Kesan Interaksi antara GJauyran aPl ePretanudtiadnik, aGna 2y8a (P2e0n0g3a)j a9r1a -n 1 d0a3n Komitmen 91
Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen terhadap Profesyen Perguruan NORIAH MOHD ISHAK NOR SAKINAH MOHAMAD ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau gaya pertautan, gaya pengajaran dan komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru pelatih. Secara khususnya kajian ini cuba melihat perbezaan komitmen di kalangan guru-guru pelatih yang mempunyai gaya pertautan, gaya pengajaran, jantina dan bidang pengkhususan yang berbeza. Seramai 254 orang subjek telah memberikan respons kepada tiga soal selidik; Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen Terhadap Pekerjaan. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan ANOVA sehala dan dua hala. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa wujud perbezaan komitmen dikalangan guru-guru yang berlainan gaya pertautan dan pengajaran serta jantina dan bidang pengkhususan. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud kesan interaksi antara gaya pertautan dan gaya pengajaran ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru pelatih tersebut. ABSTRACT
This study explored attachment styles, teaching styles and commitment towards teaching profession among the pre-service teachers. Specifically, the study tried to examine differences in commitment towards teaching profession among the pre-service teachers with different attachment styles, teaching styles, gender and specialization areas. Two hundred and fifty-four respondents responded to three questionaires, namely: Attachment Style, Teaching Style and Commitment towards Teaching Profession. The data was analysed using Oneway and Two-way ANOVAs. The results showed that there is significance difference in commitment towards teaching profession among the pre-service teachers for different type of attachment styles, teaching styles, gender and specialization areas. The results also showed that there is interaction between attachment styles and teaching styles on commitment towards teaching profession among the pre-service teachers. 92 Jurnal Pendidikan 28
PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana-mana sahaja, secara formal dan tidak formal. Bagaimanapun, proses ini tidak akan lengkap jika jentera pengendalinya, iaitu guru, tidak menjalankan tugas mengajar secara bersungguhsungguh. Guru merupakan penggerak dan pendorong kepada semua proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Kedua-dua peranan tersebut adalah penting dalam usaha membantu pelajar meningkatkan keinginan untuk meneroka alam akademik yang ada kalanya melampaui batasan keupayaan pelajar-pelajar untuk belajar terutamanya di zaman era globalisasi ini. Justeru, guru harus menggunakan segala kemahiran mengajar yang ada untuk menarik minat pelajar, bukan sahaja untuk meneruskan proses pembelajaran, malah untuk membantu mereka melangkah batasan keupayaan agar dapat terus maju dalam bidang akademik. Ini akan dapat membantu membina sifat daya saing pelajar-pelajar dan seterusnya meningkatkan kebolehan kemandiri mereka untuk terus maju dalam bidang akademik. Pelajar akan dapat mengikuti proses pengajaran dengan lebih mudah jika guru yang mengajar prihatin terhadap perkembangan dan keperluan semasa pelajar. Keprihatinan tersebut merangkumi sikap yang positif terhadap keupayaan pelajar, mengambil berat tentang kesejahteraan pelajar, menunjukkan sikap penyayang, mempunyai sikap yakin diri dalam melakukan proses pengajaran, serta memahami bahawa proses pengajaran-pembelajaran harus berlaku secara
