Kerja Kursus Geo

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Kursus Geo as PDF for free.

More details

  • Words: 1,139
  • Pages: 13
PETA KAWASAN KAJIAN TAJUK PETA: LOKASI KAWASAN KAJIAN DALAM PETA DAERAH KAWASAN KAJIAN : MUAR

PETA NEGARA YANG DIBANDINGKAN TAJUK PETA: PETA NEGARA YANG DIBANDINGKAN

NAMA NEGARA

: SINGAPURA

6.4 MENGENALPASTI MASALAH PETEMPATAN DI KAWASAN LORONG IKHLAS JALAN ABDUL RAHMAN, MUAR DAN NEGARA SINGAPURA Masalah Petempatan Di Kawasan Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman Muar Saya telah menjalankan kaedah soal selidik dengan memberikan boring soal

selidik kepada 20 orang responden. Saya telah mengenalpasti beberapa masalah petempatan kajian. Hasil soal selidik ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.

Jenis Masalah Pencemaran sampah sarap Kesesakan lalu lintas Kekurangan infrastruktur Masalah sosial Kekurangan tempat tinggal Darjah ketersampaian yang rendah Banjir

Bilangan Respondan Yang Menanda √ 17 14 5 7 0 0 5

Jadual menunjukkan masalah – masalah petempatan di kawasan Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman, Muar. Sumber 20 orang responden.

Masalah Pencemaran Sampah Sarap Melalui pemerhatian, saya telah mendapati bahawa petempatan di kawasan Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman, Muar mempunyai beberapa kawasan longgokan sampah sarap. Penduduk kawasan ini suka mengambil jalan mudah untuk membuang sampah secara longgokan di tepi- tepi jalan. Masalah Kesesakan Lalu Lintas Oleh sebab petempatan yang agak padat di kawasan kajian, pertambahan bilangan kenderaan juga turut menyumbang kepada kesan negatif. Kesesakan lalu lintas sering berlaku di Jalan Abdul Rahman Muar terutamanya pada waktu pergi dan pulang sekolah dan pejabat. Masalah Petempatan Di Singapura

Sebagai sebuah Negara perindustrian yang paling maju, Negara Singapura juga tidak terlepas daripada member kesan terhadap alam sekitar. Antara kesan – kesan petempatan yang dihadapi oleh Negara Singapura termasuk masalah pencemaran sungai, serta juga masalah kesesakan lalu lintas. Masalah Pencemaran Sungai Singapura turut mempunyai sungai – sungai yang tercemar akibat kegiatan manusia. Sungai seperti Sungai Kallang, Sungai Whampoa dan Sungai Rochor di Singapura dikenalpasti telah tercemar akibat aktiviti seperti pembuangan sampah, air dari kawasan pembentungan serta aliran air dari kawasan penternakan babi serta itik. Sungai – sungai tersebut telah bertukar warna serta menjadi kotor akibat manusia di sekitarnya.

Masalah Perubahan Landskap Perubahan landskap juga turut berlaku akibat kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Singapura. Seperti yang kita sedia maklum, kerajaan Singapura telah menjalankan projek penebusgunaan tanah dengan menembak laut di pinggir pantai, projek tersebut sering kali membawa bantahan daripada Negara Malaysia kerana dikatakan projek – projek tersebut telah mengubah arus laut di sekeliling pantai yang berdekatan dengan negara itu.

Kita seharusnya peka kepada masalah dan isu yang dihadapi di persekitaran kita. Kita juga mestilah mematuhi peraturan dan undang – undang dengan sewenang – wenangnya. Bagi mengelakkan berlakunya keadaan – keadaan seperti diatas, kita hendaklah sama – sama menjaga alam sekitar kita agar tidak tercemar dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Langkah Mengurangkan Kesan Pencemaran Sampah Sarap di Lorong Ikhlas Kerajaan telah menggubal pelbagai undang – undang untuk melindungi alam sekitar agar alam sekitar semakin terjaga. Dengan menguatkuasakan undang – undang dengan lebih ketat lagi, masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh di tangani oleh kita. Tong sampah kitar semula juga haruslah lebih banyak disediakan oleh Majlis Pembandaran dan juga tapak pelupusan sampah juga haruslah disediakan oleh kerajaan. Akhir sekali, untuk mengatasi masalah ini, kita sebagai penduduk haruslah bertanggungjawab menjaga kawasan ini dengan baik. Langkah Mengurangkan Kesesakan Lalulintas di daerah Muar Untuk mengurangkan kesan kesesakan lalu lintas di kawasan

