Kerja Kursus Sejarah Pmr 2009 Bangunan Sultan Abdul Samad (update)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Sejarah Pmr 2009 Bangunan Sultan Abdul Samad (update) as PDF for free.

More details

  • Words: 7,286
  • Pages: 60
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN EMPAT 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

KERJA KURSUS SEJARAH PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

TAJUK

BANGUNAN BERSEJARAH DI NEGARA KITA BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD JALAN RAJA 50506 KUALA LUMPUR

NAMA

: MUHAMMAD AIMAN

TINGKATAN

: 3 CENDEKIA

NO. KAD PENGENALAN

:

GURU PENILAI

: PUAN

TANDATANGAN

:

TARIKH

:15 JUN 2009

ELEMEN 1 A. TEMU BUAL ORANG SUMBER

Nama

: Encik

Umur

:

Jawatan

: Pegawai

Alamat

: Cawangan Media dan Komunikasi Korporat, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50506 Kuala Lumpur.

Isi temu bual: 1. Mula bertugas di KPKKW, Banganun Sultan Abdul Samad pada 2 Januari 2008. 2. Keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad – Seni bina unik bercirikan Islam dan gabungan colonial British. Ciri Islam dilihat daripada bentuk kubah (seperti Taj Mahal di India) dan lengkung tingkap bentuk bawang seperti masjid di Mesir. 3. Sejarah pembinaan bangunan – Pengasas ialah Sir Maxwell pada tahun 1893, batu asas oleh Sir Mitchell pada tahun 1894. Arkitek Norman, Jurutera Spooner dan Huback. Siap pembinaan pada tahun 1897 dan dirasmikan Sir Frank Swettenham. 4. Sejarah penggunaan – Pernah digunakan sebagai Pejabat Negeri Melayu Bersekutu dan Pejabat Residen Jeneral British. Selepas merdeka digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Mahkamah Persekutuan serta Mahkamah Tinggi. 5. Ubah suai bangunan – Hanya bahagian dalam dan tidak melibatkan bahagian luar kerana tertakluk Akta Warisan kebangsaan. Setakat 2009 telah 2 kali ubah suai iaitu 1978 ($17.2 juta) dan 2007 hingga 2008 (RM20 juta). 6. Keistimewaan bahagian dalam bangunan – Mempunyai perpustakaan, ada geleri dan ruang pameran. Bahagian tengah terdapat laman segi empat dan tempat letak kereta. Lantainya bertiles

dan marmar dari Langkawi atau import dari luar negara. Siap dengan lif, hawa dingin serta alat keselamatan. 7. Aktiviti di bangunan ini – rutin harian KPKKW. Menguruskan lawatan pelancong dalam dan luar Negara serta penyelidikan dari individu, universiti dan pelajar. Dibuka 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali hari Sabtu, Ahad dan cuti am.

B. KERATAN AKHBAR i) Berita Harian Nama akhbar : Berita Harian Tarikh

: 20 Januari 2009

Halaman

: 29

Tajuk

: Rencana - “Bangunan Sultan Abdul Samad tetap gah dihimpit kemodenan”

Isi rencana akhbar: 1. Bangunan berusia 115 tahun menempatkan KPKKW. Bermula Januari 2007 melibatkan 8 bahagian kementerian tetapi berpindah sepenuhnya pada Januari 2009. Kos ubah suai pada Disember 2007 hingga Disember 2008 RM20 juta dibawah seliaan JKR.

2. Rekaan berkonsepkan “Indian Raj” kerana seni bina bercirikan kerajaan Islam Moor dan Moghul di India. 3. Pernah menjadi lambing kekukuhan institusi kehakiman – menempatkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sivil dan Perdagangan, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Jenayah. 4. Peletakan batu asas – Sir Charles B.H Mitchell pada 1894. Kos pembinaan setelah siap pada 1897 sebanyak $152 000 dan menjadi bangunan termahal di rantau ini. 5. Pegawai bertanggungjawab semasa pembinaan – Anthony C Norman sebagai arkitek dan jurutera C.E Spooner dari Britain. 6. Nama bangunan – Sempena nama Sultan Selangor, Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah (1857 – 1898)

ii) Utusan Melayu Nama akhbar : Utusan Melayu Tarikh

: 5 Januari 2009

Halaman

: 20

Tajuk

: Semasa – “Wajah Baru Bangunan Bersejarah”

Isi rencana akhbar: 1. Bangunan Sultan Abdul Samad berusia 115 tahun menempatkan KPKKW. Kos ubah suai pada tahun 2008 sebanyak RM20 juta di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya. Penyerahan bangunan kepada KPKKW pada 24 Disember 2008. 2. Bangunan dilengkapi perabot, kerusi meja, bersiling dan berlampu sederhana besar di bahagian luar dan dalam bangunan. 3. Lanskap menarik dan dilengkapi bilik sembahyang, tempat letak kereta, lif, geleri, kaunter penyambut tetamu dan bilik menunggu.

4. Diisytiharkan sebagai bangunan warisan kebangsaan pada tahun 2007. 5. Perasmian perpindahan KPKKW ke bangunan ini disempurnakan oleh Menteri terbabit iaitu Datuk Shafie Afdal.

C. BAHAN INTERNET i. Laman Web Daftar warisan: Alamat laman Web

: http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb

Isi laman web: 1. Latar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad – Siap 1897. Dikenali Bangunan Baru Kerajaan. Asal disebut “bangunan” ditukar menjadi “Bangunan Sultan Abdul Samad” sempena nama Sultan Selangor yang memerintah ketika itu. 2. Batu asas oleh Mitchell, Pengendali oleh Spooner. Siap April 1897 dengan kos $152 824. Bahan daripada kilang dibina di Brickfield. 3. Penggunaan – menempatkan semua pentadbiran negeri (Negeri Melayu Bersekutu) dan jabatan lain. Pernah digunakan Kerajaan Negeri Selangor dan Mahkamah. 4. Seni bina – Moorish atau Mahometan Style bercirikan Islam. Turut menitikberatkan seni bina India iaitu Raj Style. 5. Keistimewaan – Jam besar setinggi 41.5 meter. Terletak di Jalan Raja dengan Jalan Mahkamah Persekutuan (Jalan Belanda). Terletak di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang.

ii. Laman Web Sejarah Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia: Alamat Laman Web: http://www.sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?section=sm05& Isi Laman Web: 1. Bangunan warisan dibina tahun 1893, peletakan batu asas oleh Mitchell pada 1894. Siap pada 1897 dan menggunakan nama Sultan Selangor ketika itu, Sultan Abdul Samad. Sebagai mercu tanda Kuala Lumpur. 2. Lokasi strategik ditengah-tengah Bandar KL dan pertemuan Sungai Gombak serta Sungai Kelang. Keluasan 10 200 meter persegi. Terletak antara Jalan Raja (Gombak St) dengan Jalan Mahkamah Persekutuan (Jalan Belanda). 3. Fungsi – menempatkan pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu menggantikan Taiping. Pernah digunakan Kerajaan Negeri Selangor sehingga 1978 sebelum pindah ke Shah Alam serta beberapa buah Mahkamah. 4. Reka bentuk bangunan asal oleh A.C Norman dan diubah suai oleh C.E Spooner. Dua tingkat setinggi 57 kaki. Bahagian tengah bangunan terdapat dataran dan terdapat serambi besar tertutup. 5. Seni bina bentuk “saracenic” bercirikan seni bina Moorish dan Moghul serta berunsurkan Islam. Terdapat 3 kubah besar dicat hitam. Kos awal pembinaan $152 000 dan bangunan termahal di rantau ini. 6. Ubah suai pada 1978 hingga 1984 sebanyak RM17.2 juta. Australia menyumbang RM200 000 untuk menyadur tembaga 3 buah kubah. Dirasmikan sekali lagi pada 1984.