dua hala. Oleh itu gaya interaksi guru tersebut dengan pelajarnya akan dapat menggambarkan kesungguhan guru dalam membantu pelajar meneroka pengetahuan-pengetahuan baru. Ini seterusnya dapat meningkatkan komitmen guru tersebut terhadap profesyen perguruan yang diceburinya. Gaya pertautan memainkan peranan yang penting dalam proses berinteraksi antara guru dan pelajar. Ini dapat dilihat melalui paparan tingkahlaku seseorang dengan persekitarannya. Seorang guru dikatakan mempunyai gaya pertautan yang selamat jika mereka dapat menggalakkan pelajar agar berani bertanya, tidak takut melakukan kesilapan, serta belajar daripada kesilapan tersebut. Guru tersebut juga akan sentiasa bersedia untuk membantu pelajar mereka belajar melalui kesilapan yang dilakukan. Guru-guru sedemikian dikatakan berkebolehan menyediakan tapak pembelajaran yang selamat untuk digunakan oleh pelajar semasa proses penerokaan. Tapak sedemikian digambarkan oleh Ainsworth (1989) sebagai secure base yang menjadi penggalak kepada pelajar untuk mahu terus mencuba meneroka pengetahuan-pengetahuan baru walau pun dalam situasi yang agak asing bagi mereka. Grasha (1996) mencadangkan bahawa guru-guru yang berkeyakinan mengajar akan lebih berminat untuk mewujudkan hubungan yang mesra dengan pelajar-pelajar. Mereka akan dapat menjalankan proses pengajaran dengan lebih berkesan kerana dapat diterima oleh pelajar dengan baik. Kehadiran mereka Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen 93
sebagai guru lebih dilihat sebagai seorang fasilitator yang membantu melancarkan proses pembelajaran, dan bukan sebagai seorang autoriti yang hanya mahu menyumbat maklumat kepada pelajar-pelajar. Guru sedemikian juga beranggapan bahawa hubungan baik guru-pelajar boleh membantu merangsang pelajar untuk terus berminat dalam pelajaran, manakala peranan mereka sebagai fasilitator dalam proses pengajaran-pembelajaran dapat membantu pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berani dalam mempelajari setiap topik baru. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini semakin ramai guru dilaporkan bertingkahlaku secara tidak profesional terhadap pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan. Guru dilaporkan menampar, mengetuk kepala pelajar dengan objek berat, memukul dan berbagai tingkahlaku lain yang boleh menjatuhkan maruah pelajar serta guru itu sendiri (The Sun, Ogos, 1999; The Sun, Disember, 1999). Pelajar-pelajar yang menerima layanan sedemikian menjadi takut untuk ke sekolah atau belajar di bawah pengawasan guru-guru dan mengakibatkan proses pengajaranpembelajaran terganggu. Persoalan yang timbul ialah kenapa guru-guru tersebut bertingkahlaku sedemikian? Apakah gaya pertautan dan pengajaran yang menjadi amalan guru-guru ini sehingga mereka tidak lagi boleh memikirkan kebajikan serta keselamatan pelajar seperti yang dikehendaki oleh etika perguruan? Dan apakah kesan tingkah laku mereka terhadap komitmen kepada profesion perguruan? Secara khususnya kajian ini cuba menjawab persoalan berikut: 1. Adakah wujud kesan interaksi antara gaya pertautan dan gaya pengajaran ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru pelatih? 2. Adakah wujud kesan interaksi antara gaya pertautan dan faktor jantina ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru pelatih? 3. Adakah wujud kesan interaksi antara gaya pertautan dan aliran pengkhususan ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru pelatih? 4. Adakah wujud kesan interaksi antara gaya pengajaran dan faktor jantina ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru pelatih? 5. Adakah wujud kesan interaksi antara gaya pengajaran dan aliran pengkhususan ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guruguru pelatih? TINJAUAN LITERATUR
Bowlby (1969) mencadangkan bahawa setiap individu yang lahir akan memerlukan sekurang-kurangnya seorang individu lain untuk berinteraksi dan bertaut dan setiap individu ini pula mempunyai gaya pertautan yang menjadi amalan mereka berdasarkan hubungan masa lepas (Bowlby 1969; Hazan & Shaver 1987). 94 Jurnal Pendidikan 28
