Kertaskerjapengakap08

  • Uploaded by: SUHAINI BIN SAMSUDIN
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertaskerjapengakap08 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,845
  • Pages: 11
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN PENGAKAP 2008 SMK (BESTARI PERDANA) KUALA KUBU BHARU DI PADANG SEKOLAH SMK KKB

PENGENALAN Pengakap merupakan unit beruniform yang tertua di Malaysia serta ditubuhkan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu lagi. Ilmu-ilmu kepengakapan diperturunkan dari generasi ke genarasi secara tersusun dan mempunyai struktur pentadbirannya yang tersendiri. Slogan ‘Sekali Berpengakap Terus Berpengakap’ menjadi slogan keramat bagi ahli-ahli pengakap. Sehubungan dengan itu, pihak Unit Pengakap SMK Kuala Kubu Bharu berhasrat mengadakat perkhemahan dua hari satu malam di sekolah. Ahli pengakap akan didedahkan dengan ilmu asas perkhemahan dan sekaligus mereka berpeluang menambah koleksi Lencana Kepandaian dan Lencana Kemahiran mengikut bidang masing-masing. Ahli Pengakap juga dilatih agar hidup bersosial secara sihat dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani melalui aktiviti-aktiviti yang disusun padat dan kemas. Adalah diharapkan ahli pengakap akan terus berdidiplin dan bijak mengurus masa seterusnya menjadi warganegara Malaysia yang berketrampilan serta berhemah mulia. OBJEKTIF 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Memantapkan kemahiran mendiri, melipat dan menyimpan khemah dengan betul. Membaharui Persetiaan Pengakap untuk semua ahli. Menggunakan kemahiran ikatan dalam kehidupan seharian. Menjadikan ahli pengakap yang berdisiplin tinggi dan sentiasa patuh akan arahan. Merealisasikan Persetiaan dan Undang-undang pengakap pada setiap masa. Melatih ahli pengakap kemahiran asas kebombaan dan pencegahan kebakaran.

TEMA Sekali Berpengakap Terus Berpengakap SASARAN Semua 80 ahli pengakap Muda, Pengakap remaja dan Pengakap Kelana. TARIKH 27 hingga 28 Jun 2008 (Jumaat dan Sabtu)

1

BAYARAN RM10 seorang SENARAI JAWATANKUASA Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Ketua Perkhemahan

: : : : :

Tn. Hj. Manap bin Jarkasi Tn. Hj. Rohaizad bin Moktar En. Zolkarnain bin Zainuddin En. Abu Mansor bin Santhri Cikgu Roslah Makh Hassan AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL

Bidang Tugas

1

Pendaftaran

2

Penempatan Perkhemahan

Nama Guru Cikgu Azura Deraman

-

3

Keselamatan dan disiplin

4.

Makanan

5

Kebersihan

Cikgu Suhaini Samsudin

-

Cikgu Zulfakar bin Zainal Abidin 5 orang Pengakap Kelana

-

Catatan mencatat kehadiran ahli memungut yuran pendaftaran bekerjasama dengan AJK penempatan menguruskan penempatan khemah pelajar memastikan proses penempatan pelajar lancar. menguruskan disiplin dari awal hingga akhir dalam keadaan baik. memastikan pengagihan makanan berjalan lancer melantik di kalangan ahli menyediakan makanan memastikan kebersihan surau, tapak perkhemahan dan sekitarnya dalam keadaan baik di sepanjang perkhemahan.