D. PETA Alamat Laman Web Peta : http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php?page=warisan_keb_home&subpage=show_detail&c ategory=2&id=8 Tajuk Peta

: Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad.

Isi laman Web/ Peta:

Gambar 2 : Pelan Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad.

E. MAJALAH Nama Majalah

: Dewan Budaya

Penerbit

: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tarikh

: Januari 2002

Halaman

: 16 – 17

Tajuk

: Khazanah di sebalik yang lama

Penulis

: Adib Imran

Isi Rencana Majalah: 1. Penjajahan Inggeris meninggalkan banyak bangunan bersejarah termasuk Bangunan Sultan Abdul Samad. Berciri Moorish dan neo-classical. 2. Dibina oleh Residen Inggeris William Maxwell. Batu asas oleh Gabnor Charles Mitchell pada 1894. Batu asas ditanam bersama mata wang Yen, timah, Jurnal Selangor dan mata wang Straits Settlement. Menelan belanja $152 000. 3. Arkitek Norman tetapi Spooner menukar reka bentuk daripada Colonial classical kepada struktur Moorish. Bahan disediakan oleh kilang di Brickfield dekat dengan bangunan YMCA lama. 4. Berfungsi menarik pelancong. Bangunan lama tetapi dilengkapi ciri teknologi bangunan pintar.

F. ENSIKLOPEDIA Nama

: Ensiklopedia Dunia (Terjemahan The World Book Encyclopedia)

Penerbit

: Dewan Bahasa dan Pustaka

Karya Terjemahan

: Perpustakaan Negara Malaysia

Jilid

: Cetakan pertama, 2005

Halaman

: 25 – 34

Isi Ensiklopedia: 1. Kawasan Jalan Raja awalnya kawasan pertanian. Kedatangan Inggeris menjadikan kawasan perniagaan sebab dekat Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Sungai pengangkutan utama melalui bot. 2. Hanya bangunan rumah kedai dari kayu dan pejabat kerajaan kecil dan tidak menonjol. 3. Mula perancangan Bangunan Sultan Abdul Samad pada tahun 1889 lagi ketika Maxwell. Mula dilaksanakan 1893. Mengikut plan, jam besar setinggi 140 kaki, dua tingkat dan mempunyai verandah. Plan asal oleh Norman. 3. E.Spooner mengubah suai plan mengikut corak “Saracen moden” atau Moorish yang sesuai dengan Islam. 4. Dijadikan pusat pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu yang berpindah dari Taiping ke Kuala Lumpur pada tahun 1896 (C.H Labrooy (1931)) 5. Tujuan asal pembinaan oleh Maxwell – Pusat pentadbiran Negeri Bersekutu; Sebagai mengekalkan dominasi kolonialisme British di negara yang dijajah; sebagai iklan untuk menarik pelabur; sebagai meninggikan corak seni bina Islam.

G. BUKU ILMIAH 1. S.Vlatseas; 1990; A History of Malaysian Architecture; Singapura; Longman Singapore Publisher.

Dapatan isi: 1. Di bina pada 1893 pada masa empayar British sedang rancak membangunkan bangunan di seluruh kawasan jajahannya. Pelan asal pleh Norman yang pernah bekerja di Bombay, India. Pelan asal berbentuk “Neo-classical” sepenuhnya. 2. Ubah suai dijalankan oleh Spooner dengan kerjasama Hubback. Mengetengahkan cirri seni bina berunsur Islam dari Cordova dan Mesir. Ciri pintu bawang dan kubah bentuk dome dari Taj Mahal India. Membawa cirri Moorish. 3. Tujuan pembinaan asal oleh Maxwell sebagai pusat pentadbiran Inggeris dan Negeri Melayu Bersekutu di bawah satu pentadbiran berpusat. Turut bertujuan mengekalkan dominasi colonial British serta bagi menarik modal khususnya pemodal bagi sektor perlombongan dan tanaman getah. Spooner pula membina bangunan ini bagi tujuan mengenengahkan ciri keislaman.

ii. H. Berbar; Journey Through Kuala Lumpur; 2003; Singapura; Times Media Private Limited.

Dapatan Isi: 1. Bangunan Sultan Abdul Samad bercirikan Negara Islam dengan seni bina Moghul Style. Dibina antara 1893-1897 dan menjadi pejabat Negeri Melayu Bersekutu. Kedudukan berhampiran Dataran Merdeka dan Komplek Daya Bumi. 2. Usia bangunan lebih 100 tahun dan menjadi mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur. Sebuah jam besar setinggi lebih 40 meter. Memiliki seni “Raj Style” melalui inovasi Spooner daripada ubah suai pelan asal oleh Norman. 3. Menggunakan 4 juta batu bata, 4 cubic meter kayu, simen, besi, keluli dan sebagainya. Kos pembinaan $152 000. Arch pintu dan tingkap dari reka bentuk masjid di Cordova dan Mesir. 4. Pernah menempatkan pelbagai jabatan kerajaan seperti pejabat pos besar, Jabatan Kerja Raya, serta Jabatan Kehakiman dan pelbagai mahkamah di Malaysia. 5. Kini digunakan untuk sambutan Hari Kemerdekaan pada setiap 31 Ogos. Bangunan ini menjadi sejarah penurunan bendera Union Jack sempena kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

H. BAHAN EDARAN JABATAN/ KEMENTERIAN Jenis Sumber

: Bahan Edaran Jabatan/ Kementerian

Sumber

: Cawangan Media dan Komunikasi Korporat, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Tajuk

: Bangunan Sultan Abdul Samad.

Penulis skrip

: Jamaludin Idris Bahagian Perhubungan Awam KPKKW

Isi Bahan Edaran: 1. Latar belakang sejarah pembinaan bangunan Sultan Abdul Samad. 2. Bagaimana bangunan ini mendapat nama. 3. Tujuan pembinan Bangunan Sultan Abdul Samad. 4. Keunikan Bangunan Sultan Abdul samad. 5. Bangunan Sultan Abdul samad sekarang. 6. Peta pelan lantai tingkat bawah Bangunan Sultan Abdul Samad.

