KESULTANAN MELAYU MELAKA
NAMA
: MUHAMMAD SHAQIL
IMRAN KELAS
: 5 BUDIMAN
MATA PELAJARAN : KAJIAN TEMPATAN GURU MENGAJAR : CIKGU CHE SALAWATI
Istana Kesultanan Melaka
Mukasurat 1
BIODATA Nama
:
Kelas
Muhammad Shaqil Imran :
Umur
:
Alamat
5 budiman
11 tahun :
Blok b 4-4 Menara
:
31 Dismber 1998
Bangsar Tarikh Lahir Tempat Lahir : Anak Ke
Kuala Lumpur
:
2
Sekolah
: SK Bukit Bandaraya
Hobi
:
Bermain Skuasy
Mata Pelajaran Kegemaran
:
Matematik
ISI KANDUNGAN INDEX
MUKASURAT Mukasurat 2
1.
Tajuk, Nama, Mata Pelajaran Dan Guru Yang Mengajar.
1
2.
Biodata
2
3.
Isi Kandungan
3
4.
Pengenalan Kesultanan Melayu Melaka
4
Kegemilang Melaka
5
Pusat Perdagangan
7
Kedatangan Kuasa Luar
8
Penaklukan oleh Portugis
8
Penaklukan oleh Belanda
10
Penaklukan oleh British
10
5. Tokoh-tokoh pada zaman Kesultanan Melayu
11
Parameswara
12
Sultan Muzzafar Shah
14
Sultan Mansor Shah
15
Sultan Alauddin Riayat Shah
18
Bendahara Tun Perak
19
Pengenalan Kesultanan Melayu Melaka Mukasurat 3
Negeri Melaka dibuka oleh Parameswara, seorang putera raja dari Palembang, Sumatera. Ketika di Palembang baginda telah kalah dalam peperangan dengan Majapahit dan telah melarikan diri ke Temasik [Singapura]. Di Temasik baginda telah membunuh wakil kerajaan Siam, iaitu Temagi. Baginda telah melarikan diri ke Muar hingga ke Bertam. Sewaktu berehat dibawah sepohon pokok, baginda telah melihat seekor pelanduk telah menendang anjing buruan baginda sehingga terjatuh kedalam sungai. Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu, Parameswara telah menamakan tempat itu Melaka, sempena dengan nama pohon tempat baginda berehat .
Kegemilang Melaka
Mukasurat 4
Kerajaan Melaka di ketuai oleh raja yang mempunyai kuasa tertinggi dan hamper berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri. Raja di bantu oleh majlis tertinggi yang di anggotai oleh orang besar empat iaitu Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Peranan Sulatan dan Pembesar Empat Lipatan a)
Sultan
i.
Pemerintah negeri, ketua pentadbiran, ketua agama Islam dan
ketua tentera ii.
Berkuasa penuh dalam pentadbiran negara
iii.
Berkuasa penuh melantik pembesar menyelaras activiti
perdagangan dan menjalin hubungan diplomatic b)
Bendahara
i.
penasihat utama dan pembesar terpenting sultan
ii.
ketua eksekutif kerajaan
iii.
ketua turus angkatan tentera dan ketua hakim
iv.
dibantu oleh bendahari-bendahari Melaka dan syahbandar
v.
menjadi pemangku sultan ketika sultan gering atau ketua Negara c)
Temenggung
i.
ketua protokol istana
ii.
mengetuai pasukan keselamatan (ketua polis dan ketua penjara
iii.
menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri serta
keselamatan raja iv. d)
hakim kes jenayah di darat dan menjadi penguasa kota Melaka Laksamana
Mukasurat 5
i.
ketua seluruh angkatan tentera laut
ii.
bertanggungjawab menghapuskan musuh
iii.
mengawal keselamatan sultan
iv.
ketua diplomat (utusan raja) ke seberang laut
e)
Penghulu Bendahari
i.
ketua bendahari
ii.
mengendalikan perbelanjaan negeri
iii.
mengutip cukai atau ufti serta bayaran lain yang di tentukan oleh
kerajaan iv.
ketua urus setia istana dan ketua syahbandar
v.
