Kk-sejarah.docx

  • Uploaded by: WingFatt Khoo
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kk-sejarah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 666
  • Pages: 4
CADANGAN PENYELIDIKAN TEMA 4: SEJARAH KULINARI TAJUK: KUIH TAU SAR PIAH: ASAL USUL DAN PERKEMBANGANNYA DI SUNGAI PETANI, KEDAH DARI TAHUN 1970 HINGGA TAHUN 1990.

PENGENALAN Kuih Tau Sar Piah merupakan kuih tradisional Cina yang terdapat di Malaysia dan juga negara lain seperti Fujian, Chaozhou, Taiwan dan sebagainya. Bahan utama Kuih Tau Sar Piah ialah tepung, kacang hijau, bawang merah, gula, garam dan sebagainya. Di Malaysia, masyarakat Cina biasanya akan menggunakan Kuih Tau Sar Piah untuk menyembahyang Dewa Tua Pek Kong. Hal ini demikian adalah menurut kenyataan masyarakat Cina, Dewa Tua Pek Kong gemar makan Kuih Tau Sar Piah. Selain itu, semakin banyak kedai menjual yang Kuih Tau Sar Piah telah wujud di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Perubahan telah dilakukan terhadap Kuih Tau Sar Piah dengan mempelbagaikan perisa seperti pandan, kaya, kopi, durian dan sebagainya untuk memenuhi citarasa peminat Kuih Tau Sar Piah yang pelbagai.

OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti asal usul Kuih Tau Sar Piah. Seterusnya, kajian ini mengenal pasti perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti cabaran dan kejayaan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari 1970 hingga tahun 1990.

PERSOALAN KAJIAN Esei ini akan menjelaskan tentang asal usul Kuih Tau Sar Piah. Selain itu, esei ini juga menjelaskan tentang perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

SKOP KAJIAN Kajian ini akan menfokuskan kepada asal usul Kuih Tau Sar Piah. kajian ini juga memumpukan perkembangannya di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990.Begitu juga, kajian ini mengkaji cabaran yang dihadapi dan kejayaan yang diperolehi dalam perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990.

SOROTAN KAJIAN Berdasarkan hasil kajian yang saya lakukan, terdapat juga beberapa kajian yang hampir sama dengan tajuk yang saya kaji. Antaranya, surat kahbar mandarin – Guang Ming Daily yang telah memperkenalkan keistimewaan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah. Begitu juga, blogger - Grace Yeoh telah menceritakan perkembangan beberapa kedai yang menjual Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah. Dia telah membuat analisis tentang Kuih Tau Sar Piah berdasarkan bentuk, saiz, perisa dan sebagainya yang dijual di kedai-kedai di Sungai Petani, Kedah.

KAEDAH KAJIAN Temu bual Saya akan mengadakan temu bual dengan pengusaha-pengusaha kedai di Sungai Petani, Kedah yang mengeluarkan Kuih Tau Sar Piah serta berniaga selama 50 tahun ke atas. Saya juga mengadakan temu bual dengan pelanggan-pelanggan kedai Kuih Tau Sar Piah tersebut. KEPUSTAKAAN Saya telah menggunakan kaedah kepustakaan dengan melayari internet untuk mencari sumber rujukan tentang Kuih Tau Sar Piah. Seterusnya, saya juga mencari surat khabar dan buku-buku yang berkaitan dengan asal usul dan perkembangan Kuih Tau Sar Piah untuk mendapat maklumat lebihan.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI PENDAHULUAN Dalam bahagian ini, saya akan menerangkan tentang asal usul Kuih Tau Sar Piahdan kemunculannya di Malaysia. ISI-ISI Saya akan menjelaskan perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Saya juga menjelaskan cabaran yang dihadapi dan kejayaan yang diperolehi dalam perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah. Saya turut menjelaskan bagaimana Kuih Tau Sar Piah dapat menjadi kuih yang digemari oleh masyarakat Cina dan kaum lain di Sungai Petani. KESIMPULAN Saya akan menerangkan Kuih Tau Sar Piah terus berkembang dalam kalangan masyarakat di Sungai Petani, Kedah. Saya juga mengenai harapan supaya Kuih Tau Sar Piah dapat dikenali oleh orang ramai.

PENUTUP Secara keseluruhannya, kajian ini akan menjelaskan asal usul dan perkembangan Kuih Tau Sar Piah di Sungai Petani, Kedah dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kuih Tau Sar Piah untuk berkembang di Sungai Petani, Kedah. Kajian ini turut menunjukkan bahawa Kuih Tau Sar Piah telah menjadi satu makanan yang digemari oleh masyarakat Cina dan kaum lain di Malaysia.

BILLIOGRAFI “北马美食桃花源”, 光明日报, 9 februari 2008. 双溪大年伴手礼, http://ceresgrace.blogspot.my 双溪大年老字号大饼家 Lau Zi Ho Enterprise, http://chenbengleedeliciousfooddirectory.blogspot.my Resipi Kuih Tau Sar Piah, http://www.jennyong.co.uk 綠豆沙餅, https://zh.wikipedia.org

More Documents from "WingFatt Khoo"

Kk-sejarah.docx
November 2019 6
December 2019 8
December 2019 12
May 2020 9