Kk15 Dr Hjh Fatimah

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kk15 Dr Hjh Fatimah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,981
  • Pages: 8
Kejelasan dan Ketepatan Leksikon Dalam Konteks Berdwibahasa Oleh Dr. Hajah Dayang Fatimah Binti Haji Awang Chuchu Jabatan Bahasa Melayu dan Linguistik Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Brunei Darussalam

PENGENALAN Multi bermakna pelbagai atau beraneka dan apabila digabungkan dengan bahasa iaitu multibahasa ia berkonotasi pelbagai bahasa atau aneka bahasa. Apabila dihubungkan dengan keupayaan berbahasa sosiolinguis sering mendefinisikan bahawa jika di perngkat individu ia adalah merujuk kepada keupayaan seseorang menguasai lebih daripada dua bahasa manakala di peringkat masyarakat pula multibahasa merujuk kepada masyarakat yang menguasai keupayaan bahasa dua bahasa atau lebih (Crystal 1990). Memang tidak dapat disangkal bahawa keupayaan dalam multibahasa itu adalah sangat signifikan. Tidak kira dalam apa bahasa jua pun ia tetap mendatangkan manfaat kepada penggunanya. Ini kerana bahasa adalah wahana komunikasi yang sangat efektif dalam menyampaikan atau metransmisi mesej, maklumat, ilmu, budaya dan sebagainya. Memang adalah lebih baik jika kita memperolehi sesuatu maklumat, ilmu pengetahuan sesuatu masyarakat itu daripada bahasa masyarakat penuturnya kerana bahasa itu adalah alat memanifestasi budaya (Strauss 1961). Multibahasa yang melibatkan keupayaan dalam bahasa antarabangsa atau bahasa global adalah lebih bermanfaat terutama sekali di era globalisasi yang serba pantas dan tangkas ini kerana ia akan memudahkan dan memperluaskan sertakan mempertingkatan jangkauan hubungan komunikasi kita di lanskap dunia.

PROSIDING SETALING II

Kepentingan Bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa ilmu, bahasa moden, bahasa antarabangsa dan bahasa global memang tidak dapat kita nafikan..Diukur atau dinilai dari segi poliglosik, Bahasa Inggeris sering menempati kedudukan utama berbanding bahasa-bahasa lain. Ini bersesuaian dengan peranannya sebagai bahasa antarabangsa. Dalam konteks pendidikan umpamanya di mana-mana negara pun di dunia ini terdapat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris atau dalam Bahasa Inggeris.Ini merupakan suatu fenomena yang memanifestasi betapa signifikannya peranan dan penggunaan bahasa tersebut di persada global. Dasar pengajaran dan pembelajaran juga melibatkan penggunaan Bahasa Inggeris sepenuhnya. Dalam Sistem Pendidikan Dwibahasa umpamanya pengajaran bagi mata-mata pelajaran berpengantar Bahasa Inggeris adalah bermediakan bahasa tersebut sepenuhnya. Dalam situasi di Negara Brunei Darussalam, Sistem Pendiikan Dwibahasa telah dilaksanakan pada tahun 1985. Dalam polisi sistem pendidikan tersebut pengajaran dan pembelajaran harus dipraktikkan secara monolingual iaitu sama ada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris bergantung kepada mata-mata pelajaran yang diajarkan (Government of Brunei 1985). Berdasarkan polisi ini bermakna bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris semestinya tidak boleh dicampurkan atau dialih kod kepada Dialek Melayu Brunei, Bahasa Melayu Standard dan sebagainya sama ada secara terjemahan mahupun keterangan lanjutan Namun dalam situasi dwibahasa ini sering berlaku percanggahan dengan apa yang telah dinukilkan dalam polisi pendidikan di mana guru mahupun pelajar mempraktikkan kedua-dua kod dalam interaksi pendidikan mereka. Dalam konteks berdwibahasa ini kod yang dicampuradukkan sama ada berpola terjemahan mahupun keterangan lanjutan baik dalam bentuk intrayat atau interayat mempunyai alasan, signifikasi atau justifikasi tertentu. Dalam kertas kerja ringkas ini fokus bicara akan ditumpukan kepada aspek kejelasan dan ketepatan leksikon Perbincangan berfokus kepada aspek leksikon dan frasa ini adalah berlandaskan data kajian kes yang dilakukan di salah

227

PROSIDING SETALING II

sebuah sekolah rendah di Daerah Brunei dan Muara beberapa tahun yang lalu (Fatimah 2001 & 2006).

