Komunikasi[1]

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Komunikasi[1] as PDF for free.

More details

  • Words: 1,624
  • Pages: 8
Komunikasi ialah perhubungan antara dua atau lebih pihak. Komunikasi boleh berlaku dengan satu pihak aktif dan pihak yang lain pasif, ataupun kedua-kedua pihak berinteraksi dan berkomunikasi secara aktif. Sebagai contohnya, media massa merupakan pihak yang aktif memberi maklumat kepada orang ramai, tetapi orang ramai merupakan pihak pasif yang menerima maklumat itu melalui cara mendengar radio, menonton televisyen dan membaca surat khabar. Dalam perbincangan antara guru dengan murid, penyertaan kedua-dua pihak merupakan komunikasi dua hala yang aktif. Komunikasi tidak terbatas kepada bahasa dan percakapan, ia termasuk isyarat dan tanda yang bukan bahasa atau lisan. Misalnya, lukisan seperti kartun, poster dan seni lukis boleh menyampaikan maklumat dengan berkesan. Pada masa dahulu, kaum India di Amerika Syarikat menggunakan asap untuk member isyarat kecemasan. Cara ini masih digunakan oleh orang yang menghadapi kecemasan di mana kemudahan teknologi tidak didapati, misalnya tersesat di dalam hutan dan ingin meminta pertolongan.1 Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Dalam konteks bilik darjah, komunikasi adalah perhubungan dan pertemuan antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid dan murid dengan murid. Komunikasi ini berlaku melalui percakapan dan gerak-geri badan. Oleh itu, pengalaman komunikasi yang berkesan dapat meningkatkan motivasi pelajar dan tahap proses pengajaran dan pembelajaran.

Jenis – jenis Komunikasi Bagi menjamin komunikasi berkesan, kita hendaklah mendengar dengan baik utusan yang dinyatakan dan juga maksud yang terpendam dalam mesej yang disampaikan oleh seseorang. Mesej yang dinyatakan itu dikenali sebagai mesej verbal atau lisan manakala mesej yang terpendam itu merupakan mesej non – verbal. Kita harus mendengar kedua-dua jenis mesej itu dengan baik untuk membolehkan kita memberi gerak balas yang betul dan dengan itu mengelakkan konflik yang mungkin berlaku.2

Konsep Komunikasi 1

2

Lee Shok Mee. (1995). Asas Pendidikan 2 Murid dan Proses Pembelajaran. m/s 203.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. m/s 336.

1

Komunikasi ialah perhubungan antara dua atau lebih pihak. Dalam konteks bilik darjah, guru kadang-kadang terlalu aktif memberikan maklumat kepada pelajar manakala pelajar kurang berpeluang berkomunikasi dengan guru mereka. Perhubungan sehala sebegini selalunya menyebabkan pelajar cepat berasa bosan kerana dipaksa menerima sebanyak mungkin maklumat dalam suatu masa. Hal ini kurang menggalakkan interaksi dan juga tidak mendorongkan pembelajaran berlaku,melainkan guru sahaja dapat menyampaikan pengajaran. Komunikasi selalunya berlaku melalui penggunaan bahasa namun tidak setiap kalinya perlu menggunakan bahasa. Komunikasi boleh terjadi dalam bentuk isyarat dan gerak badan termasuk juga tanda-tanda bukan bahasa dan lisan. Contohnya, kita selalu mendengar orang berkata “lukisan yang baik dapat menerangkan seribu cerita”.3 Ini bermakna lukisan juga merupakan salah satu bentuk komunikasi. Dalam konteks bilik darjah pula, komunikasi boleh berlaku berbentuk lisan dan juga bukan lisan. Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran, komunikasi antara pelajar-pelajar sangat digalakkan.

Kemahiran Berkomunikasi Secara Lisan Kemahiran ini melibatkan proses mendengar mesej yang disampaikan oleh orang lain secara lisan. Guru hendaklah bertutur dengan suara yang cukup kuat dan lantang. Ini akan memudahkan murid- murid memahami konsep yang disampaikan oleh guru.

Kemahiran Berkomunikasi Secara Bukan Lisan Dalam pengajaran, seseorang mungkin menggunakan pelbagai gerak isyarat seperti anggukan kepala, senyuman dan tangan untuk menekankan satu – satu kenyataan. Ini merupakan komunikasi bukan lisan. Apabila guru mengangguk kepala, dia mungkin menunjukkan persetujuan. Ketika dia tersenyum, dia mungkin bertujuan untuk memberikan peneguhan kepada murid yang mengemukakan jawapan yang betul. 3

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar Dengan

Berkesan.