I. MELAWAT TEMPAT KAJIAN Nama tempat kajian : Bangunan Sultan Abdul Samad. Alamat

: Jalan Raja, 50506 Kuala Lumpur.

Tarikh

: 3 April 2009.

Masa

: 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Pegawai ditemui

: i. Encik Shahrul Nizam Jamaludin Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. ii. Puan Nurul Ain Binti Jaini Penolong Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Aktiviti

: i. Mengambil gambar di seluruh Bangunan Sultan Abdul Samad. ii. Mengambil gambar di sekitar Bangunan Sultan Abdul Samad. iii. Menemu bual pegawai perhubungan awam KPKKW. iv. Membuat rujukan maklumat di Perpustakaan KPKKW. v. Mencatat maklumat daripada pegawai dan kakitangan KPKKW.

Bukti lawatan

: i. Borang pengesahan Kementerian (KPKKW) diberi dan ditandatangani. ii. Gambar berkaitan penyelidikan disertakan dalam lampiran 5.

ELEMEN 2

TAJUK KAJIAN

KAJIAN BANGUNAN BERSEJARAH BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD JALAN RAJA LAUT 50350 KUALA LUMPUR

SENARAI KANDUNGAN BIL

TAJUK

HALAMAN

1.0

Penghargaan

1

2.0

Objektif Kajian

2

3.0

Kaedah Kajian

4.0

Hasil Kajian:

3

4.1: Nama Bangunan 4.2: Latar Belakang 4.3: Keistimewaan Bangunan

5

5

4.4: Kemajuan dan Kepentingan 12

21 5.0

Rumusan

24

6.0

Lampiran

26

7.0

Rujukan

41

1.0 :

PENGHARGAAN

Saya, Muhammad Aiman Bin Mohd Nazri ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Pengetua, Puan Hajah XXXXXXXXXXX kerana sentiasa memberi perangsang supaya kami

tekun dan dedikasi serta sudi memberi kebenaran kepada kami untuk menjalan kajian di kawasan yang dipilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Tidak lupa juga, penghargaan ini saya tujukan kepada guru sejarah saya, PuanXXXXXXXXXXX, kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya bagi mendalami mata pelajaran sejarah. Pada masa yang sama, saya amat berterima kasih kepada beliau kerana banyak memberi panduan bagi menghasilkan Kerja Kursus Sejarah saya yang berkaitan dengan bangunan bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada keduadua ibu bapa saya iaitu Encik XXXXXXXXX dan Puan XXXXXXXXXX, yang tidak jemu memberi dorongan dan sokongan, baik dalam bentuk kewangan mahupun sokongan moral sehingga terhasilnya kerja kursus ini. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekumpulan saya dari Tingkatan Tiga Cendekia iaitu Saudara XXXXXXX,XXXXXXXXXX Bin Mohammad XXXX, XXXXXXXXXXXXXXXXXX, yang telah sama-sama meluangkan masa untuk menjalankan kajian serta bertukar-tukar pendapat dan berkongsi maklumat dalam menjayakan kerja kursus ini. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak pengurusan Bangunan Sultan Abdul Samad kerana sentiasa memberi kerjasama sepanjang masa kami menjalankan kajian di kawasan bangunan tersebut. Terima kasih. 20

:

OBJEKTIF KAJIAN Kajian Kerja Kursus Sejarah tentang Bangunan Sultan Abdul Samad ini saya jalankan

atas beberapa objektif. Antara objektif tersebut termasuklah:

i. Kajian ini dilakukan secara amnya adalah kerana saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang latar belakang bangunan yang saya kaji iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di Kuala Lumpur. ii. Kajian ini juga saya laksanakan kerana saya ingin mengenali asal usul bangunan bersejarah yang saya kaji iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad agar saya dapat menghayati sejarah Negara kita. iii. Pada masa yang sama, kajian ini saya jalankan kerana saya ingin menghayati dan menghargai bangunan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad ini sebagai khazanah negara yang amat berharga. iv. Saya juga membuat kajian ini kerana saya ingin mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad.

30

:

KAEDAH KAJIAN Kajian Kerja Kursus mengenai bangunan bersejarah iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad

di Kuala Lumpur ini saya laksanakan melalui beberapa kaedah. Antara kaedah tersebut ialah: i. Kaedah Lawatan: Saya telah melawat ke tempat kajian iaitu di Bangunan Sultan Abdul Samad pada 3 April 2009 bersama-sama dengan rakan sekumpulan saya. Melalui kajian ini saya dapat mengambil

gambar bangunan ini serta mencari data berkaitan kajian melalui pemerhatian dan temubual dengan pegawai yang terlibat dengan bangunan tersebut. ii. Kaedah Temu Bual: Melalui kaedah ini, saya telah menemu bual Pegawai Perhubungan, Cawangan Media dan Komunikasi Korporat Bangunan Sultan Abdul Samad iaitu Puan Nurul Ain Binti Jaini. Melalui temu bual ini, beliau telah menerangkan tentang bangunan Sultan Abdul samad dan menjelaskan banyak maklumat yang lebih jelas. iii. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan: Saya telah menjalankan penyelidikan tentang Bangunan Sultan Abdul samad di dua buah perpustakaan iaitu di perpustakaan sekolah saya iaitu SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi dan Perpustakaan Bangunan Sultan Abdul Samad. Di sini, saya mendapatkan bahan maklumat melalui pembacaan beberapa buah buku serta bahan ilmiah. Saya juga merujuk pada keratan akhbar lama yang berkaitan dengan bangunan yang saya kaji.

iv. Kaedah Melayari Internet: Saya telah melayari beberapa buah laman web untuk mendapat maklumat mengenai Bangunan Sultan Abdul Samad dengan lebih terperinci. Antara laman web yang saya lawati termasuklah Laman Web Perpustakaan Negara Malaysia, Laman Web Wikipedia serta Laman Web Kementerian Kebudayaan dan Warisan.

4.0:

HASIL KAJIAN

4.1: Nama Bangunan: Bangunan bersejarah yang saya kaji ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Pada peringkat awal pembinaan, bangunan ini hanya dikenali dengan nama “Bangunan” sahaja. Selepas itu, perkataan “Bangunan” itu diubah menjadi “Bangunan Baru Kerajaan” atau The New Government Offices dan kemudian dikenali pula sebagai “Bangunan Sekretariat Persekutuan” atau The Federal Secretariat Office, yang digunakan bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Selepas siap pembinaannya, “Bangunan” ini ditukar nama menjadi “Bangunan Sultan Abdul Samad” pada tahun 1897, sempena nama Sultan Selangor pada waktu itu iaitu Almarhum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah, yang memerintah Selangor dari tahun 1857 hingga tahun 1898.