dibantu oleh bendahari-bendahari dan syahbandar
Pusat Perdagangan
Mukasurat 6
Negeri Melaka terletak di Semenanjung Malaysia yang menghadap Selat Melaka. Selat Melaka adalah jalan laut yang selamat di gunakan oleh perdagangan barang-barang dari Timur dan Barat seperti pedagangpedagang Eropah, Asia Barat, Afrika Timur, Jepun dan China kerana ia terlindung daripada tiupan angin Monsun. Melaka yang terletak di tengahtengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat telah memberi kemudahan dan menjimatkan masa pedagang-pedagang dari India dan China. Pedagangpedagang ini tidak perlu membuat perjalanan yang lengkap tetapi mereka boleh singgah di Melaka. Kecekapan sistem pentadbiran pelabuhan Melaka serta kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang menyebabkan pedagang-pedagang ini tertarik untuk datang ke negeri Melaka. Aliran Keluar Masuk Barang Dagangan Dari Melaka
PedagangPedagang Pegu (Myanmar) Siam (Negeri Thai) China India Jawa Filipina
Ke Melaka
Dari Melaka
Permata, Perak, Makanan. Beras, Ikan Kering, Permata, Hamba Abadi. Kain Sutera, Tembikar, Tembaga. Kain, Senjata, Bahan Pencelup, Minyak Wangi. Beras, Rempah, Hamba Abadi. Emas, Makanan.
Kain, Tembikar. Kain, Minyak Wangi.
Kedatangan Kuasa Luar
Mukasurat 7
Biji Timah, Damar, Lada Hitam. Lada Hitam, Kayu Cendana, Bijih Timah, Emas, Kain Sutera. Kain, Alat-Alat Besi. Kain, Tembaga.
•
Penaklukan oleh Portugis
Pihak-pihak yang menjajah Negara kita mempunyai tujuan tersendiri untuk datang dan menjajah Negara kita. Orang Portugis datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada masa ini rempah yang banyak terdapat di Negara Asia tenggara menjadi tarikan kepada orang Eropah ke Timur untuk merebut peluang perdagangan rempah. Pada masa ini, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara. Portugis juga datang ke Melaka untuk meyebarkan agama Kristian. Pihak Portugis telah menghantar rombongan yang diketuai oleh Lopez de Sequiera untuk berdagang di Melaka. Pihak Melaka telah menangkap Lopez de Sequiera dan rombongannya kerana menyangka ia hendak menguasai Melaka seperti yang dilakukan terhadap India. Peristiwa ini menyebabkan Portugis menyerang Melaka.Pihak Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque telah menyerang dan menawan Melaka pada tahun 1511 dan mereka telah memerintah Melaka sehingga 1641. Sultan Mahmud dan rakyatnya telah berjuang bermati-matian untuk merpertahankan negeri Melaka tetapi mereka gagal kerana kekuatan kota A Famosa yang dibina oleh Portugis untuk mengalahkan Melaka A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain. Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka. Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menaramenara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Mukasurat 8
Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.
Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa
•
Penaklukan oleh Belanda
Mukasurat 9
Orang Belanda datang ke timur pada abad ke-17 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah.Kedatangan mereka ke timur adalah disebabkan penutupan pelabuhan Lisbon di Portugal, iaitu tempat mereka mendapatkan bekalan rempah.Kedatangan Belanda bertujuan untuk menguasai kawasan perdagangan di Selat Melaka. Orang Belanda tidak mahu Melaka yang telah dikuasai oleh Portugis menjadi saingan kepada Pelabuhan Betawi.Orang Belanda telah menyerang Melaka dengan bantuan dari Sultan Johor dan mereka telah berjaya menakluki Melaka pada tahun 1641.