2

6

Sijil

-

7

Buku program / dokumentasi

Cikgu Siti Roha Haris

-

8

9

10

Kain rentang

Aktiviti

Cikgu Roslah Makh Hassan Cikgu Suhaini bin Samsudin Cikgu Shakiran Ismail Cikgu Balan Semut Cikgu Noriyah Md. Nor Nor Nazwir Hj. Hayon Cikgu Muhammadul Alim Mat 5 orang pengakap kelana Cikgu Wesley Chooi Kim Wai

-

-

Keselamatan -

memastikan nama pelajar mengikut kad pengenalan. Menaip nama pelajar dengan betul. Menguruskan majlis penyampaian sijil di akhir perkhemahan. Memastikan dokumentasi disediakan di akhir perkhemahan. Menyediakan ‘pamplet’ mudah berkaitan perkhemahan. Menyediakan kain rentang sebagai publisiti selewatlewatnya sehari sebelum perkhemahan. Melantik jurulatih Memastikan setiap stesen ada jurulatih atau pegawai bertugas Memastikan semua aktiviti berjalan lancar.

Memastikan perkhemahan berjalan dengan suasana harmoni. Membuat rondaan malam Melantik AJK berkaitan

ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN Sumber Kewangan 1. 2.

Pendaftaran Peserta Sumbangan sekolah JUMLAH

RM10.00 x 80 RM200

= =

RM800 RM200 ======== RM1,000

3

Anggaran Kos 1. 2. 3.

Makan malam/tgh Sarapan pagi Minum petang Sijil dan hadiah Perbelanjaan runcit

RM3 x 90 x 2 kali RM2 x 90 x 1 kali RM1 x 90 x 1 kali RM1 x 90 RM100

JUMLAH PERBELANJAAN TENTATIF PROGRAM HARI/MASA JUMAAT 1400 1645

1700

1900

1920 – 2100

2100 2300 SABTU 0500 0700

= RM540 = RM180 = RM90 = RM90 = RM100 =========== RM1,000

AKTIVITI Pendaftaran Taklimat perkhemahan Mendirikan khemah Pembahagian patrol

CATATAN Pembahagian Patrol mengikut jantina.

Solat Asar berjemaah Perhimpunan Patrol Upacara Naik Bendera - Negaraku - Lagu Negeri selangor - Doa - Taklimat Kem Komandan Makan Malam Persiapan diri Solat Maghrib berjemaah / Kuliah Moral Tazkirah Kepengakapan Mendidik Jiwa Murni Solat Isyak berjemaah

Kuliah bertajuk “Tanggungjawab Seorang Ahli pengakap” oleh Cikgu Nor Nazwir Hj. Hayon

Kembara Malam - lagu pengakap - tepuk pengakap Selamat Malam Bestari Persiapan diri Solat Subuh berjemaah Selamat pagi Bestari

4

0800

0930 – 1230

1230

- senamrobik - lawatan ke tapak perkhemahan Sarapan pagi - Upacara naik bendera - Negaraku - Negeri Selangor - Doa

Ceramah pencegahan kebakaran oleh Bomba dan Penyelamat, Kula Kubu Bharu. Makan tengah hari - Solat Zohor berjemaah

Solat di surau

AKTIVITI

Setiap stesen dihadkan kepada 20 minit sahaja. Wisel akan dibunyikan untuk Patrol bergerak ke stesen berikutnya.

Base 1 : Permainan Kecil Base 2 : Lagu-lagu Pengakap 1400 - 1600

Base 3 : Simpulan dan Ikatan Base 4 : Pertolongan Cemas Base 5 : Kawad Tongkat Base 6 : Undang-undang Pengakap

1600 – 1630

1630

Minum petang - Istiadat turun bendera - Lipat khemah - Khidmat masyarakat - Upacara penutup / penyerahan sijil

Patrol bertugas AJK Sijil

BERSURAI

5

Peralatan / Keperluan yang perlu dibawa semasa perkhemahan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Khemah (jika ada) Sepasang uniform pengakap lengkap Pakaian Solat (muslim) Baju T Tali pengakap (belajar ikatan dan simpulan) Berus gigi Sabun mandi Tuala mandi Lampu suluh (pastikan berfungsi dengan baik) Seluar sukan Stokin Buku log Alatulis Pinggan Cawan Kain lap (untuk lap khemah) Telur ayam 2 biji Beras satu cawan Sardin Cap Ayam saiz kecil Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu

CATATAN : Perlu diingatkan bahawa, ahli pengakap tidak membawa terlalu banyak pakaian kerana perkhemahan hanya dijalankan di sekolah sahaja. Cuma dua hari satu malam sahaja. Peralatan berharga seperti telefon bimbit, dan barang kemas diLARANG sama sekali.