ini, penduduk di

sekitar kawasan ini boleh melaksanakan langkah berkongsi kereta. Kesesakan lalu lintas yang biasanya berlaku adalah disebabkan banyak orang menggunakan kenderaan masing – masing untuk keluar walaupun arah dan tujuannya adalah sama, contohnya menghantar anak ke sekolah. Jika berkongsi kenderaan, jalan raya akan menjadi selesa. Selain itu, menggunakan kenderaan awam seperti bas juga boleh mengatasi masalah lalu lintas di kawasan ini. Langkah Mengurangkan Pencemaran di Singapura Kerajaan Singapura telah melaksanakan Projek Membersih Sungai (Clean River Project) untuk memastikan sungai- sungai yang telah tercemar kembali menjadi bersih. Mereka telah mengenalpasti kawasan yang menjadi punca pencemaran

sungai ini seperti kawasan perindustrian, ladang – ladang ternakan babi dan itik, penjaja jalanan serta kawasan pasar yang telah dipindahkan ke kawasan baru dalam penstrukturan semula kawasan sekitar sungai. Projek ini telah Berjaya menjadikan sungai – sungai tercemar menjadi bersih. Langkah Mengurangkan Kesan Perubahan Landskap di Singapura Untuk mengurangkan kesan perubahan landskap di kawasan penambakan tanah di sekitar pinggir laut di Singapura, mereka boleh mewartakan kawasan pinggir laut mereka sebagai tapak warisan alam yang harus dipelihara. Pembangunan yang pesat adalah perlu namun kita juga harus menjaga alam sekitar supaya tidak dirosakkan. Kawasan yang diwartakan sebagai tapak warisan alam tidak boleh diganggu oleh sebarang pembangunan yang akan merosakkan landskap kawasan tersebut. Oleh yang demikian, kawasan tersebut akan sentiasa terpelihara keaslian landskapnya.

Setelah menghuraikan langkah – langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kedua – dua kawasan, saya berpendapat kita sebagai anggota masyarakat seharusnya memainkan peranan aktif dalam memastikan alam sekitar kita terjaga dan terpelihara. Selain itu, kita juga seharusnya menyokong usaha- usaha kerajaan dalam memastikan kempen – kempen penjagaan alam sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan Negara yang tercinta ini kekal sebagai warisan alam selama – lamanya.

Langkah:

Langkah :

Penguatkuasaan Undang- undang

Berkongsi Kenderaan / Menaiki Kenderaan Awam Masalah:

Masalah : Pencemaran Sampah Sarap

Kesesakan Lalu Lintas

Kawasan: Sekitar Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman, Muar

LANGKAH – LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH

Negara Singapura

Masalah: Pencemaran Sungai

Langkah : Clean River Project (Projek Membersih Sungai)

5.0 KAEDAH KAJIAN

Masalah: Perubahan Landskap

Langkah : Mewartakan Kawasan Warisan Alam Sekitar

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan mengumpal maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara kaedah yang yang telah saya gunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik sera kaedah rujukan menggunakan internet.

1. Kaedah Pemerhatian •

Saya telah memerhatikan jenis dan pola petempatan di kawasan kajian saya. Saya telah membuat catatan serta mengumpul data melalui pemerhatian yang saya lakukan selama seminggu

2. Kaedah Soal Selidik •

Saya telah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengetahui masalah – masalah yang berlaku di kawasan kajian saya. Seramai 20 orang responden telah terlibat dalam soal selidik ini.

3. Kaedah Rujukan Internet •

Saya telah menggunakan rujukan internet untuk mendapatkan data dan maklumat tentang Negara yang saya bandingkan dalam kajian ini. Alamat laman web yang saya telah lawati terdapat dalam Bab Rujukan.

8.0 RUJUKAN

Rujukan dari Buku Teks / Buku Ilmiah Abdul Aziz Bin Abdul Rahman, Vincent De Selva Santhasamy, Lim Jin Fou, 2006.

Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Goh Cheng Leong,2000. Atlas Eksplorasi Geografi KBSM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd. Jamil Bin Mohamed, Hj. Rodzali Bin Hashim, Hjh. Mahani Binti Hj Mahfar. Johor Central Store KBSM. Buku Teks Geografi Tingkatan 3.

Pembuangan sampah sarap di Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman

Masalah kesesakan lalu lintas di Lorong Ikhlas, Jalan Abdul Rahman

Pencemaran sungai di Singapura

Perubahan landskap akibat pembangunan pesat

Salah satu cara mengatasi masalah sampah sarap

Langkah mengatasi kesesakan lalu lintas (menaiki kenderaan awam)

Clean river project di Singapura

Mewartakan kawasan Warisan Alam Sekitar

Related Documents

Kerja Kursus Geo
May 2020 19
Kerja Kursus Geo
May 2020 17
Kerja Kursus
May 2020 27
Pemantauan Kerja Kursus Khb
December 2019 33