt Abdull Samat)

Related Documents

Doktor Muda
August 2019 31
Kelab Doktor Muda
June 2020 17
Kelab Doktor Muda
August 2019 22
Senarai Nama Rekreasi
May 2020 22
Senarai Nama Pengawas (l)
November 2019 37