Komunisme Exam (-)

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komunisme Exam (-) as PDF for free.

More details

  • Words: 24,710
  • Pages: 118
1 PENDAHULUAN

‫بسم ال الرحمن الرحيم‬ Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam yang manjadikan siang dan malam silih berganti, yang menghidupkan dan yang mematikan dan yang menentukan segala qada` dan qadar serta yang berkuasa bagi tiap-tiap sesuatu. Begitulah hak mutlak pencipta yang menurunkan manusia ke bumi melalui adam dan hawa dengan satu tujuan yakni untuk beribadah dan mencari keredhaan Allah semata-semata.. sebagaimana firman Allah s.w.t dalam kalamnya; “ Dan tidak aku jadikan daripada golongan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku ” Begitulah ayat yang menjelaskan bahawa manusia itu dijadikan oleh Allah s.w.t untuk memperhambakan diri kepadanya , mentaati segala perintahnya siang dan malam serta menjauhi segala larangannya dalam keadaan ’ amar ma`ruf nahi mungkar ’. Walaubagaimanapun apabila kita mengimbau kembali sejarah tamadun kehidupan manusia pada zaman awal jahiliyyah, manusia pada masa itu sememangnya berada dalam kejahilan dan kesesatan yang nyata, sehingga sanggup mengaku patung-patung berhala yang disembah sebagai tuhan yang berkuasa memberikan perlindungan dan pertolongan kepada mereka, tidak cukup dengan itu pula mereka seronok meraikan zina, berfoya-foya, melaksanakan riba, rasuah sebagai wasilah dalam kehidupan mereka bagi mencapai kesempurnaan nikmat hidup di dunia. Walaupun hakikatnya mereka sedar akan fitrah kematian dan bumi yang fana ini cumalah tumpangan sementara sahaja sebagai wasilah sebelum menuju ke alam yang hakiki.

2

Namun Allah s.w.t yang maha adil lebih mengetahui akan setiap had dan qadar keupayaan ciptaannya. Manusia tidak dibiarkan terkapai-kapai tanpa sebarang petunjuk mahupun hidayah. Sebaliknya islam telah datang melalui rasulullah s.a.w bagi membawa panji-panji islam yang ingin mengajak manusia seluruhnya ke jalan petunjuk kebenaran hakiki melalui titian ’sirotol mustaqim’. Maka pada masa itu islam telah tersebar dengan luasnya sehingga sistem perundangan dan syiar islam dapat ditegakkan, bahkan hampir satu pertiga dunia telah dikuasai oleh empayar islam. Namun dewasa ini jika kita melihat kepada senario sebenar yang berlaku terhadap segelintir manusia yang degil dan masih tidak mahu tunduk kepada khaliknya yang mutlak, mereka sanggup berpaling daripada jalan kebenaran, memutarbelitkan ajaran yang dibawa oleh nabi muhammad s.a.w, ego dengan kelebihan yang dikurniakan, sebaliknya sanggup tunduk dan memperhambakan diri pada nafsu semata-mata, serta menjadikan aqal yang terbatas sebagai sebagai wadah signifikan untuk memandu penghidupan mereka. Maka dengan itu lahirlah pelbagai fahaman-fahaman dan falsafah-falsafah yang cuba memesongkan manusia daripada jalan kebenaran bahkan cuba memimpin manusia kearah mencapai kepuasan hidup yang sempurna waima bersifat zahiriah sahaja. Maka tidak hairanlah jika hari ini kita dapat mendengar tentang fahaman komunisme, kapitalisme, sosialisme, marxisme yang lazimnya dipelopori oleh golongan-golongan yang berkepentingan sendiri dan cuba memutarbelitkan ajaran agama bermatlamat untuk mencapai kepuasan hidup masing-masing. hakikatnya dalam ajaran islam kita sememangnya ditekankan agar tidak mencampuri antara perkara yang hak dan yang batil dan hendaklah kita sentiasa menjaga diri dengan batas-batas yang telah diterapkan dalam syariah islam, apa lagi jika bertujuan untuk menyelewengkan agama. Justeru walau di bumi mana pun kita berpijak telah menjadi suatu kewajipan bagi individu yang beragama

3 islam untuk patuh setiap peraturannya. Dan diantara hak dan yang batil tidak mungkin akan wujud tolak ansur antara keduanya, dalam pensyariatan yang dibawa oleh nabi muhamad s.a.w perkara ini telah jelas diterangkan dalam surah al-Baqarah ayat 42 iaitu firmannya yang bermaksud ; " Dan janganlah kamu mencampuradukkan antara yang benar dengan yang salah dan janganlah kamu sembunyikan yang benar itu jikalau kamu mengetahui ” Sepanjang sejarah kita telah menyaksikan antara kebenaran teori ini , yang hak akan membimbing kehidupan dalam aman dan sentosa sebaliknya yang batil akan membawa ke arah jurang malapetaka dan kibinasaan. Manusia sebagaimana yang diajarkan oleh para falsafah sejak zaman keagungan Aristotle lagi iaitu sejak dua ribu lebih tahun yang lampau sehinggalah sampai ke zaman ibnu khaldun, ahli-ahli falsafah yang masyur dan pemikir islam yang lain. Mereka beranggapan bahawa manusia adalah makhluk sosial ” al-insanu madaniyyun bi ath-thab`i ” yakni manusia tidak mungkin mampu hidup menyendiri. Setiap manusia saling bergantungan antara satu sama lain, manusia perlu hidup bersama-sama, membina masyarakat dan tamadunnya bersama-sama. Demikianlah hidup bermasyarakat merupakan satu fitrah bagi kehidupan manusia yakni kemanusiaan’ iaitu suatu nilai yang membezakan manusia dengan makhluk yang lainnya. Namun hidup bermasyarakat itu hanya mungkin dapat berlangsung dengan baik, apabila manusia dan para penduduknya mematuhi dan sanggup mengamalkan pelbagai macam peraturan, pelbagai macam norma atau kaedah yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Keadaan itulah yang akan menjamin kehidupan bermasyarakat. Sebaliknya apabila manusia tidak mementingkan elemen-elemen tersebut maka wujudlah suatu kondisi atau keadaan yang kacaubilau dan porak-peranda. Sedar akan hal inilah justeru manusia sepanjang perkembangan sejarah tamadunnya berusaha untuk menyusun peraturan , nilai

4 serta norma–norma kehidupan dengan sebaiknya berlandaskan dalil a`qli sematamata. Lazimnya para pemikir agung serta ahli-ahli falsafah yang lain sentiasa mencari kebenaran logik akal, idea-idea yang bernas , menyusun suatu ” weltanchaung” suatu pandangan hidup yang menjamin kehidupan bersama yang sentosa dan bahagia. Beberapa dari pemikir ini berhasil suatu weltanchaung, suatu pandangan hidup yang mampu membina keyakinan ramai orang sehingga dapat diterima oleh hampir seluruh masyarakat dunia, yang kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan hakiki. Namun tidak dinafikan dalam keseluruhan fahaman atau falsafah yang dilahirkan tidak kesemuanya yang mampu bertahan dalam norma dan nilai masyarakat. Sebagai contohnya para ’ utopist’ misalnya Francis bacon, Thomas Camanella , Thomas More, Robert Owen dan sebagainya lagi. Namun berbeza daripada pemikir yang lain, Karl Marx adalah seorang sarjana dan pemikir yang berhasil menyusun suatu ajaran yang bercorak praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan manusia, suatu weltanchaung yang dapat diterima oleh berjuta manusia. Walaubagaimanapun keabsahan teorinya masih lagi terbatas kepada beberapa perkara sahaja, berbeza dengan ajaran islam sebagai suatu agama yang syumul dari pelbagai aspek dan kretiria. Dewasa ini dalam sedar atau tidak, rela atau redha hakikatnya sedikit demi sedikit ajaran Marx mula bertapak dalam sanubari masyarakat dunia. Mereka telah membulatkan kepercayaan mereka terhadap fahaman Marxisme dan Komunisme melalui Marx yang telah diangap sebagai guru dan pemimpin dunia. Buktinya ajaran tersebut telah berkembang ke bahagian negara-negara eropah seperti Romania, Rusia, dan juga ke bahagian negara-negara asia seperti China vietnam dan korea. Diantara beberapa contoh yang boleh kami kemukakan di sini ialah tentang penyerbuan Soviet Rusia atas Hungaria dan Cekoslovakia yang merupakan salah

5 satu ancaman kasar yang pertama berlaku, begitu juga pemberontakan dan pengkhianatan parti komunis yang berlaku di Indonesia pada tahun 1948 dan 1965. hakikatnya secara halus atau kasar komunisme tetap akan berusaha untuk menyelinap masuk ke dalam sistem pentadbiran sesebuah organisasi atau negara walau apa cara sekalipun, dan pelopor serta golongan pejuang fahaman ini tidak akan puas selagi mana ianya belum tersebar di mata dunia. Sebagaimana yang kita telah lihat hari ini ajaran komunisme ternyata telah mempengaruhi sedikit sebanyak pemikiran dan pandangan masyarakat dunia, bahkan lebih teruk lagi fahaman ini telah menjadi anutan ratusan juta manusia dari seluruh negara. Namun apa yang pasti telah menjadi lumrah dan fitrah manusia sehebat mana pun seseorang itu, namun dia perlulah sedar akan hakikat kemanusian yang sentisa dipengaruhi oleh kebatasan kekuatan aklinya yang telah dijadikan secara seimbang oleh penciptanya yakni dalam keadaan ada serba kelebihan dan terdapat kekurangannya. Begitulah juga dengan ajaran komunisme tersebut.

6

1.SEJARAH KOMUNISME Karl Marx merupakan individu yang menjadi pencetus kepada fahaman komunisme. Beliau telah dilahirkan pada 5 Mei 1818 di kota treves Prusia. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang amat memahami undang-undang dan peraturan dimana ramai daripada keturunan keluarga beliau yang manjadi pakar rujuk undang-undang. Sebenarnya beliau merupakan seorang yang berbangsa yahudi, namun kemudiannya memeluk agama kristian dan berpegang kepada mazhab protestan. Kota treves seperti yang telah disebutkan tadi merupakan sebuah daerah yang kaya dengan sumber galian seperti batu-bata dan bijih besi. Keadaan ini secara tidak langsung telah manggalakkan dan menuntut kepada perkembangan industri moden disana. Dalam sedar atau tidak ianya sedikit sebanyak telah mempengaruhi semangat dan pemikiran Karl Marx untuk memperkembangkan ajarannya. Setelah menamatkan pelajarannya di Sekolah Menengah Gymnasium di Trier, Marx menyambung pengajiannya di University Of Bonn dan seterusnya memasuki universiti di Berlin dalam fakulti undang-undang. Tidak jemu dengan mempelajari pelbagai hukum dan peraturan beliau menambahkan lagi kegiatan pembelajaran beliau dengan mencari buku serta mentela`ah kitab-kitab falsafah dan sejarah. Pada masa di universiti, Marx mempunyai pertalian sahabat atau ikatan dengan dengan seorang lagi pemikir tentang hukum dan falsafah iaitu Hegel. Marx yang juga seorang mahasiswa pada masa itu mengabungkan dirirya dengan kaum Hegelian kiri. Sebuah tesis atau kajian yang telah dijalankan oleh Marx sendiri yang bertajuk ` perbezaan falsafah demokritus dan falsafah Epicurus” menunjukkan bahawa meskipun beliau masih condong kepada idealisme dari Hegel. Namun baliau telah membuat suatu kesimpulan yang bertentangan dengan

7 Hegel. Sebagai contohnya Hegel yang pada masa itu mencaci dan tdak bersetuju dengan fahaman yang dibawa oleh Epucurus disebabkan sifat material dan athiesnya sebaliknya Marx pula cuba memuji disebalik perjuangan Epucurus. Maka pada April 1841 beliau telah membuat suatu kajian atau usul tesis kepada Universiti di Yena tentang falsafah demokritus dan Epucurus dan membawanya kepada gelaran doktor. Jika kita melihat kembali sejarah yang berlaku pada zaman mulanya detik perkembangan Marx, pada masa tersebut industri berkembang dengan pesatnya dan kesan daripada itu telah wujud pelbagai mesin dan robotik mekanikal yang cuba mengeksplotasi pelbagai jenis industri perkilangan sehinggakan autoriti tenaga buruh yang digunakan sebelumnya semakin menurun, dan lebih parah lagi banyak daripada pekilang-pekilang yang cuba untuk mengurangkan penggunaan tenaga manusia dalam industri perkilangan mereka. walaupun kos pengeluaran dikatakan lebih murah dan harga barangan juga semakin berpatutan, namun dalam sedar atau tidak kedaan tersebut telah menuntut suatu keadaan yang tidak baik pada pihak tenaga buruh seperti pekerja kilang, golongan petani dan pekerjapekerja tangan. Hal ini seterusnya telah mewujudkan suatu golongan atau kelas baru yang terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai apa-apa kecuali tenaga mereka. Mereka disebut sebagai oleh Marx sebagai golongan proletariat yakni golongan yang tertekan dan tertindas. Golongan inilah yang cuba diperjuangkan oleh Marx sehigga mendorongnya untuk membentuk fahaman baru yang disebut komunisme. Suatu ketika dahulu, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pendapat atau ajaran yang cuba dicetuskan oleh Hegel. Sebagai contohnya feuerbach yang sama sekali mengenyahkan fahaman Hegel. Walaubagaimanapun Marx yang merupakan seorang ahli falsafah juga pada masa itu, tidak melihat ajaran Hegel sebagai suatu fahaman yang tidak boleh diterima langsung sebaliknya masih terdapat beberapa etika dan nilai-nilai yang baik dan boleh diaplikasikan. Menurut Marx methode falsafah Hegel mengandungi kerasionalan terhadap idea

8 perkembangan. Hegel melihat kejadian dan fenomena yang berlaku di alam ini sebagai saling berhubungan dan saling bergantungan , pengaruh-mempengaruhi , sebagi suatu proses pertumbuhan , perubahan dan kemusnahan. Hegel cuba menunjukkan bahawa pada permulaan proses ini terdapat perjuangan daripada pihak-pihak yang bertentangan. Method ini sama sekali menolak method berfikir yang metafizik yang melihat dunia sebagai pengumpulan secara kebetulan daripada gejala dan fenomena yang terpisah antara satu sama lain, tidak dapat diubah dan abadi. Tetapi sistem filsafat Hegel adalah sistem falsafah yang bersifat idealis, Hegal percaya bahawa perkembangan dalam alam dan masyarakat dikuasai oleh `ide mutlak`. Sebaliknya Marx dengan berdasarkan kepada ilmu bahan catatan yang berbentuk ilmiah terutamanya tentang ilmu alam , Marx cuba mengolah dan mentelaah semula falsafah Hegel dengan menghubungkaitkan dengan materialisme. Kefahaman ini seterusnya menjadi sumber terpenting dalam ajaran komunisme atau juga disebut sebagai `dealectical materialisme`. Marx memperkembangkan ajarannya melalui surat khabar `Rheinishe Zeitung` yang mula diterbitkn pertama kalipada tahun 1982. kemudian pada bulan Oktober 1842 Marx menjadi ketua sidang pengarang bagi surat khabar ini,dan dia sendiri telah membuat keputusan untuk berhijrah dari Bonn ke Collogne iaitu tempat terletaknya syarikat surat khabar tersebut. di bawah pimpinan Marx surat khabar ini semakin terkenal. Walaubagaimanapun pemerintah yang berkuasa pada masa itu menganggap artikel atau rencana yang ditulis pada surat khabar tersebut merupakan suatu yang bahaya dan menggugat ketenteraman awam. Akhirnya pada 1 april 1843 pengeluaran surat khabar tersebut telah diharamkan. Sehinggakan Marx sanggup mengundur diri dari kedudukannya sebagai ketua sidang pengarang untuk menjaga kebajikan pekerjanya yang lain, malangnya usaha tersebut tidak membawa sebarang kesan pada keputusan pihak pemerintah.

9

Implikasi daripada peristiwa penyekatan penerbitan surat khabar tersebut telah mendorong Marx untuk mandalami ilmu ekonomi. Minat Marx dalam masalah ekonomi dan sosial bukan sahaja dibangkitkan oleh keadaan yang menyedihkan yang berlaku pada masyarakat miskin jerman, tetapi juga yang berlaku pada negara-negara kapitalis inggeris dan perancis. Disebabkan pekerjaanya di Rheinische Zeitung inilah yang membawa peralihan Marx daripada demokrasi revolusi kepada komunisme. Pada bulan november 1843 Marx telah berhijrah dari jerman ke ibu nagara perancis iaitu paris. Dan pada masa itu baliau telah berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan kaum sosialis seperti Etiene Carbet, piere leroux, lois blanc dan juga piere joseph proudhon. Dia bersahabat dengan Heinrich Heine dan mulai mengenal tokoh-tokoh politik Rusia sepeeti M.A Bakunin,W.P Botkin dan ramai lagi. Di paris ini jugalah Mrax bertemu dan menjadi sahabat karib kepada Engels . Pertemuan pada bulan ogos 1844 telah menyingkap tirai antara mereka berdua, dan mendapati bahawa pandangan mereka adalah sama. Pada tahun 1845 atas hasutan pemerintah Rusia , Marx dipaksa meninggalkan paris sebagai orang yang berbahaya dan boleh mengganggu keselamatan negara. Oleh sebab yang demikian Marx mengambil keputusan untuk meninggalkan Paris dan menuju ke Brusel. Kemudian pada tahun 1847 Marx dan Engels telah membuat persepakatan dalam ” Bund der kommunisten” yakni ” perikatan kaum komunis , seteruanya pada bulan november tahun yang sama di London, Marx dan Engels atas perintah perikatan ini menuntut mereka berdua untuk menyusun suatu Manifesto parti komunis, dan tidak lama selepas itu ianya berjaya diterbitkan pada bulan februari 1848. Manifesto ini menyatakan bahawa materialsme merupakan suatu yang amat sesuai atau serasi terhadap seluruh kehidupan ssial manusia, mereka mengemukakan dialektika sebagai doktrin ajaran tentang evolusi yang paling luas dan mendalam. Manefesto tersebut juga mengandungi teori perjuangan kelas dan peranan pejuang-pejuang revolusi

10 daripada kaum proletariat yang meliputi seluruh dunia dan sejarah sabagai suatu masyrakat komunis yang merupakan suatu dunia atau fahaman baru yang cuba disesuaikan ke dalam masyarakat dunia. Ketika revolusi februari meletus iaitu pada tahun 1848 , Marx kembali disingkirkan dari Brusel. Memandangkan tekanan yang diterimanya disana maka Marx mengambil keputusan untuk kembali ke paris dan seterusnya menuju ke cologne di jerman. Sejak 1 jun 1848 hingga 19 mei 1849 beliau sekali lagi menjadi ketua sidang pengarang dan menerbitkan ” new rhenische zeitung ” di cologne. Walaubagaimanapun pada bulan 1849 marx sekali lagi diasingkan dari jerman oleh pemerintah yang berkuasa .mula-mula dia kembali ke paris namun akibat tidak disenangi oleh penduduk di sana dia terpaksa berhijrah ke london. Di sanalah marx menghabiskan sisa-sia hidupnya sehingg ke akhir hayat beliau. Sepanjang hidup marx beliau hidup dalam pelarian semata-semata demi menegakkan matlamt dan fahaman yang cuba dipertengahkannya.kemiskinan menjadi teman hidupnya bersama istri dan anak beliau. Dikatakan seandainya Engels titak memberikan pertolongan dalam betuk material nescaya marx dan keluarganya mati kelaparan. Pada tarikh 28 september 1864 di st.Martin Hall di London telah ditubuhkan perikatan kaum pekerja internasiona ( international working men`s associiation). Beberapa tahun selepas bergiat akif dalam pertubuhan tersebut beliau telah mangalami masalah kesihatan yan teruk. Lebih malang lagi pada 2 september 1881, jenny yang merupakan istri beliau yang amat dikasihi telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Kematian istrinya itu telah memberikan suatu tamparan yang cukup hebat dalam kehidupan marx. Kesan daripada itu kesihatan marx semakin bertambah teruk lebih-lebih lagi selepas disusuli dengan kematian anaknya yang juga bernama jenny. Pada 14 mach 1883 marx menghembuskan nafasnya yang terakhir. Pada hari sabtu bersamaan 17 mac 1883 marx dikebumikan di permakaman highgate di london. Ketika itu sahabat seperjuangan beliau iaitu engels telah

