Kertas-kertas-acara-gimrama.docx

  • Uploaded by: Gayathiry Chillo
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas-kertas-acara-gimrama.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 4,037
  • Pages: 25
KERTAS KERJA ACARA GIMRAMA SEMPENA HARI KEJOHANAN SUKAN 2019 SJK (T) KERAJAAN TAHUN 2019

TARIKH: 17 APRIL 2019

MASA : 8.00 pagi – 9.00 pagi

TEMPAT: PADANG SJK(T) KERAJAAN, IPOH, PERAK

PELAKSANAAN : GURU PELATIH AMBILAN JUN 2015 IPG KAMPUS IPOH (MAJOR BAHASA TAMIL)

ACARA GIMRAMA SEMPENA HARI KEJOHANAN SUKAN 2019 SJK(T) KERAJAAN, IPOH, PERAK NAMA PROJEK

: ACARA GIMRAMA SEMPENAN HARI KEJOHANAN SUKAN 2019

PENDAHULUAN Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui kegiatan sukan, murid- murid bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang ini, malah juga dalam pengalama lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerajaan akan mengadakan Hari Kejohanan Sukan 2019 menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerajaan sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Olahraga Trek dan Padang ini diadakan adalah seperti berikut :i)

Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerajaan dalam menyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga

ii)

Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam acara Gimrama.

iii)

Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

2.0 MATLAMAT

Acara Gimrama ini berfokus untuk mendedahkan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerajaan dengan acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, acara ini juga dapat membantu untuk mencungkil bakat

murid-murid dalam

mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

acara Gimrama bagi

3.0 OBJEKTIF Objektif projek inovasi ini adalah untuk:

i)

Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid.

ii)

Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.

iv)

Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan murid dan guru.

v)

Menggilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada

peringkat

yang

lebih

tinggi.

4.0 Tema ‘Sukan adalah Nadi Kehidupan’ 5.0 TEMPAT Padang SJK(T) Kerajaan, Ipoh, Perak. 6.0 TARIKH 10 Mac 2019

7.0 MASA 8.00 pagi – 9.00 pagi

1.0 BILANGAN PENYERTAAN Murid-murid Tahun 2

10

Tahun 3

10

Tahun 4

10

Tahun 5

10

_________________________________________________________________________ JUMLAH

40 orang

_________________________________________________________________________

2.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi

: En. Munusamy A/L Ramasamy (Guru Besar SJKT Kerajaan)

Timbalan Pengerusi I

: Pn. Leela A/P Govindan Nair (Penolong Kanan Pentadbiran)

Timbalan Pengerusi II

: Pn. Yasodha (Penolong Kanan HEM)

Timbalan Pengerusi III

: Pn. Santha Devi (Penolong Kanan Kokurikulum)

Penyelaras Projek

: Pn. Sebastiammal A/P Ponniah

Setiausaha

: Cik. Rinoshaah A/P Kovalan

Bendahari

: Pn. Vasegi A/P Seluanathan

AJK Fotografi

: Cik. Phavetra A/P Thanapalan

3.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perkara

Perbelanjaan

Jumlah

Makanan : Mihun, Teh o Sarapan Pagi

40 x RM 2.00

RM 80.00

Pong-pong

40 x RM 4.00

RM 160.00

JUMLAH KESELURUHAN : RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS EMPAT PULUH SAHAJA KOS DITANGGUNG OLEH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SJK(T) KERAJAAN,IPOH

4.0 PENUTUP Acara Gimrama sempena Hari Kejohanan Sukan 2019 ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerajaan, Ipoh merasai sendiri pengalaman menyerta acara gimrama dan sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara kesenian budaya kelak. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya.

