Kompenen Drama Ting 5

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kompenen Drama Ting 5 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,927
  • Pages: 91
Kumpulan 5 Drama

Ahli Kumpulan n a u z d i r a F d Che Muhamma Norsyairah Bt Mat Daud

Nur Hiday ah Bt Zai nuddin

Nur Fatiha Bt Mat Yus of d u m h a M t B ah q i f a y S l u r Nu

Nur Atma I dan II, Badut, Juragan, Permaisuri, Orang Bertapa, Bidan Tuk Mah, Askar, Orang Tawanan, Penari Perempuan dan Perempuan yang Menghairahkan menyuarakan pendapat masing-masing tentang pengalaman diri masingmasing.Badut menceritakan pengalamannya kepada

Dalam cerita Badut yang juga Raja diminta oleh Permaisuri supaya mencari rama-rama yang cantik. Raja terjumpa seekor rama-rama yang kecil dan cantik lalu mengejar rama-rama itu. Tiba-tiba, Raja tergelincir lalu jatuh ke dalam sebuah telaga. Ramarama itu muncul dengan tiba-tiba lalu menolong Raja. Kejadian

Kemudian, Nur Atma II mendengar cerita Askar, Orang Tawanan dan Wak Keletung tentang Tuhan, isu dua imam, dan cerita Mek Bongsu. Mek Bongsu ialah anak seorang peladang yang diambil oleh Saudagar Syah Alam. Kemudian dia menjadi orang biasa yang menjalankan kerja berdakwah. Bidan Tuk Mah pula muncul dan menceritakan pengalaman dirinya yang bergelar Emas Asa Puteri Shahrul Karimah.

• Keagamaan dan Kesucian jiwa Dalam diri manusia terdapat dua wajah iaitu kebaikan dan keburukan. Dengan kesucian hati dan keagamaan seseorang itu dapat mengenal dan membezakan antara kebaikan dan keburukan ini.



Ketamakan manusia sehingga sanggup menzalimi makhluk yang lemah Manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Buktinya Raja yang hidup serba mewah masih sanggup memburu rama-rama yang kecil kerana ingin memiliki kecantikan rama-rama tersebut.

2. Ketenangan jiwa bukan terletak kepada harta dan kemewahan Kemewahan dan kuasa belum tentu membahagiakan seseorang. Inilah dialami oleh Emas Asa Puteri Shahrul Karimah. Dia meninggalkan istana dan kemewahan demi mencari ketenangan jiwa yang sebenar.

Permulaan Cerita Pengenalan watak-watak dan penampilan peranan masing-masing bagi penyataan masalah dan konflik jiwa manusia dalam dua dimensi, iaitu kebaikan dan keburukan.

Konflik Dapat dilihat menerusi watak Raja untuk memenuhi keinginan permaisuri yang bertentangan dengan naluri kebaikan. Baginda terpaksa membunuh rama-rama yang kecil kerana kepentingan peribadi permaisuri.

Komplikasi Pada peringkat ini muncul dalam bentuk imbas kembali dua peristiwa iaitu peristiwa Raja memburu rama-rama kerana sifat tamak permaisuri dan peristiwa dalam cerita Wak Kelentung tentang anak raja yang membuang kekuasaan dan kemewahan bagi mencari ketenangan hati dan jiwa. Kedua-dua peristiwa ini adalah gambaran antara jiwa yang mementingkan diri sendiri dan jiwa luhur yang menolak keinginan diri demi kesucian jiwa dan kemanusiaan.

Klimaks Peristiwa Bidan Tuk Mah kehilangan Peran dalam ribut besar di sebuah kampung yang semua penduduknya buta, tetapi dapat melihat semula dan Bidan Tuk Mah jatuh sakit. Peleraian Apabila semua krisis diatasi, Bidan Tuk Mah bermimpi supaya tidak menuggu Peran lagi. Apabila sembuh daripada sakit, Tuk Mah tahu membidan dan mengubat orang sakit.

Latar Tempat Drama ini tidak merujuk latar tempat yang jelas sesuatu peristiwa itu berlaku.

Latar Masa Latar masa juga tidak menetapkan latar masa yang jelas.