11 meluahkan segala isi hatinya terhadap engels melalui kata-kata beliau ” marx adalah orang yang paling dibenci, tetapi paling dicintai oleh orang sezamannya. Dia dibenci oleh banyak pemerintah. Tetapi dicintai oleh berjuta-juta kaum buruh yang memperjuangkan hak mereka dari pergunungan-pergunungan siberia melalui eropah sampai ke california di benua amerika. Namanya akan terus dari abad ke abad dan dari masa ke masa”. Jika kita meneliti kembali rentetan perjuangan fahaman komunisme ini, ternyata selepas seratu tahun manefesto komunisme tersebut diterbitkan barulah orang lain mengakui kebenaran pidato engels diatas tadi. Perawakan tentang marx ini dapat digambarkan melalui beberapa contoh nilai peribadi yang ada pada diri beliau. Secara ringkasnya beliau seorang yang kecil dan sederhana sahaja perawakannya. Cara bekerja beliau memang sentiasa mendapat perhatian dan pujian orang ramai memandangkan kegigihan dan kerajinan beliau yang begitu luar biasa sehingga beliau dilantik beberapa kali sebagai ketua sidang pengarang dan mendapat kepercayaan disisi hartawan berpengaruh yang juga merupakan diantara sahabat beliau yang rapat semasa hayat beliau . Dikatakan semasa zaman pelariannya beliau sanggup berjaga malam dan tidur pada waktu siang semata-mata untuk meneliti kitab bagi meneruskan kelangsungan perjuangan fahaman komunisme yang dipelopori oleh beliau. Walaubagaimanapun tindakan tersebut tidak mendapat persetujuan dari istrinya sendiri memandangkan beliau amat bimbang dengan kesihatan marx yang semakin serius apatah lagi selepas mendapat amaran dari doktor agar menjaga kesihatannya dengan sebaik-baiknya. Marx juga dikatakan berkebolehan membaca buku-buku yang ditulis hampir dalam semua bahasa eropah yang terkemuka. Bahkan tidak cukup dengan itu, penguasaan ilmu yang ada pada marx juga meliputi tatabahasa dari negara seperti jerman. Malahan mampu menulis dalam bahasa inggeris dan perancis sekalipun terpaksa merangkak, hal ini kerana marx tidaklah terlalui fasih bertutur

12 dengan menggunakan bahasa tersebut. namun semasa hayat beliau marx pernah berkata ” bahasa asing adalah suatu senjata dalam perjuangan untuk hidup” kenyataan ini dapat dibuktikan melalui usaha beliau yang sanggup pula mempelajari bahasa rusia bagi menguasai bahasa tersebut seterusnya memudahkan tanggungjawab beliau untuk menyampaikan serta menyebarkan fahamannya.

2.ASAS-ASAS AJARAN KOMUNISME 2:1. Teori Penentuan (Determinisme) Ekonomi Dan Sejarah Materialisme Dalam kisah hidup yang digambarkan dalam beberapa buah buku berkenaan tentang sejarah hidup marx, beliau diceritakan sebagai seorang yang amat rajin dalam menelaah buku-buku ilmu, mengkaji dan cuba mengambil sesuatu daripadanya. Maka tidak hairanlah jika kita melihat marx meruapakan seorang individu yang memiliki daya intelektual yang tinggi serta bijak dalam menilai dan mengaitkan terhadap sesuatu perkara. Lazimnya Marx akan mempelajari dan meninjau sejarah masa lampau dan cuba membuat beberapa kesimpulan daripadanya. Sebagai contohnya baliau medapati dari masa ke semasa, manusia harus berjuang untuk kelangsungan hidup, perjuangan ini berupa perjuangan melawan alam dan sesama manusia sendiri. Manusia harus bekerja untuk memperolehi makanan bagi meneruskan hidupnya dan juga sentiasa gigih dalam mengusahakan pelbagai nilai dan keperluan hidup yang lain. Cara memperolehi bahan makanan dan kegigihan dalam mencapai keinginan serta kehendak yang tidak terbatas semakin lama menjadi lebih rumit dan cerewet, sehingga menyebabkan keadaan hidup manusia tidak tenang dan aman. Cara menghasilkan atau tindakan memenuhi keperluan hidup ini lah yang menurut marx merupan faktor dominan yang boleh mempengaruhi dan menentukan senario kehidupan umat manusia sepanjang masa. Cara-cara menghasilkan atau menguruskan bahanbahan keperluan hidup (faktor ekonomi) inilah yang menetukan seluruh proses kehidupan manusia samada dalam bidang sosial , politik dan juga rohani.

13 Contohnya bila penduduk mula bertani dan meninggalkan cara hidup mengembara, maka keadaan itu bermaksud akan wujudnya sebuah penempatan baru bagi sekumpulan masyarakat yang dianggap sebagai kampung dan kemudiannya berkembang menjadi tumpuan penempatan yang disebut sebagai bandar. Wujudnya pertanian menyebabkan wujudnya lebih banyak `autcome` pengahasilan sehingga timbulnya pula rangkaian perdagangan antara satu bandar dengan bandar-bandar yang lain. Maka lebih banyak kekayaan dan material yang dapat dikumpulkan. Senario yang berlanjuan ini seterusnya telah mewujudkan satu fenomena baru iaitu akan wujudnya pula peluang pekerjaan tangan dan kesenian. Secara tidak langsung kebudayan juga turut akan menerima tempias kesan daripada ledakan ekonomi yang semakin berkembang. Dalam beberapa masa pula akan wujudnya suatu keadaan ekonomi yang lebih stabil, maju dan menuntut supaya manusia untuk berlumba-lumba dalam mengejar keperluan hidup dan material bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas, yang mana pada masa tersebut telah dibangunkan pelbagai jenis industri yang bergantung kepada tenaga mesin sepenuhnya dan tidak lagi bergantung kepada tenaga manusia seratus-peratus. Oleh itu menurut marx keadaan inilah yang telah mengubah hidup dan pencapaian kemajuan daripada pembangunan sebuah kampung sehinggalah berkembang menjadi kawasan tumpuan penempatan dan perdagangan iaitu bandar. Hakikat kebenaran ini telah dinukilkan dalam manefesto komunisme yang disusun oleh marx dan engels sebagaimana kata-kata tersebut : ”the fundamental proposition is that very historicalepoch the prevailling mode of economic production and exchange and the social organization necessary following fromit forms the basis upon wihich is built up and from which alone can be explained the political and intellectual history of that epoch ” Petikan ini bermaksud : ”suatu kaedah dasar yang menjadi asas dalam marxisme ialah bahawa dalam satu masa sejarah, cara pengurusan

14 ekonomi ,pertukaran perdagangan dan organisasi sosial yang merupakan faktor menjadi dasar untuk berkembangnya sebuah sejarah politik dan corak pemikiran masa sejarah tersebut ; perkembangan sejarah politik dan fikiran tersebut hanya dapat diterangkan dengan dasar itu. Ajaran determinisme ekonomi ini adalah bersangkut paut dengan ajaran materialisme. Sebagaimana yang telah dirumuskan oleh marx dalam bukunya yang diterbitkan pada 1859 yang bertajuk ”zur kritik des politishen oeconomie” ( critique of political economy). Para pemikir sejarah dan ahli falsafah memberikan kesimpulan kesimpulan yang berbeza-beza dalam menghuraikan faktor-faktor dominan yang menyebabkan timbulnya perubahan-perubahan besar dalam sejarah kehidupan manusia. Sebahagian beranggapan bahawa perubahan-perubahan besar yang berlaku dan yang dapat kita saksikan dalam sejarah dewasa inidisebabkan oleh karya-karya agung dari golongan pemikir serta ahli falsafah terkenal sebagai contohnya Alexender the great, Naepeleon, Hitler, Aristotle, budha dan lain-lain lagi. Mereka merupakan antara tokoh-tokoh sejarah yang menjadi faktor signifikan terhadap perubahan yang besar yang berlaku dalam rentetan sejarah hidup manusia. Sebahagian pemikir lagi berangapan bahawa tokoh-tokoh agung yang disebutkan tadi merupakan sebahagian daripada produk-produk zaman atau produk sejarah sahaja, tetapi bukan yang membentuk sejarah cuma menjadi elemen terpenting dalam konflik perkembangan sejarah dunia, yang lebih berkuasa adalah `perkembangan rohani` perkembangan jiwa, seperti timbulnya pelbagai macam agama dan kepercayaan, teori falsafah dan sebagainya. Faktor inilah yang lebih dominan dalam menentukan pekembangan sejarah manusia. Walaubagaimanapun teori tersebut adalah berlainan dengan fahaman atau ajaran yang cuba diketengahkan oleh marx dan para pengikutnya, bagi mereka faktor utama yang menjadi dasar atau tunjang kepada konflik perubahan sejarah adalah didominasi oleh faktor material. Melalui penghayatan terhadap material

15 atau kebendaan barulah kita dapat menerangkan mengapa dan bagaimanakah wujudnya tokoh-tokoh agung serta peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam sejarah. Demikian juga bagaimana keadaan material telah menjadi pencetus atau agen kepada wujudnya pelbagai macam agama dan teori serta pergolakan pelbagai fahaman yang kadang-kadang agak bertentangan. Dalam karya hasil tulisan marx telah dituliskan tentang dua faktor atau dua kekuatan yang menimbulkan perubahan dalam sejarah iaitu ” the productive forces and the productive relations which drives from them” yakni (kekuatan yang menghasilkan dan hubungan sosial yang menjadi kesannya). Kedua faktor atau kekuatan tersebut dinamakan sebagai `substructure’ (bangunan bawah) dan ’superstructure’ (bangunan atas). Substructure ini adalah faktor ekonomi yang menjadi dasar ; yang menentukan, manakala supestructure adalah berbagai macam manefestasi dari jiwa manusia, seperti agama, hukum, adab tata susila, kebudayaan dan sebagainya, yang ditentukan atau dipengaruhi oleh faktor ekonomi (substucture). Engels pernah berkata ” benar ada pengaruh timbal-balik, tetapi faktor ekonomilah yang akhirnya akan memastikan jalannya bagi sesuatu. Keadaan ekonomi dan pertentangan kelas yang bertalian dengan itu , itulah yang menentukan jalannya sejarah” 2:2. Ajaran Pertentangan Kelas Manefesto komunis yang termasyur itu bermula dengan kalimah ”the history of all hitherto existing society is the history of class struggle” Yang bermaksud : ” sejarah daripada semua masyarakat yang ada sampailah sekarang ini adalah sejarah pertentangan kelas”

16 Jika kita meneliti kepada konsep atau fahaman yang diajarkan dalam teori fahaman komunisme ini, dapat kita fahami bahawa pertentangan kelas yang wujud pada masa dahulu dianggap sebagai suatu platform bagaimana sesuatu sejarah itu berkambang. Menurut teori marxisme, kehidupan seseorang individu itu bermula dalam keadaan komunisme sejati, namun disebabkan keadaan yang memaksa dan menuntut manusia untuk lebih gigih lagi mencari dan memenuhi keperluan hidup yang tidak terbatas yang merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal, serta keinginan untuk hidup dengan lebih selesa dan senang. Maka senario ini secara tidak langsung telah mewujudkan dua golongan atau kelas dalam sistem sosioekonomi manusia iaitu ; golongan yang berkemampuan dan memiliki aset ekonomi yang besar serta golongan yang tidak berkemampuan dan tidak memiliki kekuatan dari segi ekonomi. Lazimnya golongan yang kedua ini hanya menjadi buruh atau pekerja sahaja, berbeza daripada golongan yang pertama. Oleh sebab yang demikian golongan yang pertama ini juga dinamakan sebagai ’golongan borjuis’ iaitu golongan yang memiliki aset yang besar dan berpengaruh dalam sesebuah industri, memiliki kilang dan sebagainya lagi sedangkan golongan yang kedua pula dinamakan sebagai ’golongan ploretariat’. Menurut marx keadaan inilah yang telah menimbulkan pelbagai masalah serta mewujudkan bermacammacam konflik dan pergolakan, masing-masing dengan hujah yang tersendiri demi menegakkan hak serta kepentingan masing-masing. Jika kita mengimbas kembali rententan sejarah kehidupan manusia sejak awal kurun lagi, berlakunya pertentangan antara budak belian dan perdagangan kanak-kanak. Demikian juga pada waktu zaman feudal mendominasi keadaan, berlakunya pertentangan antara tuan-tuan tanah dan penyewa tanah. Pada abad ke XIX pula setelah timbulnya pelbagai indusri besar yang moden maka terjadinya pula konflik yang melibatkan pertentangan antara kaum kapitalis dan kaum proletariat. Secara ringkasnya dapat dikatakan, sejarah adalah pertentangan antara kelas yang menindas dan yang ditindas. Kadang-kadang ianya wujud secara tidak disedari oleh masyarakat dan adakalanya ianya berlaku dapat dirasai akan kewujudan pengaruhnya.

17

Sebenarnya kedua teori atau ajaran yang terdapat dalam asas komunisme ini iaitu determinisme ekonomi dan materialisme serta ajaran pertentangan kelas adalah ajaran marx yang berkaitan dengan perkembangan sejarah ataupun lebih tepat lagi penafsiran marx entang perjalanan masa. Namun ajaran marx tentang perkembangan sejarah ini tunduk pada ajaran marx yang lain iaitu ”dialektika”. Dialektika yang dimaksudkan disini bukanlah merujuk kepada hasil cetusan atau susunan pengetahuan daripada pemikiran marx itu sendiri namun ianya merupakan suatu teori atau fahaman yang diketengahkan oleh Hegel, dan marx hanya memeriksa serta memperbaiki dialektika yang dihasilkan oleh Hegel tersebut. Menurut Hegel semua keadaan yang terdapat pada sesuatu waktu adalah dalam proses pertumbuhan , perubahan dan kemusnahan. Setiap keadaan mengandungi unsur kehancuran dalam dirinya dan keadaan ini tidak dapat dielakan. Dialektika ini menghuraikan bahawa suatu ’keadaan ’ adalah hasil dari pertentangan idea-idea, pertentangan dari pelbagai keazaman dan impian. Hasil daripada pertentangan pelbagai corak idea ini dinamakan sebagai ”theses” . wujudnya theses ini tadi akan menimbulkan pula keadaan baru yang menentangnya . keadaan ini disebut sebagai ”antitheses ”. Oleh yang demikian maka timbulnya pula pertentangan antara thesis dan antithesis yang secara tidak langsung telah mewujudkan satu lagi keadan baru yang disebut sebagai ”synthesis”. Synthesis inipun pada hakikatnya adalah satu thesis baru yang akan menimbulkan antithesis dan synthesis lain. Maka keadaan ini bermaksud keadaan selalu berubah-berubah mengikut keadaan dan masa berlaku, ianya tidak pernah tetap. Perbazaan antara Marx dengan pandangan Hegel yang dimaksudkan disini adalah kerana marx menolak unsur idea sebagai faktor yang menyebabkan wujudnya teori pertentangan ini. Menurut Marx bukan idea atau impian yang menimbulkan perubahan-perubahan tersebut sebaliknya faktor material atau kebendaan yang mampu mencorak dan mempengaruhi sejarah.

18

2:3 Ajaran Marx Tentang Ekonomi a) Ajaran marx tentang teori ” nilai lebih ” (Surplus value) Hakikatnya marx telah dipengaruhi oleh ajaran ” nilai kerja dari ahli ekonomi inggeris iaitu David Ricardo (1772-1823). Nilai sesuatu barang bergantung kepada jumlah tenaga atau kerja yang diperlukan untuk membuat barang tersebut. Marx menerima teori Ricardo tersebut dan cuba membuat kesimpulannya sendiri berdasarkan pengetahuan yang dimiliki oleh beliau. Marx berpendapat ; jika nilai sesuatu barang bergantung kepada jumlah kerja atau tenaga yang diperlukan untuk membuatnya. Maka pihak yang seharusnya menikmati hasil kerja tersebut (barang) adalah para pekerja ataupun buruh. Namun demikian keadaan yang berlaku adalah sebaliknya, ternyata bukan hanya buruh yang mendapat menikmati hasil kerja tersebut bahkan pihak pemegang modal dan para kapitalis cuba untuk mendominasi keadaan dengan mengaut keuntungan yang lebih lumayan. Ironisnya pihak buruh yang bersusah-payah memerah keringat , bekerja siang dan malam namun ada pihak yang lain yang cuba menoreh hasilnya. Menurut marx para pemegang modal ini, para kapitalis dan pengusahqpengusaha kilang telah melakukan jenayah pencurian secara senyap-senyap terhadap para pekerja dan buruh mereka. Dicuri yang dimaksudkan disini ialah kelebihan nilai dari nilai yang dikembalikan kepada buruh atau pekerja sebagai upah. Beberapa bentuk pengiraan dapat dijelaskan melalui contoh yang berikut : Modal variabel (v) menurut marx adalah jumlah yang dikeluarkan pengusaha (kapitalis) untuk membayar upah buruh. Jika tenaga yang diperlukan manghasilkan sesuatu barang misalnya 8 jam bekerja, maka yang sepatutnya dikembalikan

19 sebagai upah kepada para pekerja atau buruh (v) adalah 8 jam, dan bukannya 5 jam sahaja (contoh). Nilai lebih (m) bagi contoh ini ialah 8-5 =3 jam. Oleh itu bermaksud apabila 3:5 = 60%. Maka 3 jam kerja dalam contoh ini adalah kerja beruh yang tidak dibayar oleh pengusaha dan itulah yang sebenarnya hasil yang yang dicuri oleh pengusaha dari buruh. b) Teori Akumulasi (law of capitalist accumulation) Menurut marx dan para pengikutnya, bila teori nilai lebih tersebut dilaksanakan dalam aspek praktikal harian manusia maka akan terjadilah suatu pengumpulan kapital atau modal. Adanya persaingan antara para pengusaha akan memaksa para pengusaha ini mempergunakan mesin-mesin sehingga dapat menbuat barang lebih banyak secara besar-besaran . apabila keadaan tersebut telah didominasi oleh pengeluaran barang yang berlebihan maka akan menyebabkan nilai margin keuntungan semakin kecil, serta harga dipasaran terpaksa diturunkan.

c) Teori konsentrasi (law of the concentration) Disebabkan persaingan yang semakin hebat di pasaran, maka para pengusaha kecil semakin lama semakin berkurang kerana terpaksa ’gulung tikar’ dan menghentikan pengeluaran produk mereka kerana tidak mampu bersaing dipasaran. Implikasinya para pengusaha kecil itu tadi terpaksa bekerja menjadi pegawai atau buruh dari perusahaan atau syarikat besar. Kesan daripada senario tersebut pihak kapitalis akan semakin untung bahkan aset dan modal yang dimilikinya semakin bertambah besar. Secara tidak langsung keadaan ini akan menggalakkan kepada kuasa monopoli oleh sesebuah syarikat terhadap sesuatu pengeluaran.