6

UNDANG-UNDANG PERKHEMAHAN 1. Dilarang berkelakuan sumbang, berjudi atau bergaduh. 2. Tidak dibenarkan keluar dari tapak perkhemahan selepas 12.00 malam kecuali jika terdapat aktiviti yang dilakukan selepas waktu tersebut atas arahan pegawai bertugas pada waktu tersebut. 3. Tidak dibenarkan memasuki kawasan perkhemahan wanita bagi lelaki dan sebaliknya kecuali kepada pegawai / guru bertugas. 4. Ahli pengakap hendaklah sentiasa mematuhi arahan ketua dan mengikuti prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap. 5. Tidak dibenarkan menyalakan sebarang api di dalam khemah kerana dikhuatiri akan mengakibatkan kebakaran. 6. Jangan sesekali memasang ubat nyamuk di dalam khemah untuk mengelakkan kebakaran dan pelajar lemas dengan asap ubat nyamuk. 7. Sentiasa menjaga keselamatan diri dan laporkan kepada guru bertugas sekiranya terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan sendiri. 8. Ahli pengakap dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap setiap kali melakukan aktiviti kecuali senaman pagi. 9. Beratur ketika ingin mengambil makanan dan buangkan sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. 10. Hendaklah sentiasa bersabar dan menyedari bahawa perkhemahan tidak sama seperti di rumah, jadi segala kekurangan hendaklah dihadapi dengan hati yang tabah dan anggaplah kepayahan itu sebahagian daripada proses pembelajaran!

7

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU JALAN KOLAM AIR 44000 KUALA KUBU BHARU Ruj. Kami Ruj. Tuan Tarikh

TEL: 03-60641162

: SMKKKB / : : 18 JUN 2008

Kepada : Semua ibu/bapa/penjaga, Ahli Pengakap Kumpulan 10 SMK Kuala Kubu Bharu Tuan / Puan, PERKHEMAHAN KEPANDAIAN PENGAKAP Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mengadakan Perkhemahan Kepandaian Pengakap mengikut maklumat berikut : 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Tarikh Tempat Pedaftaran Waktu balik Bayaran

: : : : :

27 & 28 Jun 2008 (Jumaat & Sabtu) SMK Kuala Kubu Bharu 3.00 petang 27 Jun 2008 (Jumaat) 5.00 petang 28 Jun 2008 (Sabtu) RM10 seorang

3. Tujuan perkhemahan tersebut diadakan untuk membantu ahli pengakap melengkapkan lencana kemahiran yang patut mereka perolehi disamping memberi pendedahan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah yang dirancang. 4. Tuan/Puan boleh mengembalikan surat persetujuan ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap diisi serta kembalikan kepada Cikgu Roslah bt. Makh Hassan pada atau sebelum 25 Jun 2008. Segala pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-266 4635. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, -------------------------------------(HJ. MANAP BIN JARKASI) Pengetua Kanan, SMK Kuala Kubu Bharu. s.k., 1. 2. 3.

Yang di-Pertua, PIBG Penolong Kanan Kokurikulum Fail

8

Lampiran B

SURAT KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA Bahawa saya bernama ___________________________________________________ (Nama Bapa / Penjaga)

beralamat _______________________________________________________________________ (Alamat)

memberi kebenaran kepada anak saya bernama _________________________________ (Nama Anak .)