4.2: Latar Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad: 4.2.1: Asal-usul Bangunan Sultan Abdul Samad: Sebelum Bangunan Sultan Abdul Samad dibina, kawasan Jalan Raja merupakan kawasan pertanian memandangkan kedudukannya berhampiran dengan sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Menjelang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, Jalan Raja dijadikan kawasan

pentadbiran Inggeris. Sebelum tahun 1897, kawasan ini hanya dipenuhi dengan rumah-rumah kedai serta bangunan kerajaan yang bersifat kecil dan tidak menonjol. Pada tahun 1893, Residen Inggeris iaitu Sir William Maxwell yang mentadbir Tanah Melayu dari tahun 1889 hingga 1892, telah merancang pembinaan sebuah bangunan Pentadbiran Berpusat di bawah satu bumbung. Sebanyak 1,035 hektar kawasan dicadangkan untuk tujuan tersebut. Seluas 10,200 meter persegi kawasan di Jalan Raja telah dipilih untuk pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad. Pelatakan batu asasnya pula dilaksanakan oleh Gabnor Negerinegeri Selat, Sir Charles B.H Mitchell pada 6 Oktober 1894. Batu asas tersebut ditanam bersama-sama dengan wang Yen, timah, Jurnal Selangor dan mata wang Streets Settlement. Dari segi sejarah pada peringkat awal penggunaannya, bangunan ini telah digunakan sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang kemudiannya ditukar nama pada Seketeriat Persekutuan (Federal Secretariat). Bangunan ini turut digunakan bersama dengan Kerajaan Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Pembinaan bangunan ini juga merupakan satu kejayaan “Program Bangunan Tersergam” atau “Massive Building Programme”.

4.2.2: Pengasas Bangunan Sultan Abdul Samad: Sejarah pengasas pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad dapat dibahagikan kepada beberapa kategori. Pencadang dan pengasas terawal ialah Sir William Maxwell iaitu Residen Inggeris di Tanah Melayu yang mencadangkan sebuah bangunan pusat pentadbiran awam pada tahun 1893 bagi menempatkan Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Cadangan beliau kemudiannya disambung oleh Sir Charles B.H Mitchell, iaitu Gabnor Negeri-negeri Selat yang telah meletakkan batu asas pada tahun 1894.

Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab pula terdiri daripada Arthur Charles Alfred Norman, yang bertindak sebagai Arkitek Kerajaan. Beliau seorang warganegara British yang bertugas di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur serta berpengalaman luas kerana pernah bertugas di Afrika. Beliau adalah orang yang mengemukakan pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad berdasarkan ciri bangunan masjid di India tetapi lebih berkonsepkan Inggeris atau “Classical Rennaisance”. Turut terlibat sebagai pengasas dalam pembinaan bangunan ini ialah Charles Edwin Spooner, iaitu warganegara British yang bertindak sebagai Jurutera Negeri dan Pengarah Public Works Department (PWD). Beliau merupakan orang terpenting yang mengubah pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad yang dikemukakan oleh A.C Alfred Norman, kepada pelan reka bentuk baru yang dikenali sebagai seni bena “Moorish” atau “Saracen Moden” serta sesuai dengan ciri-ciri negara Islam. Kedua-dua pegawai tersebut mendapat bantuan daripada seorang lagi arkitek iaitu R.A.J. Bidwell. Seorang lagi pegawai bertanggungjawab ialah A.B Hubbock yang merupakan penyedia pelan dan lukisan untuk Bangunan Sultan Abdul Samad pada awal pembinaannya.

4.2.3: Tarikh Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad: Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada akhir abad ke-19 iaitu bermula dari tahun 1893 sebaik sahaja cadangan pembinaannya dikemukakan oleh Sir William Maxwell. Peletakan batu asas bangunan ini dilaksanakan setahun lewat daripada tarikh awal pembinaannya, iaitu pada 6 Oktober 1892 oleh Sir Charles B.H Mitchell. Bangunan Sultan Abdul Samad ini siap sepenuhnya pada April 1897 dan mengambil masa selama 2 tahun 7 bulan untuk disiapkan. Setelah siap, Bangunan Sultan Abdul Samad ini

telah dirasmikan oleh Sir Frank Swettenham iaitu Residen General Negeri-negeri Malayu Bersekutu yang pertama pada 4 April 1897.

4.2.4: Lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad: Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Raja, Kuala Lumpur. Bangunan ini terletak di kawasan tapak berbentuk segi tiga seluas 10,200 meter persegi. Kawasan ini merupakan kawasan yang strategik kerana terletak di pertemuan di antara Sungai Gombak dengan Sungai Kelang, yang menjadi antara sistem pengangkutan utama pada waktu penubuhannya. Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di antara tiga batang jalan raya utama iaitu Jalan Raja di sebelah hadapan yang dahulunya dikenali dengan nama Gombak Road. Di bahagian belakang bangunan ini ialah Jalan Mahkamah Persekutuan yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Belanda, manakala di sebelah tepi bahagian kanan pula ialah Jalan Leboh Pasar Besar. Bangunan ini juga terletak berhampiran dengan Jalan Mahkamah Tinggi yang dahulunya dikenali sebagai Clarke Streets, dan beberapa jalan lain seperti Jalan Tunku Abdul Rahman.

Peta: Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan LumpurSultan Abdul Samad dikelilingi oleh beberapa mercu tanda PadaRaja, masaKuala ini, Bangunan

utama Kuala Lumpur. Antaranya ialah Dataran Merdeka di sebelah hadapan, yang dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor serta bangunan Kelab Diraja Selangor. Di sebelah kiri bangunan tersebut ialah Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur manakala di sebelah belakangnya pula ialah Masjid Jamek yang terletak bersebelahan dengan Sungai Gombak.

Gambar 1: Dataran Merdeka di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

Gambar 2: Bangunan Kelab DiRaja Selangor

Gambar 3: Pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang

4.2.5: Tujuan Penubuhan Bangunan Sultan Abdul Samad: Menurut S. Vlatseas dalam Journal A History Of Malaysian Architecture, tujuan penubuhan Bangunan Sultan Abdul Samad pada peringkat awal dapat dibahagikan kepada dua katogeri iaitu untuk tujuan langsung dan tujuan tidak langsung. Bagi tujuan langsung, penubuhan bangunan ini yang diasaskan oleh Sir William Maxwell adalah bagi menyediakan sebuah Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua Jabatan Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu di bawah satu bangunan Pentadbiran Awam Berpusat. Hal ini sesuai dengan fungsi Kuala Lumpur yang dijadikan sebagai ibu negeri bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. Menurut CTT Labrooy (1931), pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bagi menggantikan Taiping di Perak yang sebelumnya berfungsi sebagai ibu negeri bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Di antara pentadbiran awam yang ditempatkan di bangunan ini ialah Pejabat Sekretariat Kerajaan (GSO), Bilik Mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber), Pejabat Pos, Lembaga

Kebersihan (Sanitary Board), Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner), Jabatan Kerja Raya (Public Works Department), Pejabat Audit dan Perbendaharaan, Pejabat Tanah, Pejabat Galian, dan Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (PWD Distric Office). Pada masa yang sama, bangunan ini turut digunakan oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam pada tahun 1974. Bagi tujuan tidak langsung pula, S. Vlatseas menjelaskan bahawa Sir William Maxwell mewujudkan Bangunan Sultan Abdul Samad untuk tujuan memberi imej baru kepada Kuala Lumpur sebagai pusat Pentadbiran Inggeris di rantau ini sebagai iklan untuk menarik modal. Beliau merasakan bangunan-bangunan kerajaan yang menarik akan mewujudkan suasana kemakmuran dan dapat mengundang pemodal di Tanah Melayu pada waktu itu. Pada masa yang sama, Perpustakaan Negara Malaysia berpendapat bahawa Sir William Maxwell juga ingin menonjolkan ciri-ciri bangunan “simetri Eropah yang klasik” atau “Europian Classical Symmetry” bagi menunjukkan keagungan empayar Inggeris yang mementingkan aspek dekorasi di sesebuah negara yang dijajahnya, sebelum pelan asalnya diubah suai oleh Spooner. Bagi Charles Edwin Spooner pula, pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad adalah bertujuan untuk menampilkan ciri-ciri seni bina Islam.