20

d) Teori bertambahnya kesengsaraan (law of increasing misery) : Penggunaan tenaga mesin secara besar-besaran iaitu wujudnya pelbagai industri moden yang menyebabkan terdapat ramai buruh yang terpaksa menganggur kerana keadaan pada masa tersebut telah didominasi oleh tenaga mesin. Malangnya pihak buruh tiada pilihan melainkan terpaksa bekerja dan menerima upah yang rendah semata-mata untuk mendapatkan mata pencarian bagi memenuhi keperluan hidup mereka. Keadaan inilah yang dipangil sebagai kesengsaraan. e) Teori krisis Disebabkan wujudnya kesengsaraan terhadap pihak yang tertindas iaitu golongan buruh maka keadaan ini seterusnya telah menyebabkan jurang ekonomi antara yang kaya dan yang mskin semakin melebar. Ini pula disebabkan timbulnya krisis yang hebat. Pengeluaran produk semakin bertambah, sehingga penawaran barang semakin meningkat sedang kekuatan pembelimakin berkurang. Lambakan barang yang terdapat dipasaran tetapi permintaan atau penjualan barang semakin merosot. Sehingga menjejaskan rangkaian perdagangan. Wujudnya krisis yang yang berulang-ulang ini secara tidak langsung akan mengakibatkan runtuhnya sistem ekonomi kapitalis. Maka menurut marx runtuhnya sistem kapitalis tersebut merupakan suatu keharusan sejarah yang tidak dapat dielakkan. 2:4. Antropologi Marxisme –Komunisme (Pandangan Marxisme Tentang Manusia) a) Menolak Manusia Sebagai Ciptaan Tuhan Dalam fahaman marxisme-komunisme ini, golongan pengikut ajaran ini tidak mempunyai akidah atau kepercayaan yang konkrit

21 terhadap mana-mana agama, bagi mereka semua benda yang tumbuh dan berkembang adalah menurut kekuatannya sendiri, secara terus menerus tidak berpermulaan dan tidak berakhir.Oleh itu mereka tidak pernah mengakui akan kewujudan tuhan sebagai pencipta. Pengikut fahaman komunisme pada umumnya sangat mengagumi dan menerima karya Charles Darwin yang bertajuk ” Origin of species ” yakni ”asal-usul jenis”. Pada pendapat mereka setiap sesuatu yang ada dimuka bumi ini berkembang secara evolusi dari jasad yang lebih sederhana menuju jasad yang lebih sempurna. Merujuk konsep materialisme iaitu menerima ”material” ataupun kebendaan sebagai satu bentuk banda yang wujud secara realiti di alam semesta ini dan mereka menolak adanya zat yang ghaib seperti kewujudan tuhan sebagai pentadbir alam. Bagi mereka tuhan tidak ada, adanya tuhan kerana ianya adalah imaginasi atau hayalan manusia semata-mata yang cuba diada-adakan sebagai tempat untuk bermohon dan berlindung. Dalam falsafah marx diterangkan bahawa, (sebagaimana yang terdapat pada kalimah dibawah) ; ”..............matter is eternsl, it has never created by anyone, there are no supernatural forces in a realm beyond the world ”. Bermaksud ; ..........benda adalah abadi, ia tidak pernah diciptakan oleh sesiapa pun, disana tidak terdapat kekuatan kuasa ghaib dalam lingkungan alam semesta ini. ”materialism is an implacable foe of religion, in a world where there is nothing else except matter in motion, there is no room for god”

22 Bermaksud : materialisme adalah musuh yang tidak dapat didamaikan dengan agama, dalam dunia dimana tiada sesuatu pun melainkan benda yang sentiasa bergerak, dan di sana tiada ruangan buat tuhan Kesimpulan yang boleh diambil daripada pernyataan diatas ialah marxisme-komunisme menolak manusia sebagai ciptaan tuhan, manusia menurur kepercayaan mereka sebagai suatu bentuk benda atau material yang wujud dengan sempurna sebagaimana wujudnya manusia di alam ini atas daya kekuatan mereka sendiri, dan bukannya ciptaan khaliknya. b) Memuliakan ”kerja” sebagai tugas utama manusia itu wujud. Diantara lain fahaman yang terkandung dalam manefesto komunisme tersebut adalah berkaitan dengan hakikat manusia. Menurut teori mereka ’apakah yang menyebabkan manusia menjadi ”homo humanus” yakni menjadi makhluk yang berperikemanusiaan? Jawapan bagi persoalan tersebut adalah ”kerja”. Kerja itulah sebagai hakikat kewujudan manusia, segalagalanya adalah bermatlamat untuk kerja. Pemujaan terhadap kerja dan buruh, itulah yang dicita-citakan oleh pengikut fahaman marxisme-komunisme. Buruh yang dapat bekerja lebih bekerja lebih lama dan menghasilkan lebih banyak produk akan dipuja dan didewa-dewakan. Salah satu contoh yang dapat diterangkan disini ialah ”pahlawan kerja ” Stachnow sebagaimana yang diceritakan oleh Dr. J. Verkuyl dalan bukunya iaitu stachnow adalah seorang buruh muda. Pada malam hari yang bertarikh 30 ogos 1953, selama 6 jam dia dapat mengeluarkan 102 ton batu-bata, kemudian 227 ton batu pada hari yang berikutnya, sedangkan jika dibandingkan dengan

23 keupayaan bagi seseorang pekerja secara normal hanya mampu menghasilkan sekitar 7 batu ton sahaja. Disebabkan reputasinya yang memberansangkan stachnow telah dipujin dan dimuliakan sebagai dewa, iaitu”dewa kerja”. Bekerja dengan lebih lama sehingga dapat hari cuti untuk bergembira sebaliknya hari tersebut digunakan untuk melakukan kerja dengan lebih tekun,maka itulah yang dikatakan sebagai memenuhi kewajiban buruh kumunis yang bersungguh-sungguh. Pemujaan terhadap dan pemuliaan terhadap kerja ini ditulis dalam falsafah marx sebagaimana yang berikut: ” the people above all are those who work.....” Bermaksud : orang yang diatas adalah mereka yang bekerja...” Secara ringkasnya dapat dinyatakan di sini, bahawa menurut fahaman komunisme hakikat manusia itu adalah untuk bekerja, manusia adalah ”homo laborans” manusia yang bekerja. Manusia tidak perlu bargantung atau bertangungjawab kepada tuhan, manusia hidup untuk bekerja sehiggalah ke akhir hayatnya. Itulah hakikat yang dimaksudkan menurut kepercayaan komunisme. 2:5 Ajaran Tentang Moral Atau Susila. Hakikatnya perbezaan antara manusia dengan makhluk yang lain adalah manusia berkeupayaan untuk berfikir secara rasional dan membezakan perkara yang baik dan buruk terhadap sesuatu masalah yang wujud. Keadaan tersebut didorong oleh naluri dan fitrah manusia yang berkehendak kepada sesuatu yang baik. Walaugaimanapun disebabkan nafsu manusia yang tidak terbatas maka menuntut akal untuk memimpin tindak-tanduk manusia supaya setiap tindakan atau perlakuan yang dilakukan berdasarkan

24 nilai-nilai dan tidak bercanggah dengan norma-norma atau peraturan yang terdapat dalam kehidupan manusia. Lazimnya dalam kehidupan bermasyarakat manusia sentiasa mencari nisbah ukuran untuk mengukur serta menilai sejauh manakah perbuatan mereka dibatasi oleh nilai-nilai yang baik dan terhindar dari sebarang perilaku yang buruk. Bahkan seseorang individu juga akan cuba menilai perbuatan orang lain yang berada disekelilingnya. Ianya juga disebabkan oleh naluri manusia yang sentiasa mengambil berat tentang moral dan susila yang baik sesama mereka. Persoalan yang dapat diwujudkan disini, iaitu bagaimanakah menentukan mana yang baik yang harus dilakukan dan perkara yang buruk yang harus ditinggalkan, hakikatnya semua persoalan ini berkait rapat dengan ajaran tentang moral dan susila. Menurut kepercayaan marxisme-komunisme manusia itu memiliki autonomi sifatnya yang tersendiri, mampu berdiri tanpa bergantung kepada sesiapa pun, tidak terikat dengan sebarang syarat dan peraturan yang formal, bahkan tidak dibatasi oleh hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh tuhan. Perkara yang baik dan perkara yang buruk berdasarkan pemikiran rasional manusia itu sendiri, semuanya ditentukan oleh akal dan kemampuan pancaindera manusia yang terbatas. Oleh yang demikan peraturan yang cuba diaplikasikan dalam hidup manusia sentiasa berubah-ubah bergantung kepada tempat waktu keadaan. Menurut engels dan pengikut-pengikutnya, mereka yakin bahawa tiada kaedah atau norma yang tetap dan abadi berlaku disegala tempat dan zaman. Bagi mereka lagi moral adalah berdasarkan moral kelas, ini bermaksud bahawa moral adalah sesuatu peraturan atau nilai yang diciptakan atau wujud disebabkan

25 oleh sesuatu golongan atau kelas yang tertentu berdasarkan konsep peraturan dan nilai tersebut dapat menjaga hak, mempertahankan dan memperbaiki autoriti kelas mereka yang sedia ada . Oleh sebab yang demikian moral menjadi pagar susila yang dapat menjamin kedudukan golongan yang berkuasa tetapi sebaliknya, dalam masa yang sama memberikan tekanan kepada golongan yang dikuasai yakni golongan yang tertindas. Walaubagaimanapun golongan fahaman komunisme mengangap bahawa salah satu moral yang baik adalah menjaga kepentingan kelas ploretariat. Memandangkan kelas ploretariat sentiasa dibelengu dengan pelbagai macan penindasan dan ketidakadilan, maka segala bentuk perjuangan bagi menegakkan kebenaran dan menuju kebebasan itulah yang merupakan salah satu moral yang baik. Ianya adalah sebgaimana pernyataan yang terkandung dalam falsafah maxisme iaitu ; ”from the point of view of comunist morality, that which promotes the movement of society towards communism is moral” Bermaksud ; ” berdasarkan kepada pendangan terhadap moral komunis , apa sahaja yang mendorong kepada kemajuan masyarakat dan menuju kepada matlamat komunisme adalah moral (susila ,perbuatan yang baik)”. Dalam konsep yang cuba digunakan oleh fahaman komunise ini ialah segala perbuatan dan peraturan mestilah tunduk kepada kepentingan kaum ploretariat (kaum yang tertindas). Dan bagi kaum ploretaiat tiada suatupun peraturan atau tindakan yang haram dan tercela, tiada suatupun yang melanggar hukum. Setiap tindakan yang dilakukan akan diterima dan diangap sebagai rasional asalkan objektif tersebut tidak bercanggah dengan matlamat yang asal iaitu ; kepentingan kaum ploretatiat. Jika kita melihat kepada konsep ajaran ini, ianya merupakan suatu kesinambungan terhadap corak

26 pemikiran yang telah dicetuskan oleh seorang penulis terkenal iaitu Machiavelle, beliau mengajarkan ” tujuan menghalalkan cara”. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika golongan marxisme komunisme ini berpegang kepada konsep ”masyarakat komunis tidak akan wujud tanpa kekerasan, bertunjangkan revolusi dan pemberontakan senjata, semua cara adalah halal dan baik. Ringkasnya, kesemua elemen tersebut tidak penting asalkan dapat mencapai matlamat komunisme yang utama. 2:6. Ajaran Marxisme-Komunisme Tentang Agama Menurut fahaman Marx mereka menolak agama sebagai anutan atau pegangan hidup untuk manusia, apatah lagi apabila agama dijadikan sebagai panduan dalam setiap tindakan dan perlakuan, yang jelas dalam fahaman berkomunisme semua agama hanyalah menyekat kebebasan seseorang individu itu untuk mengejar kesenangan dunianya. Oleh yang demikian tidak hairanlah sekiranya komunis yang wujud pada masa dahulu mahupun sekarang tidak mempercayai sebarang kewujudan tuhan,lebih parah lagi mereka berusaha untuk mengecam agama. Jika kita maninjau kembali diantara fahaman komunisme ialah berpegang kepada konsep atau teori materialisme, konsep tersebut sememangnya bercanggah dengan ajaran beragama, kerana menolak ideologi bertuhan sebagaimana yang terkandung dalam falsafah marx iaitu ; ”Materialisme is an implecable foe ofreligion;in a world where there is nothing else except matter in motion, there is no room for a god” Bermaksud ; ”materialisme adalah musuh yang tidak dapat didamaikan dengan agama, dalam dunia dimana tiada suatupun melainkan benda yang sentiasa bergerak, disana tiada ruang buat tuhan. ”religion is reactionary. It is an instrument of the spiritual oppression, ideological enslavement of the working people, a means of

27 strenghthening the rule of the exploiters. Religion is the opium of the people, this dictums of marx`s is the connertone of the whole marxist outlook in religion” Bermaksud ; ” agama adalah anutan yang usang dan penghalang kemajuan. Ia adalah alat penindas jiwa, idiologi untuk mengabaikan pihak pekerja, sutu usaha untuk mempekukuhkan autoriti golongan yang menindas. Agama adalah candu bagi rakyat, ucapan ini adalah merupakan dasar daripada seluruh pandangan orang marxis terhadap agama.” ” it materialisme also has deep atheistic meaning, for it undermines the religious fable that god is the creatorof the world. Indeed if matter is primary and eternal, is uncreatable and indistructible, it is yhr inner, final couse of everything existing, in a world where matter is pimary couse, the primary foundation of everything, there is room niether for god or any other supernatural forces.” Bermaksud ; ”materialisme mengandungi erti Atheist (tidak bertuhan) yang mendalam, kerana pengertian tersebut menerangkan tentang cerita bohong mengenai agama, bahawa tuhan adalah pencipta alam. Sebenarnya matter adalah awal permulaan dan abadi, maka ianya tidak diciptakan dan tidak dapat dibinasakan, ianya merupakan intisari, dasar yang terakhir dalam menentukan tiap-tiap sesuatu yang wujud. Dalam dunia dimana unsur benda menjadi sumber permulaan dan menjadi dasar tentang sesuatu, disana tiada tempat untuk tuhan atau kuasa ghaib yang lain. Berdasarkan kepada pernyataan marx yang terkandung dalam falsafah beliau sendiri telah menjelaskan kepada kita tentang ajaran agma yang cuba disampaikannya. Bahkan jika kita merenung kembali sejarah perkembangan fahaman komunisme yang telah disusun oleh Marx, beliau sebenarnya masih dipengaruhi oleh ideologi Ludwig Feurbach yang mana

28 mereka beranggapan bahawa manusialah yang mereka-reka agama, dan bukan sebaliknya. Hal ini bermaksud bukannya tuhan yang menciptakan manusia, tetapi manusia yang menjadikan tuhan. Pada pandangan mereka tuhan dan dewa adalah hasil khayalan atau imaginasi manusia sematamata, yang direka untuk memenuhi naluri manusia yang sentiasa inginkan tempat berlindung dan bermohon, padahal hakikatnya tuhan itu tidak wujud. 2:7. Ajaran Tentang Negara, Diktator Ploretariat Dan Revolusi a) Negara Manurut fahaman komunis, mereka berpendapat wujudnya sesebuah negara disebabkan terjadinya pertentangan kelas. Hal ini bemaksud negara bukanlah suatu organisasi yang diciptakan secara formal, sebaliknya ianya wujud dengan sendirinya. Kewujudan negara pula sebagai bukti wujudnya pertentangan kelas, seandainya dalam sesebuah negara tersebut tidak wujud pertentangan kelas atau pertentangan kelas tersebut berjaya didamaikan maka akan lenyaplah sesebuah negara. Menurut marx lagi, peraturan, polisi, perlembagaan, kuasa ketenteraan yang dibentuk adalah disebabkan wujudnya pertentangan kelas yang mana pihak yang menindas cuba mendominasi kelamahan dan kekuatan pihak yang tertindas. b) Diktator ploretariat Menurut fahaman komunisme bagi mereka sesebuah negara akan lenyap dengan sendirinya, walaubagaimanapun ianya merupakan satu proses yang mengambil masa yang agak lama. Malahan masyarakat komunisme tetap akan wujud setelah sesebuah negara itu telah lenyap. Namun disebabkan masa yang diperlukan terlalu lama untuk mencapai ke tahap masyarakat komunisme, maka proses tersebut perlu dipercepatkan melalui suatu pendekatan iaitu revolusi. Dikatator ploretariat merupakan suatu transisi yakni masa

29 peralihan dari nagara menuju masyarakat komunis, proses ini perlu dipercapat melalui proses revolusi, iaitu suatu bentuk perebutan kuasa oleh golongan ploretariat. Diantara beberapa prinsip yang dikemukakan dalam Manefesto Komunisme sebagai syarat yang perlu dilaksanakan bagi sesebuah negara Diktator Plotariat ialah : I.

Penghapusan hak-hak ke atas tanah dan pengambilan semua sewa tanah untuk tujuan umum.

II.

Pajak penghasilan yang progresif atau yang terjamin.

III.

Penghapusan semua hak ke atas warisan

IV.

Penghapusan terhadap semua hak milik kaum yang meninggalkan negeri dan kaum pemberontak.

V.

Pemusatan kredit terhadap negara, iaitu dengan sebuah bank nasional dengan modal negaradan suatu hak monopoli yang kukuh.

VI.

Pemusatan alat perhubungan dan pengangkutan ke atas negara.

VII.

Perluasan pengunaan alat-alat yang dimiliki oleh negara , menuju ke arah penanaman tanah yang kering, pembaikan tanah-tanah supaya semuanya menurut satu rencana umum.

VIII.

Tanggungjawab yang sama bagi semua buruh, pembentukan industri, terutama dalam bidang pertanian.

IX.

Percampuran antara industri kecil, penghapusan diskriminasi antara kawasan bandar dan desa melalui cara pembahagian yang sama rata.

X.

Pendidikan bebas untuk semua anak-anak disekolah-sekolah umum. Penghapusan buruh anak-anak, penyerapan pendidikan dengan keadaan industri.

30 c) Revolusi Didalam manefesto komunis sememangnya telah dijelaskan tentang kewajiban untuk memperjuangkan hak melalui proses revolusi. Ianya sebagaimana yang tertulis ; ”the communist disdain to conceal their views and aims. They openly declare that their ends can be attained only by the forcible overthrow of all existing social conditions. Let the ruling class tremble at a communistic revolution. The ploretarian have nothing to lose but their chains. They have a world to win. Working men of all countries, unite.” Bermaksud ; ”kaum komunis sama sekali tidak bermaksud hendak menyembunyikan pandangan dan tujuan mereka. Mereka secara jelas menyatakan bahawa tujuan mereka hanya dapat dicapai dengan meruntuhkan melalui kekerasan seluruh susunan masyarakat yang ada. Biarlah kelas yang berkuasa gementar kerana revolusi kaum komunis. Golongan ploretariat tidak akan kehingan sesuatu apapun melainkan belenggu mereka. Mereka harus mendamaikan dunia ini, buruh seluruh dunai bersatulah. Berdasarkan kepada pernyataan diatas jelas membuktikan bagaimana konsep perjuangan yang cuba dilaksanakan oleh golongan komunisme ini. Iaitu seruan yang mengajak kepada suatu proses pemberontakan. Untuk mencapai matlamat utama yakni kemenangan ke atas pihak komunis semua strategi dan cara perlu digunakan. Konsep matlamat menghalalkan cara perlu diaplikasikan. Walaubagaimanapun harus disedari bahawa proses revolusi yang hendak dilaksanakan perlu kepada suatu suasana yang matang dan masa yang sesuai. Revolusi hanya mungkin dapat tercapai seandainya kelengkapan untuk tujuan tersebut dapat disediakan dengan rapi dan terancang. Oleh yang demikian yang

31 mampu menjalankan tanggungjawab tersebut ialah parti komunisme atau golongan yang berideologi komunisme.