Latar Masyarakat • Masyarakat istana - Raja, Permaisuri dan Emas Asa Puteri Shahrul Karimah adalah golongan istana yang melambangkan status dan kemewahan. • Golongan penghibur - Wak Keletung ialah tukang cerita yang menghiburkan orang ramai. • Golongan manusia biasa - Orang bertapa, askar dan Juragan

Watak Utama Raja/Badut Watak Sampingan Nur Atma I dan II Permaisuri Bidan Tuk Mah

Raja/Badut

Berusia 35 tahun. Dahulu beliau seorang Raja. Seorang penyedih walaupun beliau seorang penghibur. Suka membantu sehingga sanggup menyusahkan diri. Sikap ini dapat dilihat apabila beliau terjatuh ke dalam kolam semasa menangkap rama-rama untuk permaisuri

Nur Atma I dan II Seorang perempuan tua yang agak lemah. Mudah bersimpati. Sikap ini tergambar apabila dia meminta orang menolong Juragan yang berada dalam kesusahan. Seorang yang prihatin. Sikap ini dapat dilihat apabila dia bertanya tentang gadis yang bertudung.

Permaisuri Isteri Raja Seorang wanita cantik Seorang yang mementingkan diri sendiri. Dia mahu Raja mencari rama-rama idamannya seorang diri. Dia tidak peduli akan keselamatan diri suaminya ketika berburu. Seorang yang keras hati. Dia tetap mahukan Raja melakukan tugas menangkap rama-rama itu.

Bidan Tuk Mah Merupakan anak orang kaya. Seorang yang keras hati dan degil. Dia tetap mahu mengikuti Peran walaupun dilarang oleh kaum keluarganya. Seorang yang mahir dalam bidang perbidaan dan banyak menyambut kelahiran bayi.

Bahasa Arab – alhamdulillah Bahasa berirama – Mana pulau mana tanjung, Anak kapal terdedah di langit, Terenang ikan tenangkah laut, Apa juragan tercari-cari. Bahasa klasik – gundah gulana, kakanda, ayahanda, bonda. Metafora – Embun rahmat

• Keinsafan – Raja insaf terhadap nasib hidupan lain apabila mengalami kejadian ketika menangkap rama-ram • Kasih sayang – Raja sayang akan Permaisuri dan sanggup memenuhi permintaan menangkap rama-rama untuknya. • Kesederhanaan – Mek Bongsu mengamalkan sikap kesederhanaan kerana sanggup meninggalkan kemewahan untuk menjdai pendakwah

Manusia hendaklah sentiasa insaf apabila mengalami sesuatu peristiwa. Manusia hendaklah mengamalkan sikap kesederhanaan walaupun hidup dalam keadaan mewah dan kaya. Kita hendaklah mengamalkan sikap tolong-menolong. Manusia hendaklah berani menempuh kehidupan di mna-

Peristiwa-peristiwa penting

• Puteri Li Po dalam keadaan sedih di istananya. Dia dududk sendirian di dalam taman. • Puteri Li Po bermimpi didatangi Jin Afrit yang hodoh ketika tertidur di taman • Tun Perpatih Putih dan Hang Jebat mengajar Puteri tentang adat istiadat dan tatacara mengadap sultan • Dalam majlis penganugerahan gelaran ‘Hang’ kepada Puteri Li Po, berlaku konflik antara Puteri dengan Sultan Mansor.Keengganan Sultan mengirim salam kepada Raja China menyinggung perasaan Puteri Li Po.

• Raden Galoh ke istana Puteri Li Po dan menasihati Puteri Li Po supaya belajar adat bersuamikan Sultan Melaka. • Hang Jebat mempunyai hubungan dengan Dang Wangi, dayang Puteri Li Po tanpa pengetahuan Puteri. • Sejak bertemu Hang Jebat, Puteri Li Po telah jatuh hati kepada ketampanan dan kegagahan Hang Jebat. • Dalam pertemuan di taman larangan istana Puteri Li Po meluahkan perasaannya kepada Hang Jebat tetapi ditolak Hang Jebat

• Menyedari keterlanjuran sikap dan tindakannya, Puteri Li Po berasa malu dan berkurung di dalam bilik • Dang Wangi membocorkan hubungannya dengan Hang Jebat kepada Puteri Li Po. Dang Wangi diserahkan kepada Permaisuri Nurpualam • Puteri Li Po mengubah sikap dan berazam untuk menjadi isteri Sultan Mansor Syah yang baik.

