Koleksi Soalan Karangan Peperiksaan Percubaan Spm 2008 - Negeri

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Koleksi Soalan Karangan Peperiksaan Percubaan Spm 2008 - Negeri as PDF for free.

More details

  • Words: 2,807
  • Pages: 19
S PM 2008 KOLEKSI SOALAN KERTAS 1 Peperiksaan Percubaan SPM Negeri & Modul Topikal

Disusun oleh [email protected] Unit Bahasa Melayu Jabatan Bahasa MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

PULAU PINANG Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mengatasi masalah obesiti dalam kalangan pelajar. 1

Bahagian B Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi penting dalam kehidupan remaja kini. Sebagai seorang pelajar, anda seharusnya berkemahiran dalam bidang tersebut. Huraikan faedah-faedah yang dapat anda peroleh dengan menguasai teknologi maklumat dan komunikasi.

2

Anda telah menghadiri sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan baru-baru ini. Seorang ibu telah diberikan Anugerah Tokoh Ibu Mithali 2008 . Beliau telah berjaya mendidik anak-anaknya hingga ke menara gading. Selaku editor majalah sekolah, anda berpeluang menemu bual rahsia kejayaan tokoh tersebut. Tuliskan wawancara anda selengkapnya.

3

Isu kesesakan lalu lintas di bandar semakin mendapat perhatian masyarakat dan media massa pada hari ini. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.

4

Kerjasama serantau dalam bidang sains dan teknologi telah membawa perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah dalam bidang perubatan. Cadangkan bentuk kerjasama serantau yang dapat dilaksanakan bagi menangani pelbagai penyakit.

5

Karya kesusasteraan Melayu dikenal pasti mampu melahirkan generasi yang mempunyai semangat patriotik di negara ini. Berikan ulasan anda untuk menyokong pernyataan di atas.

(c) JPN PULAU PINANG 2008

1

JOHOR DARUL TAKZIM Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab rakyal Malaysia memilih untuk melancong di negara sendiri. 1

Bahagian B Sekolah anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) peringkat daerah. Sebagai Ahli Jawatankuasa 3K, nyatakan persiapan yang anda lakukan untuk menyertai pertandingan tersebut.

2

Anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk "Keluarga Impian Saya" untuk dimuatkan dalam ruangan akhbar tempatan. Tulis rencana itu selengkapnya.

3

Semangat cinta akan negara perlu disemai dalam kalangan generasi muda sejak kecil lagi. Anda bersetuju dengan pemyataan di atas. Jelaskan pendapat anda.

4

Dunia kini sedang menghadapi krisis makanan yang serius. Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan bekalan makanan dunia.

5

Anda bercita-cita menjadi penulis. Huraikan persediaan yang dapat anda lakukan untuk menjadi penulis yang berjaya

(c) JPN JOHOR 2008

2

MELAKA DARUL AZIM Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah kokurikulum dalam kalangan pelajar. 1.

menyertai

kegiatan

Bahagian B Setiap individu mempunyai impiannya tersendiri. Sebagai seorang pelajar yang berwawasan, anda mempunyai impian untuk menjadi seorang angkasawan yang dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Jelaskan persediaan-persediaan yang perlu anda lakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.

2.

Tradisi makan bersama-sama keluarga di rumah kini sudah semakin hampir luput. Usaha menghidupkan kembali tradisi ini dapat membantu menyemaikan tabiat makan yang sihat dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Berikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan tradisi makan bersama-sama keluarga.

3.

Masyarakat kita sering digemparkan dengan kes penculikan dan kehilangan kanak- kanak di negara ini semakin menjadi-jadi belakangan ini. Anda ingin menulis surat kepada akhbar tempatan untuk mengemukakan cadangan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pelbagai pihak dalam menangani kes tersebut. Tulis surat itu selengkapnya.

4.

Program Pertukaran Pelajar antara negara jiran mendatangkan pelbagai faedah kepada pelajar dan negara yang menyertainya. Bincangkan.

5.

Kekuatan sesebuah karya sastera terletak di tangan seseorang penulis. Bakat semula jadi sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Ulaskan pernyataan tersebut.

(c) JPN MELAKA 2008

3

SARAWAK Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pengguna yang bijak. 1.

Bahagian B Belakangan ini, masalah gejala sosial dalam kalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan dalam media massa. Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas.