4.2.6: Kos Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad: Bagi tujuan pembinaan Sultan Abdul Samad, Kerajaan British mengehadkan kos pembinaannya tidak melebihi $231 000. Anggaran Awal yang dikemukakan oleh Charles Edwin Spooner ialah $152 000. Bagaimanapun apabila bangunan ini siap sepenuhnya pada April 1897, kos sebenarnya ialah $152 824. Dengan jumlah sebanyak itu, kos pembinaan tersebut menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai bangunan termahal di seluruh rantau ini pada waktu tersebut

4.2.7: Perasmian Bangunan Sultan Abdul Samad: Bangunan Sultan Abdul Samad telah siap sepenuhnya pada April 1897. Upacara perasmian bangunan ini telah diadakan secara besar-besaran dan dirasmikan oleh Sir Frank Swettenham iaitu Residen General Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pertama pada 4 April 1897. Turut menghadiri majlis perasmian tersebut ialah Sultan Selangor pada waktu itu iaitu Almahrum Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Raja Abdullah dan jurutera asal bangunan tersebut iaitu Charles Edwin Spooner. C.E Spooner turut menyampaikan ucapan berkaitan dengan sejarah pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad tersebut.

4.3: Keistimewaan Bangunan Sultan Abdul Samad: 4.3.1: Reka Bentuk Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad: Kerja-kerja mereka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad telah bermula seawal tahun 1889, setelah Sir William Maxwell mengambil alih tugas sebagai Residen British di Selangor. Maxwell telah membawa Charlers Edwin Spooner dari Ceylon sebagai Jurutera Negeri serta dibantu oleh A. Bellamy Hubbock sebagai pelukis pelan dan Arthur Charles Norman sebagai Arkitek Negeri. Kawasan seluas 10,200 meter persegi dipilih sebagai tapak asal bangunan ini. Reka bentuk asal Bangunan Sultan Abdul Samad telah dikemukakan oleh A.C Norman dan hanya berkonsepkan sebuah bangunan bercirikan Inggeris ”Classical Rennaisance”. Spooner

bersama

seorang

arkitek

bernama

R.A.J

Bidwell,

adalah

orang

yang

bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C. Norman. Pelan reka

bentuk baru oleh Spooner ini dikenali sebagai corak seni bina ”Moorish” atau ”Saracen Moden”. Pada masa yang sama, ciri ”The Raj Style” yang dibawa dari India dimasukkan sebagai gabungan ciri asal pembinaannya. Pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad berbentuk segi tiga meliputi kawasan antara Jalan Raja Laut dan Jalan Belanda (Jalan Mahkamah Persekutuan) yang melengkar ke arah barat sepanjang Sungai Gombak dan Sungai Klang dan berbentuk seperti huruf “F”. Ciri utama bangunan ini ialah memiliki tiga buah kubah bersalut tembaga menyerupai kubah Taj Mahal, menara jam besar dan arked serta lengkungan yang luas. Mengikut plan asal, kubah-kubah tersebut asalnya diperbuat daripada kayu dan batu-bata tetapi kini telah diganti dengan kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam besar merupakan kubah utama dan diapit oleh dua buah kubah lain dengan tangga pilin menurun. Kubah utama di bahagian tengah menggabungkan dua ciri tradisional iaitu kubah dan kios.

Gambar 4: Menara Jam Besar di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 5: Antara sebuah kubah di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza. Binaan ini diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara jam besar setinggi 41.5 meter yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan bangunan ini. Pelan bangunan ini berbentuk ladam yang mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran atau laman segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga. Kehadiran laman ini memberi pengudaraan kepada ruang legar di sebelah tampak dalam bangunan ini. Bahagian utama bangunan ini ialah anjung yang menghadap ke arah Padang Kelab Diraja Selangor. Apabila memasuki pintu utama bangunan ini, kita dapat melihat tangga berbentuk separuh bulatan. Ruang pejabat bangunan ini hampir 100 peratus dikelilingi serambi yang mana memberikan pengudaraan secara maksima, kerana pada zaman bangunan dibina tanpa mempunyai pendingin udara.

Mengikut pelan asal Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ini berbentuk dua tingkat. Pelan asalnya boleh dilihat melalui 4 bahagian yang menarik iaitu bahagian tingkat bawah, tingkat satu, tingkat dua dan tingkat mazenin. Hal ini dapat dilihat melalui pelan yang diberi di bawah.

Gambar 6: Pelan Tingkat Bawah, Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 7 : Pelan Tingkat Satu, Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 8: Pelan Tingkat 2, Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 9: Pelan Tingkat Mezanin, Bangunan Sultan Abdul Samad.

4.3.2: Bahan Binaan Bangunan Sultan Abdul Samad: Bagi tujuan pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad, kerajaan British telah menubuhkan sebuah kilang di Brickfield khusus untuk menyediakan bahan-bahan binaan. Keseluruhan bahan yang digunakan meliputi 4 juta biji batu-bata, 2 500 tong simen, 18 000 pikul kapur, 5 000 paun tembaga, 50 tan besi dan keluli dan 30 000 kaki padu kayu.

tempatan. Pemilihan kayu keras jenis terbaik seperti cengal dan balau digunakan bagi menghasilkan pintu, tingkap dan rangka kubah. Pemilihan warnanya pula adalah terdiri daripada gabungan dua warna lembut iaitu menggunakan cat seperti warna batu asli dan cat putih.