•
Penaklukan oleh British
Sebelum menakluki Tanah Melayu, British telah menguasai sebahagian besar India dan menjadikan Madras, Calcuta dan Bombay sebagai pusat perdagangan.Orang British mula menduduki Pulau Pinang pada tahun 1786,namun Pulau Pinang tidak berkembang maju. British bercita-cita menguasai pelabuhan Melaka dan kawasan biji timah di Semenanjung Tanah Melayu.Pada tahun 1819 Orang British dibenarkan menduduki Singapura setelah memperalatkan Tengka Hussein sebagai Sultan Johor-Riau.Pada tahun 1824,Melaka telah diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.Orang British telah menggabungkan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Semasa pemerintahan British, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah dipaksa untuk menerima seorang Residen. Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor juga dipaksa untuk menerima seorang Penasihat Inggeris. Orang British telah menjajah Tanah Melayu sehingga 31 Ogos 1957
Tokoh - Tokoh Pada Zaman Kesultanan Melayu Mukasurat 10
KESULTANAN MELAKA Tempoh
Sultan
1400 – 1414
Parameswara
1414 – 1424
Sultan Iskandar Shah
1424 – 1444
Sultan Muhammad Shah
1444 – 1445
Sultan Abu Syahid
1445 – 1459
Sultan Muzaffar Shah
1459 – 1477
Sultan Mansor Shah
1477 – 1488
Sultan Alauddin Riayat Shah
1488 – 1511
Sultan Mahmud Shah
Parameswara
Mukasurat 11
Gambar Parameswara
Pemerintahan Kesultanan Melaka : 1400-1414 Gelaran : Putera Sriwijaya Lahir : 1344, Palembang, Sriwijaya Mangkat : 1414, Melaka, Kesultanan Melaka Pendahulu : Paduka Seri Rana Wira Kerma, Raja Temasek. Pengganti : Megat Iskandar Shah Kerabat diraja : Kerabat Diraja Melaka, Sriwijaya Ayahanda : Paduka Seri Rana Wira Kerma Parameswara (1344-1414) merupakan seorang Raja Temasek yang berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402. Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan emperkembangkan Islam kerana pedagang dari Gujerat , India dan pedagang Arab dari Timur Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu, Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam pada 1414.
Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan salah bahawa Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama.
Mukasurat 12
Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja Pasai dari Sumatera. Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai bangsa berhimpun. Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang berugama Islam. Nama Islam Cheng Ho ialah Ma Sam Pao. Ma bermaksud Mohamad. Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo. Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446 - 1459) .Tenteranya berjaya menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.
Sultan Muzaffar Shah
Mukasurat 13
Sultan Muzaffar Shah atau nama sebenarnya Raja Kassim ialah Sultan Melaka ke-5. Baginda memerintah dari 1446 hingga 1459. Sultan Muzaffar Shah bertanggungjawab menggubal Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Melaka menjadi pusat pengajian agama Islam dan Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, kerajaan Melaka mula memperluas kuasanya.Kawasan yang berjaya dikuasai adalah Pahang, Inderagiri dan Kampar.Tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah membolehkan kerajaan Melaka memperluas kuasanya.Antaranya ialah: • Tun Perak dihantar untuk menghadapi serangan Siam terhadap Melaka. • Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China.Kesannya ialah Melaka diiktiraf bukan sahaja oleh sebuah kuasa yang besar seperti China tetapi juga oleh kerajaan-kerajaan lain dirantau Asia Tenggara. • Kebijaksanaan baginda menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Kesannya ialah wujud keamanan dalam negeri yang membolehkan baginda menumpukan usaha kepada perluasan kuasa.
Sultan Mansor Shah
Mukasurat 14
Sultan Melaka Keenam Pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka: 1459-1477
Pendahulu
Sultan Muzaffar Shah
Pengganti
Sultan Alauddin Riayat Shah
Kerabat diraja
Kerabat Diraja Melaka
Sultan Mansor Shah (memerintah 1459-1477) adalah gelaran kepada Raja Abdullah, baginda menaiki tahta Kesultanan Melayu Melaka selepas kemangkatan bapanya Sultan Muzaffar Syah. Menurut Tom Pires yang menulis Suma Oriental. Mansor Shah mula memerintah dengan bijaksana di atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang-orang tua untuk pemerintahan yang baik dalam perkara-perkara keadilan serta keselamatan negeri; baginda menyatukan rakyatnya. Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah. Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau sekitarnya. Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur. Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru. Dikatakan negeri ini mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan Siantan diberi percuma oleh Majapahit setelah Mansor Shah berkahwin dengan puteri Batara Majapahit itu. Perkahwinan untul kesenangan Antara tindakan bijak baginda ialah menawan raja negeri yang ditawan dan mengislamkan mereka, kemudian memberikan seorang puteri Melaka sebagai permaisuri untuk raja tersebut. Misalnya anak raja Siak dikawinkan dengan puteri Mansor Shah bernama raja Mahadewi. Di beberapa negeri lain seperti Pahang dan kampar, pembesar Melaka akan mentadbir sementara sehingga diambil alih oleh putera-putera Mansor Shah yang telah besar. Tindakan ini dianggap perkahwinan untuk kesenangan dan antara penyebab pengembangan Islam secara meluas di kawasan kepulauan Melayu.