Bagaimanapun, gaya pertautan tersebut boleh bertukar mengikut persekitaran. Justeru, adalah tidak mustahil bagi seseorang yang mempunyai gaya pertautan tidak selamat belajar untuk membentuk gaya pertautan yang lebih selamat agar mempunyai sifat yakin diri yang lebih mantap. Ini telah dapat dibuktikan melalui kajian-kajian yang dijalankan oleh Hazan dan Shaver (1987, 1990), Cassidy (1988), Holmes dan Rempel (1989) dan Noriah (1999). Kajian yang dijalankan oleh Ainsworth et al. (1978) telah menunjukkan bahawa individu yang tidak menerima tapak perhubungan yang selamat sentiasa suka memberontak serta takut kepada perpisahan. Mereka juga tidak berani meneroka persekitaran baru yang diberikan kepada mereka. Bagi individu yang mempunyai gaya pertautan yang selamat, mereka telah menunjukkan sikap berani serta yakin diri apabila diberikan peluang untuk meneroka persekitaran mereka. Kajian yang dijalankan oleh Hazan dan Shever (1987) pula telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai gaya pertautan yang selamat mempunyai sikap yang positif terhadap perhubungan mereka dengan orang lain. Mereka beranggapan bahawa individu yang berinteraksi dengan mereka mempunyai ciri-ciri boleh dipercayai, sentiasa ramah dan selalu bersedia untuk membantu. Kajian-kajian awal berhubung dengan gaya pertautan dan gaya pengajaran telah dijalankan oleh Andrews (1981), Beidler dan Beidler (1993) dan Salzmann dan Grasha (1991). Kajian mereka telah menunjukkan bahawa pertautan merupakan isu yang menjadi peramal kepada komitmen seseorang terhadap pekerjaan serta organisasi mereka. Individu yang mempunyai gaya pertautan yang selamat dikatakan mempunyai motivasi serta kepuasan kerja yang tinggi. Individu sedemikian menunjukkan kesungguhan untuk melengkapkan diri dengan kemahiran yang boleh membantu mereka menjalankan tugas dengan baik. Kajiankajian ini juga telah dapat menunjukkan bahawa pemilihan kerjaya seseorang banyak bergantung kepada persepsi individu tersebut terhadap kebolehan mereka bertaut dengan organisasi tempat mereka memohon kerja. Ini digambarkan dengan peluang kenaikan pangkat, peluang membentuk hubungan yang mesra bersama rakan sekerja, rasa selesa di persekitaran tempat kerja serta peluang mengembangkan potensi diri di organisasi tersebut. Faktor-faktor ini membawa kepada kepuasan kerja yang boleh dijelmakan kepada semangat setia kawan dalam sebuah organisasi. Hazan dan Shaver (1990) dalam kajian mereka mendapati individu yang mempunyai gaya pertautan yang selamat boleh menjalankan kerja-kerja mereka dengan penuh yakin dan tidak menganggap bahawa segala kerja yang diberikan sebagai beban. Subjek kajian mereka juga telah meletakkan nilai yang tinggi terhadap hubungan interpersonal sesama pekerja. Dapatan kajian Hazan dan Shaver (1990) telah disokong oleh kajian-kajian yang dijalankan oleh Blustein et al. (1995) dan Mallinckrodt (1995). Kajian yang dijalankan oleh Cross dan Billingsley (1994) dan Mandell (1994) pula telah menunjukkan bahawa salah satu faktor yang membantu meningkatkan komitmen guru terhadap profesyen perguruan ialah berasa selamat dan selesa apabila menjalankan tugas. Ini diKesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen 95
gambarkan oleh persekitaran sekolah dan kebolehan pengetua menyelami perasaan serta memberi sokongan moral kepada guru-guru. Guru-guru didapati mempunyai motivasi dan komitmen terhadap profesyen perguruan yang tinggi apabila mereka berasa selesa dan selamat mengajar dalam organisasi pendidikan tersebut. Walaupun gaya pertautan dan pengajaran ini merupakan satu isu yang penting kepada guru-guru memandangkan mereka sentiasa menjadi contoh kepada pelajar-pelajar, namun kajian-kajian tempatan berhubung gaya pertautan gurupelajar
dan gaya pengajaran serta kesannya kepada komitmen terhadap profesyen perguruan masih sangat sedikit. Sudah sampai masanya kajian-kajian sedemikian dijalankan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang proses pembinaan hubungan guru-pelajar yang dapat merangsang pelajar untuk terus meneroka pengetahuan baru tanpa rasa takut dan tertekan. METOD DAN SUBJEK KAJIAN Kajian ini merupakan kajian tinjauan semasa. Data telah dikumpul menggunakan satu set alat kajian yang mengandungi empat jenis soal selidik: (1) Biodata , (2) Gaya Pertautan, (3) Gaya Pengajaran dan (4) Komitmen. Seramai 254 orang guru pelatih telah memberikan respons terhadap alat kajian yang diberikan. Alat kajian ini telah ditadbirkan semasa guru-guru pelatih menjalankan latihan praktikum di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Guru-guru pelatih ini terdiri daripada pelajarpelajar Diploma Pendidikan yang sedang menuntut di semester akhir pengajian mereka. Kesemua mereka telah mempunyai ijazah sarjanamuda dari berbagai bidang samada