Persoalan

Penentangan nilai dan status  Persoalan ini dicetuskan melalui permasalahan dan konflik nilai yang melibatkan Puteri Li Po, Sultan Melaka, Hang Jebat dan Dang Wangi. Puteri Li Po kecewa kerana dijadikan alat demi diplomatik China-Melaka. Jebat pula berpegang teguh kepada prinsip pahlawan Melayu, pentang derhakan kepada raja. Dang Wangi pula cukup sedar akan kedudukannya sebagai hamba raja.

Suasana masa dan persekitaran  Suasana dan persekitaran sering mengubah sikap dan tindakan seseorang. Puteri Li Po akhirnya dapat menerima hakikat dirinya sebagai isteri Sultan Melaka apabila baginda mula berpakaian Melayu dan bakal melahirkan zuriat Sultan Melaka.

Kasih sayang  Persoalan ini melibatkan cinta tiga segi antara Puteri Li Po, Hang Jebat dan Dang Wangi. Masalah yang kompleks ini ditangani dengan bijak apabila masing-masing kembali kepada peranan masing-masing. Puteri Li Po sedar tidak wajar isteri Sultan mentintai pahlawan raja yang merupakan kekasih dayangnya sendiri.

PLOT

Permulaan Cerita Pengenalan dimulakan dengan prolog nyanyian syair. Puteri Li Po dalam keadaan sedih dan cuba dihiburkan oleh dayang-dayang. Puteri Li Po masih belum bersedia menukar identitinya walaupun sudah menjadi isteri keempat Sulatn Melaka.

Konflik Konflik pertama ialah protes Puteri Li Po terhadap perkahwinan paksanya melalui mimpi Puteri bertemu Jin Afrit yang berwajah Sultan Melaka.

Komplikasi Permasalahan yang mencetus kepada perkembangan plot ialah konflik antara Puteri Li Po dengan Sultan Melaka berhubung tindakan Sultan enggan berkirim salam kepada ayahanda Puteri di China.Ketegangan dikendurkan dengan kedatangan Raden Galoh ke istana Puteri dan menerangkan sebab Raja Melaka berbuat demikian.Tanpa mengetahui hubungan Hang Jebat dengan Dang Wangi,Puteri menyimpan perasaan terhadap Jebat.Konflik ini dileraikan apabila Puteri sedar akan peranannya sebagai isteri Raja Melaka.

Puncak cerita Puncak plot darama ini ialah peristiwa di taman larangan yang melibatkan Puteri Li Po dan Hang Jebat. Klimaks peristiwa ini ialah ketika penolakan cinta Puteri oleh Hang Jebat bukan kerana kesetiaan kepada Dang Wangi tetapi kesetiaan kepada Raja ynag tidak berbelah bahagi.

Peleraian Dang Wangi diserahkan kepada Permaisuri Nurpualam bagi menjaga reputasi Puteri Li Po yang tercalit malu. Puteri Li Po insaf dan menerima hakikat dan peranannya sebagai isteri kepada Sulatan Melaka

LATAR

Latar tempat

Taman Larangan Istana • Puteri Li Po sedang bersedih dan dihiburkan oleh dayang-dayang • Puteri bermimpi bertemu dengan Jin Afrit yang berwajah Sultan Mansor Syah

Bilik Tamu istana Puteri Li Po Tun Perpatih Putih diiringi Hang Jebat mengajar Puteri Li Po tentang aturcara majlis mengadap Sultan Melaka

Balai penghadapan Sultan Berlaku konflik antara Puteri Li Po dengan Sultan Melaka selepas istiadat pengurniaan ‘Hang’ kepada Puteri Li Po

Bilik peraduan Puteri Li Po Puteri Li Po mengurung diri selepas pertemuaan dengan Hang Jebat di taman larangan

Ruang istana Puteri Li Po Puteri Hang Li Po menunggu kunjungan Sulatan Melaka dengan wajah yang ceria

Latar masa

• Zaman keagungan kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-15 • Tidak ada gambaran latar masa yang khusus • Kebanyakan adengan berlaku pada waktu siang • Peristiwa Puteri mengurung diri di dalam bilik peraduan selepas bertemu Hang Jebat berlaku pada waktu malam

Latar masyarakat

Golongan raja, permaisuri dan isteri-isteri raja Raja Melaka mempunyai empat orang isteri. Golongan ini dikelilingi adat istiadat dan tatacara yang diamalkan oleh raja-raja Melayu Melaka.

