Kerusi

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerusi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,045
  • Pages: 27
KERUSI

HATTA AZAD KHAN

Ahli Kumpulan Norsyairah Bt Mat Daud Nur Hidayah Bt Zainuddin Nur Fatiha Bt Mat Yusof Nurul Syafiqah Bt Mahmud Che Muhammad Faridzuan

Sinopsis • Drama ini mengisahkan Srisegala yang berkuasa dan kaya sangat bangga dengan kekuasaan dan kekayaannya. Dia bertindak zalim terhadap rakyat jelata, lebih-lebih lagi terhadap mereka yang mahu merampas kuasa. • Tuta Utama, Tuta I, Tuta II, dan Tuta III merupakan pahlawan yang selalu melindungi Srisegala. • Di kalangan rakyat yang tertindas itu muncul beberapa orang pahlawan untuk menetang ketidakadilan Srisegala. Namun, usaha Wira I, Wira II, dan Wira III gagal mencapai

• Kemudian, muncul pula Putra yang cuba menentang Srisegala. Putra yang berjuang seorang diri tertewas juga akhirnya. • Masayu, isteri Putra berusaha mencari suaminya. Selama ini, Masayulah yang memberi Putra semangat untuk berjuang. • Srisegala telah terpikat oleh kecantikan Masayu. Dia memikat Masayu dengan segala kemewahan dimilikinya.

• Sementara itu, kedua-dua mata Putra dibutakan oleh Srisegala. Akhirnya, hati Masayu berubah apabila melihat kekayaan dan kekuasaan Srisegala sehingga tidak mengenal suaminya sendiri. • Wira I, Wira II, dan Wira III masih mahu meneruskan perjuangan mereka. Kali ini mereka meminta nasihat daripada Putra walaupun Putra sudah buta. Putra menasihati mereka supaya bersatu menentang Srisegala yang zalim. • Kali ini mereka dapat mengalahkan para pengawal Srisegala dan Srisegala yang mencuba melarikan diri telah ditangkap. • Akhirnya, Putra dipilih untuk menduduki kerusi kekuasaan yang selama ini diduduki oleh Srisegala. Masayu pula kembali kepada

Pemikiran • Penyalahgunaan kuasa pemimpin yang tamak • Pemikiran ini dijelmakan dalam watak Srisegala yang tamak kuasa dengan menindas rakyat demi kepentingan diri sendiri dan konco-konconya. Demi melaksanakan matlamatnya, Srisegala membuat takrif sendiri bagi maksud keadilan, kemakmuran, dan kejujuran tanpa mempedulikan penderitaan rakyat.

Persoalan • Kezaliman dan penindasan  Pemimpin yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja bentuk kezaliman dan penindasan demi mengekalkan kuasa dan kedudukannya. • Penyelewengan dan ketidakjujuran  Apabila kuasa disalah guna akan berlakulah penyelewengan dalam pentadbiran. Setiap kerja yang dibuat bukan berasaskan tanggungjawab tetapi berasaskan ganjaran dan keuntungan diri yang akan diperoleh.

• Kebangkitan dan kesedaran rakyat  Penindasan dan kezaliman tidak akan bertahan lama apabila rakyat mula sedar akan hak mereka yang terhakis dan dirampas. Kemarahan yang membuak akan membangkitkan penentangan yang boleh membawa kejatuhan pemimpin. • Pengorbanan yang terpaksa dilakukan  Putra yang telah dibutakan matanya oleh Srisegala masih sanggup menolong WiraWira menentang Srisegala.

• Kuasa & kekayaan mampu mengubah hati seseorang  Masayu yang pada mulanya hendak mencari suaminya, telah terpikat pada Srisegala yang suka mempamerkan kekuasaan dan kekayaannya.

Plot • Permulaan Cerita  Bunyi gong mengiringi pengenalan watakwatak. Setiap watak mengungkap dialog yang menggambarkan peranan masingmasing. • Perkembangan  Wira I, Wira II dan Wira III serta Putra mencuba mencabar Srisegala namun mereka gagal. Semuanya ditangkap oleh para pengawal Srisegala.

• Perumitan  Masayu mencari Putra kerana ingin menyerahkan keris yang tertinggal. Usaha Masayu dihalang oleh Srisegala. Srisegala telah membutakan mata Putra. Masayu telah terpikat dengan Srisegala dan telah melupakan Putra. • Klimaks  Kemunculan Wira-Wira yang bergabung dengan kebijaksanaan Putra memberi kekuatan menentang Srisegala.

• Peleraian  Peleraian cerita menunjukkan kebenaran mengatasi kebatilan. Srisegala kehilangan kuasa. Masayu kembali semula kepada Putra.

