KERANA KU SAYANG IBU Ibu, Tika ku mencium tanganmu, Ketahuilah, Kerana ku sayang, Ku hormat, Padamu. Ibu, Tika ku mengikutimu, Ke destinasi yang ditujuimu, Ketahuilah, Kerana ku sayang, Ku ingin bersamamu, Ingin menemanimu, Dalam setiap keadaan, Hidup dan mati. Ibu, Tika ku mengikutimu, Menyeberangi jalan, Untuk membeli juadah untuk keluarga, Ketahuilah, Bukan kerana ku mengantuk, Duduk di dalam kereta, Kerana ku sayang, Ku mahu bersamamu, Mahu menemanimu, Dalam setiap keadaan, Hidup dan mati. Ibu, Tika ku belajar, Ketahuilah, Kerana ku sayang, Ku mengingatimu, Jasa-jasamu, Hasrat ku, Ingin membalas semua itu, Selagi hayatku dikandung badan. Ibu, Tika ku selalu menghubungimu, Ketahuilah, Kerana ku sayang, Ku rindu, Ingin tahu khabarmu, Keadaanmu.
Ibu, Tika ku menolak percintaan, Dengan lelaki ajnabi, Tika ku menolak, Menyemai cinta haram, Berduaan dengan bukan mahram, Seperti trend zaman ini, Ketahuilah, Kerana ku sayang, ku mengingatimu, Ku tidak mahu, Ibu disoal di akhirat sana. Ibu, Tika ku memelihara maruahku, Sebagai muslimah, Ketahuilah, Kerana ku sayang, Ku ingin ibu disayangiNYA, Ku ingin ibu disanjung, Atas keperibadian, Anak di bawah didikanmu. Ibu, Ketahuilah, Bahawa dirimu diingati, Disayangi, Setiap detik. Ibu, Andai masih ada, Lafaz yang tersimpan, Ampunkan daku, Kerana tidak meluahkan padamu, Barangkali, Rasa malu masih menguasai diri. Namun, Ketahuilah, Dirimu ku hargai, Ku kasihani, KERANA KU SAYANG IBU.