3. MENYINGKAP PENIPUAN GOLONGAN KOMUNISME DALAM BEBERAPA ASPEK I-PENIPUAN PROPAGANDA KOMUNISME TENTANG AGAMA Para cendikiawan Komunisme tidak kira yang terkenal mahupun tidak berpendapat bahawa ajaran Komunisme boleh berjalan seiring dengan semua agama khususnya agama Islam.Anata golongan tersebut adalan bekas Presiden Indonesia iaitu Sukano.Di dalam penulisannya di akhbar "Suluh Indonesia Muda"pada tahun 1926 berkata bahawa kerjasama yang erat patut wujud di antara golongan Islamdan Komunisme.Beliau telah mencela sesiapa yang enggan bekerjasama dengan golongan Komunisme dengan berpemdapat golongan tersebut merupakan golongan yang sempit pemikiran dan tidak mengetahui akan kepentingan putaran kehidupan. Beliau menambah lagi, golongan yang memusuhi golongan MarxisKomunisme bererti menolak kawan sejalan serta hanya menambah bilangan musuh sahaja.Beliau menyatakan bahawa Dr Sun Yat Sen pemimpin Nasionalisme boleh menjalinkan kerjasama degan golongan Komunisme tanpa sebarang masalah. Apa yang lebih menarik,Sukarno turut menemukan keserasian di anatara ajaran Komunisme denngan ajaran Islam.Beliau sangat yakin bahawa keduanya boleh bersahabat baik hinggakan beliau boleh membuat kesimpulan iaitu golongan Islamyanng terlalu fanatic memerangi golongan Komunisme adalah golongan yang tidak kenal akan larangan agamanya sendiri.Selain itu,prinsip kemerdekaan,

32 persamaan dan persaudaraan yang dianjurkan oleh Islam bersesuaian dengan apa yang turut dianjurkan oleh Komunisme. Sejujurnya segala yang diperkatakan oleh Sukarno ada benarnya sama ada penentangan terhadap riba,keharusan zakat dan sebagainya.Walau bagaimanapun,beliau telah terpesong dari landasan sebenarnya dengan mengatakan ajaran Komunisme mempunyai persamaan dengan ajaran Islam walhal seperti mana yang kita ketahui Komunisme merupakan satu fahaman yang menentang agama.Dalam erti kata lain,fahaman Komunisme tidak dapat menerimakan kehadiran sesuatu agama dalam kehidupan terutamanya agama Allah yakni Islam.

II-PENIPUAN PROPAGANDA KOMUNISME TENTANG DEMOKRASI Di dalam hal ini, golongan cendikiawan Komunisme tidak pernah menyembunyikan bahawa Negara peralihan yang harus dibentuk adalah satu negara yang diktatur iaitu Diktatur Bawahan.Setiap orang hendaklah berkorban demi kepentingan Negara atau golongan yang berkuasa khususnya golongan Buruh.Menurut Lenin, 'negara' adalah alat untuk menjamin ketaatan dan kepatuhan kelas yang tertindas terhadap golongan yang menindas. Dalam pemerintahan Diktatur Buruh, golongan ataupun system kelas telah dihapuskan dan tidak wujud sama sekali.Dalam erti kata lain,sudah tidah wujud soal penindasan satu golongan terhadapa golongan lain.Di atas alasan inilah yang sering digunakan oleh Komunisme untuk menyatakan bahawa pemerintahan Buruh adalah sejuta lebih baik daripada demokrasi Negara-negara laindi seluruh dunia.Selain itu,golongan Komunisme sering menggunakan cogan kata seperti " Demokrasi Rakyat", "Demmokrasi Buruh" dan sebagainya. Bagi Komunisme,suatu Negara adalah demokrasi jikalau di dalam Negara tersebut yang berkuasa adalah golongan buruh.

33

Mari kita sama-sama mengungkai maksud demokrasi yang sebenarnya menurut perspektif realiti dengan mengambi contoh Negara Rusia.Sebagaimana yang kita ketahui Rusia merupakan satu Negara sosialis pertama yang menjadi tauladan kepada negara-negara lain.Banyak sarjana Barat mendefinisikan demokrasi sebagai satu bentuk tanggungjawab,kemerdekaan dan persamaan. Kemerdekaan memberi maksud kemerdekaan untuk berfikir dan mengeluarkan fikiran serta mengecam atau mengkritik.Bukan itu sahaja,kemerdekaan untuk bersatu dengan orang lain untuk memperjuangkan tujuan tertentu.Selain itu, kemerdekaan juga oleh didefinisikan melalui kebebasan untuk mengatur kehidupan sendiri menurut kehendak sendiri termasuklah kebebasan untuk beragama. Manakala persamaan pula boleh membawa makna semua orang mepunyai hak yang sama rata tidak mengira apa jua bangsa dan agama serta mempunyai peluang yang sama rata untuk bekerja, mendapatkan pendidikan dans sebagainya. Manakala maksud tanggungjawab dalam negara demokrasi adalah pemimpin hendaklah bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpin tidak mengira sesiapa jua. Tetapi keadaan yang sebaliknya berlaku dalam pemerintahan diktatur.Rakyat ataupun orang yang dipimpin bertanggungjawab sepenuhnya kepada ketua pemerintah ataupun pemimpin. Kesimpulannya, Komunisme hanyalah bertindak sebagai malaikat untuk mengaburi mata semua orang khususnya golongan Buruh yang konon ingin membela nasib golongan Buruh.Propaganda berkaitan kemerdekaan,persamaan mahupun tanggungjawab yang diperjuangkan oleh golongan Komunisme hanyalah dusta belaka.

34 III-PENIPUAN PROPAGANDA KOMUNISME TENTANG NASIONALISME Salah satu daripada propaganda yang sering dikumandangkan oleh golongan Komunisme ialah membela kepentingan nasionalisme.Kebanyakan suara-suara ini didengari daripada rakyat yang berada di Asia dan Afrika yang masih dijajah yang mana suatu ketika dulu Negara ini di bawah pemerintahan Kolonisme Eropah. Permasalahannya kini,benarkah golonganKomunisme membela kepentingan masionalisme atau sekadar berkap unutuk mengaburi mata rakyat sekalian? Sebagaimana yang kita ketahui, Komunisme adalah suatu gerakan antarabangsa yang bercita-cita membentuk satu dunia baru yang tidak ada bangsa dan kelas-kelas pemerintahan.Negara yang sedia ada harus dirobohkan serta bangsa yang ada hendaklah dilenyapkan sama sekali sebagaimana ucapan Lenin yang berbunyi: " Kewajipan pertama bagi seorang Komunisme yang baik ialah membuang kesetiaannya kepada bangsa,memandang dirinya sebagai angota persaudaraan antarabangsa dan setia kepada sumber tertinggi daripada revolusi buruh antarabangsa". Pengertian "nasionalisme" sebagaimana yang kita ketahui adalah kecintaan terhadap tanah air, bangsa dan Negara.Walau bagaimanapun dalam ajaran Kumonisme perkara ini tidak akan didapati, bahkan harus dilenyapkan. Bagi golongan Komunisme nasionalisme samalah juga dengan Negara yang diperintah oleh golongan Kapitalis Borjuis yang hanya untuk menindas golongan buruh. Oleh yang demikan, seorang Komunis yang sejati hendaklah membuang segala perasaan cinta yang ada dalam dirinya terhadap bangsa, tanah air dan negaranya. Seorang itu tidak dianggap Komunis yang sejati sekiranya dia tidak berbuat demikian. Berdasarkan daripada anggapan di atas, dapat kita simpulkan

35 bahawa kaum Komunis adalah tidakleih daripada " kolone kelima: di Negara sendiri. Kaun Komunis di dalam suatu negara sebenarnya menjadi musuh dalam selimut , musuh bangsanya sendiri, musuh yang lebih merbahaya berbanding daripada musuh yang terang-terangan serta mereka adalah musang yang berbulu ayam. Bagi memebrikan satu contoh yang boleh kita jadikan panduan adalah berdasarkan bangsa Tiet yang terdapat suatu ketika dahulu sebelum dilenyapkan oleh kaum Komunisme.Sebagai mana yang kita sedia maklum, Tibet adalah satu bangsa yang mempunyai agama, cara hidup,keperibadian, kebudayaan, tanah air serta sejarah tersendiri yang dapat diselusuri sampai beberapa abad sebelum kewujudan pelbagai agama lain di dunia ini. Namun Cina Komunis tidak dapat menerima hakikat ini.Meeka menuntut agar Tibet dimasukkan dalam sebahagian bangsaCina Komunis.Golongan Tibet sudah semestinya menentang kemasukan tersebut sehinggakan Tibet menghantar utusan untuk mendapatkan kemerdekaaan dan kedaulatan sepenuhnya. Persengketaan berlanjutan sehingga menjadi persengketaan bersenjata.Pada 7hb Oktoer 1950, Cina Komunis telah melancarkan serangan bersenjata terhadap Tibet. Tibet sebuah Negara kecil tidakmempunyaikuasa untuk menangkis serangan tersebut. Tibet hanya mampu mengadu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,akan tetapi pihak PBB tidak memandang serius akan hal tersebut.Akhirnay Tibet terpaksa tunduk terhadap hakikat sebenar dan menerima Cina Komunis sebagai tuan. Tekanan demi tekanan serta usaha deni usaha dilakukan untuk mengahpuskan Tibet dari muka bumi ini.Hal ini menyebabkan Tibet berasa tidak selesa berada di bawah pemerintahan Cina Komunis sehinggalah Majlis Nasional Tibett mengumumkan kemerdekaan Tibet sebagai sebuah Negara yang berdaulat pada bulan Mac 1959. Kenyataan bahawa Dalai Lama iaitu pemimpin Tibet pergi mendapatkan bantuan kemerdekaan daripada kerajaan India menimbulkan lagi

36 kontroversi di kalangan Cina Komunic. Golongan Cina Komunis beranggapan bahawa Indialah yang menyebabkan pemberontakan di kalangan oaring Tibet.Kaun Cina Komunis ingin memusnahkan pula Negara India sehinggakan ditubuhkan " garis macMahon" iaitu garis prbatasan negeri.Akan tetapi Ciana Komuns tetap enggan menerima keputusan tersebut sehinggalah mencetuskan beberpa kali persengketaan bersenjata. Berdasarkan daripada kenyataan di atas, kita boleh mengambil pengajaran seperti adalah tidak benar sama sekali bahawa Komunisme menyokong nasionalisme sepertimana yang mereka war-warkan.Mereka berkata ingin membantu nasionalisme dalam menjajah sesuatu bangsa tanpa melakukan penindasan, akan tetapi mereka melakukan sebaliknya.

37

4.PENYIASATAN ISLAM TERHADAP AJARAN KOMUNISME 1.Kesesatan sistem ekonomi dan sejarah kebendaan Sebagai mana yang kita ketahui, Marx menganggap benda adalah satu yang reality dimana benda berkembang mengikut kekuatanya sendiri,berganti terus menerus dan bersifat abadi.Hal ini boleh dilihat dalam ucapannya iaitu: " ……… benda adalah abadi, tidak diciptakan oleh sesiapa, tidak ada kekuatan ghaib di alam di sebalik dunia ini" Marxisme-Komunisme tidak dapat menerima sesuatu yang bukan realiti seperti Tuhan, Syurga, Neraka, Malaikat dan sebagainya. Golongan ini hanya menerima benda yang boleh disentuh dan diketahui oleh pancaindera yang pada manusia dan akal. "Komunisme tunduk kepada dasar yang murni kebendaan, mereka tidak mengakui sesuatu kecuali yang dapat diterima oleh pancaindera,yang tidak dapat diterima oleh pancaindera adalah sesuatu yang kosong, tidak nyata dan tidak wujud hatta sekiranya adapun tidal menjadi kepentingan dan orang tidak perlu memperdikannya." Walau bagaimanapun, pendapa ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam.Kepentingan kebendaan di dalam kehidupan tidak dapat disangkalkan, selagi mana seorang itu bergelar manusia, semestinya dia akan mencintai benda.Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah:

   8. Dan Sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

38

                                   14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada bendabenda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). Berdasarkan firman Allah di atas menerangkan kepada kita bahawa apa sahaja yang wanita bagi lelaki,lelaki bagi wanita, anak-anak, tumbuhan, binatang,barang perhiasan dan sebagainya adalah material yang menjadi kegilaan

39 manusia.Namun, menjadi keterlaluan jika manusia itu melebih-lebihkan kebendaan daripada segala-galanya. Kita sebagai umat Islam seharusnya memerhatikan penutu firman Allah di dalam ayat 14 surah al-Imran yang berbunyi:

         Bahagian terakhir ayat ini memperingatkan kita sebagai umat Islam bahawa sudah menjadi lumrah untuk kita mencari harta dunia demi kebahagian di dunia dalam mencari keredhaan-Nya.Namun, harta yang ada adalah untuk kita memperlengkapkan kita jalan ke suatu alam lain yang dipanggil akhirat.Oleh yang demikian, kita tidak boleh berlebih-lebihan dalam mencari kesenangan dunia hingga mengabaikan kepentingan akhirat.Hal ini mengingatkan lagi bahawa di samping kebendaan yang boleh dirasai dan dilihat, terdapat perkara lain yang begitu penting dan kita harus percaya dengan kehadirannya iaitu alamghaib.Kita wajib beriman kepada rukun Iman iaitu percaya kepada Allah, Malaikat, Kitab Suci,Rasul,Hari Kiamat serta Qada' dan Qadar.Selain itu,kita hendaklah percaya kepada perkara ghaib yang lain seperti alamkubur, syurga, enraka dan banyak lagi.Hal ini secara terang telah ditunjukkan did ala, surah al-Baqarah :1 dan 2.

 

 

    1. Alif, Laam, Miim. 2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;

40 Berdasarkan ayat di atas,orang-orang yang beriman adalah golongan yang mempercayai perkara-perkara ghaib iaitu tidak hanya percaya kepada kebendaan semata-mata. Jelaslah bahawa tidak mungkin seorang Komunis yang sejatii adalah seorang Muslim yang sejati. Islam sangat percaya akan hal-hal ghaib yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran.Hal-hal ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran.Hanya Allah sahaja yang megetahui.Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hadid.

                         

22. Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

              2. Dia lah sahaja Yang Menguasai dan memiliki langit dan bumi; ia menghidupkan dan mematikan; dan ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kesimpulannya,ayat-ayat Allah di atas ini telah cukup menerangkan bahawa sesuatu yang berlaku dan segala yang terdapat di dunia ini adalah milik Allah.Perjalanan akan segalanya adalah menjadi ketentuan Allah.Inilah yang dinamakan dengan Qadar.

41 2.Ajaran pertentangan kelas menyerukan permusuhan yang berlanjutan Jika dilihat sekali imbas, ajaran Komunisme adalah ajaran yang memperjuangkan ketidak adilan terhadap dalam masyarakat khususnya kepincangan yang terdapat dalam masyarakat kapitalis. Pada asalnya,Marx mampu untuk hidup dalam keadaan kaya raya, akan tetapi beliau memilih untuk hidup dalam keadaan miskin disebabkan hatinya pilu dan sedih mengenangkan keadaan masyarakatnya yang hidup dalam situasi tertindas dan tidak berdaya upaya. Marx telah menyedarkan beribu-ribu orang khususnya kaum tertindas iaitu golongan buruh untuk bangkit membantah dengan memberikan golongan buruh senjata teori. Oleh yang demikianlah,Marx telah dianggap berjasa kepada golongan buruh khususnya hatta ummat manusia sekalipun.Beliau telah memberikan keinsafan kepada manusia akan kejamnya penindasan serta pengekplosian tenaga manusia.Semua agama yang ada menentang akan kekejaman serta penindasan ini sehinggakan keadan masyarakat hendaklah diperbaiki, jurang di antara golongan kaya dan miskin hendaklah diperkecilkan jika ia tidak dapat dilenyapkan.Dalampemikiran sedemikian, adalah tidak salah lagi bahawa pemikiran Marx juga seiring dengan ajaran Marx iaitu berkaitan dengan keadilan social dalam masyarakat. Walau bagaimanapun,Marx tetap dianggap keterlaluan disebabkan Marx telah menganggap harta sebagai Tuhan sedangkan sebagaimana yang kita sedia maklum,Allah adalah pencipta akan segala yang ada di muka buni ini.Hal ini boleh kita lihat dengan jelas dalam firman Allah di dalam surah Al-Maidah,ayat 17 dan 120:

       

42

                                         17. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah Yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang Yang ada di muka bumi semuanya?" dan (ingatlah) bagi Allah jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan Segala Yang ada di antara keduanya. ia menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

              120. Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Kita perlu menyedari bahawa harta adalah pertaruhan Allah kepada kita.Dalam erti kata lain, harta merupakan pinjaman Allah, jadi kita hendaklah

43 membelanjakan serta menafkahkannya ke jalan yang diredhai Allah. Kekayan yang diberikan tidak boleh digunakan untuk menindas, menjadi takabbur dan sombong. Bagi ajaran Islam, perbuatan menderma dan memberi sedekah kepada golongan yang tidak berkemampuan adalah satu perbuatan yang mulia dan terpuji.Islam adalah ajaran yang menjunjung tinggi akan kedilan sosial. Islam mengakui akan kepelbagaian golongan, bangsa dan suku bangsa.Hal ini sememangnya telah ditentukan oleh Allah sebagai Pencipta.Demikianlah juga dengan adanya golongan miskin dan kaya.Hal ini sangat jelas dalam surah alHujurat:

                         13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). Selain itu,Islam tidak menafikan akan perbezaan antara golongan kaya dan miskin,golongan peniaga dengan buruh serta penjual dan pembeli.Atas dasar

44 perbezaan tersebutlah, golongan Komunisme telah menganjurkan persengketaan dan perkelahian yang keterlaluan. Di sinilah, perbezaan ketara yang boleh dilihat antara ajaran Islam dengan ajaran Komunisme.Komunisme sengaja megobarkan semangat agar terjadinya pertarungan besar-besaran di antara manusia. Ajaran Komunisme bertujuan untuk menghidupkan permusuhan.Hal ini jauh sama sekali daripada mendamaikan pihak-pihak yang bermusuhmusuhan,malah menambahkan lagi bara dendam khusunya di kalangan orang miskin.Islam tidak pernah sama sekali mengajarkan umatnya untuk berkelakuan sedemikian.Malah berbeza agama sekalipun, Islam menganjurkan agar tidak menimbulkan permusuhan.Rasulullah s.a.w bersabda :

‫ألءنسان أخو النسان حب أم كره‬ " Manusia adalah saudara sesama manusia, ia senang atau tidak" Perbezaan kepentingan tersebut sememangnya jangan diperbesarkan sehingga menjadi permusuhan, kebencian dan dendam.Harus diingatkan ia hendaklah diselesaikan dengan cara yang baik,Islam telah mengajarkan kita cara bersatu bukannya bermusuh ataupun berbalah yang tiada penghujungnya.Hal ini boleh dihayati dalam ayat 103 surah al-Imran dan ayat 46 surah al-Anfal :