___________________________ Nombor Kad Pengenalan _______________________ dalam Tingkatan __________ untuk menyertai Di SMK Kuala Kubu Bharu

____________________

Perkhemahan Kepandaian Pengakap (Nama tempat) 27 & 28 Jun 2008

bertarikh ____________________________

menambah ilmu dan kemahiran kepandaian pengakap

bertujuan _________________________________________________________ yang dianjurkan oleh pihak

SMK KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR.

Saya faham segala peraturan yang telah ditetapkan oleh penganjur seperti yang tercatat di atas dan berjanji tidak akan menuntut, mendakwa pihak penganjur sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran jika berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan yang menimpa ke atas diri anak saya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan atau semasa perjalanan pergi dan balik dari aktiviti tersebut. Saya juga maklum bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah-langkah perlu untuk menjamin keselamatan anak saya. Pengakuan dibuat oleh: ........................................ (Tanda tangan) ........................................ (Nama) . Tarikh : _______________

Saksi (Tanda tangan)

....................................... (Nama)

No. telefon : __________________

9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU JALAN KOLAM AIR 44000 KUALA KUBU BHARU. 60641162 Ruj. Kami Ruj. Tuan Tarikh

TEL: 03-

: SMKKKB / : : 17 JUN 2008

Kepada : Pegawai Penjaga Balai, Akademi Bomba dan Penyelamat, 44000 Kuala Kubu Bharu. Tuan, Permohonan Mengadakan Kursus Asas Bomba Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu bercadang mengadakan Kursus Asas Bomba mengikut maklumat berikut : Tarikh Tempat Masa Peserta

: : : :

28 Jun 2008 (Sabtu) Akademi Bomba dan Penyelamat, KKB. 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. 80 orang ahli pengakap

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat menerima kunjungan kami seterusnya memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar berkaitan pencegahan kebakaran atau apaapa yang difikirkan sesuai oleh pihak Tuan. 4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan aktiviti tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787. Sekian, terima kasih, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan tugas, -------------------------------------(HJ. MANAP BIN JARKASI) Pengetua Kanan, SMK Kuala Kubu Bharu. s.k., 4. 5. 6.

Yang di-Pertua, PIBG Penolong Kanan Kokurikulum Fail

10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU JALAN KOLAM AIR 44000 KUALA KUBU BHARU. 60641162 Ruj. Kami Ruj. Tuan Tarikh

TEL: 03-

: SMKKKB / : : 17 JUN 2008

Kepada : Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, 44000 Kuala Kubu Bharu. Tuan, Permohonan Semburan ” Fogging ” Sempena Perkhemahan Kepandaian Pengakap Dengan hormatnya saya ingin menarik perhatian tuan kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Pasukan Pengakap Kumpulan 10, SMK Kuala Kubu Bharu akan mengadakan perkhemahan mengikut ketetapan berikut: Tarikh Tempat Masa Peserta

: : : :

27 & 28 Jun 2008 (Jumaat – Sabtu). SMK Kuala Kubu Bharu. Sepenuh Masa. 80 orang dan 20 orang guru/pembantu.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama dan jasa baik Tuan supaya dapat membuat semburan ” Fogging ” di kawasan sekolah sebelum perkhemahan tersebut berlangsung. 4. Guru yang bertanggung jawab menguruskan perkhemahan tersebut ialah Cikgu Suhaini bin Samsudin. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi beliau di talian 019-576 0787. Sekian, terima kasih, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Yang menjalankan tugas, -------------------------------------(HJ. MANAP BIN JARKASI) Pengetua Kanan, SMK Kuala Kubu Bharu. s.k., 7. 8. 9.

Yang di-Pertua, PIBG Penolong Kanan Kokurikulum Fail

11

Related Documents

Kertaskerjapengakap08
November 2019 44

More Documents from "SUHAINI BIN SAMSUDIN"

Laporan Perkhemahan
November 2019 37
Tugasan Guru Rumah Sukan
November 2019 25
Kertas Kerja Zakat
October 2019 25
Kertaskerjapengakap08
November 2019 44
Dokumen.docx
December 2019 16