sains atau bukan sains. Min umur subjek kajian ialah 23 tahun dan hanya 13 peratus antara mereka yang telah mempunyai pengalaman mengajar antara 1 hingga 3 tahun sebagai guru sandaran. Data yang dikumpul telah dianalisis menggunakan ANOVA sehala dan dua-hala. Analisis Post Hoc juga telah dijalankan untuk melihat perbezaan yang ketara antara kumpulan. ALAT KAJIAN Empat soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat biodata, gaya pertautan, gaya pengajaran dan komitmen guru-guru terhadap profesyen perguruan. Soal selidik yang mengukur gaya pertautan telah diterjemahkan secara ‘terjemah dan terjemah semula’ daripada soal selidik asal yang dibina oleh Hazan dan Shaver (1978). Soal selidik ini mempunyai 15 item yang dibina di atas skala Likert 5-mata. Item-itemnya mengukur tingkah laku subjek yang boleh menggambarkan gaya pertautan mereka sama ada selamat, bimbang tidak ketentuan atau mengelak. Nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) bagi soal selidik ini ialah 0.81. Untuk mengukur gaya pengajaran pula, pengkaji telah menggunakan soalselidik yang dibina oleh Grasha (1996). Soal selidik ini telah diterjemah secara 96 Jurnal Pendidikan 28
‘terjemah dan terjemah semula’ serta mempunyai 40 item yang dibina berdasarkan skala Likert 5-mata. Item-item tersebut mengukur tingkahlaku guru yang menggambarkan lima jenis gaya pengajaran yang menjadi pilihan mereka semasa proses pengajaran-pembelajaran yang dikelompokkan kepada empat kelompok iaitu: (1) pakar/wibawa formal, (2) model peribadi/pakar/wibawa formal, (3) fasilitator/model peribadi/pakar dan (4) delegator/fasilitator/pakar. Nilai kebolehpercayaan yang diperolehi bagi soal selidik ini ialah 0.74. Komitmen terhadap profesyen perguruan telah diukur menggunakan satu soal selidik dengan 17 item. Soal selidik berdasarkan skala Likert 5-mata ini telah dibina oleh Mohd. Shahandri (1998). Soal selidik beliau telah digunakan bagi tujuan kajian ini tanpa sebarang pengubahsuaian. KAJIAN RINTIS Satu kajian rintis telah dijalankan ke atas 78 orang pelajar pensiswazahan yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sijil pendidikan dan pengalaman mengajar sekurang-kurangnya setahun. Pelajarpelajar pensiswazahan ini mempunyai latar belakang dari segi umur dan pengalaman mengajar yang hampir sama dengan subjek kajian. Tujuan kajian rintis ini ialah bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan dua alat kajian yang digunakan iaitu gaya pertautan dan gaya pengajaran. HASIL KAJIAN PROFIL SUBJEK
Seramai 254 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 69 orang adalah pelajar lelaki dan 185 orang pelajar perempuan. Nisbah ini dianggapkan mewakili nisbah bilangan pelajar lelaki dan perempuan bagi program Diploma Pendidikan. Ini kerana bilangan pelajar perempuan adalah
melebihi bilangan pelajar lelaki pada nisbah 3 kepada 1. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada mereka yang mengambil kaedah sains (n = 45), dan bukan sains (n = 209). Pelajar-pelajar sains mengambil kaedah Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik, manakala pelajar-pelajar bukan sains telah mengambil kaedah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Sukan dan Rekreasi. Pelajar-pelajar telah dibahagikan mengikut gaya pertautan dan gaya pengajaran yang menjadi pilihan mereka. Untuk tujuan analisis, gaya pertautan telah dibahagikan kepada dua jenis iaitu gaya pertautan selamat dan tidak selamat (bimbang tidak ketentuan dan mengelak). Seramai 124 orang (49%) pelajar telah dikategorikan kepada gaya pertautan selamat, 70 orang (27%) pelajar mempunyai gaya pertautan bimbang tidak ketentuan dan 60 orang (24%) telah dikategorikan Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen 97