Golongan pendatang dari luar Melaka Puteri Li Po adalah golongan ini. Kedatangannya ke Melaka diikat oleh hubungan diplomatik melalui perkahwinan. Puteri diiringi oleh 200 orang dayang dari China. Mereka tinggal di istana khas untuk Puteri Li Po.

Golongan pembesar dan pembesar Golongan ini mengetuai adat istiadat sesuatu majlis raja dan menjaga keselamatan negara dan golongan istana

Watak dan Perwatakan

PUTERI LI PO Puteri Li Po ialah isteri keempat Sultan Mansor. Puteri Li Po berusia 18 tahun. Beliau digambarkan sebagai seorang yang cantik, mka bujur sirih, mata agak sepet melentik tirus di hujung, bola matanya hitam bersinar dan rambutnya bersanggul dandanan cina.

PERWATAKAN • BERTERUS TERANG Puteri berterus terang dengan Hang Jebat di taman larangan bagi menjelaskan perasaannya terhadap Hang Jebat. • TIDAK BERDENDAM Walaupun malu, apabila kasihnya kepada Hang Jebat tidak berbalas, Puteri I Po tidak menyimpan dendam terhadap Hang Jebat.malah dia merestui hubungan Hang Jebat dengan Dang Wangi.

HANG JEBAT Hang Jebat merupakan hulubalang Melayu Melaka.beliau menggantikan tugas Hang Tuah.beliau juga merupakan penasihat adat istiadat kepada Puteri Li Po kekasihnya bernama Dang Wangi,iaitu dayang Puteri Li Po.

PERWATAKAN • SETIA KEPADA RAJA Hang Jebat menolak cinta Puteri Li Po bukan kerana Dang Wangi, tetapi kerana kesetiaannya sebagai pahlawan melayu kepada raja. TEGAS PENDIRIAN Hang Jebat tidak mudah dipujuk rayu. Pujukan Puteri li Po tidak sedikit pun mempengaruhi pendiriaanya yang tetap dengan

SULTAN MANSOR SYAH • Baginda merupakan Sultan Melaka pada abad ke-15. baginda mempunyai 4 orang isteri. Baginda menjalinkan hubungan diplomatik dengan China dan Majapahit melaui perkahwinan.

PERWATAKAN BIJAKSANA baginda bijak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara besar seperti China dan Majapahit.

SABAR DAN BERTOLAK ANSUR baginda menghadapi kemarahan Puteri Li Po dengan sabar kerana baginda faham perasaan Puteri Li Po yang berdepan dengan situasi baru di negeri Melaka

GAYA BAHASA • BAHASA ISTANA Ampun tuanku, kakanda

• INVERSI mengusik pula abang ini, abang Jebat ini sungguh hebat bicaranya

• BAHASA PUISI Syair , pantun

• PERLAMBANGAN badai hidup yang beta lalui tiada siapa yang akan benar-benar memahaminya

NILAI • KEBIJAKSAAN -setiap masalah dan kerumitan perlu diatasi dengan bijaksana supaya kekusutan dapat diselesaikan dengan baik.nilai ini dimiliki oleh Puteri Li Po

• KESETIAAN -Nilai kesetiaan antara isteri dengan suami, rakyat kepada raja digambarkan dalam drama ini dengan jelas melalui tindakan Hang Jebat dan Raden Galoh

PENGAJARAN • Kita mestilah menginsafi akan kesilapan yang kita lakukan • Kita mestilah menangani masalah dengan bijak dan tenang • kita mestilah setia kepada ketua atau pemimpin

KERUSI

HATTA AZAD KHAN

Sinopsis • Drama ini mengisahkan Srisegala yang berkuasa dan kaya sangat bangga dengan kekuasaan dan kekayaannya. Dia bertindak zalim terhadap rakyat jelata, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang mahu merampas kuasa. • Tuta Utama, Tuta I, Tuta II, dan Tuta III merupakan pahlawan yang selalu melindungi Srisegala. • Di kalangan rakyat yang tertindas itu muncul beberapa orang pahlawan untuk menetang ketidakadilan Srisegala. Namun, usaha Wira I, Wira II, dan Wira III gagal mencapai

• Kemudian, muncul pula Putra yang cuba menentang Srisegala. Putra yang berjuang seorang diri tertewas juga akhirnya. • Masayu, isteri Putra berusaha mencari suaminya. Selama ini, Masayulah yang memberi Putra semangat untuk berjuang. • Srisegala telah terpikat oleh kecantikan Masayu. Dia memikat Masayu dengan segala kemewahan dimilikinya.