                       

45

              103. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

                46. Dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.

       

46

                           32. Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia Yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian Yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa Yang mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Kesimpulannya, Islam bukanlah agama yang membesarkan perbezaan sehingga menganjurkan permusuhan dan perbalahan yang melampaui batas , tetapi Islam mengajurkan agar jurang yang ada di kalangan umat manusia hendaklah diperkecilkan andainya tidak mapu untuk dihapuskan.Kesalahan dan keburukan orang lain janganlah sengaja dicari sebagaimana firman Allah :

                    

47

                 12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

3.Peninjauan Terhadap Teori Komunisme tentang Ekonomi. Jika diteliti dengan sebaiknya,tiada fahaman ataupun pendapat yang benar secara mutlaknya.Kesempurnaan hanya terdapat pada Allah.Seabgaimana yang kita ketahui,Marx berasa sangat sedih mengenangkan kepincangan yang berlaku dalam sistem Kapitalis.Golongan buruh membanting tulang, bekerja keras hingga memeras keringat untuk mendapatkan upah bagi meneruskan hidup tetapi hanya mendapat upah yang sedikit, sebaliknya golongan Kapitalis yang tidak bekerja keras dapat hidup dengan senang lenang hanya kerana mereka mempunyai modal.Teori Marx menyerang kepincangan seumpama ini, iaitu siapa yang ingin makan dan hidup hendaklah bekerja keras.Perumpamaan bekerja untuk hidup adalah salah sama sekali.Bagi Marx, kaum kapitalis sebenarnya adalah golongan

48 pencuri kerana mereka mencuri hasil keringat orang lain untuk terus hidup dengan senang. Demikianlah yang menjadikan Marx sangat marah terhadap kaum kapitalis yang menjadi sumber segala bencana, memeras tenaga orang lain serta mengekploitasi orang lain untuk hidup senang sendiri. Disebabkan itulah Marx telah menyedarkan kaun buruh untuk bangun menentang. Tidak dapat dinafikan Marx berada di pihak yang benar dalam memperjuangkan kebenaran ini.Apa yang menjadi tidak benar adalah kebenaran itu telah diperjuangkan secara berlebihan dan pada jalan yang salah.Dalam erti kata lain, keterlaluan itu mengakibatkan seseorang bertindak extrem sehingga mengorbankan banyak perkara benar. Dalam teori ekonomi Max,beliau memperkenalkan tiga asas utama dalam menentang golongan Kapitalis.Tiga asas tersebut adalah Kepandaian, Modal dan Tenaga kerja. Pada permulaan peradaban manusia, kepandaian manusia sememangnya sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan tenaga yang ada.Kemajuan ilmu pengetahuan telah mengakibatkan perkembangan pelbagai industri.Di sini sangat jelas bahawa betapa pentingnya kepandaian manusia.Barang-barang yang dihasilkan oleh orang yang bijak jauh lebih baik daripada barang yang dihasilkan oleh orang yang tidak bijak.Kecekapan seorang pemimpin dalammengawal sumber yang dia ada sangat penting bagi memastikan dia tidak gulung tikar. Seterusnya, modal adalah segala yang bernilai serta dapat digenakan untuk memperkembangkan sesuatu industri seperti bahan perkakas, wang dan sebagainya.Modal juga adalah satu asas yang amat penting sehinggakan terdapat satu buku ekonomi yang mengatakan bahawa modal adalah satu-satunya perkara yang mampu menghasilkan satu produk.Semakin besar satu industri, maka makin banyaklah modal yang diperlukan bagi menampung kelacaran industri tersebut. Asas ketiga yang menjadi pegangan Marx adalah tenaga kerja. Pada masa dahulu, tenaga kerja amat tidak diutamakan terutamanya pada zaman Yunani

49 sangat memandang rendah terhadap goongan tenaga pekerja. Bagi mereka, hanya budak sahaja yang boleh bekerja seangkan golongan dewasa dan merdeka tidak perlu untuk bekerja.Keadaan di Timur juga memandang rendah terhadap kerja. Agama Hindu telah mewujudkan sistem kasta dimana Kasta Brahma yang merupakan kasta tertinggi hanya ditugaskan untuk merenungkan kerohanian sahaja berbanding kasta lain dibawah. Walau bagaimanapun, Islam adalah satu-satu agama yang tidak membezakan manusia melainkan ketaqwaan kepada Allah.Ayat–ayat Allah sendiri dapat menerangkan kepada kita tentang keadaan ekonomi yang sebenarnya.Berikut merupakan beberapa asas atau prinsip yang boleh kita jadikan panduan dalam kehidupan khususnya dalam bidang ekonomi. Pertama adalah harta adalah milik Allah sedangkan manusia hanyalah pemegang amanah Tuhan. Semua kejadian hanyalah berlaku di atas kehendak dan ketentuan Allah. Demikianlah juga dengan kejadian benda milik mansia, semuanya hanya mungkin atas kehendakNya.Terdapat banyak ayat Allah yang menerangkan perkara di atas.Antaranya ialah

                                      

50

       17. Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah Yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang Yang ada di muka bumi semuanya?" dan (ingatlah) bagi Allah jualah Kuasa pemerintahan langit dan bumi dan Segala Yang ada di antara keduanya. ia menciptakan apa jua Yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

             120. Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Prinsip atau asas benda adalah hak Allah ini menunjukkan bahawa manusia sebenarnya tidak lebih daripada pemijam sahaja.Dalam erti kata lain, manusia hanya pemegang amanah sahaja.Benda yang ada pada manusia sebenarnya adalah anugerah yang harus digunakan sebaik-baiknya.Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hadid dan ayat 33 surah an-Nur :

           

51

     7. Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) Yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. maka orang-orang Yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala Yang besar.

        33. ..dan berilah kepada mereka dari harta Allah Yang telah dikurniakan kepada kamu…. Setiap umat Islam hendaklah menyedari akan hakikat ini.Harta yang diberikan hendaklah dimanfaatkan dengan sebaiknya.Kita tidak boleh menggunakan harta yang ada untuktujuan yang buruk seperti untuk melakukan rasuah.Hal ini telah diterangkan di dalam ayat 188 surah Al-Baqarah :

                  188. Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan

52 (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia Dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). Selain itu,kita tidak boleh boros dalam menggunakannya.Kita hendaklah menggunakan harta yang dengan cara bersederhana agar kita tidak menyakiti orang lain terutamanya golongan miskin.Firman Allah dalam ayat 26-27 surah alIsra':

                       26. Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau. 27. Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya. Larangan seterusnya adalah janganlah kita mengumpul harta untuk mencari keuntungan bai diri sendiri dengan meyusahkan masyarakat.Begitu juga dengan mempergunakan harta sebagai alat untuk memeras orang lain.Hal inilah yang dibangkang sepenuhnya oleh Marx.Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa fahaman Marx seiring dengan ajaran Islam.Dapatlah dikatakan bahawa konsep riba dalam Islam adalah sama dengan konsep nilai lebih dalam ajaran Komunisme.Keduanya menolak pemerasan iaitu hidup senanng di atas keringat orang lain. Orang

53 seumpama ini adalah lintah darat yang dibenci oleh Islam.Banyak hadis mahupun ayat al-Quran yang melarang perbuatan riba.

                                                     275. Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyunghayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi

54 (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. Prinsip kedua ajaran Islam berkaitan ekonomi adalah umat Islam harus bekerja untukmencari rezeki.Sikap malas amat ditegah dalam ajaran Islam.Begitu juga dengan mebelakangi dunia, semata-mata mengejar akhirat juga tidak digalakkan dalam Islam.Allah telah menyediakan segala nikmat yang ada di dunia untuk dinikmati dengan cara yang sebenarnya bukan dengan menghindarinya.Berikut merupakan firman Allah berkaitan dengan hal di atas :

                     57. Dan Kami telah menaungi kamu Dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan Yang baik Yang Kami telah kurniakan kepada kamu". dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. ( Al-Baqarah : 57)

          

55

                   77. "Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". ( Al-Qhasash : 77 )

                                     

56 32. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Siapakah Yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah Yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda Yang baik lagi halal dari rezeki Yang dikurniakanNya?" katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orangorang Yang beriman (dan juga Yang tidak beriman) Dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang Yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang Yang (mahu) mengetahui. ( Al-A'raf : 32 )

4.Pandangan Islam tentang Manusia dan Kesesatan Pandangan Komunisme Seperti yang kita ketahui, ajaran Komunisme menolak manusia adalah ciptaan Tuhan yakni Allah.Manusia adalah benda yang tumuh dan berkembang dengan kekuatan sendiri bukan kerana diciptakan oleh Tuhan.Bagaimana pula dengan pandangan Islam tenatng kewujudan manusia.Kita sebagai umat Islam harus percaya bahawa Allh yang menciptakan manusia hatta segala apa yang terdapat di dunia ini.Menurut ajaran Islam,manusia yang ada kini adalah cucu daripada manusia pertama iaitu Adam dan Hawa sebagaimana yang termaktub dalam ayat 1 surah An-Nisa' dan ayat 189 surah al-A'raf :

                      

57

        1. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu Yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan Yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yang kamu selalu meminta Dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

                                  189. Dia lah (Allah) Yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri Yang satu, dan ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra Yang satu kepada Yang lain. ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia Dengan kandungan Yang ringan, serta teruslah ia Dengan keadaan itu (ke suatu waktu). kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan

58 berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Tuhan kami) mengurniakan Kami nikmat Yang baik, tentulah Kami menjadi orang-orang Yang bersyukur". Selain daripada itu, banayk ayat al-Quran yang menerangkan bahawa manusia diciptakan daripada tanah.Berikut merupakan ayat yang menerangkan hal tersebut:

                2. Dia lah Yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian ia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi Yang tertentu di sisiNya (iaitu masa Yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); Dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). ( al-An'am : 2 )

        12. Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah ( al-Mu'minun : 12)

              11. (setelah nyata kekuasaan kami) maka Bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan hidupnya semula

59 orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak diciptakan, atau makhluk-makhluk lain Yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan semula). ( as-Syafaat : 11)

         26. Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya. ( al-Hijr : 26 ) Setelah kita mengetahui akan hakikat kejadian manusia daripada al-Quran, sudah pasti kejadian manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Tuhannya.Dalam erti kata lain,manusia diciptakan adalah bertujuan untuk mematuhi perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.Manusia dicipta untuk berbakti kepada Allah.

       56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. ( al-Dzariyat : 56 ) Manusia akan menjadi semulia-mulia kejadian sekiranya manusia itu mengikut segala petunjuk Allah.Banyak falsafah yang cuba untuk melakarkan keadaan manusia untuk menjadi sempurna, akan tetapi tiada satu pun yang berjaya menggambarkan sebagaimana yang termaktub di dalamal-Quran.Ketrangan yang nyata boleh kita perolehi menerusi ayat 23-38 surah al-Isra' :

60

                                                                          

61

                                                                                   

62

                                                                                     

63 23. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun). 24. Dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 25. Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa Yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang Yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka Sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang Yang bertaubat. 26. Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah Engkau membelanjakan hartamu Dengan boros Yang melampau. 27. Sesungguhnya orang-orang Yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk Yang sangat kufur kepada Tuhannya. 28. Dan jika Engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu Yang Engkau harapkan, maka Katakanlah kepada mereka kata-kata Yang menyenangkan hati. 29. Dan janganlah Engkau jadikan tanganmu terbelenggu di lehermu, dan janganlah pula Engkau menghulurkannya Dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan Tinggalah Engkau Dengan keadaan Yang tercela serta kering keputusan. 30. Sesungguhnya Tuhanmu lah Yang meluaskan rezeki bagi sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan ia juga Yang menyempitkannya (menurut Yang demikian). Sesungguhnya ia Maha mendalam pengetahuannya, lagi Maha melihat akan hamba-hambanya.

64 31. Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah Yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan Yang besar. 32. Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan). 33. Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia Yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan Yang benar. dan sesiapa Yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuhpenuh pertolongan (menurut hukum Syarak). 34. Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan Dengan cara Yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya Dengan sendiri); dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan Dengan manusia), Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. 35. Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah Dengan timbangan Yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). 36. Dan janganlah Engkau mengikut apa Yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa Yang dilakukannya. 37. Dan janganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong, kerana Sesungguhnya Engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan Engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. 38. Tiap-tiap satu perintah itu, menyalahinya adalah kejahatan Yang dibenci di sisi Tuhanmu.

5. Kesesatan Pandangan Komunisme Tentang Agama Islam

65

Dalam hal ini, sesetengah orang keliru dengan pandangan ajaran Komunisme tentang agama.Komunisme sangat benci terhadap agama sebagai mana yang kita ketahui.Malah menganggap agama adalah musuh utama yang perlu diperangi.Bagi Marx,agama adalah suatu benda yang diada-adakan tidak kira apa jua agama hatta agama Kristian sekalipun.Hal ini kerana mengikut kajian beliau, agama Kristian yang berpandukan ajaran kitab Bible juga telah mengalami perubahan yang jauh ketara berbanding kitab yang kononnya digunakan sebelum Nabi Isa wafat.Hal inilah sedikit sebanyak telah mengubah tanggapannya terhadapa agama. Marx sangat membenci ajaran dosa warisan dalam ajaran Kristian.Beliau menganggap ajaran inilah yang menyebabkan sumber kehancuran masyarakat. Disebabkan banyak hal yang buruk berlaku dating daripada hal keagamaan menguakan lagi kebencian Marx terhadap agama.Agama adalah buatan manusia dimana ia alat untuk mempertahankan kedudukan goongan yang berkuasa.Dalam erti kata lain, agama adalah candu masyarakat.Hal tersebut boleh didapati dalam ucapan Lenin yang berbunyi : " Kita harus memerangi agama.Inilah pendapat daripada seluruh meterealisme dan ini juga pendapat Marxisme"

Pernyataan Marx tentang keburukan semua agama adalah salah sama sekali.Hanya agama Islam sahaja yang benar di muka bumi ini.Marx tidak mengetahui akan kebenaran agamaIslam.Agama Islam sangat berbeza dengan agama Kristian.Tiada keraguan sekalipun terhadap Kitab Al-Quran yang dibawakan oleh NabiMuhammad s.a.w sebagai wahyu Ilahi melainkan mereka yang sengaja untuk memburukkan agama Islam.Para sarjana Barat sekalipun,mengakui akan keagungan agama Islam.

66 Al-Quran tidak pernah pun dikotori oleh tangan-tangan manusia,juga tidak terdapat penambahan mahupun pengurangan kalimatnya ataupun katakatanya.Bahkan sarjana Barat yang berkeinginan untuk menolak Islam tidak berjaya untuk menolak kemurnian Al –Quran.Sebagaimana kata-kaat Profesor Nichholson dalam " Literary History of the Arabs" " Di dalam al-Quran kita meperoleh bahan-bahan yang benar dan tidak dapat diganggu gugat kekuasaannya untuk menjejaki sumber dan perkembangan awal sejaah Islam, bahan-bahan demikian tidak ditemui pada agama Buddha atau Kristian atau agama kuno yang lain" Kondisi agama Islam adalah jauh berbeza dengan kondisi agama Kristian.Jika Marxisme-Komunisme mempunyai alasan kuat untuk menolak agama,tetapi beliau seharusnya tidak mempunyai sebarang alas an untukmenolak ajaran Islam.Islam tidak mungkin menjadi candu di dalam masyarakat sebaliknya,Islam adalah penyelamat umat manusia daripada kesesatan.Islam tidak memperkenankan penindasan meskipun penindasan terhadapa diri sendiri sekalipun sebagaimna yang diajarkan oleh Injil yang ada pada masa kini yang berbunyi: " Kasihanilah musuhmu, dan berbuat baiklah kepada orang yang membenci kamu,kepada orang yang menampar pipimu sebelah, berilah jua pipi yang sebelah lagi, dan orang yang mengambil jubahmu, janganlah ditegahkan mengambil bajumu lagi" ( Lukas 6: 27-29) Falsafah yang terdapat di atas jelas sekali megkehendaki umat Kristian meneriama nasib untuk dianiyai dan diperkosa oelh oarng lain.Oleh itu,tidaklah keterlaluan jika Marx menganggap agama(Kristian) sebagai bukan alat yang boleh mepertahakan golongan yang tertindas daripada golongan yang menindas.Dalam Islam pula tidak terjadi akan hal sedemikian.Islam menentang keras terhadap pemerasan dan perkosaan.Dalam Islam sendiri terdapat hokum yang disebut Qisas yakni hokum membalas dengan setimpal.Islam tidakmungkin diperalatkan oleh

67 golongan yang berkuasa yntuk menindas golongan yang tertindas.Walau bagaimanapun, golongan Komunisme tetap tidak mahu menerima akan kebenaran Islam sebagai agama yang suci dan benar.Malah golongan ini berusaha mencari alasan untuk menyerang Islam.Golongan ini banyak memusatkan serangannya terhadap keperibadian Nabi Muhammad dengan memalsukan sejarah dan sebagainya. N.A.Morozov dalam bukunya menganggap bahawa Nabi Muhammad adalah tokoh dalam dogeng yang tidak pernah wujud dan lahir di dunia ini. Penulisan sarjana Komunis terhadap Rasululah adalah suatu yang amat tidak rasional.Mereka boelh befikir sampai ke tahap tersebut semata-mata untuk memburukkan Islam dan tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menentang Islam. Oleh yang demikian, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada satu alasan pun yang boleh Marx gunakan untuk menolak ajaran Islam sebagaimana beliau menolak ajaran Kristian.Selain itu Marx juga berusaha untuk menghancurkan semua agama termasuklah agama Islam yang dikatakan sebagai candu dalam masyarakat sedangkan Islam diturunkan adalah untuk mengatasi masalah umat manusia.

                               

68

    158. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi Yang Ummi Yang beriman kepada Allah dan KalimahkalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk". ( AL-A'raf :158) Di sini,jelas bahawa penurunan al-Quran adalah untuk menghapuskan perbezaan antara agama yang sedia ada.Perbezaan antara agama sememangnya tidak dapat dicegah kerana keterbatasan agama yang terdahulu yang mana hanya untuk bangsa tertentu.Jika al-Quran tidak diturunkan sekalipun, perbezaan tersebut tetap akan berlaku.Jika para sarjana meragui akan kebenaran Bible, tapi tidak seharusnya berlaku keraguan terhadap kitab suci al-Quran. Selain itu, Islam amat menggalakkan kemajuan dan pembangunan.Dakwaan golongan Komunisme yang mengatakan Islam menghambat kemajuan, Islam bertentangan dengan akal fikiran, serta Islam bertentangan dengan ilmu pengetahuan yang ada adalah dusta belaka.Ungkapan Marx dalam bukunya berbunyi : " Agama adalah aliran yang menghalang kemajuan.Ia adalah alat penindas jiwa, iedologi untukmempergunakan golongan pekerja, jalan usaha untuk mengukuhkan golongan berkuasa dan menindas. Agama adalah candu bagi rakyat."