KEJELASAN DAN KETEPATAN LEKSIKON DALAM KONTEKS BERDWIBAHASA Apa yang diperlukan oleh pelajar dalam pembelajaran mereka ialah perbendaharaan kata dan struktur ayat. Seperti yang kita maklumi dalam konteks pendidikan di negara kita Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua (L2) meskipun bahasa tersebut mendominasi domain pendidikan. Sebagai bahasa kedua atau mungkin bahasa ketiga (L3) kepada pelajar tertentu lazimnya terdapat kesukaran atau kekangan dalam memahami maklumat, ilmu atau mesej yang disampaikan oleh guru mereka.Selain itu mereka juga mempunyai masalah atau kesukaran serta kekangan dalam pengungkapan disebabkan penguasaan perbendaharaan kata serta pembinaan ayat yang terhad (Fatimah 2001 & 2006). Ini boleh menyebabkan mereka agak pasif kurang mendapat pemahaman yang efektif. Perkara ini memang disedari maka dari itu sering berlaku alih kod yang sekali gus mewujudkan konteks dwibahasa dalam satu wacana pendidikan yang pada teorinya seharusnya tidak sepatutnya berlaku. Di samping bahasa kedua para pelajar memiliki bahasa pertama (L1) mereka dan kecekapan menguasai bahasa ini adalah lebih baik berbanding bahasa kedua. Ini bermakna tatabahasa polilkek mereka lebih baik dalam bahasa pertama. Menyedari adanya dikotomi dan adanya perbendaharaan kata dalam inventori bahasa pertama mereka maka ada pewajarannya untuk menggunakan variasi yang diubah suai berdasarkan kaedah nahu terjemahan meskipun kaedah ini sudah tidak digunakan lagi. Kaedh nahu terjemahan dipraktikkan pada tahun 1850 hingga tahun 1950an. (Lowe 2003) Dengan mengaplikasikan kaedah ini ke dalam pengajaran dan pembelajaran lazimnya perkataan atau frasa dalam sesuatu bahasa umpamanya Bahasa Inggeris diterjemahkan dengan memberikan padanan leksikal dalam Bahasa Melayu Standard atau Dialek Melayu Brunei. Memandangkan Bahasa Melayu Standard adalah juga dikuasai melalui persekolahan dan bukan variasi Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa pertama pelajar maka variasi yang

228

PROSIDING SETALING II

sering menjadi sasaran ialah Dialek Melayu Brunei kerana variasi bahasa ini adalah menjadi bahasa pertama dan difahami oleh majoriti Pelajar. Antara persoalan yang ingin difokuskan di sini ialah perbendaraan kata yang bagaimanakah yang sering menjadi sasaran terjemahan? Frasa bagaimana? Adakah variasi sedemikian dipraktikkan sewenang-wenangnya atau dalam situasi yang terkawal. Apakah alasan atau justifikasi yang menyebabkan kewujudan alih kod berpola terjemahan yang dihasilkan melalui kaedah nahu terjemahan ini? Alih kod dalam bentuk terjemahan ini sebenarnya boleh berlaku dalam semua mata pelajaran sama ada aliran sains seperti Sains dan Matematik mahupun sastera iaitu Geografidan Bahasa Inggeris. Daripada kajian yang telah dilakukan didapati bahawa alih kod jenis ini berfrekuensi tinggi dalam mata pelajaran Sains berbanding mata-mata pelajaran yang lain umpamanya Matematik. Ini disebabkan terdapat lebih banyak istilah teknikal dalam mata pelajaran Sains terutama yang melibatkan objek atau peristiwa yang tidak dilustrasi dengan gambar atau yang tidak boleh diatasi dengan bahan bantu mengajar. Antara contoh yang dialih kod dalam mata pelajaran Sains misalnya `reflected ray’ diterjemahkan sebagai `mangantul samula’, `mammal’ diberi padanan leksikal dalam bentuk frasa `binatang berdarah panas’, `pupil’ diberi terjemahan sebagai `mata itam tangah-tangah’, `luminous’ diterjemahkan sebagai `memberi cahaya’, `one offspring’ diberi terjemahan `saikur saja’(Fatimah 2001 & 2006). Disebabkan inventori perbendaharaan kata pelajar dalam bahasa pertama misalnya Dialek Melayu Brunei adalah lebih baik maka kekerapan alih kod sama ada berbentuk terjemahan mahupun keterangan lanjutan adalah lebih berkecenderungan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu iaitu variasi standard dan bukan standard. Alih kod melibatkan semua golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata fungsi dan ianya tidak terhad kepada istilah teknikal sahaja malah meliputi kata-kata biasa yang difirkan sesuai untuk dialih kod. Antara contohnya ialah