DISEDIAKAN OLEH,

………………………………………… RINOSHAAH A/P KOVALAN, SETIAUSAHA, HARI KEJOHANAN SUKAN 2019, SJK (T) KERAJAAN

DISEMAK OLEH,

………………………………………… PN. SEVATHIAMMAL A/P PONNIAH, PENYELARAS, HARI KEJOHANAN SUKAN 2019, SJK (T) KERAJAAN

DILULUSKAN OLEH,

…………………………………………….. EN. MUNUSAMY A/L RAMASAMY GURU BESAR SEKOLAH, SJK (T) KERAJAAN

LAMPIRAN

GAMBAR MENUNJUKKAN KUMPULAN GIMRAMA

GAMBAR MENUNJUKKAN SUASANA DI PADANG SEMASA HARI KEJOHANAN SUKAN 2019

GAMBAR MENUNJUKKAN MURID-MURID SEDANG BERSEDIA UNTUK PERBARISAN

GAMBAR MENUNJUKKAN GURU YANG BERNAMA PN. JAYANTHI SEDANG MENGATURKAN MURID MENGIKUT RUMAH SUKAN

GAMBAR MENUNJUKKAN MURID-MURID SEDANG MEMPERSEMBAHKAN GIMRAMA DENGAN IRINGAN MUZIK

GAMBAR MENUNJUKKAN SUASANA PADANG SEKOLAH YANG DIPENUH DENGAN KUMPULAN GIMRAMA

PENGHARGAAN Salam sejahtera,

Kami amat Bersyukur kepada tuhan kerana dengan izin kurnianya kami dapat menyempurnakan tugasan bagi kursus Gaya Hidup Sihat ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelatih guru. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami.

Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu program yang berasaskan konsep gaya hidup sihat. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu, Encik Sabri Bin Tan kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama : A.YOGENDRAN A/L AMBROSE Angka Giliran : 2015242340033 GAYATHIRI A/P CHANDRASEGARAN 2015242340037 RINOSHAAH A/P KOVALAN 2015242340049 Kod : GHSS3013 Nama Kursus: GAYA HIDUP SIHAT Pensyarah :EN SABRI BIN TAN Tarikh Hantar :08 FEB 2019 Tarikh Terima ( Diisi oleh pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tanda tangan Pelajar:____________________________

Tarikh : _____________________

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa

Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan:

Tarikh:

Tanda tangan:

Tarikh:

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar :

Tarikh :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN KERJA KURSUS TAHUN AKADEMIK : 2019 Program : PISMP Kod : GHSS3013 Nama Kursus : GAYA HIDUP SIHAT Tugasan

1 Penulisan Ilmiah 2. Pembentangan 3. Perancangan Program 4. Pelaporan program. 5. Kuiz

NAMA PELAJAR : Semester / Tahun : Tahun 4 Ambilan : Kumpulan : Tarikh Mula

31.1.2019 2.4.2019 30.1.2019 31.3.2019 8.4.2019

Semester 2 / Jun 2015 Q2, Q3, Q4 Tarikh Hantar

17.2.2019 3.4.2019 8.2.2019 5.4.2019 15.4.2019

Hasil Pembelajaran Kursus (HPK):

1.

Menjelaskan definisi konsep dan komponen Gaya Hidup Sihat (C2, A1, L01)

2.

Membentangkan analisis isu-isu semasa berkaitan kesihatan yang berpunca dari gaya hidup ( C4, LO3, LO4, CTPS2, CS2). Menjelaskan impak teknologi dalam Gaya Hidup Sihat (C2,A1, LO1)

3. 4.

Menyediakan laporan program Gaya Hidup Sihat bagi menangani isu-isu semasa berkaitan kesihatan yang dilaksanakan secara berkumpulan (C6, A2, LO1, LO5, TS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus: Pelajar akan dapat: 1. Membentang analisis secara kritikal dan saintifik tentang isu-isu gaya hidup sihat dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan. 2. Meningkatkan kemahiran komunikasi secara berkesan dalam pembentangan tentang menangani isu-isu gaya hidup sihat untuk menghadapi masa akan datang. 3. Mengemukakan langkah-langkah penyelesaian secara kreatif dan kritis untuk menangani masalah gaya hidup sihat.

Rangsangan/ Stimulus : Dewasa ini aspek kesihatan sering diabaikan menyebabkan anggota masyarakat sering terdedah kepada pelbagai isu yang berkait dengan aspek Gaya Hidup Sihat sama ada

obesiti, merokok, penyalahgunaan bahan mahupun penyakit hipokinetik. Malah penyakit jantung telah menjadi sebab utama kematian di negara kita dan juga tentang pengabaian konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang. Untuk mencapai dan mengekalkan harmoni serta keseimbangan dalam hidup, kita harus memberi perhatian kepada setiap enam dimensi kesejahteraan yang merupakan komponen gaya hidup sihat. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana-mana dimensi kesejahteraan akan menyebabkan roda kesejahteraan yang tidak seimbang. Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut : TUGASAN 1 : Penulisan Ilmiah (40 markah) 1. Anda dikehendaki untuk mengaplikasikan pemahaman anda menghubungkaitkan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa berkaitan kesihatan yang berpunca dari gaya hidup seperti pemakanan, obesiti, senaman dan aktiviti fizikal, stres, penyakit hipokinetik, merokok, penyalahgunaan bahan, kesihatan diri dan kesihatan reproduktif. 2.