2.

Pertandingan syarahan telah diadakan di sekolah anda sempena Bulan Bahasa. Tajuknya ialah ’Gaya Hidup Sihat Penjana Keluarga Bahagia’. Tuliskan teks syarahan itu dengan selengkapnya.

3.

Kehidupan masyarakat kota di negara kita seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Bincangkan pernyataan di atas.

4. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk mempopularkan industri desa ke peringkat antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha tersebut. 5.

Anda pernah menonton sebuah filem tempatan yang menarik. Ulaskan filem tersebut dengan selengkapnya.

(c) JPN SARAWAK 2008

4

SABAH Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang faedah mengamalkan gaya hidup sihat. 1

Bahagian B Ibu bapa berperanan penting dalam membentuk disiplin anak-anak bagi melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang. Bincangkan.

2.

Sahabat pena anda di luar negara ingin mengetahui destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita. Balas surat sahabat pena anda itu.

3.

Sebagai wartawan sebuah buletin pengguna, anda dikehendaki mewawancara seorang penasihat Pelaburan Nasional Berhad (PNB) tentang kebaikan melabur dalam skim amanah saham yang dianjurkan oleh kerajaan seperti Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wanita (ASNITA), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) dan banyak lagi. Tulis wawancara itu selengkapnya.

4.

Penganjuran sukan di peringkat antarabangsa dapat memupuk perpaduan sejagat. Bahaskan pernyataan tersebut.

5.

Generasi muda masa kini lebih berminat membaca majalah hiburan berbanding buku-buku yang berunsurkan sastera. Berikan komentar anda terhadap pernyataan tersebut.

(c) JPN SABAH 2008

5

KEDAH DARUL AMAN Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan kenaikan harga minyak di negara kita. 1

Bahagian B Kelulusan akademik semata-mata tidak lagi menjadi penentu kejayaan seseorang pelajar setelah mereka meninggalkan instittusi pendidikan formal. Berikan pandangan anda tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar sebagai pelengkap diri memasuki alam pekerjaan.

2

Percutian bersama keluarga mampu mengeratkan kerukunan dan keharmonian kekeluargaan. Berdasarkan kebenaran di atas, jelaskan kebaikan-kebaikan percutian bersama keluarga..

3

Kejadian penculikan, penderaan, dan pembunuhan dalam kalangan kanak-kanak yang semakin serius merupakan akibat ketidakprihatinan masyarakat terhadap hal-hal persekitarannya. Bincangkan langkah-langkah yang berkesan untuk menyemai sikap prihatin dalam kalangan masyarakat..

4

Pemanasan global merupakan isu yang dihadapi oleh masyarakat antarabangsa kerana isu ini membawa impak negatif kepada kehidupan sejagat.. Tulis sebuah rencana tentang kesan-kesan negatif pemanasan global kepada kehidupan sejagat seluruh dunia.

5

Karya-karya sastera semakin terpinggir walaupun peranannya besar sebagai citra budaya bangsa. Ulaskan faktor-faktor yang menyebabkan karya sastera semakin terpinggir dalam kalangan generasi muda kini.

(c) JPN KEDAH 2008

6

KELANTAN DARUL NAIM Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk memajukan industri pelancongan di negara ini. 1

Bahagian B Penghayatan nilai-nilai murni dapat membentuk pelajar yang berketerampilan. Jelaskan langkah-langkah yang dapat dilakukan untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar.

2

Keselamatan pelajar pada hari ini semakin membimbangkan. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan keselamatan pelajar terjamin.. Huraikan peranan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah dan masyarakat untuk menjayakan matlamat tersebut.

3

Sukan memberikan impak yang besar kepada individu, masyarakat dan negara. Sebagai ahli badan redaksi majalah, anda ingin menulis sebuah rencana tentang perkara tersebut. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

4

Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dan banyak negara membuka peluang pelaburan kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara mereka. Huraikan kepentingan pelaburan kepada sesebuah negara.

5

Komponen Sastera (KOMSAS) yang diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah menengah membolehkan pelajar mengetahui cara hidup masyarakat.. Bincangkan.

(c) JPN KELANTAN 2008

7

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah meningkatkan mutu sukan di Malaysia. 1

Bahagian B Anda seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia di peringkat kebangsaan. Pihak sekolah telah mengundang anda untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Langkah-langkah Menjadi Pelajar Cemerlang’. Tulis ceramah anda selengkapnya.