229

PROSIDING SETALING II

` Spit’ - `tali buntak’ `to bring peace’ - `mendamaikan, mengamankan’ `sharp nose’ - `tupap, inda mancung’, `tired’ - `duka’, `inda fresh’, `like a beach’ - `macam pantai’, `waterfall’ -`aing tarajun’, `highland’ - `tanah tinggi’, `machinery’ - `jentera’ `vehicle’ - `kenderaan’, `light’ - `cahaya’, `situated’ -`terletak’, `hair’ -`rambut’, `if’ - `kalau’, `three’- `tiga’, `eyelashes’- `bulu mata’, `incident ray’ – `cahaya yang mula-mula’, `huge of woods’ - `kayu yang banyak-banyak’. Ada antara padanan leksikal yang diberikan adalah salah dan tidak tepat misalnya perkataan `hair’ diterjemahkan atau dialih kod sebagai rambut adalah salah dan tidak tepat sama sekali kerana dalam konteks ini ia merujuk kepada `bulu roma’. Seperti yang kita maklumi bahawa dalam Bahasa Melayu, kita membezakan antara rambut dengan bulu namun dalam Bahasa Inggeris memadai dengan perkataan `hair’ sahaja. Begitu juga dengan perkataan `tired’ yang dipadani dengan frasa ` inda fresh’ atau `duka’ adalah tidak tepat walaupun mempunyai kaitan dengan makna `tired’. Maka adalah lebih baik memberikan padanan langsungnya iaitu `letih’ atau `ngalih’ dalam Dialek Melayu Brunei. `Huge of woods’ sebenarnya adalah tidak gramatis kerana tidak dilengkapi dengan penjodoh bilangan seperti `stack’ dan perkataan `woods’ sepatutnya `wood’ dan padanan leksikalnya juga adalah tidak tepat. Salah satu objektif alih kod dengan menggunakan kaedah nahu terjemahan ialah untuk mempercepatkan pemahaman dan klarifikasi. Namun dengan memberikan terjemahan terutama yang berbentuk padanan leksikal yang salah atau tidak tepat akan menjejaskan keberkesanan objektif tersebut. Pelajar telah dibekali dengan inventori perbendaharaan kata dalam bahasa pertama dan dengan memberikan padanan leksikal dalam bahasa pertama akan memudahkan pelajar memahami makna perkataan yang disampaikan. Dari itu kejelasan dan ketepatan leksikon adalah penting dalam konteks berdwibahasa melalui alih kod ini. Berdasarkan kajian secara temu bual dan kaji selidik yang dilakukan (Fatimah 2001 & 2006) terdapat beberapa justifikasi atau alasan mengapa guru atau pentadbir sekolah perlu beralih kod sama ada secara terjemahan atau sebaliknya. Ini ada

230

PROSIDING SETALING II

hubungannya dengan kejelasan dan ketepatan leksikon ketika beralih kod. Antara justifikasi tersebut adalah seperti berikut: • • • • • • • •

Untuk memudahkan dan mempertingkatkan pemahaman terutama sekali di kalangan pelajar yang lemah dari segi pencapaian akademiknya. Untuk menjimatkan waktu agar selari dengan kerangka waktu atau kehendak sukatan pelajaran. Untuk mendapatkan tindak balas yang lebih baik dan memberangsangkan. Untuk memperkaya perbenbendaharaan kata pelajar. Untuk mengatasi kesukaran penjelasan terhadap perkataan-perkataan atau istilah-istilah yang sukar difahami. Untuk mentransmisi ilmu dengan berkesan. Untuk mendapatkan makna yang tepat. Untuk memudahkan komunikasi.