Berdasarkan pemahaman tersebut , anda perlu membuat penilaian dan memberi justifikasi berdasarkan pemasalahan berikut.

3.

Penulisan ilmiah yang anda hasilkan perlu menggambarkan kemahiran anda dalam mengorganisasi idea dan kemahiran pemikiran kritikal anda dalam menginterpretasikan pemasalahan tersebut.

4.

Justifikasi yang anda lakukan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1500 patah perkataan dan perlu menggambarkan kematangan berhujah dan kemahiran anda dalam mencari idea yang bernas dan wajar.

TUGASAN 2 : Pembentangan ( 5%) 1.

Anda dikehendaki untuk mengumpul maklumat berkaitan isu-isu gaya hidup sihat ke arah untuk mendapat kesihatan diri yang menyeluruh.

2.

Berdasarkan maklumat tersebut anda perlu mengorganisasikan dan memberi maklum balas dan melaksanakan pembentangan dalam berkumpulan tidak melebihi tiga orang untuk tempoh 15 minit.

3.

Anda perlu memilih tajuk pembentangan berdasarkan isu dari penulisan ilmiah untuk mencapai kesihatan diri yang menyeluruh berdasarkan konsep gaya hidup sihat.

4.

Tajuk yang dibentangkan TIDAK BOLEH mempunyai persamaan dengan kumpulankumpulan lain dalam unit anda.

5.

Pembentangan dan aktiviti yang dilakukan perlu melibatkan penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang , kritis dan analitis.

TUGASAN 3 : Perancangan Program ( 20 markah ) 1. Anda dikehendaki merancang dan melaksanakan satu program kesihatan yang bercirikan gaya hidup sihat di sekolah. 2.

Berdasarkan maklumat tersebut anda perlu mengorganisasikan dan memberi maklum balas dan melaksanakan program tersebut dalam kumpulan tidak melebihi tiga orang.

3.

Anda bebas untuk memilih tajuk program tetapi tajuk tersebut mesti berada dalam ruang lingkup konsep gaya hidup sihat untuk kesihatan sepanjang hayat.

4.

Program yang dirancang TIDAK BOLEH mempunyai persamaan dengan kumpulankumpulan lain dalam unit anda.

TUGASAN NPDL 1. Secara berkumpulan 2 – 3 orang hasilkan satu produk akhir berdasarkan program kesihatan untuk menunjukkan satu gaya hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang menyeluruh. 2. Hasil kerja ini perlu dimuat naik untuk diterbitkan dalam mana-mana sumber laman sesawang.

TUGASAN 4 : Pelaporan Program (15 markah) 1. Anda dikehendaki untuk mengumpul maklumat dan hasilkan laporan berkaitan program yang telah dirancang bagi menjamin kesihatan diri yang menyeluruh. 2.

Anda dikehendaki mengemukakan fakta-fakta yang jelas dalam membuat analisis semasa merancang program gaya hidup sihat melalui pelbagai sumber.

TUGASAN 5 : KUIZ (20 markah) 1. Anda dikehendaki untuk menguasai pengetahuan berkaitan tajuk-tajuk yang telah diajar. 2.

Berdasarkan maklumat yang anda perolehi dari tajuk-tajuk tersebut, anda dikehendaki mengaplikasikan pengetahuan tersebut bagi menjawab soalan-soalan kuiz dalam tempoh 1 jam.

3.

Kuiz terbahagi kepada dua (2) bahagian : Bahagian A – 2 soalan struktur dan Bahagian B – 2 soalan esei.

4.

Anda dikehendaki menjawab kesemua soalan di bahagian A dan satu (1) soalan di bahagian B.

Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1.

Tugasan 1, 4 dan 5 adalah tugasan individu , tugasan 2 dan 3 pula merupakan tugasan berkumpulan yang tidak melebihi tiga orang sekumpulan. Bagi projek NPDL anda boleh bergerak dalam satu kumpulan yang ahli boleh terdiri dari 5 hingga 15 orang.

2.

Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data, maklumat dan rujukan.Namun anda perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.

3.