4.3.3: Pengubahsuaian Bangunan Sultan Abdul Samad: Sejak dibina hingga tahun 2009, Bangunan Sultan Abdul Samad telah melakukan pengubahsuaian sebanyak dua kali. Pengubahsuaian pada kali pertama dilakukan pada tahun 1978 akibat kejadian banjir besar yang melanda Kuala Lumpur pada tahun 1971. Banjir akibat hujan lebat dan sistem saliran di Kuala Lumpur yang tidak baik itu telah mengakibatkan sebahagian bangunan tersebut terjejas teruk. Kos pengubahsuaian pada kali pertama ini menelan belanja yang dianggarkan sebanyak $17.2 juta ringgit dan mengambil masa selama 6 tahun untuk disiapkan. Pada tahun 1982, Kerajaan Australia turut menyumbangkan wang sebanyak $200 000 ringgit bagi membiayai kos untuk menyadur tembaga di tiga buah kubah bangunan tersebut. Kerja ubah suai bangunan ini siap sepenuhnya pada tahun 1984. Pengubahsuaian hanya dilakukan di bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luar bangunan atau kedudukan asal bangunan tersebut. Dinding bahagian luar masih mengekalkan penggunaan batu-bata dedah atau “facing” dan tidak ditutupi dengan lapisan simen

atau plaster. Selepas kerja ubah suai ini selesai, Bangunan Sultan Abdul Samad dirasmikan sekali lagi pada tahun 1984. Pengubahsuaian bagi kali kedua pula dilakukan pada awal tahun 2008 yang lalu dan mengambil masa selama satu tahun serta disiapkan pada 24 Disember 2008. Tujuan ubah suai ini adalah bagi tujuan penempatan sepenuhnya semua bahagian dalam Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan secara sepenuhnya pada bulan Januari 2009. Menurut Menteri terbabit pada waktu itu, Datok Seri Rais Yatim (2008), kos bagi kerja ubah suai tersebut menggunakan kos yang dianggarkan sebanyak RM20 juta dan dilaksanakan dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (Berita Harian: 20 Januari 2009, m.s 29). Seperti pengubahsuaian kali pertama, pengubahsuaian kali kedua ini juga hanya melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut.

4.3.4: Hiasan Dalaman Bangunan Sultan Abdul Samad: Di tengah-tengah bangunan ini terdapat satu laman atau dataran tinggi yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Keseluruhan pintu-pintunya pula diperbuat daripada kayu dalam bentuk panel keras. Tingkapnya pula telah diubahsuai dalam bentuk yang agak moden iaitu jenis panel yang berbingkai kayu dan bercermin kaca jernih. Kebanyakan tingkap dan pintu berbentuk melengkung yang bercirikan seni bina masjid-masjid di Cordova dan Mesir. Di bahagian dalam bangunan ini turut dibahagikan kepada beberapa bahagian bilik atau “portion” yang menempatkan ruang pejabat berbentuk moden, bilik pentadbiran, perpustakaan dan sebagainya. Sebahagian lantaibahagian dalam setiap bilik mempunyai kemasan tile bersaiz besar sama ada berwarna putih atau perang. Di bahagian ruang hadapan, ruang masuk dan kaunter

penyambut

tetamu

dilengkapi dengan kemasan jubin berkilat dan marmar yang

bermutu tinggi yang diperoleh sama ada dari kilang di Pulau Langkawi ataupun diimport dari luar negara. Di ruang dalam bangunan ini juga terdapat sebuah tangga berpusing menuju ke Menara Jam Besar. Terdapat sebuah bilik mesyuarat atau bilik persidangan yang dilengkapi dengan sebuah meja panjang dan dua barisan kerusi memanjang yang dibina bertingkat. Di bahagian pintu masuk bangunan ini turut ditempatkan sebuah kaunter menyambut tetamu diperbuat daripada kayu keras berwarna perang, sementara di ruangan menunggu dilengkapi dengan kerusi serta almari yang menempatkan akhbar dan buku-buku bacaan umum.

Gambar 10: Tangga Berpusing

Bumbung bangunan diperbuat dalam bentuk condong atau ‘pitch’ dengan menggunakan kemasan genting berwarna merah. Ruang dalam bangunan ini turut juga dilengkapi dengan sistem keselamatan dan setiap ruang dilengkapi alat pendingin udara. Penggunaan lampu jenis gantung bersaiz besar turut dipasang di bahagian ruang masuk. Selain itu, bahagian dalam bangunan ini turut dilengkapi dengan tempat letak kereta khas pegawai, lif dan galeri.

4.3.5: Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad Dahulu dan Sekarang: Kegunaan Bangunan Sultan Abdul Samad pada masa dahulu dapat dilihat pada masa sebelum dan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sebelum kemerdekaan, bangunan ini telah digunakan sebagai Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, bangunan ini turut menempatkan Pejabat Residen General, Pejabat Lembaga Kebersihan dan Pejabat Pos Besar. Selepas tanah Melayu mencapai kemerdekaan, bangunan ini telah digunakan sebagai Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sehingga tahun 1974 serta menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Pada masa yang sama, bangunan ini menempatkan Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Perakaunan dan Pejabat Am Majlis Mesyuarat Negeri. Pada tahun 1978 pula, bangunan ini menempatkan Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi Sivil dan Perdagangan dan Mahkamah Tinggi Jenayah. Bagaimanapun, kesemua mahkamah ini dipindahkan pada Disember 2007. Pada masa ini, Bangunan Sultan Abdul Samad digunakan oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bermula pada Disember 2007. Pada tahun tersebut, hanya 8 bahagian kementerian berkenaan yang terlibat dengan perpindahan ini. Selepas itu bermula pada Januari 2009, semua bahagian kementerian tersebut berpindah dan menggunakan keseluruhan bangunan ini sepenuhnya sehinggalah ke hari ini.

4.3.6: Cara Pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad: Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya pada tahun 1893 dan disiapkan pada tahun 1897, cara pembinaannya lengkap dengan ciri ciri keistimewaan dari aspek komposisi karektor seperti stail, ragam hias dan pemilihan unsur-unsur Islam pada gerbang tingkap dan pintu berbentuk separuh lengkong(arch)dari seni bina masjid di Cordova dan Mesir.

Kubahnya pula berbentuk potong bawang (dome) seperti di bangunan Taj Mahal di India dan struktur binaannya berbentuk minaret yang kebiasaannya terdapat pada senibina sesebuah masjid. Pembinaannya juga melibatkan tiga buah kubah besar yang diperbuat dari tembaga dan empat buah kubah kecil berwarna putih. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan pada satu daripada tiga kubah tembaga itu iaitu kubah yang terletak di atas Menara Jam Besar. Kubah ini dibina lebih istimewa daripada dua kubah di menara kecil pada bahagian kiri dan kanannya yang menyerupai kubah masjid. Tujuan dibina dua menara kecil berkubah di kiri dan kanan Menara Jam besar adalah untuk memberikan keseimbangan pada Menara Jam Besar tersebut. Pada mulanya kubah ini diperbuat dengan menggunakan rangka kayu yang kemudiannya dilitupi dengan kepingan tembaga. Pada asalnya juga kubah ini dicat dengan warna hitam. Walau bagaimanapun dalam proses baik pulih pada tahun 1978, kubah ini telah digantikan dengan tiga kubah tembaga yang baru dengan pembiayaan yang disumbangkan oleh Kerajaan Australia.