2

Komunikasi Berkesan Dapat Meningkatkan Motivasi Pelajar dan Tahap Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kebolehan

dalam

berkomunikasi

sangat

penting

dimiliki

oleh

seseorang

guru

memandangkan guru terpaksa berhadapan dengan pelajar-pelajarnya pada setiap hari. Komunikasi yang digunakan juga tidak terhad kepada komunikasi lisan sahaja tetapi juga mencakupi komunikasi bukan bahasa iaitu gerak badan sewaktu berurusan dengan pelajar. Walaupun guru menerima latihan yang secukupnya dalam teori dan amalan pedagogi termasuk isi kandungan pelajaran, sekiranya guru tidak dapat berkomuikasi dengan baik sewaktu berada di dalam kelas, pelajar-pelajar juga tidak akan mudah faham apa yang cuba disampaikan oleh guru tersebut.



Penggunaan bahasa yang berkesan.

Komunikasi yang berkesan bergantung kepada penggunaan bahasa yang berkesan dan mudah difahami. Bahasa adalah alat komunikasi yang membolehkan pelbagai mesej yang hendak disampaikan dapat diterima dan jelas oleh penerima. Guru-guru harus menggunakan bahasa yang jelas dan tepat tanpa sebarang ayat yang panjang dan juga berbelit-belit yang boleh menyebabkan pelajar menjadi keliru. Guru perlu mengelakkan penggunaan perkataan “mungkin”, “boleh jadi”, “biasanya” dan ungkapan-ungkapan seumpamanya yang boleh menimbulkan kekeliruan.4 Guru perlu pasti mengenai sesuatu perkara yang ingin disampaikan dan dengan yakin menyatakannya kepada pelajar misalnya “saya pasti”, “tentu sekali” dan seumpamanya.



4

Perancangan yang rapi

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar Dengan

Berkesan.

3

Perancangan yang rapi juga dapat membantu guru menyampaikan maklumat atau isi pelajarannya dengan teratur dan sistematik serta mengikut aturan dan langkah-langkah yang sesuai. Sekiranya perancangan tidak dijalankan, fokus pembelajaran amat senang diganggu oleh idea-idea yang tiada kaitan. Akhirnya pelajar menjadi keliru dan medan semantik yang terbentuk juga terganggu dan bercampur aduk. Akibatnya, pelajar mungkin membuat pengamatan dan tanggapan yang tidak tepat. Pembentukan konsep juga akan terganggu. Dengan ini, guru perlu membuat perancangan supaya komunikasi dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran.



Menyedarkan para pelajar apabila guru berubah daripada satu tajuk ke satu tajuk yang lain

Langkah ini perlu kerana pelajar juga mengadakan persediaan mental sebelum menerima maklumat baru. Kemungkinan juga pelajar yang terlalu menumpukan perhatian kepada latihan yang diberikan “terlepas” penerangan guru mengakibatkan timbul kekeliruan apabila menyedari perkara yang dibincangkan pada masa itu tidak relevan dengan apa yang dipelajari sebelumnya. Contohnya, guru boleh berkata “kita sudah melihat faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalanraya, mari kita lihat apakah yang dikatakan kesan kesannya”. Oleh itu, pelajar dapat membuat asosiasi idea di antara kedua-dua konsep tersebut.



Teknik pengajaran yang sesuai (aktiviti kumpulan)

Proses pembelajaran mengikut kaedah aktiviti kumpulan merupakan suatu komunikasi yang amat berkesan. Di peringkat awal, murid-murid berlatih bersama, kemudian mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Jika terdapat kesalahan-kesalahan menyebut, guru akan membetulkannya dan mereka diminta mengulang-ulangan sebutan yang betul. Membahagikan pelajar dalam kumpulan-kumpulan kecil seperti ini boleh menambah peluang pelajar mengambil bahagian dan berkomunikasi dengan cara yang lebih berkesan. Cara ini juga berupaya menjadikan suasana pembelajaran bahasa itu lebih menarik dan memikat.5

• 5

Kemesraan dan empati

Kamarudin Haji Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. m/s 30.