Format penulisan tugasan adalah seperti berikut : 3.1. Muka depan hendaklah merangkumi : i. Nama Pelajar ii. Angka Giliran iii. No. Kad Pengenalan iv. Kumpulan/Unit v. Kod dan Nama Kursus vi. Tajuk Tugasan Projek vii. Nama Pensyarah Akademik viii. Tarikh Hantar 3.2.

Bentuk penulisan dan ulasan kritis yang dilakukan perlu bertaip dengan saiz fon Arial 11 dan langkau 1.5 baris.

3.3.

Rujukan prosedur mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association)

3.4.

Penulisan anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah serta ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.

4.

Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

5.

Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

____________________ _____________________________________________ (Nama : SABRI BIN TAN ) (Nama : MEOR MOHD MAKHFUDZ BIN ABU AHSSAN) Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus / Pensyarah Kanan Disahkan oleh : ________________________________ (Nama : ) Ketua Jabatan

RUBRIK PEMARKAHAN Tugasan 1 : Penulisan Ilmiah Skala dan Gred Amat cemerlang (A+) 90 – 100

Wajaran (40%) 36.0 – 40.0%

Kriteria     

       

Cemerlang (A, A-) 75 – 89

30.0 – 35.9%

    



Menunjukkan pengetahuan yang sangat luas menyeluruh dan terkini. Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci (CS2, CTPS2, LO3,LO4) Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan (CTPS2) Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukkan keupayaan membincangkan isu yang berkaitan (CTPS2) Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. (LO3, LO4) Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan (CTPS2) Organisasi maklumat yang cemerlang. Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan cemerlang. Penggunaan perbendaharaan kata yang pelbagai, luas dan bersesuaian. Struktur ayat betul dengan gaya bahasa yang menarik dan menepati isi yang hendak disampaikan. Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang sangat luas daripada pelbagai sumber. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik.

Menunjukkan pengetahuan yang menyeluruh dan terkini. Liputan yang cukup, konsisten dan memenuhi keperluan tugasan (CS2, CTPS2, LO3, LO4) Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan (CTPS2) Hujah disokong dengan bukti yang sesuai dan menunjukkan adanya keupayaan membincangkan isu (CS2). Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpukan yang menyeluruh (LO3, LO4) Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan

     

Kepujian (B+, B dan B-) 60 – 74

24.0 – 29.9%

    

   

Lulus (C+, C) 50 – 59

20.0 – 23.9%

     

baik (CTPS2). Organisasi maklumat yang baik. Struktur dan perkembangan idea jelas secara keseluruhan walaupun terdapat kekurangan pada beberapa bahagian. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan baik (CS2) Struktur ayat betul dan menepati isi yang hendak disampaikan. Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang luas daripada pelbagai sumber. Hasil penulisan menjurus dan menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan. Memenuhi kriteria kandungan tetapi terdapat bahagian yang tidak jelas. Pemahaman konseptual diapalikasi dengan memuaskan(CTPS2). Cuba membuat hujahan dan cuba membincangkan isu tetapi kurang sesuai pada beberapa bahagian (CS2) Elemen perbincangan kritis pada beberapa bahagian, ada menunjukkan keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh (LO3, LO4) Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan (CTPS2) Penggunaan perbendaharaan kata yang bersesuaian. Sebahagian besar struktur ayat betul dan sesuai dengan isi yang hendak disampaikan walaupun terdapat kesalahan pada beberapa bahagian. Rujukan yang relevan dan menunjukkan bacaan yang memuaskan. Hasil penulisan menjurus dan mengikuti Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik.

Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang terhad. Kandungan tidak lengkap. Perbincangan menunjukkan pemahaman konseptual yang terhad. Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan isu. Perbincangan terhad, kurang kriris, kurang keupayaan menganalisis dan mensintesis. Kurang mencungkil pemikiran pembaca (CTPS2)

     

Gagal (C-, D+, D, E) 0 – 49

0 – 19.9%

            

Organisasi maklumat yang kurang memuaskan. Struktur yang tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas. Pengurusan dan perlaksanaan aktiviti yang kurang memuaskan (CS2). Penggunaan perbendarahan kata yang terhad. Struktur ayat banyak yang perlu dibetulkan. Hanya beberapa rujukan yang relevan. Hasil penulisan kurang menjurus dan kurang menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik. Menunjukkan pengetahuan berkaitan yang sangat terhad. Kandungan tidak lengkap. Jelas menunjukkan tiada pemahaman konsep. Tiada percubaan untuk membuat hujah atau membincangkan isu. Perbincangan sangat terhad, tidak kritis, tiada keupayaan menganalisis dan mensintesis. Kurang mencungkil pemikiran pembaca (CTPS2) Organisasi maklumat yang lemah. Struktur tidak lengkap dan tiada kesimpulan yang jelas. Gagal mengurus dan melaksanakan aktiviti (CS2). Penggunaan perbendaharaan kata amat terhad. Sering kali penyampaian tidak difahami. Kurang atau hampir tiada rujukan Tidak menepati Publication Manual of the American Psychological Association (APA) serta konvensyen penulisan akademik

