LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN KEWANGAN YANG BERKESAN 1.0 Mempunyai Matlamat Kewangan Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek – sederhana – panjang. Matlamat kewangan seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang, dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat adalah untuk membantu memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.
2.0 Merancang Perbelanjaan Membuat anggaran atau peruntukan perbelanjaan bagi sesuatu keperluan untuk satu jangka masa tertentu. Sebagai contoh, belanjawan dibuat untuk sebulan atau setahun. Perlu dipadankan dengan kemampuan berbelanja yang lazimnya ditentukan oleh jumlah pendapatan (sesuaikan dengan input). Belanjawan ini dibuat bukan bertujuan untuk menyekat perbelanjaan. Tetapi, menggalakkan kita membuat peruntukan keperluan mengikut keutamaan. Malahan, ia turut membantu kita untuk mengikut peruntukan yang telah ditetapkan. Terdapat tiga langkah utama untuk merancang perbelanjaan: Kenal pasti dan tentukan matlamat dengan jelas (matlamat jangka panjang atau jangka pendek). Menyusun matlamat mengikut keutamaan. Menentukan jumlah pendapat yang akan diperolehi untuk tempoh belanjawan yang hendak dibuat.
Jumlahkan kesemua sumber pendapatan;
Pastikan transaksi (wang) berlaku;
Menentukan kategori perbelanjaan yang perlu dan membuat anggaran peruntukkan jumlah perbelanjaan bagi setiap kategori.
Kategori Tetap. Contohnya: bayaran ansuran kereta, rumah, cukai pendapatan, insuran.
Kategori Berubah-ubah. Contohnya: makanan, pakaian, rekreasi, hadiah hari lahir, minyak kereta.
Jumlah anggaran peruntukan mestilah sesuai dengan jumlah pendapatan.
Perbelanjaan lepas perlu direkodkan bagi memudahkan anggaran yang dibuat tepat. Selain itu, boleh dijadikan panduan merancang perbelanjaan untuk satu tempoh tertentu.
3.0 Mengawal perbelanjaan Rancangan yang disediakan perlu dilaksanakan untuk memastikan kita dapat mengawal perbelanjaan daripada berlebihan atau overbudget. Terdapat tiga langkah utama untuk mengawal perbelanjaan iaitu; Merekod atau mencatit semua perbelanjaan yang dilakukan; Memeriksa perbelanjaan yang telah dilakukan; Membuat penilaian dan rumusan perbelanjaan di akhir jangka masa perbelanjaan yang telah ditetapkan. Jika penilaian yang dilaksanakan tidak
memuaskan maka kelemahan pengurusan kewangan perlu dikaji. Namun, jika ia memuaskan pengurusan kewangan boleh dijadikan sebagi panduan di masa akan datang.
4.0 Mengawasi Perbelanjaan Setiap perbelanjaan yang dibuat perlu diawasi bagi memastikan perbelanjaan yang dilakukan berlandaskan keperluan untuk sesuatu bisnes. Jika ia tidak memberikan sebarang keuntungan atau kebaikan dalam bisnes maka ia perlu dielakkan bagi mengurangkan kerugian yang boleh berlaku sepanjang tempoh urusan jual beli. Pemegang akaun atau bendahari merupakan orang yang utama memegang akaun ini di mana mereka yang akan merekodkan setiap perbelanjaan yang dilaksanakan oleh AJK yang terlibat. Pengerusi juga turut perlu mengawasi akaun ini bagi memastikan tiada penyelewengan dari segi aset tunai. Jika pengerusi dan bendahari tidak menjalankan tugas ini, ia akan memberi ruang kepada orang bawahan untuk memanipulasi nombor atau jumlah yang telah dibelanjakan. Secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti menggelapkan wang syarikat atau koperasi. Justeru itu, pengawasan terhadap akaun syarikat perlu dilaksanakan bagi mengelakkan masalah yang boleh menjejaskan imej syarikat atau koperasi yang sedia ada dan boleh menyebabkan bisnes tersebut lingkup.
5.0 Menulis Rancangan atau Kawalan Perbelanjaan Rancangan atau kawalan perbelanjaan perlu dilaksanakan apabila stok atau inventori dalam jumlah yang rendah bagi memastikan tidak berlaku penindihan tarikh luput yang sama. Perkara ini akan membantu untuk mengelakkan perbelanjaan yang berlebihan dari bajet yang telah ditetapkan semasa mesyuarat dengan ahli tertinggi. Rancangan perbelanjaan ini membantu syarikat untuk mengenal pasti item jualan yang berkesesuaian dengan persekitaran atau permintaan masyarakat sekeliling. Ia akan membantu syarikat atau koperasi terrsebut berada di landasan yang betul di samping mengaut keuntungan yang mempunyai beza yang kecil sahaja. Kesimpulannya, rancangan perbelanjaan yang dilaksanakan mampu membantu syarikat atau koperasi untuk berada di landasan perbelanjaan yang betul.
6.0 Menggalakkan Pelaburan Pelaburan yang dimaksudkan adalah pembelian saham dalam syarikat atau koperasi tersebut bagi memastikan terdapat sumber kewangan untuk melaksanakan
perbelanjaan. Pelaburan ini mampu membantu untuk mengelakkan kerugian yang boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa sedar. Namun, untuk menggalakkan pelaburan orang luar laporan kewangan yang disiapkan perlu menarik perhatian pelabur dan memberi keyakinan kepada mereka untuk mempercayai syarikat atau koperasi tersebut. Malahan, pelaburan yang difokuskan bukan sahaja orang luar tetapi ahli koperasi juga perlu digalakkan. Ia akan membantu untuk mengukuhkan lagi perniagaan tersebut. Oleh itu, penggalakkan pelaburan boleh diperkuatkan lagi melalui laporan tahunan kewangan yang boleh memberikan pulangan yang berbaloi.
6.0 Pengurusan Modal Pusingan Pengurusan modal pusingan bermaksud hasil perniagaan yang diperoleh tidak dikeluarkan dari proses perniagaan sebaliknya ia dijadikan modal semula untuk kegunaan di masa akan datang. Perkara ini menepati konsep perniagaan sosial di mana semua pendapatan yang diperolehi akan dilaburkan semula ke dalam perniagaan. Langkah ini akan membantu untuk memastikan perniagaan tersebut mempunyai modal yang mencukupi untuk menampung kitaran perniagaan seterusnya. Justeru itu, tidak akan ada masalah yang melibatkan modal semasa proses perniagaan yang setrusnya. Namun, ia akan memberikan pulangan keuntungan yang sedikit setelah pusingan modal dilakukan. Ia hanya mampu untuk menampung perniagaan namun ia tidak memberikan pulangan yang banyak.