Kompang

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kompang as PDF for free.

More details

  • Words: 475
  • Pages: 2
Perusahaan Kompang & Jidor Mokhtar, No:12, Jln 4, Tmn Kelisa Jaya, Parit Raja, 86400 Batu Pahat Johor. Tel: 07-4532771 @ H/p : 012-7508281 (mokhtar) Kompang dan Proses Membuat KOMPANG Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menengangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran empat belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Perusahaan Kompang & Jidor Mokhtar JM 0464338 – D No.12, Jalan 4, Taman Kelisa Jaya, Parit Raja, 86400 Batu Pahat, Johor Darul Ta’azim. Tel : 07-4532771 @ 012-7508281

Perusahaan Kompang dan Jidor Mokhtar berurusan niaga dalam pembuatan dan pembekalan kompang dan jidor sebagai produk utama. Disamping itu perusahaan kami juga membekalkan pelbagai produk alat muzik tradisonal seperti gendang, rebana, angklung, gamelan, set untuk Dikir , set untuk Silat dan lain-lain.Pihak kami juga menyediakan perkhidmatan membaik pulih dan perundingan perkara-perkara yang berkaitan.Hubungi kami untuk keterangan lanjut atau pertanyaan.

Produk Utama

Spesifikasi Harga mengikut harga dan gred Kompang Gred Sederhana - Saiz 10 Inchi (Tadika) = RM 45.00 - Saiz 12 Inchi (Sek. Ren)= RM 56.00 - Saiz 13 Inchi (Remaja ) = RM 58.00 - Saiz 14 Inchi (Dewasa) = RM 62.00 Kompang Gred Baik - Saiz 10 Inchi (Tadika) = RM 50.00 - Saiz 12 Inchi (Sek. Ren)= RM 65.00 - Saiz 13 Inchi (Remaja) = RM 70.00 - Saiz 14 Inchi (Dewasa) = RM 75.00 Jidor - Saiz 16 Inchi = RM 500.00 - Saiz 18 Inchi = RM 550.00 Tukar Kulit Kompang Gred sederhana - Pelbagai saiz = RM 40.00 Tukar Kulit Kompang Gred Baik - Pelbagai Saiz= RM 50.00 Tukar Kulit Jidor (Sebelah) - Pelbagai saiz = RM80.00 Set Untuk Dikir - Gong (berkaki) & Maracas & 1 set Canang (2 Buah) & 1 set Rebana Dikir (Besar & Kecil) berharga RM 1800 Set Untuk Silat - Gong (berkaki) & Gendang (ibuanak) & Serunai (1 ½ kaki) berharga RM 2000

Harga dan speksifikasi mengikut rundingan. Pembekalan mengikut kuantiti. 30% cengkeram diperlukan untuk tempahan http://www.kompangjohor.co

Related Documents