RUBRIK PEMARKAHAN Tudasan 2 : Pembentangan Skala dan Gred Amat cemerlang (A+) 90 – 100

Wajaran (5%) 4.6 – 5.0%

Kriteria  Liputan dan kandungan sangat tepat, relevan dan terperinci  Pembentangan menggunakan bahan ICT yang amat menarik, sesuai dan jelas  Menun jukkan keyakinan yang amat tinggi , penyampaian

hujah yang amat lancar dan menggunakan bahasa yang amat teratur (CTPS2, LO3, LO4, CS2)  Menunjukkan pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan. (CTPS2, LO3, LO4, CS2) Cemerlang (A, A-) 80 – 89

3.8 – 4.5%

 Liputan dan kandungan tepat, relevan dan terperinci  Pembentangan menggunakan bahan ICT yang menarik, sesuai dan jelas  Menun jukkan keyakinan yang tinggi , penyampaian hujah yang lancar dan menggunakan bahasa yang teratur dengan sedikit kesilapan (CTPS2, LO3, LO4, CS2).  Menunjukkan pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan (CTPS2, LO3, LO4, CS2)

Kepujian (B+, B dan B) 60 – 74

3.1 – 3.7%

 Liputan dan kandungan agak tepat, relevan dan agak terperinci  Pembentangan menggunakan bahan ICT yang agak menarik, sesuai dan jelas  Menunjukkan keyakinan yang baik , penyampaian hujah yang agak lancar dan menggunakan bahasa yang agak teratur (CTPS2, LO3, LO4, CS2).  Menunjukkan pemahaman konseptual diaplikasikan dengan cara yang agak memuaskan (CTPS2, LO3, LO4, CS2).

Lulus (C+, C) 50 – 59

2.6 – 3.0%

  



Gagal (C-, D+, D , E) 0 – 49

0 – 2.5%

   

Liputan dan kandungan kurang tepat, kurang relevan dan kurang terperinci. Pembentangan menggunakan bahan ICT yang kurang menarik, kurang sesuai dan kurang jelas. Menunjukkan keyakinan yangmemuaskani , penyampaian hujah yang tidak berapa lancar dan menggunakan bahasa yang tidak begitu teratur (CTPS2, LO3, LO4, CS2) Menunjukkan pemahaman konseptual kurang diaplikasikan dengan berkesan (CTPS2, LO3, LO4, CS2) Liputan dan kandungan tidak tepatdan tidak, relevan. Pembentangan menggunakan bahan ICT yang tidak menarik, Menun jukkan keyakinan kurang , penyampaian hujah yang tidak lancar dan menggunakan bahasa yang tidak teratur (CTPS2, LO3, LO4, CS2) Menunjukkan pemahaman konseptual tidak diaplikasikan dengan berkesan (CTPS2, LO3, LO4, CS2)

RUBRIK PEMARKAHAN Tugasan 3 : Perancangan Program

Gred

Skala 20 markah

Amat cemerlang (A+) 90 – 100

18 - 20%

Deskriptor    

Menunjukkan pengetahuan yang sangat luas menyeluruh dan terkini (LO1) Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan (LO5) Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukkan keupayaan



  



Cemerlang (A, A-) 75 – 89

15.0 – 17.9%

    

   

Kepujian (B+, B dan B-) 60 – 74

12.0 – 14.9%

    



membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan (TS1) Organisasi maklumat yang cemerlang (TS1) Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan cemerlang.

Menunjukkan pengetahuan yang luas menyeluruh dan terkini (LO1) Liputan yang menyeluruh dan terperinci. Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan (LO5) Hujah disokong dengan bukti yang kukuh serta menunjukkan keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik (TS1) Organisasi maklumat yang baik (TS1) Struktur yang jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan baik.

Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan dan menyeluruh (LO1, C6) Liputan yang menyeluruh dan konsisten Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan (LO5) Hujah disokong dengan bukti yang memuaskan serta menunjukkan keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang memuaskan dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan

 



Lulus (C+, C) 50 – 59

10.0 – 11.9%

        

Gagal (C-, D+, D, E) 0 – 49

0.0 – 9.9%

        

memuaskan (TS1) Organisasi maklumat yang agak baik (TS1) Struktur yang jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara memuaskan. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan kadar sederhana.

Menunjukkan pengetahuan yang kurang menyeluruh dan terkini (LO1, C6) Liputan yang kurang menyeluruh dan konsisten Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan kurang berkesan (LO5) Hujah disokong dengan bukti yang kurang kukuh dan tepat serta menunjukkan kurang keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang kurang jelas dan kritikal dan tidak mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan (TS1) Organisasi maklumat yang sederhana (TS1) Struktur yang kurang jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara tidak konsisten. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan kurang memuaskan.

Menunjukkan pengetahuan yang tidak menyeluruh dan terkini (LO1, C6) Liputan yang kurang menyeluruh. Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat tidak berkesan (LO5) Hujah disokong dengan bukti yang tidak kukuh dan tepat serta menunjukkan kurang keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang kurang jelas dan kritikal dan tiada keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Tidak dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan (TS1) Organisasi maklumat yang tidak cemerlang (TS1) Struktur yang sangat tidak jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara kurang logik. Pengurusan aktiviti dilaksanakan dengan tidak memuaskan.

RUBRIK PEMARKAHAN Tugasan 4 : Pelaporan Program

Gred

Skala 15 markah

Amat cemerlang (A+) 90 – 100

13.5 – 15.0%

Deskriptor     



Menunjukkan pengetahuan yang sangat luas menyeluruh dan terkini (LO1) Liputan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat berkesan (LO5) Hujah disokong dengan bukti yang kukuh dan tepat serta menunjukkan keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang amat jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan

 

Cemerlang (A, A-) 80 – 89

11.3 – 13.4%

    

  

Kepujian (B+, B dan B-) 60 – 74

9.0 – 11.2%

    

  

Lulus (C+, C) 50 – 59

7.5 – 8.9%

   

berkesan (TS1) Organisasi maklumat yang cemerlang (TS1) Struktur yang sangat jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik.

Menunjukkan pengetahuan yang luas menyeluruh dan terkini (LO1) Liputan yang menyeluruh dan terperinci. Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan berkesan (LO5) Hujah disokong dengan bukti yang kukuh serta menunjukkan keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang jelas dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan baik (TS1). Organisasi maklumat yang baik (TS1). Struktur yang jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara logik. Menunjukkan pengetahuan yang memuaskan dan menyeluruh (LO1) Liputan yang menyeluruh dan konsisten Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan memuaskan (LO5). Hujah disokong dengan bukti yang memuaskan serta menunjukkan keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang memuaskan dan kritikal dan mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan (TS1). Organisasi maklumat yang agak baik (TS1). Struktur yang jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara memuaskan..

Menunjukkan pengetahuan yang kurang menyeluruh dan terkini (LO1) Liputan yang kurang menyeluruh dan konsisten Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan kurang berkesan (LO5). Hujah disokong dengan bukti yang kurang kukuh dan tepat serta menunjukkan kurang keupayaan

   

Gagal (C-, D+, E, F) 0 – 49

0.0 – 7.4%

       

membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang kurang jelas dan kritikal dan tidak mempunyai keupayaan menganalisis dan mensintesis. Dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan memuaskan (TS1). Organisasi maklumat yang sederhana (TS1). Struktur yang kurang jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara tidak konsisten.

Menunjukkan pengetahuan yang tidak menyeluruh dan terkini (LO1) Liputan yang kurang menyeluruh. Pemahaman konseptual diaplikasikan dengan sangat tidak berkesan (LO5). Hujah disokong dengan bukti yang tidak kukuh dan tepat serta menunjukkan kurang keupayaan membincangkan isu yang berkaitan. Perbincangan yang kurang jelas dan kritikal dan tiada keupayaan menganalisis dan mensintesis beserta kesimpulan yang menyeluruh. Tidak dapat mencungkil pemikiran pembaca dengan berkesan (TS1). Organisasi maklumat yang lemah (TS1). Struktur yang sangat tidak jelas dengan mengaitkan setiap bahagian dengan bahagian yang lain secara kurang logik.

More Documents from "Gayathiry Chillo"