kepada gaya pertautan mengelak. Pelajar-pelajar juga telah dikategorikan mengikut empat kelompok gaya pengajaran. Tiga puluh dua orang (12%) telah dikategorikan kepada kelompok pakar/wibawa formal, 63 orang (25%) telah dikategorikan kepada kelompok model peribadi/pakar/wibawa formal, 74 orang (29%) dikategorikan kepada kelompok fasilitator/model peribadi/pakar dan 85 orang (33%) dikategorikan kepada kelompok delegator/fasilitator/pakar. Jadual 1 menunjukkan keputusan ANOVA 2-hala bagi gaya pertautan, gaya pengajaran, jantina, dan komitmen terhadap profesion perguruan. Analisis 2-hala menunjukkan wujud kesan interaksi antara gaya pertautan dan gaya pengajaran ke atas komitmen terhadap profesion perguruan di kalangan subjek kajian (p = 0.03). Bagaimanapun, tidak wujud kesan interaksi antara gaya pertautan dan jantina ke atas profesion perguruan (p = 0.13). Jadual 1 juga menunjukkan wujud kesan interaksi antara gaya pengajaran dan bidang pengkhususan ke atas komitmen terhadap profesion perguruan (p = 0.05) manakala tidak wujud kesan interaksi antara gaya pengajaran dan jantina ke atas komitmen terhadap profesion perguruan (p = 0.53). Jadual 2 menunjukkan keputusan ANOVA satu-hala bagi gaya pertautan, gaya pengajaran, jantina dan bidang pengkhususan keatas komitmen terhadap profesyen perguruan. Hasil analisis menunjukkan wujud berbezaan min bagi komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru yang mempunyai gaya pertautan yang berbeza (p = 0.03), gaya pengajaran yang berbeza (p = 0.00), dan jantina (p = 0.01). Min komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru yang mempunyai gaya pertautan selamat ialah 72.41. Min komitmen bagi gaya pertautan bimbang tidak ketentuan ialah 66.54 dan min gaya pertautan mengelak ialah JADUAL 1. ANOVA dua-hala gaya pertautan, gaya pengajaran, jantina, bidang
pengkhususan dan komitmen terhadap profesion perguruan * Signifikan pada aras 0.05
Interaksi Dua-Hala Interaksi Dua-Hala Interaksi Dua-Hala Interaksi Dua-Hala Gaya Pertautan * Gaya Pengajaran Gaya Pertautan * Jantina Gaya pengajaran * Jantina Gaya Pengajaran * Bidang Pengkhususan SS
1237.00 404.82 210.29 680.61 Df 6 2 3 3 MS
206.17 202.41 70.10 226.87 F 2.37 2.08 0.74 2.42 Sig 0.03* 0.13 0.53 0.05* 98 Jurnal Pendidikan 28
60.62. Ujian Post Hoc yang dijalankan menunjukkan bahawa perbezaan min yang signifikan terdapat dikesemua kumpulan gaya pertautan dengan perbezaan min terbesar antara gaya pertautan selamat dan mengelak (Jadual 3). Min komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan subjek berlainan gaya pengajaran juga didapati berbeza. Min komitmen bagi kelompok pakar/ wibawa formal ialah 63.52. Min komitmen bagi kelompok model peribadi/pakar/ wibawa formal ialah 69.17, manakala min komitmen bagi kelompok fasilitator/ model peribadi/pakar 75.23 dan min komitmen bagi kelompok delegator/fasilitator/ pakar ialah 70.54. Ujian Post Hoc yang dijalankan menunjukkan bahawa perbezaan min yang signifikan terdapat dikesemua kumpulan gaya pengajaran dengan perbezaan min terbesar antara fasilitator/model peribadi/pakar dan pakar/wibawa (Jadual 3). JADUAL 2. ANOVA satu-hala gaya pertautan, gaya pengajaran, jantina, bidang
pengkhususan ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan * Signifikan pada aras 0.05
Pembolehubah Komitmen * Gaya Pertautan Komitmen * Gaya Pengajaran Komitmen * Jantina Komitmen * Bidang Pengkhususan Antara Kumpulan Antara Kumpulan Antara Kumpulan Antara Kumpulan SS
5832.41 7359.78 1229.18 2.36 Df 2 3
1 1 MS
2916.20 2453.26 1229.18 2.36 F 29.01 25.88 10.38 0.19 Sig 0.03* 0.00* 0.01* 0.89 JADUAL 3. Min komitmen gaya pertautan, gaya pengajaran,
jantina dan bidang pengkhususan Gaya Pertautan Gaya Pengajaran Jantina Kategori Selamat Bimbang Tidak Ketentuan Mengelak pakar/wibawa formal model peribadi/pakar/wibawa formal fasilitator/model peribadi/pakar delegator/fasilitator/pakar Lelaki Perempuan Min 72.41 66.54 60.62 63.52 69.17 75.23 70.54 64.40 69.35 Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen 99
