Konsrto Terakhir

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsrto Terakhir as PDF for free.

More details

  • Words: 280
  • Pages: 2
TEMA Novel ini bertemakan kegigihan dan kecekalan seseorang pemuda dalam perjuangan mencapai cita-cita. Hilmi diganbarkan mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni muzik dan menggunakan kelebihannya sebaik mungkin sehingga berjaya berada di puncak tertinggi sebagai Ahli Pemuzik dan penggubah lagu.

NILAI 1. Ketabahan dan Kecekalan ~Nilai ini diamalkan oleh Hilmi. Hilmi tidak berpelajaran dan berasal dari kampung , tetapi berpotensi dalam bidang muzik. Hilmi cekal belajar muzik dan tabah menempuh banyak cabaran. Akhirnya , Hilmi berjaya menjadi pemuzik terkenal. 2. Kasih saying ~Hilmi dan Hayati mempunyai perasaan kasih sayang yang teramat mendalam,walaupun mereka tidak dapat berkahwin. Selain itu, nilai ini digambarkan melalui watak Hayati dan mak Minah. Mereka saling menyayangi kerana mak Minah telah menjaga Hayati sejak dia kecil lagi. 3. Hormat-menghormati ~Hilmi tetap menghormati Datuk Johari dan Datin Salmah walaupun Makciknya selalu menghina, merendah-rendahkan Hilmi , dan melayan Hilmi dengan buruk,dia tetap bercakap dengan lemah lembut dan bersopan santun semasa berhadapan dengan mereka.

4. Kerajinan

~Hilmi sangat rajin bekerja sebagai tukang kebun sehingga kebun sayur dan taman bunga di halaman rumah Datuk Johari subur, cantik dan sering di puji ramai. Dia juga rajin dan berdisplin semasa belajar muzik sehingga berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang.

Hayati Hayati merupakan anak tunggal kepada Datuk Johari dan Datin Salmah. Dia sebenarnya ialah adik Hilmi daripada ibu yang berlainan. Hayati juga seorang pelajar yang pintar kerana dia berjaya melanjutkan pelajarannya ke luar Negara. Hayati memberikan layanan yang baik kepada Hilmi dan tidak pernah menghinanya. Dia tidak pernah mengambil kira perbezaan pangkat walaupun dia anak orang kaya dan berpengaruh. Hayati digambarkan sebagai gadis yang mudah tersinggung dan merajuk. Dia tidak pernah membantah kehendak mereka walaupun kadangkala dia tidak sependapat dengan mereka. Dia juga berkeyakinan tinggi.

Related Documents

Konsrto Terakhir
May 2020 23
Wasiat Terakhir
November 2019 31
Khutbah Terakhir
October 2019 32
Salam Terakhir
August 2019 40
Saat Terakhir
April 2020 24
Toyol Terakhir
October 2019 31