• Sementara itu, kedua-dua mata Putra dibutakan oleh Srisegala. Akhirnya, hati Masayu berubah apabila melihat kekayaan dan kekuasaan Srisegala sehingga tidak mengenal suaminya sendiri. • Wira I, Wira II, dan Wira III masih mahu meneruskan perjuangan mereka. Kali ini mereka meminta nasihat daripada Putra walaupun Putra sudah buta. Putra menasihati mereka supaya bersatu menentang Srisegala yang zalim. • Kali ini mereka dapat mengalahkan para pengawal Srisegala dan Srisegala yang mencuba melarikan diri telah ditangkap. • Akhirnya, Putra dipilih untuk menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini diduduki oleh Srisegala. Masayu pula kembali kepada

Pemikiran • Penyalahgunaan kuasa pemimpin yang tamak • Pemikiran ini dijelmakan dalam watak Srisegala yang tamak kuasa dengan menindas rakyat demi kepentingan diri sendiri dan konco-konconya. Demi melaksanakan matlamatnya, Srisegala membuat takrif sendiri bagi maksud keadilan, kemakmuran, dan kejujuran tanpa mempedulikan penderitaan rakyat.

Persoalan • Kezaliman dan penindasan  Pemimpin yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja bentuk kezaliman dan penindasan demi mengekalkan kuasa dan kedudukannya. • Penyelewengan dan ketidakjujuran  Apabila kuasa disalah guna akan berlakulah penyelewengan dalam pentadbiran. Setiap kerja yang dibuat bukan berasaskan tanggungjawab tetapi berasaskan ganjaran dan keuntungan diri yang akan diperoleh.

• Kebangkitan dan kesedaran rakyat  Penindasan dan kezaliman tidak akan bertahan lama apabila rakyat mula sedar akan hak mereka yang terhakis dan dirampas. Kemarahan yang membuak akan membangkitkan penentangan yang boleh membawa kejatuhan pemimpin. • Pengorbanan yang terpaksa dilakukan  Putra yang telah dibutakan matanya oleh Srisegala masih sanggup menolong WiraWira menentang Srisegala.

• Kuasa & kekayaan mampu mengubah hati seseorang  Masayu yang pada mulanya hendak mencari suaminya, telah terpikat pada Srisegala yang suka mempamerkan kekuasaan dan kekayaannya.

Plot • Permulaan Cerita  Bunyi gong mengiringi pengenalan watakwatak. Setiap watak mengungkap dialog yang menggambarkan peranan masingmasing. • Perkembangan  Wira I, Wira II dan Wira III serta Putra mencuba mencabar Srisegala namun mereka gagal. Semuanya ditangkap oleh para pengawal Srisegala.

• Perumitan  Masayu mencari Putra kerana ingin menyerahkan keris yang tertinggal. Usaha Masayu dihalang oleh Srisegala. Srisegala telah membutakan mata Putra. Masayu telah terpikat dengan Srisegala dan telah melupakan Putra. • Klimaks  Kemunculan Wira-Wira yang bergabung dengan kebijaksanaan Putra memberi kekuatan menentang Srisegala.

• Peleraian  Peleraian cerita menunjukkan kebenaran mengatasi kebatilan. Srisegala kehilangan kuasa. Masayu kembali semula kepada Putra.

WATAK & PERWATAKAN • Srisegala  Merupakan watak hitam seorang pemimpin yang rakus kuasa.  Memiliki kerusi nikmat dan gong hikmat.  Tidak mempunyai sifa belas kasihan terhadap sesiapapun.  Suka mengumpulkan kemewahan dan mengukuhkan kuasa tanpa memperhitungkan penderitaan rakyatnya.  Seorang yang sombong dan tidak berperikemanusiaan.