4.4: Kemajuan dan Kepentingan Bangunan Sultan Abdul Samad: Dari segi kemajuan, Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan satu daripada ratusan bangunan bersejarah di negara kita yang dipilih sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan. Hal ini dinyatakan dalam Akta Warisan Kebangsaan (2005). Tujuan pemilihan bangunan Sultan Abdul Samad ini dijadikan bangunan warisan adalah bagi mengawal bangunan di negara kita yang bersifat “New Classical” atau bersifat “colonial” daripada terjejas. Dari satu sudut, kemajuan yang dicapai ini akan dapat mengawal reka bentuk semula jadi bangunan tersebut serta mengekalkan identiti seni bina yang unik pada masa lampau. Dasar PSKL 2020 pula menjelaskan bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad akan tetap dipelihara serta dipulihara bagi mengekalkan keaslian kawasan asalnya dan juga lanskap di mana

segala baik pilih tidak membenarkan keaslian semula jadinya diubah. Kedua-dua peraturan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan keaslian dan kesenian asal bangunan tersebut sentiasa terkawal. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga telah mencatatkan pelbagai kejayaan yang menggambarkan kepentingan bangunan ini. Bagi memudahkan kajian, kepentingan ini dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Antaranya termasuklah: i. Kepentingan dari sudut politik tanah air: Bangunan ini telah menjadi pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan pernah menjadi Pejabat Residen Jeneral ketika zaman penjajahan British. Selain itu, ia juga pernah menjadi Pusat Pentadbiran Negeri Selangor selepas kemerdekaan negara kita dengan menempatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan tempat Majlis Mesyuarat Negeri sehingga tahun1978. Di sini jugalah bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 menandakan perubahan politik tanah air yang sebelumnya dijajah kepada politik tempatan. Peristiwa lain yang menunjukkan kepentingan bangunan ini dari sudut politik ialah terdetiknya jam besar sebanyak 12 kali pada malam 31 Ogos 1957 yang menunjukkan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada masa yang sama, sehingga kini sambutan mengingati kemerdekaan negara sering diadakan di Bangunan Sultan Abdul Samad pada setiap tahun.

ii. Kepentingan dari segi ekonomi: Bangunan Sultan Abdul Samad telah menjadi tarikan pelancong dari dalam mahupun dari luar negara kerana seni binanya yang unik dan menarik. Secara tidak langsung, bangunan ini telah menaikkan industri pelancongan negara kita yang merupakan satu aset penting negara kita dalam bidang ekonomi. Kehadiran pelancong semakin bertambah dengan

adanya pelbagai program yang diatur di kawasan bangunan ini seperti Sambutan Hari Kemerdekaan dan perbarisan Pesta Flora yang diadakan pada setiap tahun. Hal ini turut meningkatkan pendapatan negara.

iii. Kepentingan dari sudut sosial: Bangunan ini telah dijadikan lokasi sambutan kemerdekaan negara kita pada setiap tahun. Pada ketika ini, persembahan kebudayaan pelbagai etnik dan kaum di negara kita telah dipersembahkan. Antaranya termasuklah tarian-tarian kaum dan etnik Melayu, Cina dan India yang sudah pasti memaparkan kejayaan Malaysia melahirkan rakyat yang bersatu-padu. Selain itu sambutan seperti ini dapat menambah pengetahuan masyarakat mengenai segala bentuk kebudayaan yang unik dan menarik yang terdapat di negara kita. Pada masa yang sama, keadilan sosial juga pernah mendapat tempat di bangunan ini apabila Bangunan Sultan Abdul Samad dipilih bagi menempatkan beberapa buah mahkamah. Antaranya termasuklah

MahkamahAgung, Mahkamah Tinggi Sivil dan Perdagangan serta

Mahkamah Tinggi Jenayah. Dalam bidang pendidikan pula, bangunan ini menyediakan tempat untuk penyelidik dan pengkaji sejarah yang sentiasa menginginkan maklumat berguna.

5.0:

RUMUSAN Syukur kehadrat Allah kerana dengan berkat keizinannya saya berjaya menamatkan

kajian ini dengan sempurna. Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya amat bersyukur kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang latar belakang bangunan bersejarah yang

dipilih iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan ini yang asalnya dibina bagi tujuan pentadbiran penjajah British, kini telah dipulihara semula bagi mengekalkan keasliannya manakala fungsinya pula dipelbagaikan bagi tujuan politik, ekonomi dan social. Kajian ini turut membolehkan saya mengetahui asal-usul pembinaannya dari peringkat permulaan hinggalah tempoh bangunan tersebut disiapkan, seterusnya memahami usaha-usaha yang dilaksanakan dalam kerja-kerja pemuliharaan bangunan tersebut. Secara tidak langsung, kajian ini dapat menjelaskan kepada saya pihak-pihak British yang terlibat dalam proses pelaksanaan bangunan bersejarah tersebut sejak dari peringkat awal lagi selain mengetahui kos pembinaannya sebagai bangunan terhebat pada akhir abad ke-19 itu. Saya juga amat bersyukur kerana kajian ini banyak membantu saya agar menghayati dan menghargai bangunan bersejarah tersebut sebagai satu warisan dan khazanah negara yang amat berharga dan tiada tolok bandingnya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia, yang mempunyai keunikan seni bina dan perlu dihargai serta dipelihara oleh setiap generasi kita. Keindahan nilai estetika dan seni warisan tradisional ini dapat menjadi perangsang kepada diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya dapat mengekalkan kesan peninggalan sejarah yang amat berharga ini. Kajian yang telah dilaksanakan ini juga turut dapat mendidik saya mahupun keseluruhan rakyat amnya, agar dapat mengambil iktibar daripada peristiwa di sebalik pembinaannya. Antaranya adalah bagaimana perlunya rakyat Malaysia yang berbilang-bilang kaum ini mengamalkan sikap bersatu-padu dan hidup dalam suasana harmoni, supaya Negara kita tidak terjajah sekali lagi oleh kuasa-kuasa besar dunia. Saya juga sedar betapa bertuahnya menjadi warganegara Malaysia, yang mempunyai banyak peninggalan sejarah dan dapat dijadikan pengajaran berguna, sama ada tersurat mahupun yang tersirat oleh generasi yang akan datang.

Saya juga dapat merasakan bahawa kajianyang saya jalankan dalam tempoh lebih kurang 8 minggu ini memberi pengetahuan, pengajaran dan nilai yang amat berguna bagi diri saya. Kajian ini mengajar saya erti kerjasama, setia kawan, kejujuran dan ketabahan ketika menghadapi kesukaran serta kerenah yang berlaku sepanjang saya mendapatkan maklumat yang saya perlukan. Saya juga memperoleh pengalaman baru yang amat berharga kerana berpeluang menemuramah pegawai dan semua pihak yang berkaitan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad, sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung.

6.0:

LAMPIRAN

Lampiran 1 : Soalan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009. Lampiran 2 : Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009. Lampiran 3 : Poskad berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. Lampiran 4 : Peta Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 5 : Gambar-gambar Berkaitan Bangunan sultan Abdul Samad. Lampiran 6 : Pemegang Kunci Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 1: Kertas Soalan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009.

Lampiran 1: Soalan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 (sambungan)

Lampiran 2: Panduan Kerja Kursus Sejarah PMR 2009.

