Kelemahan Temuduga

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelemahan Temuduga as PDF for free.

More details

  • Words: 668
  • Pages: 3
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J, PARAS 7 PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR

Telefon : 03-2556900 Faks : 03-2562389

KP(BS)8591/Jld.V/ (23) 6 Oktober 1990

Semua Pengarah Pendidikan Negeri Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 6/1990 : Kelemahan Calon-Calon Dalam Urusan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Untuk Tujuan Lantikan Ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pendidikan Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1986 : Urusan Temuduga Guru-Guru Ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pelajaran, bertarikh 30 Jun 1986. 2. Calon-calon yang memohon lantikan ke jawatan tetap perkhidmatan pendidikan perlu sedar bahawa sebagai guru-guru terlatih, mereka sewajarnya sudah mengetahui serta memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan, di samping mempunyai pengetahuan am pada tahap yang memuaskan. Kerana itu, adalah ditegaskan di sini bahawa sebelum dapat dilantik ke jawatan tetap perkhidmatan pendidikan, seseorang calon itu hendaklah memperlengkapkan dirinya dengan pengetahuan, khususnya mengenai perkara-perkara tersebut : (a)

PENGETAHUAN IKHTISAS Falsafah Pendidikan Negara, Dasar Pendidikan Negara, Etika Perguruan, Psikologi Pendidikan, Teknologi Pendidikan, Kurikulum, Kokurikulum, Objektif Mata pelajaran, Penilaian, Perintah Am (Bab ’A’ – ’G’) dan perbezaan di antara ’mendidik’ dengan ’mengajar’.

(b)

PENGETAHUAN AM Struktur dan Organisasi Kerajaan, Dasar-dasar Kerajaan, hal Ehwal Semasa, Tatanegara, Sejarah dan Geografi tempatan.

3. Akan tetapi, dukacita dinyatakan bahawa masih terdapat ramai calon yang gagal menunjukkan prestasi yang diharap-harapkan apabila menghadiri temuduga dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), walhal penerimaan mereka ke jawatan tetap perkhidmatan pendidikan adalah tertakluk kepada kelulusan SPP dan bukannya satu proses automatik. 4. Berasaskan kepada laporan Lembaga Temuduga SPP, beberapa aspek kelemahan calon telah dapat diperhatikan. Di antaranya kelemahan yang nyata adalah seperti berikut : (a)

PAKAIAN CALON LEKAKI Tidak memakai tali leher dengna kemas dan teratur, memakai baju berlengan pendek, dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai untuk urusan rasmi. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

(b)

PAKAIAN CALON WANITA Memakai pakaian kuran sopan dengan baju tidak berlengan dan ’skirt’ pendek.

(c)

RAMBUT Tidak mematuhi peraturan mengenai rambut, rambut melebihi kolar baju, rambut tidak terurus dan tidak mengambil berat untuk menguruskan rambut.

(d)

TANDA NAMA Tidak memakai tanda nama, manakala ada pula menggunakan sekeping kertas yang disemat di baju sebagai ganti tanda nama.

(e)

KEHADIRAN Hadir dalam keadaan uzur atau sakit. Jika uzur atau sakit, calon seharusnya memohon perubahan tarikh temuduga yang boleh dipertimbangkan oleh SPP.

(f)

ADAB TEMUDUGA Tidak mengambil berat untuk memberi ucap hormat, merujuk kepada Pengerusi Temuduga sebagai ’cikgu’, duduk bersilang kaki, tidak menganggap temuduga sebagai suatu urusan rasmi, suara tidak jelas didengar, dan menggunakan ”aa...aa” untuk menjawab ”ya” dan ”eh?” untuk ulangan soalan.

(g)

PERSIAPAN DOKUMEN Tidak membawa dokumen asal, tidak membawa dokumen-dokumen yang diminta dan relevan, dan tidak menyusun dokumen dengan kemas.

(h)

MAKLUMAT DIRI Tidak mengetahui butir-butir diri seperti tarikh mula berkhidmat, bilangan kelas yang diajar, dan aktiviti kokurikulum yang terlibat.

(i)

PENGETAHUAN IKHTISAS/PERKHIDMATAN Tidak mempunyai pengetahuan ikhtisas dan perkhidmatan yang mendalam, sekadar sepintas lalu sahaja.

(j)

PENGETAHUAN AM Lemah pengetahuan am, walaupun mengenai hal-hal yang sudah dianggap biasa.

5. Kementerian Pendidikan amat memandang berat akan hal ini, dan sehubungan dengan itu, meminta semua pengetua dan guru besar mempastikan bahawa guru-guru yang memohon perlantikan ke jawatan tetap dalam perkhidmatan pendidikan diberi taklimat terlebih dahulu mengenai persiapan untuk menghadapi temuduga SPP serta memperingatkan mereka supaya mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan-kesilapan sebagaimana dihuraikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas ini. Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

TAN SRI DATUK WIRA ABDUL RAHMAN ARSHAD Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k

1.

Y.B. Saudara Anwar Ibrahim Menteri Pendidikan Malaysia

2.

Y.B. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3.

Y.B. Encik Woon See Chin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

4.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

5.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan Malaysia

6.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan Malaysia

7.

Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan Malaysia

8.

Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia

9.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia

10. Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

Related Documents

Kelemahan Temuduga
June 2020 12
Temuduga
June 2020 16
Panduan Temuduga
April 2020 7
Kelemahan Kurtilas.docx
December 2019 27
Kelemahan Umum.docx
April 2020 14
Kelemahan Pasword
November 2019 25