4

Kemesraan dan empati guru terhadap murid dapat dikesan oleh murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan guru. Perasaan begini tidak boleh disampaikan melalui percakapan. Kemesraan merujuk kepada kebolehan guru mencurahkan perasaan penyayangnya terhadap murid. Empati pula merupakan keupayaan guru memahami perasaan murid, pandangan dan tindakannya. Kemesraan dan empati berkembang dari dalam diri seseorang guru dan dikomunikasikan melalui tingkah lakunya yang jujur. Namun, kemahiran komunikasi kemesraan dan empati boleh juga dikembangkan. Misalnya, guru boleh menjadi lebih peka terhadap keperluan murid dan mendengar masalahnya. Memanggil dan menetapkan masa untuk berjumpa seseorang murid adalah contoh lain yang menunjukkan sikap penyayang guru yang berkomunikasi melalui kemesraan dan empati.



Komunikasi dan pertuturan

Kebanyakan

proses

komunikasi

melibatkan

aktiviti

pertuturan.

Pertuturan

dapat

meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran bercakap, iaitu kefasihan dan kelancaran penggunaan bahasa dan idea. Pertuturan adalah satu aktiviti pembelajaran yang perlu diutamakan untuk membentuk kemahiran lisan dan kemahiran berkomunikasi secara efektif. Pelajar perlu didedahkan kepada pelbagai kemahiran komunikasi lisan seperti berbincang, berdialog, berhujah, berlakon, bersajak, berceramah, menyanyi dan sebagainya.6



Bahasa gerak geri

Dalam pengajaran, guru juga boleh menggunakan komunikasi secara tanpa lisan. Contohnya, dia boleh menggunakan genggaman tangan untuk menekankan satu-satu idea. Apabila murid memberikan suatu jawapan yang memadai, guru mungkin menunjukkan senyuman. Senyuman guru itu merupakan satu teknik peneguhan agar penyertaan murid-murid dapat digalakkan. Selain itu, tingkah laku murid-murid hendaklah juga diperhatikan. Senyuman dan anggukan kepala murid merupakan maklum balas yang positif. Ini menunjukkan mereka gemar mengikuti satu-satu pelajaran. Sebaliknya, memek muka murid-murid yang menunjukkan

6

Rosini Abu, Ramlah Hamzah. (1998). Pedagogi : Kurikulum & Pengurusan Bilik Darjah. m/s 44.

5

kebosanan merupakan maklum balas negatif. Dalam keadaan itu, guru hendaklah memikirkan tentang strategi pengajaran yang lebih berkesan.



Elakkan penggunakan loghat setempat

Ramai guru yang berasal dari negeri-negeri tertentu terbawa-bawa menggunakan loghat negeri asal masing-masing apabila mengajar. Sekiranya, loghat itu digunakan di sekolah-sekolah di negeri asal loghat tersebut, itu tidaklah terlalu teruk tetapi apabila digunakan di tempat lain, sudah tentu akan menimbulkan masalah. Ini kerana ada istilah yang sama sekali berbeza di antara dua tempat.7 Dalam akhbar utusan Malaysia yang bertarikh 22 februari 2008, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato’ Dr Hassan Ahmad menekankan bahawa loghat daerah punca bahasa melayu lemah. Daripada petikan ini, guru mestilah pandai menggunakan bahasa bersesuaian mengikut topik yang diajar.

Kesimpulan Kesimpulannya, segala bentuk komunikasi yang ditunjukkan oleh guru sama ada komunikasi lisan ataupun bukan lisan amat berpengaruh dalam menentukan keberkesanan pembelajaran. Pelajar amat mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan oleh guru. Kita sering mendengar rungutan ibu bapa yang juga merupakan guru pertama anak-anak, bagaimana anak-anak mereka lebih mempercayai guru kelas mereka lebih daripada ibu bapa sendiri. Oleh itu, adalah penting bagi guru-guru melengkapkan diri dengan bentuk-bentuk komunikasi yang sesuai supaya pelajar menyenangi mereka kerana ini mempengaruhi 7

Abd. Rahim Abd.Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

6

pembelajaran mereka. Dengan ini, komunikasi yang berkesan dapat meningkatkan motivasi pelajar dan tahap proses pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI



Lee Shok Mee. (1995). Asas Pendidikan 2 Murid dan Proses Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. (Edisi Keempat) 7

• Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Penerbit Faja Bakti Sdn. Bhd. •

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2003). Pedagogi : Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan.

• Rosini Abu, Ramlah Hamzah. (1998). Pedagogi : Kurikulum & Pengurusan Bilik Darjah. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd • Kamarudin Haji Husin. (1990). Pengajaran dan Pembelajaran Lisan. Dewan Bahasa dan Pustaka. •

Abd.

Rahim

Abd.Rashid.

(1999).

Profesionalisme

Motivasi

Pengurusan Bilik Darjah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

8