• Putra  Merupakan pencabar kuasa Srisegala dan suami kepada Masayu.  Berani mencabar Srisegala demi menegakkan kebenaran.  Seorang yang penyayang kerana berusaha mendapatkan Masayu semula daripada genggaman Srisegala.  Seorang yang bijak dan terang hati. Walau dalam keadaan buta, namun gerak hatinya mengetahui di mana isterinya berada dan pembohongan Srisegala.

• Masayu  Merupakan isteri kepada Putra.  Seorang yang penyayang kerana sanggup mencari Putra dan merayu kepada Srisegala supaya membebaskan suaminya.  Sanggup berkorban kerana menerima syarat Srisegala demi menyelamatkan suaminya.  Seorang yang naïf kerana dengan mudah dapat ditipu Srisegala.

Latar Latar Tempat  Pengarang mencatatkan peristiwa ini boleh berlaku “di mana-mana sahaja”. Hal ini menunjukkan bahawa kejadian orang yang “gila kuasa” boleh berlaku di mana-mana sahaja. Latar Masa  Pengarang mencatatkan peristiwa ini boleh berlaku “pada bila-bila masa sahaja”. Hal ini menunjukkan bahawa isu yang diutarakan oleh pengarang, iaitu sikap

Latar Masyarakat • Golongan pemimpin.  Pemimpin yang rakus kuasa dan mengumpulkan kemewahan tanpa mempedulikan kesukaran rakyat. • Konco-konco pemimpin.  Golongan yang mementingkan diri sendiri yang hanya bermuka-muka.

• Masyarakat yang berjuang menentang ketidakadilan.  Putra berjuang bersama dengan Wira I, Wira II, dan Wira III untuk menentang Srisegala. Akhirnya, perjuangan mereka berjaya apabila Srisegala melarikan diri. • Masyarakat yang cepat lupa diri.  Masayu yang pada mulanya mempunyai tujuan mencari suaminya, Putra tetapi akhirnya dia terpikat dengan kekuasaan dan kekayaan Srisegala serta menyatakan bahawa dia tidak mengenali Putra.

• Masyarakat tertindas.  Golongan rakyat biasa yang dizalimi. Mereka mula sedar dan mahukan perubahan dan keadilan.

Gaya Bahasa • Paradoks  Sungai-sungai mengalir ke hulu, hujan naik ke langit • Inversi  Sudah lama dia menduduki sebuah kerusi • Personifikasi  Burung-burung tidak lagi menyanyi

• Pengulangan :  Itulah yang dinamakan keadilan. Itulah yang dikatakan kemakmuran. Itulah yang disebut kedamaian. Itulah kejujuran dan belas kasihan. • Pengarang juga banyak menggunakan dialog yang pendek serta mudah untuk difahami. • Penggunaan bahasa Inggeris juga terdapat dalam drama ini :  Silencer

• Metafora  Langit pun kini merah membara

NILAI • Berani  Putra menentang ketidakadilan dan kezaliman Srisegala seorang diri. • Yakin diri  Putra menasihati Wira I, Wira II, dan Wira III supaya mempunyai keyakinan bahawa mereka mampu mengalahkan Srisegala.

• Kasih sayang  Masayu bersusah payah mencari suaminya, Putra.  Walaupun telah buta, Putra tetap berusaha menyelamatkan Masayu daripada Srisegala.

Pengajaran • Jangan bertindak terburu-buru ketika menentang orang yang gila kuasa dan zalim.  Putra menentang Srisegala tanpa persediaan yang cukup menyebabkan tindakannya telah gagal. • Seseorang yang memiliki kekayaan dan kekuasaan janganlah bertindak zalim dan menganiayai orang lain.  Srisegala zalim demi mengekalkan

• Jangan mudah terpedaya atau lupa diri apabila digoda oleh harta kekayaan.  Masayu mudah terpengaruh oleh Srisegala hingga sanggup melupakan suaminya, Putra. • Kita mestilah mempunyai keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan.  Putra yakin bahawa Srisegala akan dapat ditumpaskan suatu hari nanti.

Sekian, Terima Kasih…

Related Documents

Kompenen Drama Ting 5
December 2019 9
Soalan Pjpk Ting.5
May 2020 41
Hsp Bm Ting 5
December 2019 18
Drama
April 2020 41
Drama
June 2020 27