Kisah 2 Malaikat

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kisah 2 Malaikat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,182
  • Pages: 4
Assalamualaikum... RENUNGAN BERSAMA.. *** Kisah 2 Orang MALAIKAT *** Rasulullah s.a.w. ada bersabda, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat.Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri.Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan kesalahan,apa yang harus aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala.Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya,kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. Wallahu A'lam.. *** SATU SYAWAL *** SAMPAI saatnya,Ramadhan al-Mubarak akan berlalu meninggalkan kita.Lalu bulan Syawal akan menggantinya.Berlalunya bulan Ramadhan mencetuskan rasa sayu dan sedih di hati para salihin.Mereka sedih dan menangis kerana peluang untuk mendapat pahala beribadah yang berlipat-ganda sudah tiada lagi. Diriwayatkan,kesedihan ini bukan dialami oleh manusia sahaja,malah dirasakan juga oleh para malaikat dan makhluk-makhluk lain.Riwayat daripada Jabir r.a : Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya: "Menjelang akhir malam Ramadhan,maka menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat,kerana dengan berlalunya Ramadhan,maka berlalulah fadhilatnya.Ini merupakan musibah bagi umatku".Ditanya orang, "Apakah musibah itu,ya Rasulullah?". Jawab Rasulullah s.a.w, "Dalam bulan itu segala doa mustajab,sedeQah maQbul,segala kebajikan digandakan pahalanya dan seksaan kubur terkecuali,maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?". Walau bagaimanapun,bulan Ramadhan tidak terus berlalu begitu sahaja.Ibadat puasa sebagai satu perjuangan sepanjang bulan Ramadhan itu,sebenarnya akan menemui kemuncaknya pada hari satu Syawal yang dinamakan

Hari Raya Puasa atau Hari Raya Fitrah ('Idul-Fitri) yang merupakan hari kemenangan bagi perjuangan Itu. Sekiranya perjuangan itu disempurnakan sebaikbaiknya dengan niat yang suci,ikhlas,penuh kesedaran,kebaktian dan ketaQwaan,nescaya tercapailah kemenangan atau kejayaan yang hakiki di dunia dan di akhirat. a) Sambutan Hari Raya Fitrah: HARI Raya Fitrah disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia.Malah,dikatakan disambut juga oleh para malaikat.Tersebut dalam khabar (hadis) : "Pada malam satu Syawal,atas perintah Allah Tabaraka wa Taala,para malaikat turun ke bumi.Mereka berdiri di segenap jalan dan berseru dengan suara yang dapat didengar oleh segala makhluk kecuali jin dan manusia : "Hai umat Muhammad.Keluarlah (beribadatlah) kamu kepada Tuhan yang Maha Pemurah!" Pada pagi hari raya,apabila berhimpun para muslimin dan muslimat di tempat-tempat ibadat,Allah Taala berfirman, "Hai sekalian malaikat-Ku.Apakah balasan kepada orang-orang yang mengambil upah (mengerjakan ibadat mereka)?" Sembah para malaikat, "Hai Tuhanku,Balasannya,disempurnakan upahan (pahala) bagi mereka". Allah berfirman lagi, "Persaksikanlah sekalian kamu,hai malaikat-Ku,bahawa Aku sesungguhnya telah menjadikan pahala puasa Ramadhan itu keredhaan-Ku dan keampunan-Ku.Hai sekalian hamba-Ku (umat Muhammad).Demi ketinggian-Ku dan kebesaran-Ku,Aku perkenankan permohonan kamu pada hari ini.Demi ketinggian-Ku dan kebesaranKu,sesungguhnya Aku tawaQuf (menamatkan) segala dosa kamu.Sesungguhnya kamu telah meredhakan Aku dengan keredhaan kamu". Kurniaan Allah S.W.T untuk umat Muhammad s.a.w itu disambut oleh para malaikat dengan rasa amat sukacita. Sejarah memperlihatkan satu Syawal menjadi pilihan Allah Taala untuk melakukan sesuatu yang teristimewa.Pada hari satu Syawal,Allah menciptakan syurga.Pada hari satu Syawal juga Syajaratul-Thuubaa (Pokok Kebahagiaan) ditanam.Pada hari Fitrah juga tukang-tukang sihir Fir'au diampunkan Allah dosa mereka. 1) Fadhilat 1 Syawal: DIRIWAYATKAN: Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, mafhumnya:

"Barangsiapa membaca : Laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syariika lah,lahul-mulku wa lahul-hamdu yuhyii wa yumiit,wa huwa haiyun laa yamuutu biyadikhal-khayr wa huwa 'alaa kulli syayin Qadiir sebanyak empat ratus kali sebelum daripada sembahyang sunat hari raya (sama ada 'Idil-Fitri atau 'Idil-Adha),dia akan dikahwinkan oleh Allah Taala dengan empat ratus bidadari (Hawrul-'Ayn) dan mendapat pahala seperti memerdekakan seratus raQabah (hamba)." Mengikut riwayat Abu Umamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,mafhumnya, "Barangsiapa mengerjakan ibadat pada kedua-dua malam raya,tidak mati hatinya pada hari yang dimatikan segala hati". b) Hikmat Hari Raya: SEBENARNYA setiap detik peristiwa pada kedua-dua hari raya tersebut adalah mengandungi hikmah dan makna atau merupakan gambaran simbolik kepada apa yang akan berlaku ke atas manusia selepas mati. Inilah hikmah,selain hikmat-hikmat yang sering diperkatakan menegenai hal yang berkaitan dengan kemanusiaan dan kemasyarakatan.Mengikut hukama' / ulama' : "Hari raya itu adalah untuk mengingatkan hamba Allah kepada hari akhirat (hari kiamat).Apa yang berlaku pada hari raya adalah tamsilan kepada detik-detik peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat ..." Justeru,hukama' menganjurkan agar setiap peristiwa pada hari raya direnungi dan dibayangkan sebagai ibarat atau tamsilan kepada peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat kelak,sebagaimana berikut: - Saat berlalunya bulan Ramadhan diibaratkan sebagai ketibaan saat kematian seseorang hamba Allah. - Bunyi mercun atau riang gembira hilai ketawa kanak-kanak pada hari raya diibaratkan sebagai bunyi tiupan sengkakala pada hari kebangkitan manusia dari kubur mereka. - Panggilan (tuntutan) sembahyang hari raya diibaratkan sebagai seruan Israfil pada Hari Kebangkitan di atas shakhrah (batu besar) di Baitul-MaQdis, "Hai segala tulang yang hancur! Hai segala kulit yang lebur!Hai segala bulu yang gugur.Telah diperkenankan kamu dibawa mengadap Allah". - Keluarnya muslimin dan muslimat beramai-ramai ke masjid atau ke padang untuk mengerjakan ibadah sembahyang sunat hari raya ditamsilkan dengan keluarnya (kebangkitan) manusia bertaburan dari kubur masing-masing pada hari kebangkitan (yaumul-ba'ts) lalu bergerak ke padang Mahsyar. - Pelbagai cara orang pergi ke masjid,ada berjalan kaki dan juga menaiki kenderaan.Keadaan yang berjalan kaki,ada yang perlahan,ada yang cepat atau terburu-buru.Dan yang berkenderaan pula dengan pelbagai jenis kenderaan,daripada basikal hingga kepada kereta mewah. Keadaan ini diibaratkan kepada pelbagai keadaan perjalanan manusia dari kubur mereka ke padang Mahsyar kelak.

- Ketibaan jemaah di masjid atau di padang pula ditamsilkan dengan ketibaan seluruh manusia di padang Mahsyar. - Keadaan jemaah di masjid atau di padang dengan pelbagai pakaian, rupa paras,warna kulit dan keadaan tempat duduk mereka ditamsilkan sebagai keadaan yang akan dialami oleh manusia di padang Mahsyar nanti. Antara mereka ada yang putih dan ada yang hitam muka mereka, ada yang duduk di bawah naungan 'Arasy,ada yang berpeluh berjemur panas.Ada juga mereka yang menduduki tempat teristimewa,iaitu para anbia',aulia' dan syuhada'. - Berdiri (Qiam) para jemaah untuk sembahyang sunat hari raya pula ditamsilkan sebagai berdirinya seluruh manusia di padang Mahsyar menghormati Tuhan Rabbul-Jalil. - Segala perbuatan dan bacaan dalam sembahyang sunat hari raya itu adalah sebagai tamsilan atau menggambarkan peristiwa demi peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat. - Selepas sembahyang,apabila Imam bangun membaca khutbah,maka tamsilannya ialah,Jibrail bangun mengumumkan keputusan nasib manusia di akhirat,sama ada menerima kebahagiaan atau kecelakaan (ditempatkan di syurga atau di neraka). Demikianlah,anjuran hukama' supaya apa yang berlaku pada hari raya itu direnungi dan dijadikan iktibar,dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa yang bakal terjadi pada hari kiamat.Dengan berbuat demikian,diharap akan timbul keinsafan dan ketaQwaan dalam diri. 2) Lima Hari Raya yang Lain: Hari Raya Fitrah dan hari Raya Adha merupakan dua hari raya di dunia semata-mata.Sebenarnya,bagi mukminin / mukminat,ada lagi lima hari raya yang lain,iaitu : - hari kelahiran dari kandungan rahim ibu dalam keadaan suci daripada dosa; - hari kematian dengan pencapaian husnul-khaatimah; - hari kejayaan melewati titian Siratal-MustaQim dan terselamat daripada pelbagai huru-hara pada hari kiamat; - hari memasuki syurga dengan sejahtera; - hari menemui (menikmati) wajah Allah Azza wa Jall - hari raya yang paling agung ('Idul-akbar )! Wallahu a'lam.

Related Documents

Kisah 2 Malaikat
May 2020 6
Kisah Malaikat Meminta Tanah
December 2019 12
Malaikat
November 2019 37
Malaikat
June 2020 36
Kisah-kisah
April 2020 62