Kia2m

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kia2m as PDF for free.

More details

  • Words: 521
  • Pages: 4
KIA2M Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis

1. Pendahuluan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

02. Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut: 1) Percalonan 4) Pengajaran 2) Ujian penapisan 5)Penilaian 3) Perancangan 6) Tindakan susulan

Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan. Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian. a. Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. b. Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. c. Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

03. Pendekatan Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar. a. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar. b. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. c. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

04. Teknik Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah: teknik bercerita teknik kuiz teknik latih tubi teknik lakonan teknik tunjuk cara teknik menyanyi teknik bersoal jawab teknik main peranan

Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan

kumpulan cepat sederhana lambat

langkah 1 interaksi guru secara kelas

langkah 2 kerja bertulis interaksi guru secara kumpulan kecil

langkah 3 pengukuha n kerja bertulis interaksi guru secara individu

Related Documents

Kia2m
October 2019 13
Kia2m
May 2020 8
Carta Organisasi Kia2m
October 2019 17
Bm Kia2m(bab 1)
December 2019 11
Bahan Instrumen Kia2m
June 2020 5
Carta Organisasi Kia2m
April 2020 5