Mukasurat 15
Baginda juga mengahwini puteri-puteri dari negeri tawanan seperti Puteri Wanang Seri dari Pahang, Radeh Galoh Candra Kirana dan anak-anak menteri seperti Tun Putih Nur Pualam. Malah baginda juga mengambil puteri-puteri berbagai bangsa seperti Hang Li Po dan lain-lain sebagaimana catatan Tom Pires: “Baginda mengambil semua puteri-puteri yang cantik-cantik daripada saudagar-saudagar Parsi dan Keling, dan menjadikan gundik baginda, mengislamkan mereka sebelum kahwin, dan mengahwinkan pula mereka dengan anak-anak menteri dan disertakan emas kahwin; dan adat perkahwinan berlainan kaum tidak menghairankan di Melaka” Menurut Pires lagi, Sultan juga membina masjid yang cantik di kaki Bukit Melaka berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Melaka. Baginda menyuruh menurunkan cukai ke atas barang dagangan. Ini menyebabkan para pedagang berminat singgah di Melaka. Sistem Cukai Keutamaan (Preferential Tariff System) diperkenalkan dan bagi pedagang sebelah barat (misalnya India, Arab dan lain-lain) dikenakan cukai 6 %, pedagang tempatan sekitar 3% tetapi peliknya bagi negeri-negeri dari timur seperti China, Jepun dan Jawa tidak dikenakan cukai. Tenaga kerja dan buruh mahir mudah diperolehi. Apabila istana Sultan terbakar, tenaga mahir dari beberapa negeri berdekatan datang membantu membina istana dalam tempuh yang singkat pula Cinta agama Sultan Mansor Shah turut memuliakan alim ulama sambil mendalami ilmu agama hingga ke tahap ilmu tasawuf. Apabila kitab Ad Darrul Manzum karangan Maulana Abu Ishak diarak dari kapal sampai ke balairung, baginda datang sendiri berguru dengan Maulana Abu Bakar. Kemudian menitahkan pula supaya kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Pasai oleh Makhdum Patakan. Dalam banyak hal keagamaan, baginda lebih suka merujuk ke Pasai kerana negeri itu lebih kanan dalam segi agama. Kanun undang-undang Melaka dikatakan mirip kepada keislaman dan qadhi melaka ketika itu ialah Sayid Yusof iaitu anak kepada Sayid Abdul Aziz yang telah mengislamkan Melaka.
Mukasurat 16
Pendek kata zaman baginda, Melaka sampai puncak kegemilangannya kerana diperintah oleh raja yang berilmu, adil dan pencinta agama. Tambahan pula ada pembantu-pembantu negara seperi Paduka Bendahara Tun Perak dan para hulubalang. Kata Tom Pires lagi: “..tidak diragui lagi bahawa Melaka begitu penting dan beruntung sekali, nampaknya bagi saya tiada bandingannya dalam dunia.. barang siapa menjadi raja Melaka meletakkan tangannya ke kerongkong Venice..” Isteri 1. 2. 3.
Raden Galoh Cendera Kirana Puteri Hang Li Poh Puteri Lela Wangsa (anakanda Maharaja Dewa Sura)
Anakanda 1.
2. 3. 4. 5.