2

Pada zaman sains dan teknologi, gejala sosial dalam kalangan remaja semakin serius dan banyak pihak berangapan bahawa institusi keluargalah yang bertanggungjawab terhadap peningkatan masalah ini. Beri pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3

Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang utama kepada kemajuan ekonomi negara kita.. Tulis rencana tentang keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pada masa ini.

4

Hubungan diplomatik yang telah terjalin dengan negara-negara lain sejak sekian lama banyak memberi faedah kepada negara kita. Huraikan peranan negara kita dalam mengekalkan hubungan baik dengan negaranegara lain di dunia.

5

Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan minat masyarakat terhadap sastera semakin berkurangan. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk mengembalikan minat masyarakat terhadap bidang sastera.

(c) JPN NEGERI SEMBILAN 2008

8

PAHANG DARUL MAKMUR Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang peranan masyarakat membantu golongan warga tua menjalani kehidupan seharian. 1

Bahagian B Kesedaran terhadap perlunya pengambilan makanan tambahan dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin meningkat. Terdapat pelbagai produk makanan tambahan di pasaran. Anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang isu tersebut kepada penduduk sebuah taman perumahan. Tajuk ceramah ialah ‘Kepentingan Pengambilan Makanan Tambahan’. Tulis ceramah anda selengkapnya.

2

Kemajuan bidang teknologi maklumat dan komunikasi membawa banyak manfaat kepada kehidupan masyarakat di Malaysia . Bincangkan.

3

Kegiatan cetak rompak yang semakin berleluasa boleh melumpuhkan industri penerbitan dan hiburan tanah air. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kegiatan cetak rompak di negara kita dan cadangkan usaha-usaha untuk mengatasinya.

4

Pelancong-pelancong seluruh dunia mula menjadikan negara-negara Asia Tenggara sebagai destinasi pelancongan pilihan mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan negara-negara tersebut telah berupaya menawarkan pakej-pakej istimewa yang mampu menarik kemasukan pelancong-pelancong antarabangsa. Jelaskan sumbangan industri pelancongan terhadap negara-negara berkenaan.

5

Peribahasa ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam hidupnya..

Tulis sebuah cerpen berdasarkan peribahasa di atas.

(c) JPN PAHANG 2008

9

PERAK DARUL RIDZUAN Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang kegiatan pertanian di negara kita. 1

Bahagian B Kegiatan lumba motosikal haram masih berlaku di negara ini. Kegiatan ini kebanyakanya melibatkan golongan remaja. Sebagai seorang remaja yang prihatin, bincangkan peranan yang dapat anda lakukan untuk membanteras kegiatan tersebut.

2

Kejayaan anak-anak dalam pelbagai bidang sering kali dikaitkan dengan sokongan daripada institusi keluarga. Beri komen anda tentang pernyataan tersebut.

3

Kerajaan menggalakkan rakyat negara ini menggunakan pengangkutan awam tetapi mutu perkhidmatannya sering menjadi rungutan pelbagai pihak. Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini..

4

Penganjuran sukan bertaraf dunia seperti Perlumbaan Kereta Formula 1 dan ‘Le Tour de Langkawi’ wajar diteruskan kerana banyak faedah yang diperoleh melalui penganjurannya. Jelaskan faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.

5

Penulis yang berwibawa dapat menghasilkan karya sastera yang bermutu. Berikan saranan anda tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk melahirkan penulis yang berwibawa.

(c) JPN PERAK 2008

10

PERLIS INDERA KAYANGAN Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mempertahankan budaya warisan bangsa di negara kita. 1

Bahagian B Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina sifat kepimpinan, disiplin diri yang tinggi, dan perpaduan dalam kalangan pelajar. Ulaskan pernyataan di atas.

2

Anda mewakili Jabatan Perpaduan dan Integrasi telah ditugaskan untuk menyampaikan ceramah kepada penduduk setempat. Ceramah anda berkaitan dengan peranan institusi keluarga dalam pembentukan sahsiah remaja. Tulis ceramah anda selengkapnya.

