Keluarga Muslim

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keluarga Muslim as PDF for free.

More details

  • Words: 1,123
  • Pages: 4
KELUARGA MUSLIM – Tapak Pembentukan Generasi Pewaris MUQADDIMAH Syeikh Mustafa Masyhur telah menjelaskan realiti masyarakat Islam dengan menulis: “Wahai saudara-saudaraku! Kehendak Allah telah menentukan generasi kami dan dan generasi kalian datang setelah musuh-musuh Allah meruntuhkan daulah Islam dan khilafah Islamiyah….kita sekarang berada pada keadaan yang lebih mirip dengan keadaan dakwah pada masa yang pertama kali muncul. Jahiliyah mengelilingi kita dari segenap penjuru dunia, sedang jumlah para duat sangat sedikit Kehendak Allah telah menentukan generasi kami dan generasi kalian datang pada fasa ini dari usia dakwah Islamiyah. Bila seandainya kita hadir di bawah lindungan daulah Islamiyah yang masih wujud nescaya tanggungjawab kita menjadi lebih ringan, tetapi oleh kerana kita hadir pada fasa paling penting dan berat dari fasa-fasa penegakan daulah Islamiyah yang dicita-citakan; iaitu fasa peletakan batu asas (fondasi) untuk pembangunan daulah Islamiyah yang sangat megah ini. Sedarilah wahai saudara-saudaraku betapa mulia dan beratnya tugas kalian hadapi, kerana ketika daulah Islamiyah ini telah berdiri dengan izin Allah, maka kebaikan-kebaikannya tidak hanya untuk kaum muslimin sahaja tetapi untuk semua umat manusia dan generasi-generasi penerusnya” PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM – Tahap amal Islami yang kritis Imam Hasan al Banna ketika menentukan usaha harakah yang dicita-citakannya, iaitu menegakkan agama Allah dan negara Islam di atas asas al Khilafah al Islamiyah, beliau juga telah menentukan cara-cara menegakkan negara tersebut yang dimulai dari individu muslim, keluarga muslim, masyarakat Islam, kerajaan Islam, negara Islam dan khilafah Islamiyah serta menjadikan pimpinan alam. Individu muslim contoh dan keluarga muslim dalam masyarakat Islam adalah asas yang kukuh bagi kerajaan Islam dan seterusnya umat Islam. Individu muslim contohlah yang akan mengasaskan keluarga muslim contoh dan keluarga muslim contoh juga akan melahirkan individu muslim contoh. Justeru itu keutuhan Islam dapat diwarisi oleh generasi yang seterusnya, tetapi sekiranya berlaku kecacatan di dalam mewariskan kepada generasi seterusnya menuju ke arah kehancuran, apa lagi jika usahanya ialah penyeru kepada kejahatan dan kerosakan, tidak putus-putus memerangi orang Islam dan keluarga Islam, dengan berbagai cara yang boleh menrosakkan kaum muslimin.

Ini adalah disebabkan oleh peranan besar yang diemban oleh keluarga dalam mendidik generasi dan mencetak manusia yang menjadi bekal masa depan, tiang seri bangunan, dan perisai yang mempertahankan negara dan tanah air. Sebuah masyarakat di negara manapun adalah kumpulan dari beberapa keluarga. Apabila keluarga sihat dan kukuh, maka masyarakat akan bersih dan kukuh. Namun apabila rapuh, maka rapuhlah masyarakat. Rifai Sirur di dalam bukunya “Rumahtangga dakwah” telah menulis: “Satu hakikat yang sukar ditolak dalam pertembungan kita dengan jahiliyah ialah bahawa ia merupakan pertembungan sosial yang terjadi antara masyarakat Islam dan masyarakat jahiliyah. Hakikat ini memestikan muslimin supaya memasuki setiap peringkat pertembungan dari saat mereka masih di tahap yang penuh kelemahan, hinggalah ke tahap kekuatan dan perluasan – dengan sifat kemasyarakatan yang bercirikan Islam. Satu wasilah asasi untuk masuk ke gelanggang ini ialah dengan berbentengkan sebuah keluarga Muslim dengan anggapan bahawa ia mewakili sebuah masyarakat yang sebenarnya. Bagi seorang da‘i, wasilah ini bertujuan melahirkan satu kelompok masyarakat dakwah”. Asy Syahid Sayyid Qutb pula di dalam menafsirkan ayat pertama Surah an Nisaa’ telah menjelaskan: “Keluarga sakinah merupakan salah satu tiang seri yang mendokong masyarakat Islam. ....keluarga adalah tempat pengasuhan dan pengembelengan alami yang sanggup memelihara anak-anak yang sedang tumbuh, yang mampu mengembangkan fizik, daya pertimbangan, dan jiwa mereka. Islam membangunkan sistem keluarga di atas asas yang kuat, cermat dan berangkat dari realiti kehidupan. Aturan yang ditawarkan oleh Islam menjamin terbinanya keluarga bahagia, lantaran nilai kebenaran yang dikandunginya, serta keselarasannya yang dalam fitrah manusia.... Al Qur’an membangunkan sebuah keluarga yang kuat untuk membentuk suatu tatanan masyarakat yang memelihara aturan-aturan Allah dalam kehidupan. Seorang muslim harus mempersiapkan pengabdiannya di tengah masyarakat dalam lingkungan keluarga. Al Qur’an mengaitkan aturan keluarga dengan masalah dasar keimanan. Artinya aturan dan hukum Islam mengenai keluarga berasal dari Allah SWT dan hal ini adalah natijah dari keimanan kita terhadap keTuhanan-Nya, di mana ciri dasarnya ialah al Hakimiyah (yakni keyakinan bahawa Allah sebagai satusatunya hakim, pembuat hukum, peraturan hidup).