Raja Ahmad Raja Bakal (kakanda perempuan Raja Husain)- hasil bersama Raden Galoh Cendera Kirana Raja Husain (Sultan Alauddin Riayat Syah)- hasil bersama Raden Galoh Cendera Kirana Paduka Mimat - hasil bersama Puteri Hang Li Poh Paduka Seri Cina - hasil bersama Puteri Hang Li Poh
Istana Kesultanan Melaka Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansor Shah yang memerintah Melaka dari 1459 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986.
Sultan Alauddin Riayat Shah Sultan Alauddin Riayat Shah
Mukasurat 17
Sultan Melaka Ketujuh Pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka: 1477-1488
Gelaran
Marhum Berdarah Putih
Dikebumikan
Pagoh, Johor
Pendahulu
Sultan Mansor Shah
Pengganti
Sultan Mahmud Shah
Kerabat diraja
Kerabat Diraja Melaka
Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah merupakan seorang pemimpin yang warak dan mementingkan pentadbiran negeri.Baginda memerintah Melaka mulai tahun 1477-1488. Menurut buku Sejarah Melayu, baginda juga seorang yang gagah. Baginda adalah seorang sultan yang cekap dan adil dalam pemerintahan. Bagida mementingkan keamanan negeri sehinggga sanggup menyamar untuk menangkap penjenayah.Keamanan yang dicapai pada zaman tersebut membolehkan baginda menumpkan perhatian penuh kepada usaha-usaha perluasan kuasa. Pada masa pemerintahan baginda,undang-undang Islam dilaksanakan dengan tegas. Kemenangan besar yang dicapai oleh baginda adalah ke atas Aru. Laksamana Hang Tuah memainkan peranan yang penting dalam peperangan tersebut. Isteri • Tun Senaja (anakanda Tun Ali dan Tun Kudu) Anakanda • Raja Zainal • Raja Munawar • Raja Hitam • Raja Mahmud • Raja Fatimah
Bendahara Tun Perak
Mukasurat 18
Tun Perak mula menjadi Bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.Tun Perak merupakan salah seorang pembesar yang berperanan penting dalam usaha memperluaskan kuasa kerajaan Melaka. Beliau berjaya menghalang serangan Siam pada tahun 1445. • Ketika itu beliau adalah penghulu Klang. • Strategi beliau ketika itu ialah mengarahkan pengikutnya membawa keluarga masing-masing berpindah ke Melaka.Ini menaikkan semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka. Semasa beliau menjadi Bendahara Melaka, serangan Siam sekali lagi dapat dipatahkan. Strategi beliau untuk mematahkan serangan Siam adalah dengan: • Menggunakan perhu kecil. Ini menyukarkan pihak Siam mengejar tentera Melaka • Mengikat jamung di pokok bakau. Ini dapat mengelirukan tentera Siam yang beranggapan Melaka memiliki bilangan tentera yang ramai lalu berundur. Satu lagi kejayaan Tun Perak adalah menakluki Pahang yang dikuasai Siam pada ketika itu.Tun Perak adalah seorang pembesar yang amat setia kepada sultan. • Kesetiaan beliau dapat dibuktikan oleh peristiwa pembunuhan anaknya Tun Besar oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja Muhammad Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela tetapi hanya meminta agar Raja Muhammad tidak dilantik menjadi pengganti sultan. Raja Muhammad akhirnya dihantar ke Pahang dan menjadi raja di sana. • Tindakan Tun Perak berjaya mewujudkan keamanan dalam kerajaan Melaka. Kesetiaan rakyat Melaka kepada sultan juga berjaya dikekalkan oleh beliau.
Bendahara Pembina Empayar
Mukasurat 19
Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak. Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja. Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negaranegara jiran yang lain. Pelantik Raja Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebaga contoh, Sultan Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau. Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam satu permainan sepak raga. Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetap baginda hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang
Mukasurat 20
lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan Mahmud. Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah setelah bernaung di bawaah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6. Anakanda 1. 2. 3. 4.
Tun Zainal Abidin Tun Pikrama Tun Telanai Tun Besar
Sahabat 1. 2. 3. 4.
Hang Ujal (gelaran: Tun Bija Setia) Sang Naweng Hang Busu (gelaran: Tun Bija Pikrama) Hang Tulus (gelaran: Tun Rakna)
Mukasurat 21