3

Sejak akhir-akhir ini , gejala kanak-kanak hilang semakin menjadi-jadi.Pelbagai pihak mula memberikan perhatian serius terhadap isu ini. Bincangkan peranan yang harus dipikul oleh ibu bapa dan masyarakat dalam usaha menangani gejala tersebut.

4

Penganjuran sukan bertaraf antarabangsa dapat memupuk kerjasama serantau dan mendatangkan pelbagai kebaikan. Huraikan kebaikan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa kepada rakyat dan negara..

5

Sastera tradisional seperti pantun,syair,gurindam, dan seloka merupakan khazanah bangsa yang wajar dihayati oleh generasi muda. Malangnya dewasa ini, khazanah tersebut semakin dipinggirkan. Berikan cadangan anda tentang langkah-langkah untuk menarik minat golongan muda terhadap sastera tradisional.

(c) JPN PERLIS 2008

11

TERENGGANU DARUL IMAN Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memiliki generasi cemerlang kepada negara. 1

Bahagian B Selain menumpukan bidang pelajaran, setiap pelajar digalakkan menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah, malah penglibatan pelajar dalam kokurikulum diambil kira untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi. Huraikan kepentingan menyertai kokurikulum kepada para pelajar.

2

Aktiviti riadah dan rekreasi bersama-sama keluarga sangat digalakkan kerana dapat mengeratkan hubungan keluarga selain dapat menyihatkan badan. Ulas pernyataan di atas.

3

Kesibukan bekerja menyebabkan masyarakat meminggirkan semangat kejiranan.Oleh itu, usaha-usaha mempertingkatkan semangat tersebut perlu dilaksanakan. Tulis sebuah rencana tentang usaha-usaha mempertingkatkan semangat kejiranan dalam kalangan rakyat.

4

Kesepakatan dan tolak ansur antara Malaysia dengan negara jiran banyak membantu dalam kemajuan ekonomi dan kestabilan politik negara-negara serantau. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

5

Unsur-unsur sindiran yang terdapat dalam sastera rakyat dapat dijadikan pengajaran dalam kehidupan.

Bincangkan pernyataan di atas.

(c) JPN TERENGGANU 2008

12

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang kepentingan pengangkutan awam di negara kita. 1

Bahagian B Dunia remaja dikatakan sebagai dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bincangkan pernyataan di atas.

2

Teknologi dan kemajuan sains berkembang dengan pesat sehingga membawa kepada perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini. Pelbagai rancangan pembangunan telah diusahakan untuk memajukan dan memodenkan masyarakat dan negara.. Huraikan rancangan-rancangan pembangunan tersebut.

3

Dewasa ini, bidang muzik didapati menyediakan pelbagai kerjaya menarik yang menawarkan pendapatan yang lumayan. Selaku wartawan sebuah majalah hiburan, anda dikehendaki mewawancara seorang komposer terkenal tanah air untuk meminta pendapat beliau tentang hal tersebut. Tulis wawancara itu selengkapnya.

4

Kerjasama ekonomi antara negara semakin berkembang dewasa ini. Sehubungan itu, banyak negara membuka pelaburan kepada pelabur asing. Huraikan kepentingan pelaburan antarabangsa dalam menjana ekonomi sesebuah negara.

5

Sebagai penulis remaja yang telah meraih kejayaan dalam bidang penulisan kreatif, anda ingin menggalakkan lebih ramai remaja menceburi bidang ini. Jelaskan keistimewaan bidang ini.

(c) JPN WP KUALA LUMPUR 2008

13

SELANGOR DARUL EHSAN Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha mempopularkan permainan tradisional di negara kita. 1

Bahagian B Gejala buli yang berlaku di sekolah semakin membimbangkan semua pihak. Langkah-langkah yang drastik perlu diambil bagi menangani masalah tersebut daripada terus berleluasa serta mengancam generasi akan datang. Berikan pendapat anda tentang cara-cara menangani gejala buli di sekolah..

2

Keruntuhan institusi keluarga sering dibincangkan sejak kebelakangan ini. Masalah ini harus diselesaikan supaya masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Anda bercadang untuk mewawancara seorang tokoh yang arif dalam hal ini dan menanyakan ciri-ciri keluarga bahagia. Tulis hasil wawancara itu selengkapnya.