6. Kesesatan Pandangan Komunisme tentang Tatasusila

69 Pertama sekali, Komunisme juga menolak adanya norma susial yang bersifat abadi. Bagi mereka manusia adalah bersifat autonomi dimana manusia itu sendiri yang menetukan apa yang baik untuk dilakukan bergantung kepada keadaan tempat dan waktu.Pandangan golongan Komunisme tentang moral atau susila ini haruslah ditolak secara radikal. Menyerahkan pertimbangan tentang apa yang baik dan buruk bererti adalah bermaksud satu kekacauan.Manusia boleh cuba menghasilkan pelbagai kaedah untuk mengatur kehidupan merka menjadi lebih sempurna,akan tetapi ia hanyalah sekadar bahan bacaan sahaja. Allah jualah yang mampu mengirinkan rasulnya untuk membimbing manusia ke jalan yang diredhai.Al-Quran adalah kitab yang dibawa oleh Nabi Muhammad yang mampu menjadi pedoman kepada seluruh umat manusia dahulu,kini dan selamanya. Islam telah menetapkan bahawa berbudi pekerti yang baik adalah amat digalakkan.Bahkan agama Islamyang diturnkan oleh Allah adalah bertujuan untuk menyempurnakan budi pekerti manusia.Berbudi pekerti yang baik serta bertatasusiala yang terpuji akan mengangkat manusia ke tempat yang sa'dah iaitu tempat yang kekal di dunia dan akhirat. Sebaliknya budi pekerti yang buruk akan menempatkan manusia ke lembah kebinasaan baik di dunia mahupun di akhirat.

‫اكمل الموءمنين ايمانا احسنهم خلقا‬ " Orang Mu'min yang paling sempurna imannya ialah siapa yang baik budi pekertinya"

‫انما بعث لتم مكارم الخلق‬ " Sesungghnya aku diutus Tuhan untuk melengkapkan dan menyempurnakan segala budi pekerti yang utama"

A. SIFAT YANG TERPUJI

70 Terdapat beberapa budi pekerti atau susaila yang utama.Antaranya ialah takut kepada Allah yakni taqwa. Rasa takut akan Pencipta kita iaitu Allah akan sentiasa membimbing kita ke jalan yang baik.Hal ini kerana kita kan sentiasa yakin dengan segala ketentuan dan ketetapan Ilahi.Firman Alah dalam ayat 26 surah alA'raf yang berbunyi:

                      26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hambahambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). Selain itu, sifat tawakkal juga perlu ada dalam diri kita sebagaiumat islam.Kewajipan umat manusia untuk berusaha sebaik-baiknya, namun hasilnya hendaklah diserahkan sepenuhnya kepada Allah sebagai suatu Zat yang Maha Kuasa.Manusia tidak bertanggungjawab terhadap hasil pekerjaannya sendiri.Sifat tawakal menjadi asas segala ketenangan hati, keteguhan dalam bekerja dan modal utama dalam berusaha dan berjuang.Hal ini dapat dibuktikan melalui firman Allah dalam ayat 160 surah Al-Imran :

           

71

         160. Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun Yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika ia mengalahkan kamu, maka siapakah Yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan Yang demikian)? dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman itu berserah diri. Sifat pekerti yang seterusnya adalah taubat.Tidak dapat dinafikan tiada manusia yang tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu, taubat adalah pembersih hati yang sesat. Orang yang telah melakukan kejahatan dan kesesatan hendaklah segera bertaubat agar tidak terus berada dalam lembah kenistaan. Taubat bukanlah sekadar ucapan di mulut dan menghentikan perbuatan salah tersebut untuk seketika sahaja.Perbuatan salah tersebut hendaklah dihentikan buat selamanya.Bertaubat hendaklah disegerakan bukannya dengan menangguhkannya sehingga hari esok.

                             

72 54. Dan apabila orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi dirinya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu Yang melakukan kejahatan Dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". Seterusnya susila yang baik adalah bersifat haya iaitu pemalunya hati untuk melakukan segala perbuatan yang ditegah oleh agama.Orang bersifat haya akan terhindar daripada melakukan perbuatan yang tercela yang hanya mengikut nafsu semata-mata.Sebaliknya jika sifat haya tiada dalam diri,maka dengan mudahnya tergoda dengan hasutan syaitan dan tidak segan silu untukmelakukan perbuatan yang keji dan ditegah.Firman Allah di dalam ayat 108 an-Nisa berbunyi :

                       108. Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, Dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata Yang tidak diredhai oleh Allah. dan (ingatlah) Allah sentiasa meliputi pengetahuannya akan apa Yang mereka lakukan.

73 Sifat pekerti yang dianjurkan dalam Islam adalah adil.Adil adalah berlaku benar,membenarkan siapa yang sesungguhnya benar dan menyalahkan sesiapa yang salah tidak kira siapa gerangan orang tersebut hatta anak sekalipun.Berlaku adil adalah jaminan kepada kedamaian dan kesentosaan.Tidak akan wujud persengketaan dan pembunuhan jika semua manusia bersifat adil seadilnya.Oleh itu, kita hendaklah berpegang teguh kepada keadilan meskipun nyawa kita terancam disebabkan keadilan tersebut.Firman Allah terhadap sifat ini jelas dalam ayat 135 surah an-Nisa.

                                          135. Wahai orang-orang Yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi Yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang

74 rasa kepada keduanya. oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui Dengan mendalam akan apa Yang kamu lakukan. Sifat susila seterusnya adalah harga-menghargai.Maksudnya kita hendaklah sentiasa bersifat menghargai orang lain, tidak memandang ringan atau merendahkan orang lain.Dalamerti kata lain,kita mengamalkan pepatah "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah".Tidak ada seorang pun yang dipandang mulia oleh Allah melainkan orang yang banyak melakukan amal soleh.Darjat,pangkat, kekayaan,kulit, rupa paras dan sebagainya tidak boleh menjadi ukuran untuk kita menjadi sombong dan takabur terhadap orang lain.Menghormati pendapat orang lain juga termasuk di dalam menghargai oraing lain. Seabarang perselisihan juga dapa dihindari jika kita bijak menghargai orang lain.Ayat Allah berkaitan sifat ini boleh dilihat menerusi ayat 13 surah al-Hujurat

                       13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya).

75 Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). Sifat mahmudah yang turut dianjurkan oleh Islam adalah sifat sabar.Segala pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru sudah tentu tidak akan mempunyai hasil yang baik.Jikamelihat sesuatu berada dalam kondisi yang tidak sepatutnya, kita tidak boleh terus marah tetapi sebaliknya bersikap sabar dan berfikir terlebih dahulu.Walau bagaimanapun, sifat sabar juga ada hadnya.Kita tidak boleh membiarkan orang memperlakukan kita sesuka hati mereka.Orang yang tidak punya kesabaran,akan cepat berasa putus asa dengan apa yang telah dilakukan.

                    22. Dan orang-orang Yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan Dengan cara Yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan Yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; Seterusnya adalah bersifat jujur dan pemaaf.Jujur di sini membawa maksud tidak berdusta dan sentiasa berkata benar.Orang yang jujur akan sentiasa disenangi oleh masyarakat.Sifat jujur adalah kunci keselamatan dan kelebihan.Begitu juga

76 dengan sikap pemaaf.Sebagaimana yang kita ketahui,manusia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.Tidak seorang pun di dunia ini yang sepi dari berbuat salah.Menyedari akan hal di atas kita perlu bersifat pemaaf dalam apa jua situasi.Kita sendiri pun hendaklah segera meohon maaf jika telah membuat kesalahan terhadap orang lain.Dalam erti katalain,pemaaf adalah kuncikepada mengeratkan tali persadaraan dan persahabatan. Terdapat beberapa ayat Alah yang menceritakan kelebihan oaring yang bersifat jujur dan pemaaf.

                            119. Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) Yang (padanya) orang-orang Yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia. itulah kejayaan Yang amat besar". ( al-Maidah : 119)

       

77 199. Terimalah apa Yang mudah Engkau lakukan, dan suruhlah Dengan perkara Yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang Yang jahil (yang degil Dengan kejahilannya). ( al-Araf : 199 )

B. SIFAT YANG TERCELA Jikalau sebelum ini, kita membincangkan tentang sifat-sifat yang terpuji.Kini kita akan membincangkan tetntang sifat yang tercela.Pertama sekali adalah mempersekutukan Allah.Golongan ini tertentu menduaan PenciptaNya baik secara sengaja mahupun tidak.Ada yang mennyembah barang, alam, kubur, pohon bear dan sebagainya.

                            12. Ia menyeru dan menyembah makhluk-makhluk Yang lain dari Allah, Yang tidak dapat membahayakanNya dan tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan Yang jauh terpesong. 13. Ia menyeru dan menyembah makhluk Yang - Dengan perbuatan demikian mudaratnya lebih dekat dari manfaat Yang diharapkannya; Demi Sesungguhnya seburuk-buruk Penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk Yang diseru dan disembahnya itu. ( al-Hajj : 12-13)

78

Seterusnya adalah bersifat kafir ataupun menolak kebenaran yang ada.Kebenaran yang dimaksudkan adalah semua macam kebenaran tetapi terutama kebenaran agama. Termasuklah kekafiran yang paling tercela adalah menolak akan wujudnya Tuhan sebagaimana yang diagungkan oleh golongan Komunisme. Akal kita seharusnya menerima hakikat bahawa setiap suatukejadian pasti ada penciptanya. Allah merupakan Zat yang ghaib, atas dasar itu adalah mustahil jika manusia dapat menyelidikinya meskipun dikerahkan seluruh cendikiawan di dunia ini.Sungguhpun demiian, kita harus bersyukkur kerana masih dapat mengetahui sifat-sifat Allah mengetahui wahyu yang diturunkan yang disampaika melalui para Rasul Allah dengan perantaraan malaikat Jibril.Firman Allah dalam ayat 95 surah al-An'am:

                      95. Sesungguhnya Allah jualah Yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuhtumbuhan) dan biji (buah-buahan). ia mengeluarkan Yang hidup dari Yang mati, dan mengeluarkan Yang mati dari Yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. maka Bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda Yang kamu jadikan sekutuNya)? Seterusnya adalah sifat takabbur ataupun sombong. Percaya akan kemampuan diri adalah sifat yang baik, akan tetapi jika secara berlebihan akan menjadi satu sifat yang buruk dan tercela.Orang yang sombong memganggap dirinya terlalu istimewa dan mampu melakukan apa jua sehingga memandang rendah akan manusia lain.Malah golongan ini juga tidak mahu menerima sebaang

79 pendapat orang lain.Akibat terlalu berasa takabbur, golongan ini akan terjerumus ke lembah kebinasaan yang merugikan diri sendiri sebagaimana firman Allah di dalam ayat 146 surah al-A'raf :

                                      146. Aku akan memalingkan (hati) orang-orang Yang sombong takbur di muka bumi Dengan tiada alasan Yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan ‫للل‬kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadaNya, dan jika mereka melihat jalan Yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan Yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya. Sifat mazmumah yang seterusnnya ialah tamak haloba.Orang yang bersifat tamak adalah orang yang tidak pernah mensyukuri nikmat Allah.Dalam erti kata

80 lain, manusia tersebut sering saja merasa kekurangan dalam kehidupan.Orang jenis ini akan berusaha menambahkan apa jua kekayaan yang dimiliki dengan cara apa jua tidak kira halal mahupun haram.Orang yang tamak sedah sememangnya bersifat kedekut.Apabila dia bersedekah, dia akan bersedekah dengan tidak ihklas.Allah telah mengingatkan kita agar menjauhi sifat tercela ini menerusi firmanNya di dalam ayat 96 surah al-Baqarah :

                            96. Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang Yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa Yang mereka lakukan.

7. Ajaran sesat Komunisme tentang Negara, Diktatur Buruh dan Revolusi i-Negara

81 Pertama sekali, kita hendaklah menolak kenyataan Komunisme secara radikal yang mengatakan Negara adalah alat untuk melakukan penindasan.Bagi golongan Komunisme, suatu negara wujud disebabkan adanya golongan yang menindas dan golongan yang tertindas.Negara akan lenyap dengan sendiri jika pertentangan kelas dapat dihapuskan. Bagi Islam jelas pemikiran Komunisme adalah suatu yang tidak rasional.Negara adalah perlembagaan yang harus dipertahankan. Melalui negaralah kita dapat mengelakkan sebarang penindasan dan kekerasan.Negara memberikan perlindunngan melalui peraturan dan hukuman yang diwujudkan.Selain itu,apabila wujud sebuah Negara, maka akan dilantiklah jua orang yang akan mengetuai sebuah Negara yang dipanggil pemimpin.Sabda Rasulullah

‫السلطان ظل ال فى الرض فإذا دخل احدكم بلدا ليس به سلطان فل يقمن بم‬ " Sultan ( Ketua Negara) adalah naungan Allah di muka bumi, maka apabila seseorang daripada kamu masuk ke suatu negeri yang tidak ada Sultan, maka janganlah kamu menetap di dalamnya" Membentuk sebuah Negara dan melantik pemimpin dan mematuhi adalah dikatakan suatu yang wajib dilakukan.Islam mewajibkan umatnya supaya mematuhi pemimpin yang telah dilantik.Alah telah berfirman menerusi ayat 59 surah an-Nisa':

              

82

                59. Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. 2. Diktatur Buruh Golongan Komunisme berusaha untuk mebentuk sautu Diktatur Buruh sebagaimana yang diimpikan. Dalam diktatur tersebut, golongan yang berkuasa mtlak adalah golongan buruh. Golongan Komunisme menyerang dan menentang sebarang penindasan yang dilakukan terhadap golongan buruh.Namun sedar ataupun tidak,jika mereka mewujudkan DiktaturBuruh,mereka secara langsung akan melakukan penindasan terhadap golongan yang bukan buruh. Islam sememangnya menentang akan sebarang penindasan.Islam tidak mengutamakan mana-mana pihak baik yang berada di atas mahupun di bawah.Sejarah dan riwayat Islam telah mengajarkan kepada kita bahawa Islammenentang keras pengutaman suatu golongan di atas golongan lain.Hanya taqwa sahaja yang membezakan manusia di sisi Allah.

83

                       13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). ( al-Hujurat : 13)

                                  

84 159. Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya. 3. Revolusi Revolusi adalah suatu istilah berkaitan dengan perubahan. Seperti yang kita ketaui, segala yang ada dimuka bumi ini tidak akan tetap selamanya, malah akan mengalami perubahan.Perubahan yang berlaku tidak kira sama ada secara cepat mahupun lambat. Akan tetapi, evolusi yang dimaksudkan di sini adalah suatu perubahan yang akan berlaku dengan cepat berdasarkan kepada suatu dasar tertentu.Islam menentang satu revolusi yang bertujuan untuk keburukan tetapi sangat menggalakkan perubahan atas dasar kebaikan yakni untuk berubah daripada kegelapan kepada kebaikan sebagaimana dengan perubahan yang telah dibawa oleh Rasullah suatu ketika dahulu.Baginda telah membawa umat manusia daripada lembah kegelapan kepada kebenaran.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Islam tidak menghalang akan satu revolusi jika ia adalah bertujuan untuk kebaikan.Tetapi revolusi yang diinginkan oleh golongan Komunisme adalah tidak wajar sama sekali disebabkan mereka ingin membakar semangat semua manusia agar sentiasa berbalah dan bersengketa sekaligus bertujuan untuk membinaakan agama Islam khususnya. 8. Komunisme adalah satu Agama Palsu

85

Jika kita teliti dengan sedalamnya, Komunisme adlah suatu agama yang palsu walaupun padahakikatnya mereka menentang semua agama.Mereka tidak percaya kepada semua nabi dan kitab yang telah diturunkan kepada umat manusia.Tetapi apabila kita menyelidiki secara mendalam, golongan Komunisme memunyai nabi-nabi yang mereka agungkan.Nabi-nabi tersebut adaal Marx,Engels,Lenin dan Mao Tse Tung.Gambar-gambar nabi tersebut ditampaldi manamana sahaja serta dipuja setiap masaHari ulang tahun tokoh-tokoh tersebut disambut secara besar-besaran bagi memperingati ketokohan mereka.Makam tokoh tersebut dibuat dengan megah sekali.Dosteyewsky iaitu seorang pengarang Rusia yang terkenal di dalam bukunya yang bertajuk " Para Demon" (Iblis) berpendapat bahawa hakikat sebenarnya Komunisme bukanlah satu politik tetapi satu ajaran agama. Jikalau kebanyakan agama memeperkenalkan konsep " bangsa atau golongan pilihan" tetapi Komunisme telah mengenali sasaran meraka iaitu golongan Buruh.Kaun Buruh inilah yang akan berkuasa dan memimpin dunia seterusnya menjadi penyelamat dunia. Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa fahaman Komunisme tidak sepatutnya dibiarkan wujud di muka bumi ini.Islamadalah agama yang terpilih untuk seluruh umat manusia iaitu satu-satunya agama yang dapat menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kejahilan sebagaimana firman Allah dalam ayat 19 dan 85 surah Al-Imran :

                      

86

           19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

              85. Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

87

PENGARUH KOMUNISME DI TANAH MELAYU. 1 ) LATAR BELAKANG PENGASAS KOMUNISME DI MALAYSIA. Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua Parti Komunis Malaya.Tidak berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai, Chin Peng seorang Cina Kantonis dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal , di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura. Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara Chiang Kai Shek dan Mao Zedong. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan nenek moyangnya di kawasan Kwantung.Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Zedong mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941. Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun. Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air

88 Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942. Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentakbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu. Tindakan puak yang didakwa radikal tidak pernah disekat oleh MPAJA. Ini kemungkinannya MPAJA sebenarnya sedang menilai kejayaan tindakan sedemikian. Membiarkan tindakan ahlinya bermaharajalela membunuh dan menyiksa penduduk sekali gus menunjukkan tindakan tersebut mendapat sokongan tersembunyi dari para pemimpin MPAJA. Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu yang bangkit ketika itu. Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka [petikan diperlukan]

. Kelompok Melayu elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak

British akan datang kembali dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya

89 berjaya mengharamkan pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit. Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuakbuak selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di dalam hutan Tanah Melayu. 2 ) MEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA. Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya . Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan menyerang ladang-ladang , gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu. Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan bahawa agama itu adalah candu manusia , namun apa yang

90 berlaku di Tanah Melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal kan prinsip keagamaan seperti mana yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama islam walaupun didalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budakbudak kampung membaca Al Quran dan Tajwid. Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak.

3 ) PERJANJIAN DAMAI.

91 Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah. Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand. 4 ) KEMEROSOTAN PARTI KOMUNIS MALAYA. Setelah komunis runtuh di Rusia dan di runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand. 5 ) KEMBALI DI MALAYSIA Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti

92 politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng.

PARTI KOMUNIS MALAYA. Perang Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang dibuat pada 8 Disember 1940. Menerusi MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera yang telah dilatih untuk berperang. Selepas Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, orang-orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh mereka. Akibat kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan bersenjata, telah membawa kepada persetujuan

93 pembubaran tentera MPAJA dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila terbabit. Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949. Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada Parti Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga. Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis. Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada

94 tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa. Pada 31 Julai 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis di sempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya. Selepas sekian lama dan atas kesedaran pucuk pimpinan Parti Komunis Malaya, maka pada 2 Disember 1989, Perjanjian Damai (Perjanjian Haadyai) telah ditandatangani di antara Parti Komunis Malaya dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang DiPertuan Agung dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

DARURAT DI TANAH MELAYU.

95 Darurat Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British di Tanah Melayu.Darurat diisytiharkan pada 7-7-1948. 1 ) PUNCA-PUNCA DARURAT Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri. Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan. Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun. Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League). Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut. Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua

96 Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

2 ) LANGKAH MENGATASI DARURAT Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk: 1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan. 2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri. 3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis. Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut. Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat. Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.

