KISAH NABI MUSA A.S Nabi Musa A.S dilahirkan di Mesir pada zaman pemerintahan Raja Firaun. Firaun adalah raja kafir yang menganggap dirinya sebagai Tuhan semesta alam dan sangat kejam.
Pada suatu malam, Firaun
bermimpi bahawa mahkota yang dipakainya hilang. Firaun memanggil ahli ramalnya dan berdasarkan ramalan mimpi tersebut membawa petanda bahawa pada suatu masa kekuasaan raja akan terancam oleh seorang bayi lelaki yang sebentar lagi akan dilahirkan. Mendengar ramalan mimpi tersebut, Firaun kemudian memerintahkan bala tentaranya untuk membunuh semua bayi lelaki yang lahir di negerinya. Setelah mendengar perintah tersebut, ibu Nabi Musa yang bernama Yukabad merasa gelisah dan khuatir jika Musa menjadi sasaran dan akan dibunuh juga.
Lalu, Yukabad mendapat mimpi untuk
menghanyutkan anaknya (Musa) yang baru berumur 3 bulan waktu itu ke Sungai Nil. Dengan sangat terpaksa, beliau menghanyutkan bayinya dalam sebuah peti kerana yakin bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Peti yang dihanyutkan itu kemudiannya ditemui oleh isteri Firaun yang bernama Siti Asiah. Pada masa itu, Asiah sedang berehat bersama dayangnya di tepi Sungai Nil. Musa hampir dibunuh oleh Firaun, tetapi dihalang oleh isterinya kerana mereka tidak mempunyai anak dan Asiah sangat sayang kepada bayi itu. Akhirnya Asiah mengambil Musa sebagai anak angkatnya. Ketika bayi itu menangis hendak menyusu, isteri Firaun segera mencari seorang wanita untuk menyusukannya. Akan tetapi, anehnya setiap wanita yang disuruhnya tidak dapat menyusukannya. Oleh kerana bayi itu tidak mahu menyusu isteri Firaun merasa sangat sedih. Namun, akhirnya ada juga seorang wanita yang dapat menyusukannya dan ternyata wanita itu adalah Yukabad, ibunya sendiri. Musa dibesarkan dalam istana kerajaan Firaun. Ketika Musa telah dewasa, beliau diangkat oleh Allah swt sebagai utusan-Nya untuk membebaskan kaumnya yang ditindas oleh Firaun. Walaupun Nabi Musa dididik dalam kawasan istana, baginda melihat banyak kaumnya yang tertindas, lalu baginda merancang untuk membelanya. Niat itu diketahui oleh tentera firaun dan kemudian melaporkannya kepada Firaun Nabi Musa bersama pengikutnya Bani lsrail lari menyelamatkan diri. Firaun bersama tenteranya terus mengejar Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya sehingga mereka sampai di tepi laut. Atas perintah Allah swt., Nabi Musa memukulkan tongkatnya ke atas air laut. Dengan serta merta laut terbelah dua dan di tengahnya ada jalan yang sangat luas dan indah. Nabi Musa bersama pengikutnya segera lari melalui jalan raya itu dan sampailah ke seberang lautan. Sementara itu, Firaun bersama tenteranya terus mengejar mengikuti jalan di tengah laut itu. Pada saat seluruh tentara Firaun telah berada di tengahtengah jalan tersebut, laut yang terbelah dua itu berubah kembali menjadi air laut. Maka tenggelamlah Firaun dan semua tenteranya di tengah Laut Merah. Akhirnya Nabi Musa dan semua pengikutnya selamat sampai di seberang Laut Merah, dengan pertolongan Allah swt.