KETETAPAN SURUHANJAYA PILIHANRAYA UMI SESI 2009/2010 PENCALONAN : 1. Setiap ahli adalah layak untuk mencalonkan hanya sekali individu-individu yang difikirkan layak untuk memegang tampuk pimpinan Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI). 2. Setiap pencalonan mestilah mendapat persetujuan terlebih dahulu dari pihak yang dicalonkan kecuali calon yang dicadangakn melalui mesyuarat exco sesi 2008/2009. 3. Kerusi yang dipertandingkan adalah seperti berikut: • • •
Borang (A) : Pengerusi (seorang) Borang (B) : Timbalan Pengerusi (seorang) Borang (C) : Ahli Jawatankuasa (EXCO) (4 orang)
BORANG PENCALONAN : 1. Borang pencalonan hendaklah diisi dengan lengkap sebelum diserahkan. Pihak SPR berhak membatalkan tanpa notis mana-mana borang yang gagal diisi dengan lengkap. 2. Borang mestilah diserahkan kepada wakil-wakil SPR UMI di tempat borang-borang itu di ambil sebelum jam 4 petang, Selasa, 17 Mac 2009. 3. Borang-borang pencalonan boleh diperolehi dari wakil-wakil SPR UMI di kawasan-kawasan berikut dengan bayaran sebanyak LE 2 bermula pada hari Jumaat, 13 Mac 2009: • • • •
Mandaroh (A) : Rumah Ust Faizal Hasnol Bin Yahaya (0113587218) Mandaroh (B) : Rumah Ust Firdaus Bin Sulaiman (0110313693) Asofiroh (A) : Rumah Ust Azizuddin Bin Abdullah (0119149118) Asofiroh (B) : Rumah Ust Lokmanul Hakim Bin Abd Rahman (0118494712)
PENGUNDIAN : 1. Sesi pengundian akan dijalankan sekiranya terdapat lebihan calon untuk jawatan-jawatan tertentu. Jika tiada, maka semua calon akan menang tanpa bertanding. 2. Tempoh berkempen bagi calon-calon yang bertanding bermula selepas pengesahan calon melalui web rasmi SPR UMI jam 12 malam, tarikh 17 Mac 2009 hingga hari pembuangan undi pada 19 Mac 2008 jam 3.00 ptg. 3. Nama-nama yang dicadangkan untuk jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMI akan dihantar kepada pihak PMRAM dan keputusan muktamad hanya akan ditentukan melalui persetujuan pihak PMRAM. MAKLUMAN CALON : 1. Calon mestilah berdaftar sebagai ahli UMI. 2. Calon tidak boleh menyentuh peribadi calon lain semasa berkempen. 3. Calon tidak semestinya hadir pada hari pengundian.
MAKLUMAN PEMILIH : 1. Setiap pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja. 2. Masa pengundian bermula jam 1.30 ptg hingga 3.00 ptg pada hari Khamis 19 Mac di Dewan Zajlatul Abidah (Markaz DPMI) 3. Pemilih hanya perlu memilih 1 (satu) calon KETUA, 1 (satu) calon TIMBALAN KETUA, dan 4 (empat) calon Ahli Jawatankuasa. 4. Kesilapan dalam perkara 3 di atas akan menyebabkan undi anda dikira rosak. 5. Pemilih mestilah hadir sendiri untuk pembuangan undi. HILANG KELAYAKAN : Seseorang pemilih akan hilang kelayakan untuk mengundi jika dia: 1. Pada tarikh pengundian, ditahan kerana tidak siuman (gila) atau sedang menjalani hukuman penjara 2. Telah gugur syarat/autoriti sebagai ahli UMI. BANTAHAN : 1. Sebarang bantahan terhadap perjalanan Pilihnraya, sila behubung terus dengan Pengarah SPR UMI. 2. Bantahan dibuka bermula ketika iklan ini disebarkan hingga sehari selepas hari pengundian. Disediakan oleh : Mohamad Fairuz Bin Tamjis Pengarah, SPR UMI 2009/2010 Tel : 0111261709 http://spr-umi.blogspot.com