Lampiran 3: Poskad Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 4: Peta Kedudukan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 1: Pelajar (berbaju kuning) bersama rakan ketika menjalankan kajian di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 2: Ketika mencari maklumat di Perpustakaan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 3: Tampak Hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 4: Tampak Belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 5: Tampak Kiri Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 6: Tampak Kanan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 7: Monumen peletakan batu asas Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 8: Plak sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad di ruang pintu masuk.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 9: Pelajar di hadapan pintu masuk Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang ditempatkan di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 10: Pelajar berdiri di bahagian belakang Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 11: Bahagian ruang koridor tingkat 1, BangunanSultan Abdul Samad.

Gambar 12: Bahagian laman/ dataran di ruang dalam Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 13: Tempat letak kereta di bahagian bawah Bangunan Sultan Abdul Samad.

Gambar 14: Ruang Pameran di bahagian dalam Bangunan Sultan Abdul Samad.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Gambar 15: Bahagian tingkap bangunan menunjukkan lengkung bercirikan seni bina Cordova dan Mesir.

Gambar 16: Plak menunjukkan Bangunan Sultan Abdul Samad diiktiraf sebagai sebuah Bangunan Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Lampiran 5: Gambar Berkaitan Bangunan Sultan Abdul Samad. (sambungan)

Lampiran 6: Surat Pengesahan Menghadiri Kajian oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Lampiran 6: Pemegang Kunci Bergambar Bangunan Sultan Abdul Samad.

7.0:

RUJUKAN

1. H.Berbar; Journey Through Kuala Lumpur; Times Media Private Limited; 2003; Kuala Lumpur. 2. Perpustakaan Negara Malaysia; Ensiklopedia Dunia dari Terjemahan The World Book Encylopedia; Dawama Sdn. Bhd; 2005; Hulu Kelang, Selangor. 3. S. Vlatseas; A History Of Malaysian Architecture; Longman Singapore Publisher Pte. Ltd; 1990; Singapore. 4. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; Album Kuala Lumpur 100 Years As a Local Authority; Penerbitan Puteries; 2005; Kuala Lumpur. 5. Majalah Budaya; Kuala Lumpur, Indah Seni Kurang Rekreasi; Dewan Bahasa dan Pustaka; Januari 2002; Kuala Lumpur; Hal: 8-10. 6. Jabatan Warisan Negara, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan; Maklumat Bercetak Bangunan Sultan Abdul Samad; 2008; Kuala Lumpur. 7. Keratan Akhbar: i. Utusan Melayu; 5 Januari 2009; hal. 20. ii. Berita Harian; 20 Januari 2009; hal. 29.

8. Maklumat Internet: i. http://sejarahmalaysia.pnm.my ii. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad iii. http://www.virtualmalaysia.com/destination 9. Orang Sumber: Encik XXXXXXXX;Umur: XXXXXX Cawangan Media dan Komunikasi Korporat, Aras Bawah, Bangunan Sultan Abdul Samad,Jalan Raja, 50506 Kuala Lumpur.

Elemen 3 Soalan: Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kepada kalangan rakyat Malaysia. Malaysia mempunyai banyak kesan tinggalan penjajah termasuk bangunan-bangunan lama yang amat bernilai dari segi warisan seni bina yang unik. Antara bangunan yang palingmenarik ialah Bangunan Sultan Abdul Samad. Mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005, bangunan seperti ini dikelaskan sebagai bangunan warisan yang perlu dipelihara dan dipulihara bagi mengekalkan keunikan seni bina dan nilai estetikanya yang tinggi supaya dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang. Usaha ini dapat mewujudkan rakyat yang boleh berasa bangga sebagai Rakyat Malaysia. Pada masa yang sama, usaha ini dapat menanamkan semangat berbangga dengan sejarah negara berdasarkan kajian berterusan yang dilakukan terhadap bangunan bersejarah tersebut di samping menanamkan nilai menghormati lambang-lambang negara. Bangunan bersejarah seperti itu juga dapat mengingatkan kita sejarah penjajahan negara pada masa lampau dan perjuangan pemimpin menuntut kemerdekaan.Dengan cara ini, kita akan rasa bersyukur dan menghormati jasa serta perjuangan tokoh-tokoh negara pada masa dahulu. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat mengingatkan rakyat Malaysia tentang penjajahan yang berlaku di negara kita suatu masa dahulu. Hal ini sekali gus

menimbulkan semangat mempertahankan negara dan bersemangat setia negara bagi memastikan negara kita tidak dijajah semula oleh kuasa besar. Kini apabila melihat bangunan bersejarah yang tersergam indah, mengingatkan kita betapa perlunya semangat perpaduan dikekalkan agar keharmonian hidup dapat diwujudkan. Di sinilah perlunya setiap rakyat supaya bersedia berkorban untuk bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan tanah air. Selain itu, dengan melihat tegaknya bangunan kolonialisme di tanah air kita, semangat generasi muda untuk mempertahankan negara akan terus mengalir dalam darah kerana rasa cinta akan bangsa dan negara. Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga membolehkan kita menghayati peristiwa di sebalik pembinaan bangunan tersebut. 1 Bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dapat dijadikan perangsang kepada rakyat supaya lebih bersemangat kekitaan agar peristiwa lampau ditadbir oleh penjajah tidak berulang lagi. Keamanan yang kita kecapi hari ini perlu dijaga dengan cara bersatu padu dan berharmoni dalam kalangan rakyat yang berbilang-bilang bangsa. Untuk memastikan sejarah lama tidak berulang lagi dan perpaduan terjalin, sikap bertolak ansur dan bertoleransi antara kaum perlu dikekalkan di samping mengamalkan nilai muhibah atau semangat bermasyarakat. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia perlu sentiasa bekerjasama dan tolong-menolong serta memiliki sikap hormat menghormati sesama bangsa. Bangunan bersejarah di negara kita juga banyak meninggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti Bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat berkumpulnya Raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British. Hal ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita. Daripada usaha pengkajian terhadap bangunan bersejarah itu kita akan lebih

berdisiplin demi mempertahankan dan menjunjung perlembagaan negara kerana di sinilah tanah tumpah darah kita. Hakikatnya kita perlu menyayangi negara ini dengan cara bertindak secara wajar serta mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Sebagai generasi muda yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia, kita perlu menyumbang sesuatu bagi mengekalkan dan mengisi kemerdekaan ini dengan rasa amanah dan jujur. Kesimpulannya, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah satu usaha yang amat tepat. Hal ini dapat menanamkan rasa cinta rakyat akan tanah 2 air dan seterusnya sanggup berusaha dengan lebih produktif dan berganding bahu untuk membangunkan negara. Usaha pemuliharaan ini memerlukan golongan yang rajin dan gigih serta sanggup menyokong dan melibatkan diri dalam usaha pembangunan bangunan bersejarah di negara kita. Impaknya, usaha kita mengekalkan bangunan bersejarah pada hari ini bakal membentuk generasi akan datang yang taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara.

3

Related Documents