3

Walaupun sistem pengangkutan awam di negara kini dikatakan antara yang termoden di dunia, namun tidak ramai rakyat yang menggunakan kemudahan tersebut. Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk menggalakkan rakyat negara kita menggunakan kemudahan awam tersebut.

4

Keganasan dan kekacauan yang berlaku di dunia sering menimbulkan suasana menakutkan masyarakat antarabangsa. Nyatakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat antarabangsa bagi mengatasi masalah ini.

5

Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, gurindam, syair dan seloka kurang diminati oleh golongan remaja masa ini. Sarankan usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk menarik minat golongan remaja meminati puisi tersebut.

(c) JPN SELANGOR 2008

14

SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah keracunan makanan di Malaysia. 1

Bahagian B Persatuan Bahasa Melayu di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha persatuan, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya

2

Kini ibu bapa terlalu mementingkan pencapaian akademik anak-anak mereka. Oleh hal yang demikian, mereka tidak memberikan galakan kepada anak-anak dalam aktiviti kokurikulum terutamanya sukan. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.

3

Isu kenaikan harga barang hangat diperkatakan oleh masyarakat pada hari ini. Sebagai seorang pengguna yang prihatin, tulis sebuah rencana tentang kesankesan daripada kenaikan tersebut kepada masyarakat dan negara, serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

4

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah untuk memastikan keamanan sejagat. Namun, banyak negara di dunia mengalami masalah peperangan, kemiskinan dan kebuluran. Bahaskan penyataan di atas

5

Pada hari ini, banyak buku hasil karya penulis muda di Malaysia seperti Faisal Tehrani dan Nisah Haron telah mendapat tempat dalam kalangan remaja. Karya yang berkualiti ini telah berjaya menambah bahan bacaan di pasaran. Huraikan ciri-ciri sebuah karya sastera yang menarik pada pandangan anda.

(c) BHG PENGURUSAN SBP/KLUSTER 2008

15

MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) Bahagian A Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah keracunan makanan. 1.

Bahagian B Kampung anda berpotensi menjadi sebuah kawasan pelancongan yang menarik dan terkenal. Anda bercadang untuk menulis surat kepada pihak yang berkenaan menyatakan keistimewaan-keistimewaan yang terdapat di kampung anda dan cadangan-cadangan bagi menjadikan kampung tersebut sebagai destinasi pelancongan yang terkenal. Tulis surat itu selengkapnya.

2.

Usaha untuk mengumpulkan ahli keluarga yang ramai dari satu generasi ke satu generasi terutamanya pada hari-hari perayaan merupakan suatu usaha yang murni. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh daripada usaha tersebut.

3.

Siswazah pada hari ini kurang berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian. Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif untuk menarik minat para siswazah menceburkan diri dalam bidang tersebut. Huraikan peranan pihak-pihak berkenaan .

4.

Isu pemanasan global semakin membimbangkan masyarakat dunia pada hari ini. Bersempena dengan Hari Bumi, anda terpanggil untuk menulis sebuah rencana berkaitan dengan punca-punca dan kesan-kesan pemanasan global.

Tulis rencana tersebut selengkapnya 5.

Puisi tradisional seperti pantun, gurindam dan syair masih popular hingga hari ini dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan sumbangan puisi tradisional kepada masyarakat.

(c) BPL(M) MARA

16

Kalau tak dapat menjadi pohon cemara di puncak bukit, jadilah belukar di bawah lembah… Tetapi, jadilah belukar terbaik di pinggir sungai sempit, Jadilah belukar ,kalau tak dapat menjadi pokok. Kalau tak dapat menjadi belukar selingkar, Jadilah rumput sederet, dan serikanlah sebatang jalan raya. Kalau tak dapat menjadi ikan temoleh, jadilah seluang, Tetapi seluang terlincah di tasik terbentang. Tidak semua boleh menjadi nakhoda, Sesetengah kita berbaju kelasi, Namun setiap tubuh punya kerja, tugas besar dan kecil, Dan tugas segera adalah tugas yang terdekat. Kalau tak boleh menjadi jalan raya,Jadilah sekerat lorong. Kalau tak boleh menjadi matahari,Jadilah sebutir bintang…

Besar bukan ukuran gagal jaya, Tetapi , jadilah ‘YANG TERBAIK’ dalam segala

© Soalan Peperiksaan Percubaan JPN Negeri/Modul Topikal

17

Related Documents