BEBERAPA CIRI KELUARGA MUSLIM Keluarga muslim haraki mestilah dibina di atas Fikrah Islam yang menjadikan tarbiyah, dakwah dan jihad dasar yang diberikan keutamaan yang tertinggi sekali. Si suami mestilah berusaha untuk mendorong anggota keluarganya, terutama isterinya, untuk menerima dan menghayati Fikrahnya. Ini dapat dilakukan melalui bekerja bersungguh-sungguh demi dakwahnya sehingga kehidupan keluarganya mampu memenuhi tuntutan dakwah. berusaha untuk memperuntukkan masanya, memanfaatkan kekayaan dan memaksimumkan upayanya dalam melaksanakan dakwahnya secara terus terang sehingga seluruh anggota keluarga merasakan dan mendukung program dakwah Islamnya ketika bersama di tengah keluarga, interaksi sebuah keluarga muslim harus menunjukkan pergaulan seorang da’i atau pergaulan yang Islami sehingga setiap anggota keluarga merasakan keadilan dalam hak dan kewajipan dengan penuh kerelaan dan keyakinan akan kebenaran kewajipan tersebut. Penghormatan keluarga terhadap perjuangannya tidaklah terbentuk dengan kata-kata atau pengakuan yang digembar-gemburkan. Penghormatan itu berbentuk tingkah laku, aktiviti serta keteguhan yang menuntut banyak hal, di antaranya: memegang teguh akhlak Islamiyah mengeluarkan infaq dan berkorban demi amaliah Islam menyebarkan fikrah dan akhlak Islam kepada kerabat dan tetangga serta rakanrakan membantu kepala keluarga dalam menjalankan tugas menyeru manusia ke jalan Allah dan amali Islam membangunkan ide, prinsip dan mengamalkannya dengan ikhlas

program

yang

menarik

bagi jamaah

Memelihara akhlak Islamiyah dalam setiap keadaan kehidupan rumah tangga. Pada dasarnya jika kehidupan rumah tangga telah diwarnai dengan warna Islam, nescaya warna tersebut akan memberikan modal yang besar dalam membina generasi muslim yang saleh dan matanya terbuka untuk melihat Islam sebagai sistem, perilaku, bentuk dan tajuk di dalam rumah tempatnya dibina. Sungguh ini adalah lebih baik daripada generasi muda kita dibina melalui ribuan

nasihat dan kuliah, sementara keluarganya tidak dicelupi warna Islam. Hendaklah suami memberitahukan hak dan kewajipan seorang isteri. Perkara ini merupakan amanah besar bagi seorang lelaki muslim. Ini merangkumi hak keruhanian (dan kejiwaan) dan kebendaan. Di antara hak kejiwaan seorang isteri ialah: cinta kasih penghargaan penghormatan bantuan dalam mengurus rumah tangga nasihat yang ikhlas keadilan musyawarah kehangatan kasih sayang. Kesemua ini telah diwajibkan oleh Allah agar ditaati oleh para suami. Ertinya, semua itu merupakan kewajipan suami yang bersifat maknawi terhadap isterinya yang jika dia mengabaikannya bererti dia telah menyalahi jalan Islam. Jika dia mengengkarinya, bererti dia telah terang-terangan mengengkari agama-Nya. FAKTOR-FAKTOR PENGUKUHAN KELUARGA CINTA Aspek kejiwaan diberikan penekanan di sini sebagai salah satu faktor pengukuhan rumah tangga ialah kerana hubungan suami isteri merupakan puncak perasaan cinta seorang manusia. Cinta antara sepasang suami isteri adalah ruang terhad antara mereka berdua sahaja. Cinta ini bukanlah sematamata untuk membina hubungan suami isteri sahaja tetapi lebih dari itu, hubungan suami isteri itu dianggap sebagai sumber yang tersendiri bagi kasih cinta itu. Ini bererti, perasaan cinta makin bertambah antara mereka berdua dengan adanya hubungan yang berterusan ini. SESI PENTARBIYYAHAN KHUSUS Suami isteri perlu merasakan kepentingan mengwujudkan sesi pentarbiyyahan khusus di antara mereka. Ini boleh dijalankan dalam suasana kurang formal sebagaimana liqa’ tarbawi keluarga tetapi perbincangan empat mata mengenai sesuatu aspek tarbiyah. Sesi sebegini bukan sahaja membangunkan iklim tarbiyah tetapi juga saluran komunikasi yang sihat.

Related Documents