Min komitmen terhadap profesyen perguruan juga didapati berbeza antara guru pelatih lelaki dan perempuan. Min komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru pelatih lelaki ialah 64.40, manakala min komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru pelatih perempuan ialah 69.35. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan ke atas komitmen terhadap profesyen perguruan dikalangan guru-guru pelatih yang mengambil berbagai bidang pengkhususan. Perbezaan min antara keduanya adalah 0.86 (Jadual 3). PERBINCANGAN Walaupun konsep guru penyayang telah lama diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, namun kajian berhubung dengan gaya pertautan yang boleh memupuk sikap penyayang di kalangan guru-guru sangat kurang dilakukan di Malaysia (Noriah 1999). Grasha (1996) menegaskan bahawa guru-guru yang penyayang serta mengamalkan gaya pengajaran fasilitatif akan sentiasa cuba untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang dialami oleh pelajar-pelajar mereka. Guru-guru ini akan cuba menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang kondusif dimana pelajar-pelajar akan dapat belajar
melalui pengalaman mereka tanpa berasa terancam atau takut untuk digagalkan. Guru yang bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing merupakan guru yang prihatin terhadap suasana pembelajaran pelajar. Menurut Grasha (1996) guruguru ini akan menjadi fasilitator yang bukan sahaja pakar dalam bidang masingmasing tetapi juga menjadi pendorong kepada kejayaan pelajar. Guru-guru ini juga dikatakan mempunyai kepuasan kerja serta motivasi yang tinggi dan ini seterusnya meningkatkan komitmen mereka terhadap profesion perguruan. Dapatan kajian ini menunjukkan kewujudan kesan interaksi antara gaya pertautan, gaya pengajaran dan komitmen terhadap profesion perguruan di kalangan guru-guru pelatih yang dikaji. Ini bermakna bagi guru yang mempunyai gaya pertautan yang selamat dan gaya pengajaran yang berbeza akan mempunyai komitmen yang berbeza daripada guru yang mempunyai gaya pertautan bimbang tidak ketentuan dan mengelak dan gaya pengajaran yang berbeza. Kajian ini menyokong pendapat Grasha (1996) yang menyatakan bahawa guru-guru yang mementingkan suasana pembelajaran yang selamat dan fasilitatif akan mempunyai komitmen terhadap profesion perguruan yang tinggi berbanding dengan guru-guru yang tidak mementingkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi pelajar-pelajar mereka. Guru-guru yang memilih untuk berfungsi sebagai fasilitator contohnya, tidak akan menekankan kepada proses spoon feeding malah akan menggalakkan pelajar mereka meneroka dan mencari maklumat yang perlu bagi sesuatu tajuk yang diajar dengan sendiri atau secara berkumpulan. Pelajar-pelajar akan digalakkan untuk menimba ilmu pengetahuan berasaskan sikap ketidakbergantungan terhadap guru tetapi masih boleh merujuk 100 Jurnal Pendidikan 28
kepada guru apabila memerlukan. Proses ini melambangkan tapak selamat seperti yang dicadangkan oleh Bowlby (1969). Jika proses ini berjalan seperti yang dicadangkan oleh Bowlby (1969), maka guru dan pelajar akan berasa sangat selesa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini akan menghasilkan pelajar yang berdedikasi dan mahu belajar tanpa disuruh dan seterusnya meningkatkan kepuasan kerja, motivasi dan sikap positif guru terhadap pelajar. Justeru, ia merupakan situasi berbentuk menang-menang bagi kedua-dua pihak guru dan pelajar. Walau bagaimanapun, ada juga guru yang mempunyai gaya pertautan tidak selamat yang lebih suka dianggap sebagai pakar sahaja dalam proses interaksi mereka dengan pelajar. Guru sedemikian lebih mementingkan diri dan kuasa yang ada pada guru serta berpendapat bahawa pelajar harus sentiasa prihatin dengan semua pendapat guru. Pelajar juga tidak dibenarkan membangkang pendapat guru serta hanya menghafal apa yang diberikan oleh guru. Sebagai seorang yang menganggap dirinya pakar, mereka tidak suka jika pelajar mereka melakukan kesilapan kerana ini melambangkan kelemahan diri mereka sendiri. Justeru, proses spoon feeding akan berlaku secara berterusan untuk memastikan bahawa pelajar mendapat setiap fakta yang dianggap penting oleh guru. Ini akan menyebabkan pelajar tidak berani menerima pandangan atau pendapat orang lain (atau buku rujukan lain selain daripada yang dianjurkan oleh guru) kerana takutkan kesilapan. Davila, Burge dan Hammen (1997) menyatakan bahawa gaya pertautan seseorang bergantung kepada persekitarannya. Ini bermakna jika pelajar didedahkan secara berterusan dengan persekitaran yang tidak selamat (dalam hal ini tingkah laku guru yang mempunyai gaya pertautan tidak selamat), pelajar tersebut juga akan bertingkah laku seperti yang ditunjukkan oleh model persekitarannya. Pelajar sedemikian, menurut Hayes dan Lin (1994) akan berjaya dalam bidang akademik tetapi gagal menggunakan pengalaman hidup untuk meningkatkan proses perkembangan kendiri. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa komitmen terhadap profesyen perguruan adalah berbeza bagi guru-guru yang mempunyai gaya pertautan yang berbeza dan memilih bidang pengkhususan yang berbeza. Berkemungkinan guru yang mempunyai gaya pertautan yang selamat dan memilih untuk berfungsi