97 Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada. Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja. Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk: 1. Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang. 2. "Kampung Baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina. Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila. Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah

98 darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam. Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam. 2. Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru. 3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti. 4. Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habishabisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage). 5. Memperkenalkan ISA. 6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara. 7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata. 8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam. Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh. Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:

99 1. Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip, (samaada secara sukarela atau melalui paksaan) Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan. 2. Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pendedahan setiap ahli PKM, dan dengan ganjaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta RM25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng. 3. Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini kerana penentangan mereka bukan lagi kepada pihak koloni, tetapi terhadap kerajaan anak watan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO. 4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini kurang berkesan dengan berlakunya Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963. BAHAYA KOMUNIS TERHADAP MALAYSIA. Pengaruh dan fahaman komunis sangat merbahaya terhadap bangsa dan negara Malaysia memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Manakala Islam merupakan agama rasmi negara. Jadi, sebarang fahaman atau ideologi seperti komunis yang tidak mengaku dengan adanya tuhan amat merbahaya terhadapa rakyat negara ini khasnya yang beragama Islam dan amnya terhadap agama-agama lain yang mengaku adanya tuhan.

100

Sekiranya komunis menguasai negara ini maka sudah pasti rakyat akan hidup dalam keadaan sengsara kerana semua hak milik peribadi akan menjadi hak milik negara. Apabila semua hak milik peribadi ini dijadikan milik negara, maka seluruh rakyat yang mempunyai harta kekayaannya tersendiri yang halal disisi agama akan dirampas oleh pihak berkuasa yang kononnya untuk dibahagibahagikan kepada seluruh rakyat dengan adil dan saksama. Hal ini akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan rakyat kerana golongan berada yang mendapat harta kekayaan yang halal kerana atas usaha penat lelah yang banyak selama ini, terpaksa mengorbankan dan melepaskannya kepada pengusaha untuk dibahagi-bahagikan kepada golongan miskin dan melarat yang malas untuk berusaha sendiri untuk mendapatkan harta yang banyak dan halal disisi agama. Oleh itu, ideologi komunis yang mengagungkan hak milik negara akan mendatangkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan rakyat kerana tidak sepatutnya semua kekayaan yang telah mereka dapat dirampas dengan sewenangwenangnya semata-mata untuk membela nasib golongan miskin ini.Jadi, perkara ini adalah tidak adil bagi mereka dan sebab itulah fahaman komunis ini perlu ditentang habis-habisan. Selain itu, pihak komunis juga berusaha sekuatnya untuk mengkomuniskan seluruh bangsa Malaysia. Ini bererti, mereka akan menghapuskan seluruh penganut-penganut agama. Samada Islam, Kristian, Buddha, Nasrani dan lain-lain lagi.Apabila hal ini berlaku, semua rakyat Malaysia pasti akan hidup dalam keadaan resah gelisah kerana mereka sudah tidak mempunyai pegangan agama dan tidak ada lagi peraturan hidup dalam menempuh kehidupan mereka seharian. Jika hal inin terjadi, maka manusia tidak akan maju dan tidak takut untuk melanggar batas kesusilaan norma-norma agama dalam masyarakat. Mereka akan melakukan segala perkara yang ditegah oleh agama, melanggar undang-undang yang bersangkutan dengan kehormatan seseorang, mereka akan merampas dan menyamun dan melakukan pelbagai perkara lagi perkara yang nyata amat

101 bercanggah dengan sesebuah negara dan akidah mereka secara langsung akan hancur kerana penangan komunis yang merbahaya ini. Komunis bukan sahaja sangat merbahaya terhadap negara Malaysia tetapi juga sangat merbahaya terhadap bangsa Melatu di negara ini. Sekiranya komunis menguasai Malaysia, maka sudah pasti bangsa Melayu akan hidup dalam tekanan dan penindasan. Bnagsa Melayu selama ini merupakan golongan bumiputera, akan menerima nasib yang sengsara di negaranya sendiri. Hal ini jelas kerana sebagai pemimpin yang lahir dari pihak komunis, tentunya tidak akan suka kepada hak istimewa orang-orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara sekarang ini. Dengan demikian, pihak komunis akan menghapuskan kesemua hakhak istimewa orang Melayu walhal negara ini dalah negara kita dan kita berhak mendapart keistimewaan di negara Malaysia tercinta. Sebaliknya, jika komunis menguasai Malaysia, maka hak istimewa orang-orang Mel;ayu akan terkubur bersama kemenangan komunis dan semua rakyat di Malaysia tidak kira Cina ataupun India akan mendapat hak yang sama sebagaimana orang Melayu. Jadi perkara ini adalah tidak adil kerana Malaysia adalah tanah tumpah darah kita dan kaum lain adalah menumpang dinegara kita dan tidak wajar mereka diberi hak yang sama. Oleh sebab itu, kita perlu menentang fahaman komunis agar hak istimewa kita sebagai orang melayu akan tergugat. Pada umumnya, kaum komunis adalah terdiri daripada Cina. Jadi, secara logiknya sudah pasti kaum Cina (komunis) sentiasa menyimpan dendam dan anti kepada kaum Melayu. Kaum Cina ( komunis) pasti tidak akan harmoni apabila hidup bersama-sama dengan orang Melayu. Oleh itu komunis sangat merbahaya terhadap masyarakat Melayu. Sekiranya komunis menguasai Malaysia, sudah pasti pertumpahan darah antara kaum akan terjadi terutamanya antara golongan cina komunis dengan Orang Melayu yang anti komunis. Apabila pertumpahan darah antara kaum berlaku di negara ini, maka kesannya akan diterima oleh rakyat dan negara. Sekiranya kerajaan lemah untuk mententeramkan atau mengamankannya, maka pertumpahan darah itu akan berlaku dengan lama dan berterusan. Akibatnya,

102 negara akan bermandikan darah dimana rakyat bergaduh diantara satu sama lain menyebabkan berlaku pembunuhan dengan kejam dan mengerikan. Semua ini akan menganggu perjalanan politik dan mencabar kewibawaan penguasa atau pemerintah. Undang-undang yang ada dalam negara tidak akan dipedulikan alagi kerana masing-masing sudah diresapi dengan perasaan dendam yang meluap-luap dan menjadi pegangan pada waktu itu semata-mata kekuatan senjata. Oleh kerana orang Melayu tidak memiliki senjata, maka sudah pasti orang-orang Melayu akan menjadi mangsa kepada orang cina komunis yang memiliki senjata secara haram. Senjata-senjata ini pada umunya disimpan secara rahsia ditempat-tempat tertentu dan digunakan pada waktu-waktu tertentu apabila suasana mengizinkan. Jadi tidak hairanlah jika pihak cina komunis ramai yang membunuh kaum Melayu, memandangkan mereka memiliki senjata yang lengkap dan sudah pasti orang Melayu tidak mampu untuk menguasai kekuasaan komunis ini. Demi untuk menjaga keselamatan negara, maka dasar politik luar negeri Malaysia yang berkecuali adalah merupakan satu tindakan yang baik. Pada teorinya, memang Malaysia tidak menyebelahi mana-mana blok, tetapi pada praktikalnya, kadang kala Malaysia menyebelahi sesuatu pihak. Hal ini tentulah diakibatkan oleh keadaan atau situasi yang memaksa kita berbuat demikian. Walaupun secara jelas belum ada tanda-tanda yang Malaysia berbuat demikian, tetapi secara tidak sedar. Terdapat tokoh-tokoh politik yang berkecenderungan untuk memihak di salah satu blok apabila timbulnya pertikaian antara kedua blok yang masing-masingnya adalah terdiri dari negara yang berkuasa. Jadi, jalan yang paling baik ialah mengambil sikap berkecuali,neutral ataupun tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Walaupun sikap ini adalah merupakan sikap yang tidak ada pendirian sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, tetapi inilah sikap yang sebaik-baiknya di ambil agar negara ini terselamat dari sebarang tekanan.

103

ISLAM MENENTANG KOMUNISME. Terdapat tiga unsur Marxisme iaitu: Pertama: Filsafat Dialeticn yang diambil dari filosof Hegel (1770- 1831 ) tetapi telah diubah menjadi “ Dialetic Materialism”. Daripada Dialetical Materialism ini timbullah “ Historical Materialisme”. Kedua : Sistem ekonomi tertentu yang diantara bahagian-bahagiannya yang terpenting adalah teori. Teori tersebut menyatakan bahawa nilai itu terdapat dalam kerja serta teori tentang nilai lebihan. Ketiga : Teori tentang negara dan revolusi. Setelah kita mengetahui tentang tiga unsur Marxisme serta tiga hal yang penting dalam Marxisme, iaitu perjuangan kelas, agama dan tatasusila, kita boleh menilai perkara-perkara tersebut dari sudut kaca mata Islam. Para pemikir Barat dari dahulu lagi telah memikirkan tentang suatu masyarakat yang bahagia, adil dan makmur. Dari Plato ( 420-347 ) dan St Simon (1760-1825 M ), Fourier ( 1772-1857 ) dan Proudhon ( 1807-1865 ). Marx dan Engles juga orang-orang Barat dan mereka semua ini tidak pernah menyelidik tentang agama Islam. ( i ) MEREKA “ATHEIST” Sifat utama yang ada dalam diri pemikir Barat yang di sebutkan diatas adalah tidak percaya dengan adanya tuhan. Mereka ini biasanya dikenali sebagai “Atheist” atau dalam bahasa Arab dipanggil “Mulhid”.

104 Kunci daripada kebahagian hidup manusia adalah kepercayaan kepada tuhan. Oleh itu, kalau kita lihat dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang mengajak manusia supaya percaya kepada tuhan. Contohnya daripada orang yang tidak percaya akan adanya tuhan adalah Firaun. Tersebut dalam Surah Al-Qashah ayat 38 yang bermaksud : “ Firaun berkata : Hai rakyatku, aku tidak mengenal sesuatu tuhan bagimu kecuali diriku sendiri”. Mereka yang tidak percaya akan adanya tuhan itu, juga tidak percaya akan adanya akhirat, dimana orang yang berbuat kebajikan akan mendapat pahala dan orang yang berbuat kejahatan mendapat seksa. Mereka menjadikan kemahuan mereka sendiri sebagai pedoman hidup.

( ii ) TIDAK PERCAYA DENGAN PERKARA-PERKARA GHAIB. Para pemikir Barat tidak percaya adanya tuhan dan tidak percaya juga pada hari akhirat. Oleh sebab itu mereka ini seolah-olah terumbang-ambing dalam keraguan dan kebimbangan. Mereka ini tidak percaya kepada tuhan dan hari kiamat. Bagi mereka yang ada hanyalah yang mereka dapat melihat atau merasa dengan salah satu pancainderanya atau dengan alat perantaraan. Pendirian yang seperti itu adalah bertentangan dengan Islam. Kita membaca permulaan Surah Al-Baqarah seperti berikut : “ Alif Lm Min, inilah kitab yang terang, petunjuk orang yang taqwa, yang percaya kepada perkara ghaib, melakukan sembahyang dan memberikan sebahagian dari yang kami berikan kepada mereka. Mereka yang percaya kepada yang diturunkan sebelum kamu dan mereka yang yakin pada hari kemudian”. Oleh kerana kaum Marxis tidak percaya kepada perkara yang ghaib dan hari kiamat, menyebabkan mereka beranggapan bahawa satu-satunya kehidupan manusia ialah kehidupan didunia ini dan mereka mendapat syurga didunia ini, iaitu

105 mereka namakan “ classless society” masyarakat yang tidak berkelas-kelas. Sebagaimana yang dikatakan oleh Proudhon : “ Masyarakat yang didalamnya tak terdapat eksploitasi de I’ homme par I’ homme. Perkara tersebut tidak bererti bahawa kita harus memalingkan muka dari kehidupan dunia dan hanya mementingkan hari akhirat sebagaimana yang sering di perkatakan oleh orang yang belum mendapat penerangan.Ayat tersebut diatas bererti, bahawa janganlah kita menganggap, kehidupan didunia ini merupakan satu-satunya yang layak kita cari bahawa ada yang lebih mulia dari ini iaitu kehidupan di akhirat. Tersebut dalam Surah Al-Qashah ayat 77 yang bermaksud: “ Perolehlah kehidupan akhirat dengan kekayaan yang telah diberikan tuhan kepadamu dan jangan lupa bagimu dari kehidupan dunia”.

( iii ) TERLETAKNYA KEKELIRUAN MARX. Marx selalu mengambarkan “class struggle”. Akan tetapi pada waktu itu Marx sendiri tidak pernah memberikan definisi tentang kelas. Pada waktu Marx masih hidup, yang dimaksudkan dengan perkataan kelas olehnay, ialah kaum buruh yang berkerja di kilang-kilang untuk mendapatkan keuntungan kepada majikan dan juga kepada golongan yang berharta. Pada waktu sekarang keadaan sudah berubah sekali, berhubung dengan kemajuan yang dicapai dalam perundangundangan kesejahteraan rakyat. Marx melihat keadaan yang tidak adil pada suatu waktu di suatu tempat, kemudian ia mengambil kesimpulan, bahawa keadaan itu umum dimana-mana dan akan tetap terjadi pada masa yang akan datang. Disinilah terletaknya kekeliruan Marx. Beliau melihat dari segi budi manusia yang jahat, sedangkan manusia itu da yang jahat dan ada yang baik. Agamalah yang akan mendorong manusia supaya berwaspada dan melenyapkan kejahatan. Disamping orang memeras orang lain, akan juga orang yang akan membantu. Karl Marx berseru dalam Manifesto Komunis :

106 “ Orang-orang komunis enggan untuk menyembuyikan pandangan dari tujuannya. Mereka dengan terang-terangan mengatakan bahawa tujuan mereka tidak dapat dicapai kecuali dengan merubah sendi-sendi masyarakat yang ada dengan kekerasan. Biarlah golongan yang berkuasa gentar menghadapi revolusi Komunis. Kaum buruh tidak akan kehilangan apa-apa selain belenggu mereka. Mereka hanya akan menang dan mendapatkan dunia”. Kemudian sebagai telah tersebut dahulu iaitu mengenai kritikan terhadap Historical Materialism Karl Mrx mengatakan, bahawa : “ Agama, kebudayaan dan segala manifestasi jiwa manusia adalah akibat daripada struktur ekonomi masyarakat. Bagi kaum komunis tidak ada wahyu dan Nabi. Memang sudah sewajarnya, jika mereka tidak percaya kepada tuhan, mereka juga tidak akan percaya kepada tentang adanya wahyu dan Nabi. Bagi mereka agama adalah “ Gugon tuhan” yang menghalang kemajuan. Komunis akan memusnahkan nilai keagamaan dari akar umbinya. Kalau dahulu kalau kita tengok bagaimana Parti Komunis Indonesia yang tidak menunjukkan sikap permusuhan kepada agama, malah mengajak untuk berkerjasama dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan agama, itu hanyalah helah meraka sahaja. Teori Karl Marx tentang ekonomi sangat diberikan perhatian kepada satu faktor sahaja. Memag tenaga kerja merupakan suatu unsur yang penting untuk mengeluarkan sesuatu hasil. Akan tetapi tenaga kerja tidak akan berdiri sendiri,. Pengusaha dan juga modal juga penting untuk mengeluarka sesuatu hasil.Memang kaum buruh pada waktu itu di tindas oleh pihak majikan. Karl Marx cuba memperjuangkan tentang nasib kaum buruh dan keadaan kaum buruh juga telah berubah. Management perusahaan yang besar-besar pada waktu itu tidak lagi berada pada tangan pemilik sebaliknya di tangan direktur dan staffnya yang merupakan tenaga expert, sedang pemiliknya tersebar dimana-mana, iaitu orang yang mempunyai saham. Kaum buruh pula juga dapat menabung dan membeli saham mereka sesuai dengan kemamapuan mereka.

107

Diriwayatkan bahawa pada suatu masa dahulu, sahabat Ali pada waktu mudanya merasa sangat lapar. Kemudian ada seorang perempuan yang ingin menyiram kebunnya. Saidina Ali menawarkan jasanya. Iameminta sebiji tamar untuk tiap-tiap dhanub ( timba yang di buat daripa kulit domba ). Perempuan itu setuju dan Saidina Ali menimba dua belas kali sampai jari-jarinya kesakitan. Saidina Ali menerima upah dua belas biji tamar dan pulang kerumah. Kemudian kurma itu dimakan bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w.

Usaha-usaha komunis untuk menguasai Malaysia Malaysia atau dikenali sebagai Tanah Melayu sebelum mencapai kemerdekaan merupakan sebuah negara yang berjaya menarik minat propaganda komunis untuk menyebarkan ideologinya di sini. Kedudukan Malaysia yang strategik di Asia Tenggara merupakan antara faktor yang menarik minat pihak komunis untuk meluaskan ajarannya tidak kira dengan apa cara sekalipun. Perjuangan komunis di Malaysia selain daripada mendapat sokongan penuh dari golongan China yang pro-komunis yang berada di dalam negara, mereka juga mendapat sokongan kuat dari komunis-komunis yang berada di sempadan ThaiMalaysia. Tambahan pula, komunis dunia yang berpusat di Peking sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada kepada Parti Komunis Malaya menyebabkan kedudukan mereka semakin digeruni. Komunis telah sedaya upaya berusaha untuk menguasai Malaysia melalui tindakan-tindakan yang melampaui batas dan berunsurkan kekejaman. Rakyat dipengaruhi dengan cara kekerasan untuk menentang kerajaan. Pada mulanya, mereka bercita-cita untuk mewujudkan suatu sistem sosialis kemudian mengintegrasikan kepada sistem komunis. Bagi mencapai hasrat ini, mereka berusaha bermati-matian mempengaruhi rakyat melalui bidang-bidang kebudayaan, ideologi dan organisasi pemerintahan. (Wan Azizan Wan Ahmad. 1976. Komunis Mengancan Malaysia. Ms 15).