Walaupun dalam kaedah nahu terjemahan media penyampai pengajaran adalah dalam bahasa pelajar misalnya pelajar Melayu belajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu tetapi dalam konteks ini kita hanya mempraktikkannya pada masa-masa tertentu. Misalnya jika terdapat istilah atau perkataan yang susah untuk dijelas dan sukar difahami apabila dijelaskan dalam bahasa kedua. Ini juga ada kaitannya dengan justifikasi yang diperolehi daripada informan. Setakat mana terjemahan ini dibenarkan dan diperlukan dalam Sistem Pendidikan Dwibahasa. Secara teorinya seperti yang tercatat dalam Polisi Sistem Pendidikan Dwibahasa memang tidak dinyatakan bahawa beralih kod sama ada secara terjemahan mahupun secara keterangan lanjutan adalah dibenarkan atau diperbolehkan. Namun pada praktiknya disebabkan keadaan mendesak atau situasi tertentu maka salah satu strategi yang agak lazim dan signifikan adalah dengan beralih kod. Lazimnya daripada bahasa kedua kepada bahasa pertama kerana kesukaran memahami lebih cenderung kepada bahasa kedua. Namun terjemahan yang tidak perlu hendaklah dielakkan sama sekali. Alih kod dalam bentuk terjemahan dan

231

PROSIDING SETALING II

sebagainya sewajarnya hanya diaplikasi dalam keadaan terdesak atau sebagai strategi dan langkah terakhir dalam penyampaian informasi atau ilmu. Dalam konteks berdwibahasa, meskipun beralih kod secara terjemahan atau keterangan lanjutan dipraktikkan atas alasan-alasan tertentu tetapi mestilah tidak sewenang-wenang dan hendaklah dalam situasi terkawal. Ini sangat penting kerana ditakuti para pelajar akan berfikir dalam bahasa mereka (L1) umpamanya Bahasa Melayu disebabkan terlalu banyak terjemahan dalam Bahasa Melayu. Ini akan melemahkan kecekapan dan penguasaan Bahasa Inggeris mereka. Sedangkan keupayaan dalam bahasa tersebut sangat signifikan atau mereka boleh menjadi separuh mahir atau `semilingual’. KESIMPULAN Keupayaan dwibahasa atau multibahasa itu sangat signifikan terutama sekali di era globalisasi ini. Lebih banyak bahasa yang kita kuasai maka lebih banyak peluang untuk memperolehi ilmu kita miliki lebih-lebih lagi jika keupayaan dwibahasa atau multibahasa kita itu melibatkan bahasa antarabangsa atau bahasa global umpamanya Bahasa Inggeris. Dalam domain pendidikan, meskipun Bahasa Inggeris mendominasi media penyampai pengajaran dan pembelajaran tetapi disebabkan fungsinya sebagai bahasa kedua maka ia sering digandingkan dengan bahasa pertama iaitu Bahasa Melayu umpamanya dan ini dipraktikkan dalam alih kod yang berpola terjemahan secara memberikan padanan leksikan atau deskripsi serta keterangan lanjutan. Salah satu faktor utamanya ialah untuk kejelasan dan ketepatan makna. Dari itu ketepatan padanan leksikal adalah sangat penting dalam konteks komunikasi dwibahasa ini. Namun dalam situasi tertentu terdapat kesilapan dan kesalahan dalam memberikan padanan leksikal malah melibatkan sumber yang salah atau tidak tepat. Ini akan menjejaskan pemahaman yang efektif, kejelasan dan ketepatan makna serta leksikon. Alih kod bersifat terjemahan ini tidak hanya melibatkan istilah-istilah teknikal tetapi meliputi perkataan-perkataan biasa dan merangkumi semua golongan kata namun ia lebih kerap berlaku kepada kata nama. Terjemahan sewajarnya dilimitasi dan

232

PROSIDING SETALING II

hanya dilakukan jika sangat diperlukan iaitu dibatasi oleh keadaan terkawal kerana terlalu banyak terjemahan akan melemahkan kecekapan dan keupayaan Bahasa Inggeris mereka dan ia juga menggalakkan mereka berfikir dalam bahasa pertama sedangkan mereka seharusnya berfikir langsung daripada bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris. Rujukan: Crystal, David. (1990) The Dictionary of Phonology and Linguistics. London: Oxford. Dayang Fatimah Binti Haji Awang Chuchu. (2006) CodeSwitching in A Multilingual Environment. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Fatimah Binti Haji Awang Chuchu, Hajah Dayang. (2001). CodeSwitching in The Bruneian Classroom: A Linguistic and Sociolinguistic Perspective. Unpublished PhD Thesis. Lowe, Charles. (2003). Integration Not Eclecticism: A Brief History of Language Teaching, 1853 – 2003. Dalam Linguistics and Language Teaching. ADFL Bulletin.

233

Related Documents

Kk15 Dr Hjh Fatimah
November 2019 11
Hjh Salma
August 2019 37
Fatimah Is
October 2019 20
Kacip Fatimah
May 2020 10
[email protected]
October 2019 7