sebagai fasilitator/model peribadi/pakar atau delegator/fasilitator/pakar akan mempunyai komitmen yang lebih tinggi berbanding dengan guru-guru yang mempunyai gaya pertautan yang tidak selamat. Mereka kelihatan lebih seimbang dalam memainkan peranan mereka dalam proses pengajaran-pembelajaran. Menurut Grasha (1996) guru-guru ini bukan setakat cekap mengajar (sebagai seorang pakar) malah sentiasa memainkan peranan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan ini memudahkan pelajar rapat dengan diri mereka. Guru tersebut sendiri boleh menjadi model kepada pelajarnya dan tidak takut untuk mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada pelajar kerana berpendapat bahawa pelajar perlu belajar berdikari. Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen 101
Walaupun kajian-kajian luar negara (Kim 1996; Kobak & Sceery 1995; Lempers & Lempers 1992) menunjukkan bahawa jantina dan gaya pertautan mempunyai kesan ke atas komitmen dalam menjalankan sesuatu tugas, namun kajian ini telah tidak dapat menyokong dapatan tersebut. Bagaimanapun, kajian ini telah dapat menyokong kajian yang dijalankan oleh Scher dan Myseless (1994) yang mendapati bahawa wanita lebih mudah membina tapak yang selamat untuk anak-anak di bawah penjagaannya berbanding dengan lelaki. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan komitmen terhadap profesyen perguruan di kalangan guru-guru yang mempunyai gaya pertautan, gaya pengajaran dan jantina yang berbeza. Ini menyokong kebanyakan kajian yang telah dijalankan untuk melihat pencapaian dalam bidang tugas di kalangan pekerja (Hazan & Shaver 1991). Hasil kajian Hazan dan Shever (1991) dan Collins dan Reeds (1990) menunjukkan bahawa individu yang mempunyai gaya pertautan selamat mempunyai kebolehan yang tinggi untuk menjalankan tugas. Mereka lebih bermotivasi dan yakin dengan hasil tugasan yang dijalankan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru yang mempunyai gaya pengajaran yang berbeza juga mempunyai komitmen terhadap profesyen perguruan yang berbeza. Bolehlah dianggapkan bahawa guru yang lebih suka memainkan peranan sebagai fasilitator akan mempunyai kepuasan bekerja yang lebih tinggi kerana tidak berasa terlalu tertekan. Mereka berasa selesa untuk mengagihkan tugas atau bertindak sebagai pakar jika perlu. Dapatan kajian ini juga menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd. Sahandri (1998) yang menyatakan bahawa guru wanita lebih berkecenderungan untuk kekal lebih lama dalam profesyen perguruan berbanding dengan guru laki. Guru-guru wanita kebiasaannya kekal dalam profesyen perguruan sehingga mereka menamatkan tempoh perkhidmatan. Ini mungkin ada kaitan dengan naluri kewanitaan yang sukakan kanak-kanak berbanding dengan lelaki. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini telah dapat menunjukkan kesan interaksi antara gaya pertautan, gaya pengajaran, jantina dan bidang pengkhususan di kalangan guru-guru pelatih. Terdapat perbezaan komitmen terhadap profesion perguruan yang nyata di kalangan guru-guru yang mempunyai pelbagai gaya pertautan dan pengajaran, serta berlainan jantina dan bidang pengkhususan. Oleh kerana kajian-kajian berhubung dengan gaya pertautan dan gaya pengajaran amat kurang dilakukan di Malaysia, maka disarankan supaya kajiankajian sedemikian dipertingkatkan. Kajian sedemikian menjadi lebih penting apabila terdapat masalah tingkah laku guru yang tidak beretika terhadap pelajarpelajar mereka. Bagaimanapun, kajian-kajian seterusnya haruslah lebih berbentuk penerokaan untuk melihat manifestasi tingkah laku pertautan yang ditunjukkan oleh guru yang komited terhadap profesyen perguruan ke atas pelajar-pelajar 102 Jurnal Pendidikan 28