108 Melalui kebudayaan, komunis berusaha menghilangkan kebudayaankebudayaan yang berteraskan kepada kebudayaan Melayu tulen agar dengan cara begini pemikiran orang-orang Melayu akan berubah seterusnya orang Melayu tidak akan terikat lagi dengan kebudayaan dan adat resam yang kuno dan karut marut. Setelah pemikiran orang Melayu dapat dipengaruhi dan sifat kemelayuannya telah dibuang jauh-jauh, maka senanglah bagi mereka mempengaruhi orang-orang Melayu untuk menerima ideologi komunis. Namun, hal ini bukanlah senang bagi komunis kerana ia memerlukan masa yang panjang untuk menghakis budaya dan adat resam orang-orang Melayu yang telah berkurun lama dipraktikkan. Oleh sebab itu, ideologi komunis sukar untuk meresap masuk sepenuhnya ke dalam corak hidup masyarakat Melayu. Selain kebudayaan, komunis juga cuba menyebarkan fahaman mereka dalam bidang ideologi. Mereka berusaha mempengaruhi rakyat Malaysia dengan menanam dan menjadikan fahaman-fahaman atau jalan fikiran pemimpin besar mereka iaitu Mao Tze Tung sebagai kitab rujukan atau ajaran yang terunggul. Dalam bidang ini, mereka cuba menyebar luaskan risalah-risalah, pampeletpampelet dan buku-buku yang mengandungi ajaran-ajaran Mao Tze Tung. Di samping itu, mereka juga kuat melancarkan penerangan-penerangan melalui media massa yang berpengaruh seperti akhbar dan radio. Dalam hal ini, mereka sentiasa memburuk-burukkan kerajaan dengan cara mencaci bentuk dan sistem pemerintahan di Tanah Melayu pada waktu itu. Sebaliknya mereka berusaha membesar-besarkan dan mengagung-agungkan pemerintahan pemimpin besar mereka iaitu Mao Tze Tung. Dengan apa cara sekalipun, komunis telah berusaha sedaya-upaya menyebarkan fahaman mereka dengan memuji dan menyatakan kelebihan-kelebihan komunis berbanding sistem pemerintahan kerajaan pada masa itu. Dalam bidang organisasi pula pihak komunis berusaha mendapatkan sokongan dari beberapa golongan antaranya adalah kaum petani, kaum buruh (terutama sekali di kota) dan pegawai-pegawai kerajaan. Dari ketiga-tiga golongan

109 ini golongan petani dan buruh adalah golongan yang paling mudah dipengaruhi kerana mereka tidak berpendidikan dan tidak dapat memahami ideologi-ideologi yang dibawa oleh komunis adalah ideologi yang salah dan menyimpang dari landasan yang benar. Golongan ini merupakan golongan yang paling ramai berjaya dipengaruhi dengan ideologi komunis menyebabkan pihak komunis semakin rancak. Hal ini membolehkan komunis menyebarkan fahamannya di serata kampung kecil yang ramai dikalangan penduduknya adalah petani kecil-kecilan yang sangat senang dipengaruhi. Namun, bagi pegawai-pegawai kerajaan, mereka jarang terpengaruh dengan ideologi ini kerana sifat kesetiaan mereka kepada negara dan mereka akan sentiasa berkhidmat dengan kerajaan tidak kira apa pun yang dihebahkan oleh komunis. Golongan pegawai kerajaan adalah antara golongan yang terpelajar dan bukan mudah bagi komunis untuk mempengaruhi mereka. Tetapi, ada juga sebilangan kecil dari pegawai kerajaan ini yang belot kepada negara kerana disogok dengan pelbagai ganjaran dan hadiah yang menyebabkan mereka lupa akan tanggungjawab mereka kepada negara. Malaysia adalah sebuah negara pertanian yang sangat subur pada ketika itu. Oleh sebab itu, sebahagian besar penduduk Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan bekerja sebagai petani dan jarang sekali yang menjawat jawatan sebagai pegawai kerajaan lebih-lebih lagi golongan Melayu yang rata-ratanya menceburi bidang pertanian. Dengan cara mempengaruhi para petanilah maka pihak komunis dapat memperkuatkan front perjuangan mereka. (Wan Azizan Wan Ahmad. 1976. Komunis Mengancam Malaysia. Ms 16). Keadaan ini berlaku apabila berlaku kejatuhan harga hasil pertanian di mana wujud rasa ketidakpuasan hati golongan petani terhadap kerajaan. Pada ketika inilah komunis akan mengambil peluang tersebut untuk menghasut golongan petani supaya memboikot pemerintahan kerajaan yang sedia ada. Komunis mengambil kesempatan ini dengan memberi janji-janji palsu kepada para petani agar terus-menerus mendesak kerajaan memperhatikan mereka dan menjaga kebajikan mereka agar hasil pertanian mereka tidak jatuh harga. Jika hasil pertanian jatuh harga,hal ini boleh menyebabkan kehidupan mereka bertambah susah. Oleh sebab itu, golongan petani

110 didesak agar mengancam kerajaan dengan melakukan tunjuk perasaan atau mogok menentang kerajaan. Ancaman-ancaman yang diberikan oleh golongan petani disamping sokongan yang kuat oleh golongan komunis pasti akan melemahkan kerajaan kerana kerajaan banyak bergantung kepada sektor pertanian bagi menampung keperluan makanan di dalam negara. Jika petani mengadakan tunjuk perasaan, maka bekalan makanan dalam negara pasti akan berkurangan dan hal ini tentunya akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan sosial negara. Jadi, kerajaan terpaksa akur dengan para petani yang inginkan keadilan. Jika kerajaan engkar, pasti ideologi komunis akan meresap ke dalam diri rakyatnya. Namun begitu, ideologi komunis diserap tanpa kita sedari. Mereka berusaha habis-habisan untuk mempengaruhi para petani agar membenci kerajaan. Di samping itu, pihak komunis sedikit demi sedikit berusaha menanamkan ideologi mereka. Setelah mereka begitu yakin bahawa petani sudah begitu kuat dengan ideologi mereka, maka mereka pun berusaha pula menimbulkan suasana tegang antara petani dan kerajaan. Apabila ketegangan ini menimbulkan perbalahan, maka pihak komunis pun menyusup mencampuri urusan-urusan dan menyebelahi pihak petani. Akhirnya, timbullah suasana yang tidak aman di dalam negara. Walau bagaimanapun, setiap kali krisis timbul antara petani dan kerajaan, pihak kerajaan berhasil mengatasinya dengan bijaksana. Jadi, para petani kembali aman dan kembali jauh dari pengaruh komunis.

Komunisme di Rusia Sejarah perebutan kuasa oleh komunis ke atas Rusia adalah berkait rapat dengan sejarah hidup Lenin atau nama sebenarnya ialah Wladimir Ulianov, yang lahir pada 22 April 1870 di kota Wolga.Lenin yang tidak berpuas hati dengan nasib para petani dan berusaha untuk membalas dendam atas kematian abangnya Alexander. Lenin sangat terpengaruh dengan buku-buku yang ditulis oleh Karl Marx dan yakin akan kebenarannya. Lenin mula mengorganisasi golongan buruh

111 di Petersburg secara rahsia pada usianya mencapai 25 tahun. Beliau telah menerbitkan sebuah akhbar untuk mengorganisasi kaum buruh. Akhirnya kegiatannya itu telah dihidu oleh penguasa Tsar, dan beliau telah dipenjarakan.Semasa dalam penjara beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk "Perkembangan Kapitalisme Rusia".Lenin akhirnya telah disingkirkan ke Siberia Timur selam 3 tahun di lembah Sungai Lena. Setelah menjalani hukuman pengasingan Lenin telah berhijrah ke Jerman. Beliau telah menerbitkan akhbar yang di kenali sebagai "BARA" yang di seludup ker Rusia dan diedarkan dikalangan kawan-kawan Lenin dan para buruh. Dalam usahanya ini Lenin telah berkenalan dengan Plechanov iaitu seorang pemimpin Gerakan Buruh Sosial Demokrat dan bekerjasama dengan gerakan buruh ini. Namun kerjasama ini tidak dapat bertahan lama kerana pada kongres yang diadakan di London pada tahun 1903 telah menyebabkan Parti Sosial Demokrat ini terbahagi kepada dua iaitu kaum Bolshewiki iaitu kaum majoriti dan kaum menshewiki iaitu kaum minoriti. Golongan Menshewiki di bawah pimpinan Lenin telah tewas kepada golongan bolshewiki menyebabkan golongan minoriti ini berubah dan dikenali sebagai Parti Komunis. Pada tahun 1914 berlaku perang dunia pertama yang dianggap lenin sebagai menguntungkan. Walaupun tentera Rusia adalah ramai tetapi Rusia mengalami kekalahan akibat organisasi pemerintahan yang tidak teratur serta kelengkapan senjata yang tidak baik. Pemerintahan Tsar tidak cekap kerana ia sebenarnya berada dibawah pimpinan permaisuri yang sangat terpengaruh dengan seorang pertapa yang buta huruf bernama Rasputin. Keadaan di Rusia bertambah buruk walaupun Rusia mempunyai tentera yang ramai akibat pemerintahan yang tidak cekap serta peralatan senjata yang tidak diperbaharui, menyebabkan Rusia mengalami kekalahan. Pemerintahan Tsar

112 tidak cekap kerana pemerintahan berada dibawah kuasa Permaisuri yang dipengaruhi oleh Rasputin. Rasputin ialah seorang pertapa yang buta huruf yang pernah menyembuhkan putera mahkota dari satu penyakit yang merbahaya. Ini telah menyebabkan Rasputin mempunyai pengaruh ghaib di Istana. Keadaan yang semakin buruk ini telah menyebabkan pecahnya revolusi pada bulan Mac 1917 yang memaksa Tsar menuruni takhta. Kerajaan sementara yang berkuasa di pimpin oleh Karenski. Karenski ingin meneruskan peperangan namun Lenin sebaliknya berpendapat bahawa Rusia harus mengadakan perdamaian. Disebabkan perselisihan ini kekuasaan Revolusi terbahagi kepada dua iaitu Karenski yang mengetuai pemerintahan sementara dan golongan Lenin yang berusaha merebut kekuasaan. Kekacauan ini digunakan sebaik- baiknya oleh Lenin. Pada bulan November 1917 Lenin telah membuat keputusan untuk merebut kuasa dengan cara kekerasan. Beliau telah memimpin satu kumpulan yang menyerang Istana musim dingin di Petersburg yang menjadi tempat pemerintahan sementara. Sejak peristiwa perbutan kuasa di Petersburg dan Moskow ini segala kekuasaan telah jatuh ketangan Kaum Komunis. Dewan komunisaris rakyat telah mengambil alih pimpinan menteri-menteri.

Kaum komunis memperalat orang-orang Muslim. Kaum Muslimin di Rusia tidak berpuas hati dengan pemerintahan Tsar. Kaum Komunis telah menggunakan rasa tidak puas hati ini untuk mendapat kekuasaan. Kaum Komunis mempergunakan orang- orang Muslim sebagai "kawan yang setia" untuk menentang pemerintahan Tsar. Perkara ini berlarutan sehingga pada awl pemeritahan komunis dan berhasilnya revolusi 1917.

113 Pada 5 disember 1917 Lenin telah menandatangani satu pernyataan yang ditujukan kepada kaum muslimin yang berbunyi seperti berikut: "Kaum muslimin seluruh Rusia, kaum Tartar dari daerah Volga dan Kreamea, kirghiz dan kaum Sart dari Siberia dan Turkestan, Turki dan kaum Tartar dari Transkaucasia, Chechens dari gunung Cossacks. Kamu semua telah kehilangan masjid- masjid dan tempat- tempat suci yang dihancurkan Tsar, dimana keimanan dan kebiasaanmu telah diperkosa oleh Tsar dan penindaspenindas Rusia. Sejak ini kepercayaan dan kebiasaanmu, lembag- lembag nasional dan kebudayaanmu, dinyatakan bebas dan selamat untuk selamalamanya. Bangunlah kehidupan nasionalmu sebebas-bebasnya tanpa gangguan. Itu adalah hakmu. Ketahuilah hak-hak mu sebagaimana seluruh rakyat Soviet, berada diobawah lingkungan kukuh dari revolusi dan organ-organnya, seperti wakil-wakil buruh, tentera dan petani. Tunjanglah revolusi dan oataritas kaum yang berkuasa". Ini adalah sebagai satu muslihat oleh kaum komunis semata-mata. Janji bulan Disember ini adalah satu taktik untuk mendapatkan kerjasam kaum muslimin. Mereka telah cuba mengembalikan beberapa hak kaum muslimin yang telah dirampas oleh Tsar. Contohnya mereka telah menghadiahkan satu salinan Al-Quran dari zaman Uthman yang tersimpan dalam perpustakaan rakyat kepada kaum muslimin di Petrogard. Beberapa monument dan tempat-tempat suci yang dirampas pemerintah Tsar dikembalikan lagi kepada kaum muslimin di Asia Tengah, Kremea dan Kaukasus. Propaganda ini dilakukan dengan bersungguh- sungguh sehingga menimbulkan kesan kepada kaum muslimin yang mengaggap bahawa revolusi 1917 adalah suatu rahmat dari Tuhan dan revolusi tersebut diredhai oleh Allah swt. Beribu- ribu ulama twelah melakukan propaganda hebat bahawa kaum komunis akan mendirikan negar atas dasar Al-quran dan Hadith. Ramai diantara kaum

114 muslimin yang teripu dan berusaha membandingkan nabi Muhammad saw dengan Lenin dan ayat-ayat Al-Quran dengan tulisan-tulisan pemuka-pemuka komunis. Namun terdapat juga kaum muslimin yang dapat menghidu taktik komunis dan berasa curiga terhadap pemerintah komunis. Ini telah menyebabkan orangorang islam terbahagi kepada dua iaitu I. Kaum muslimin "Progresif" iaitu mereka yang menyokong propaganda kaum komunis. II. Kaum muslimin "konsevatif" iaitu kaum muslimin yang mencurigaio pemerintahan kaum komunis. Komunis menganggap kaum muslimin konservatif ini sebagai ancaman kerana mereka menggerakkan rakyat untuk menentang pemerintah dan menganjurkan supaya membangkang atau melakukan pemberontakan. Seranganserangan terhadap kaum muslimin dan kebudayan islam yang berupa ideologi serta penindasan. Dalam Kongres Parti Komunis Soviet yang ke x diumumkan bahawa 800 000 kaum muslimin lenyap dalam penyerbuaran askar soviet. Ribuan ulama telah dibunuh, masjid dimusnahkan dan perpustakaan-perpustakaan muslim yang besar dan tidak bernilai seperti perpustakaan muslim Changhatai di Bukhara telah dibakar oleh askar merah.

Islam di Republik rakyat Cina (Cina Komunis) Demonstrasi bulan Mei 1919 merupakan tindakan kaum komunis Cina yang pertama. Akibat rakyat cina yang tidak puas hati tehadap Jepun yang banyak mendapat dari berakhirnya perang dunia pertama selepas perjanjian verasailles. Antara tahun 1918 dan 1921 parti komunis ini mengadakan kongresnya yang pertama. Ketua parti yang pertama adalah Chen Tu-hsin yang kemudiannya disingkirkan pada tahun 1927. Setahun kemuduan penggantinya Chu Chiu-pai juga disingkirkan setelah gagal memimpin pemberontakan di desa-desa. Di Kiangsi,

115 Mao Tse Tung membentuk tentera merah bersama Jeneral Chu-te bekas panglima perang dan Chou En-lai. Pemerintah nasionalis yang berkuasa pda masa itu merasakan tidak selamat dengan adanya kaum komunis yang bekerjasama dengan tentera dan menggap mereka ini sebagia duri dalam daging. Tekanan- tekananemerintah nasionalis bersam askar- as karnya dibawah pimpinana Chiang Kai-shek semakin hari semakin berat. Keadaan ini telah memaksa Mao Tse Tung bersam tentera merah membuat keputusan untuk berhijrah. Penghijrahan ini terkenal dalam sejarah Tiomgkok Baru sebagai "Long March". Ini merupakan satu peristiwa besar yang dibangga- banggakan dalam sejarah komunis cina. Pada tahun 1935 Wilayah- wilayah yang telah diduduki kaum komunis mula terancam oleh agressi Jepun. Ini telah menyebabkan dalam kongres yang ke7 Komintern bersetuju agar komunis bekerjasama dengan kaum Nasionalis membentuk "Front Persatuan" menentang Jepun. Komunis menggunakan peluang ini sebagai taktik untuk meluaskan pengaruhnya. Komunis pernah mengadakan kerjasama dengan kaum nasionalis.contohnya pada tahun1923. Kerjasama yang pertama ini berhasil menghapuskan segala warlordisme serta pengaruh barat dan menyebabkan kaum komunis bertambah kukuh di Tiangkok. Pada tahun 1937 komunis sekali lagi beklerjasama dengan nasionalis untuk menentang Jepun.namun komunis hanya menabur janji-janji manis menyebabkan perjanjian tersebut terpksa dibatalakan. Setelah tamat perang Dunia kedua hubungan kaomunis dan nasionalis menjadi lebih tegang daripada sebelum perang.

116

Sikap Rejim komunis Tiongkok terhadap Islam. 1) Kaum komunis memberikan janji- janji Mereka menabur janji- janji sewaktu mereka masih lemah untuk mendapatkan sokongan. Masjid adalah pusat kehidupan kaum muslimin dan hampir seluruh masjid di Tiongkok mempunyai harta wakaf. Para Ahunglah yang menguruskan harta wakaf ini dan menyelesaikan perselisihan mengenai warisan dan perselisihan lain yang kecil menyebabkan mereka mendapat kedudukan yang terhormat dalam masyarakat. Ketika kaum komunis mula untuk bertapak di Cina mereka mengakui hak-hak kaum muslimin ini dan mula menabur janji- janji namun tidak satu pun janji- janji itu dirtunaikan. 2) Kaum komunis mengkhianati janji Setelah merasakan mereka berada pada kedudukan yang kukuh kaum komunis mula menunjukkan sikap mereka yang sebenar. Kaum komunis yang menyedari kekuatan kaum muslimin Tiongkok menyebabkan mereka menyembunyikan politik mereka yang sebenarnya terhadap islam dengan kalimat- kalimat yang tidak berbahaya. PENUTUP Sesungguhnya, Komunisme merupakan satu ajaran yang sewajarnya tidak wujud di muka bumi ini.Kewujudannya hanya untuk memperok perandakan umat manusia walaupun hakikat sebenar penubuhannya adalah untuk membela nasib golongan yang tertindas.Kita umat Islam perlu sedar dan ingat bahawa hanya ajaran Islam yang benar buat selamanya.Tiada agama lain di sisi Alllah melainkan Islam.Maka berpeganglah kita pada tali yakni agama Allah.Sesungguhnya manusia yang ingkar akan menerimaazab yang pedih kelak.Wallahu a'lam…

117

Rujukan 1. Al-Quran al-Karim 2. Abdullah Muhammad Zin, Che Yusoff Che Mamat, Ideris Endut. 1997. Prinsip dan Kaedah Dakwah dalam Arus Pembangunan Malaysia. Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. 3. Abu Zahrah, Muhammad, 1973.al-Dakwah Ila Islam. Al-Qahirah: Dar alFikr al-Arabi 4. Bachtiar Djamily. 1976. Bagaimana melawan subersif Komunis. Penerbit : Syarikat Dian Sdn. Bhd. 5. Drs. Rustam E.arozal S.H. 1970. Penyiasatan Islam atas Marxisme Komunisme. Kota Bharu. 6. Profesor Dr. H.M. Rashidi. 1975. Islam menentang Komunisme. Penerbit : Bulan Bintang. 7. Mohammad Natsir. 2000. Fiqhud – Da’wah. Jakarta. Media Da’wah 8. Muhammad Sa’id Ramadhan Al – Buti. 2004. Fiqh Al – Sirah. Selangor.Dewan Pustaka Fajar. 9. Wan Azizan Wan Ahmad. 1976. Komunis mengancam Malaysia. Penerbit Kompas, Selangor. 10. Wan Huussein Azmi. 1984. Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Hashim Makaruddin. 2003. Islam dan Umat Islam. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. 12. Mahayudin Yahya, 1999. Tamadun Islam. Shah Alam:Fajar Bakti

118 13. http://ind.anarchopedia.org/Komunisme 14. http://www.kompas.com/kompas-cetak/0004/12/OPINI/komu04.htm 15. http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme 16. http://id.wikipedia.org/wiki/Komunisme 17. http://www.harunyahya.com/indo/artikel/048.htm 18. http://www.antara.co.id/arc/2007/2/26/dprd-minta-masyarakat-acehwaspadai-gejala-komunisme/ 19. http://members.tripod.com/~hasan98/islamsp.htm 20. http://ind.anarchopedia.org/Anarko-Komunisme 21. http://www.al-firdaus.com/KenalAlQuran/Bab%203.htm#4 22. http://www.pikiran-rakyat.com/cetak/2006/062006/22/0901.htm 23. http://groups.or.id/wikipedia/id/k/o/m/Komunisme.html 24. http://www.hamline.edu/apakabar/basisdata/2000/04/16/0033.html 25. http://www.geocities.com/troskya/tap.html 26. http://www.geocities.com/cominglucky/tmanusia.htm e-mel cikgu : [email protected]

Related Documents

Komunisme Exam (-)
November 2019 3
Komunisme (1).docx
December 2019 4
Exam
December 2019 38
Exam
November 2019 39
Exam
May 2020 24