WATAK & PERWATAKAN • Srisegala  Merupakan watak hitam seorang pemimpin yang rakus kuasa.  Memiliki kerusi nikmat dan gong hikmat.  Tidak mempunyai sifa belas kasihan terhadap sesiapapun.  Suka mengumpulkan kemewahan dan mengukuhkan kuasa tanpa memperhitungkan penderitaan rakyatnya.  Seorang yang sombong dan tidak berperikemanusiaan.

• Putra  Merupakan pencabar kuasa Srisegala dan suami kepada Masayu.  Berani mencabar Srisegala demi menegakkan kebenaran.  Seorang yang penyayang kerana berusaha mendapatkan Masayu semula daripada genggaman Srisegala.  Seorang yang bijak dan terang hati. Walau dalam keadaan buta, namun gerak hatinya mengetahui di mana isterinya berada dan pembohongan Srisegala.

• Masayu  Merupakan isteri kepada Putra.  Seorang yang penyayang kerana sanggup mencari Putra dan merayu kepada Srisegala supaya membebaskan suaminya.  Sanggup berkorban kerana menerima syarat Srisegala demi menyelamatkan suaminya.  Seorang yang naïf kerana dengan mudah dapat ditipu Srisegala.

Latar Latar Tempat  Pengarang mencatatkan peristiwa ini boleh berlaku “di mana-mana sahaja”. Hal ini menunjukkan bahawa kejadian orang yang “gila kuasa” boleh berlaku di mana-mana sahaja. Latar Masa  Pengarang mencatatkan peristiwa ini boleh berlaku “pada bila-bila masa sahaja”. Hal ini menunjukkan bahawa isu yang diutarakan oleh pengarang, iaitu sikap

Latar Masyarakat • Golongan pemimpin.  Pemimpin yang rakus kuasa dan mengumpulkan kemewahan tanpa mempedulikan kesukaran rakyat. • Konco-konco pemimpin.  Golongan yang mementingkan diri sendiri yang hanya bermuka-muka.

• Masyarakat yang berjuang menentang ketidakadilan.  Putra berjuang bersama dengan Wira I, Wira II, dan Wira III untuk menentang Srisegala. Akhirnya, perjuangan mereka berjaya apabila Srisegala melarikan diri. • Masyarakat yang cepat lupa diri.  Masayu yang pada mulanya mempunyai tujuan mencari suaminya, Putra tetapi akhirnya dia terpikat dengan kekuasaan dan kekayaan Srisegala serta menyatakan bahawa dia tidak mengenali Putra.

• Masyarakat tertindas.  Golongan rakyat biasa yang dizalimi. Mereka mula sedar dan mahukan perubahan dan keadilan.

Gaya Bahasa • Paradoks  Sungai-sungai mengalir ke hulu, hujan naik ke langit • Inversi  Sudah lama dia menduduki sebuah kerusi • Personifikasi  Burung-burung tidak lagi menyanyi

• Pengulangan :  Itulah yang dinamakan keadilan. Itulah yang dikatakan kemakmuran. Itulah yang disebut kedamaian. Itulah kejujuran dan belas kasihan. • Pengarang juga banyak menggunakan dialog yang pendek serta mudah untuk difahami. • Penggunaan bahasa Inggeris juga terdapat dalam drama ini :  Silencer

• Metafora  Langit pun kini merah membara

NILAI • Berani  Putra menentang ketidakadilan dan kezaliman Srisegala seorang diri. • Yakin diri  Putra menasihati Wira I, Wira II, dan Wira III supaya mempunyai keyakinan bahawa mereka mampu mengalahkan Srisegala.

• Kasih sayang  Masayu bersusah payah mencari suaminya, Putra.  Walaupun telah buta, Putra tetap berusaha menyelamatkan Masayu daripada Srisegala.

Pengajaran • Jangan bertindak terburu-buru ketika menentang orang yang gila kuasa dan zalim.  Putra menentang Srisegala tanpa persediaan yang cukup menyebabkan tindakannya telah gagal. • Seseorang yang memiliki kekayaan dan kekuasaan janganlah bertindak zalim dan menganiayai orang lain.  Srisegala zalim demi mengekalkan

• Jangan mudah terpedaya atau lupa diri apabila digoda oleh harta kekayaan.  Masayu mudah terpengaruh oleh Srisegala hingga sanggup melupakan suaminya, Putra. • Kita mestilah mempunyai keyakinan diri untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perjuangan.  Putra yakin bahawa Srisegala akan dapat ditumpaskan suatu hari nanti.

Sekian, Terima Kasih…

Related Documents

Kerusi
December 2019 6
Kerusi
August 2019 21
Antologi Kerusi
December 2019 41