mereka. Kajian-kajian berhubung dengan gaya pengajaran yang dapat menarik minat pelajar untuk terus mencuba mengatasi masalah pembelajaran mereka juga harus dipertingkatkan. Mungkin satu kajian yang merentas masa boleh dilakukan untuk melihat proses pertautan guru-pelajar serta gaya pengajaran yang menjadi
amalan mereka dari mula memasuki alam perguruan sehingga beberapa tempoh yang sesuai. Kajian sedemikian akan dapat menunjukkan perubahan gaya pertautan dan pengajaran mengikut masa dan persekitaran. Kajian juga harus dilakukan untuk melihat tahap pertautan antara guru dan pelajar serta faktorfaktor yang mempengaruhi proses pertautan tersebut. Hasil kajian ini akan dapat membantu para pelatih guru dalam membina kurikulum perguruan yang ramah pelajar kerana merekalah sebenarnya pelanggan institusi pendidikan. RUJUKAN
Ainsworth, M. D. S. 1989. Attachment beyond infancy. American Psychologist 44: 709-716. Andrews, J. A. 1981. Teaching format and student style: Their interactive effects on learning. Research in Higher Education 14: 161-178. Beidler, P. G., & Biedler, G. M. 1993. What’s your horse: Motivating college students. Journal of Excellence in College Training 4: 9-26. Bluestein, D. L. Prezioso, M. S., & Schultheiss, D. P. 1995. Attachment theory and career development: Current status and future directions. The counseling Psychologist 23: 416-432. Bowlby, J. 1982. Attachment and loss. Vol 1, Attachment. New York: Basic Books. Cassidy, J. 1988. Child-mother attachment and the self in six years old. Child Development 59: 121-134. Collins, N. L., & Reeds, S. J. 1990. Adult attachment, working models and relationship quality in dating couples. Journal of Personality and Social Psychology 58: 644-663. Cross, L. H., & Billingsley, B. S. 1994. Testing a model of special educators’ intent to stay in teaching. Exceptional Children 60: 411-838. Davila, J., Burge, D. & Hammen, C. 1997. Why does attachment style change? Journal of Personality and Social Psychology 73: 826-838. Grasha, A. F. 1996. Teaching with styles. Cincinnati: Allience Pub. Hayes, R. L. & Lin, H. R. 1994. Coming to America: Developing Social Support Systems for International Students. Journal of Multicultural Counseling and Development 22: 7-16. Hazan C. & Shaver, P. R. 1990. Love and work: An attachment theoretical perspective. Journal of Personality and Social Psychology 59: 270-280. Holmes, S., & Rempel, J. K. 1989. Trust in close relationship. Dalam C. Hendrik, Close Relationship. Newbury Park: Sage Pub. Kim, J. 1996. A qualitative study of friendships and student-faculty relationship: Experiences and perspectives of Korean International students studying in United States. Disertasi kedoktoran, Western Michigan University. Kobak, R. R., & Sceery, A. 1995. Attachment in late adolescence: Working models, affect regulation, and representation of self and others. Child Development 75: 83-92. Kesan Interaksi antara Gaya Pertautan, Gaya Pengajaran dan Komitmen 103 Lempers, J. D., & Lempers, D. S. C. 1992. Young, middle, and late adolescents’ comparisons of the functional importance of five significant relationships. Journal of Youth and Adolescence 21: 53-96. Mallinckrodt, B. 1995. Attachment theory and counseling psychology: Ready to be a prime time player?. The Counseling Psychologist 23: 501-505. Mohd. Sahandri Gani Hj. Hamzah. 1998. Perbandingan pola komitmen kerja guru pelatih dengan pola pengajaran dalam praktikum. Disertasi kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia. Noriah Mohd. Ishak. 1999. Parental and peer attachment: A test of attachment teory among Malaysian students. Disertasi kedoktoran, Western Michigan University. Salzmann, J., & Grasha, A. F. 1991. Psychological size and distance in managersubordinate relationships. Journal of Social Psychology 131: 629-646. Scher, A. & Myseless, O. 1994. Mothers attachment with spouse and parenting in the first year. Journal of Social and Interpersonal Relationship 11: 601-609. The Sun. Ogos 1999. The Sun. Disember 1999. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan