Kelab

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kelab as PDF for free.

More details

  • Words: 1,337
  • Pages: 13
PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

No. Tel. :04 – 3233143 3233211 No. Fax :04 – 3337444

JALAN PANTAI 12000 BUTTERWORTH

MS ISO 9001:2000 No Reg: 2133

Ruj. Tuan: Ruj Kami:

( 01 )dlm PKDSPU/

Tarikh :

Pakar Perubatan Keluarga KK Butterworth & KK Kepala Batas

Pegawai Perubatan Y/M KK Penaga, KK Tasek Gelugor, KK Mak Mandin & KK Sungai Dua

Pegawai Sinaran Unit Sinaran X, Butterworth

Pegawai Farmasi KK Butterworth

Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan Makmal Perubatan Butterworth

Penyelia Jururawat Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara

Penolong Pegawai Perubatan Kanan

01/06/2009

Pejabat Kesihatan, KK Butterworth, KK Kepala Batas, KK Penaga & KK Sg. Dua

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan I dan II Unit Inspektorat, PKD SPU

Juruteknologi Makmal Perubatan Y/M KK Butterworth

Pembantu Tadbir Kanan Tinggi Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara.

Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara.

Pembantu Tadbir Kanan (Perkhidmatan/Sumber Manusia) Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara.

Pembantu Tadbir Kanan (Pentadbiran) Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara. Tuan,

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG (KKSPKDSPU)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara telah didaftarkan secara rasminya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Cawangan Pulau Pinang pada 22 April 2009 dengan nombor pendaftaran 0713-09-PPG.

3. Sehubungan itu satu Mesyuarat Agung bagi memilih dan melantik Jawatankuasa Pengurusan Kelab akan diadakan pada bulan Jun/Julai nanti. Semua kakitangan yang berkhidmat di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara berhak untuk mendaftar sebagai ahli. Pihak pentadbiran akan mula mengenalpasti aktiviti-aktiviti Kelab dan semua ahli yang mendaftar dialu-alukan untuk memberkan cadangan dan penambahbaikan apabila Mesyuarat Agung pertama nanti.

4. Bersama-sama surat ini disertakan dokumen-dokumen untuk rujukan dan tindakan tuan. Semua Yuran keahlian hendaklah dikutip oleh seorang kakitangan yang dilantik secara sementara di unit tuan dan semua kutipan yuran keahlian akan diserahkan kepada Bendahari Penaja di Pejabat Kesihatan Daerah seberang Perai Utara. Semua borang permohonan menjadi ahli yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar bersama yuran pendaftaran ke pejabat pentadbiran sebelum atau pada 30 Jun 2009.

5. Hanya mereka yang mendaftar sebagai ahli sebelum 30 Jun 2009 akan layak dan berhak untuk menghadiri Mesyuarat Agung dan seterusnya mengundi bagi memilih senarai jawatankuasa tetap kelab.

6. Bersama-sama surat ini dilampirkan salinan dokumen seperti berikut untuk makluman dan rujukan tuan/puan ;

i) ii) iii)

Undang-Undang Kelab Sijil Pendaftaran Kelab Sijil Pendaftaran Kelab

7. Banyak aktiviti yang akan dan sedang dirancang untuk menjadikan kelab ini sebuah kelab yang aktif dan berdaya maju untuk kebaikan semua ahli. Sehubungan itu diharapkan agar semua anggota yang berkhidmat di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan daerah seberang Perai Utara dapat mendaftar dan seterusnya menjadi ahli kelab ini.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

(DR.HJ. MOHD YUSOFF BIN HASIM) Pegawai Kesihatan Daerah Seberang Perai utara Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara Pulau Pinang.

s.k:

-

Setiausaha Kelab KKDSPKDSPU

– Fail

PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

No. Tel. :04 – 3233143 3233211 No. Fax :04 – 3337444

JALAN PANTAI 12000 BUTTERWORTH

MS ISO 9001:2000 No Reg: 2133

Ruj. Tuan: Ruj Kami:

( 02 )dlm PKDSPU/

Tarikh :

Pakar Perubatan Keluarga KK Butterworth & KK Kepala Batas

Pegawai Perubatan Y/M KK Penaga, KK Tasek Gelugor, KK Mak Mandin & KK Sungai Dua

Pegawai Sinaran Unit Sinaran X, Butterworth

01/06/2009

Pegawai Farmasi KK Butterworth

Juruteknologi Makmal Perubatan Kanan Makmal Perubatan Butterworth

Penyelia Jururawat Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara

Penolong Pegawai Perubatan Kanan Pejabat Kesihatan, KK Butterworth, KK Kepala Batas, KK Penaga & KK Sg. Dua

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan I dan II Unit Inspektorat, PKD SPU

Juruteknologi Makmal Perubatan Y/M KK Butterworth

Pembantu Tadbir Kanan Tinggi Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara.

Pembantu Tadbir Kanan (Kewangan) Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara.

Pembantu Tadbir Kanan (Perkhidmatan/Sumber Manusia) Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara.

Pembantu Tadbir Kanan (Pentadbiran) Pejabat Kesihatan Daerah, Seberang Perai Utara. Tuan,

PERTANDINGAN FUTSAL ANTARA UNIT ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG (KKSPKDSPU) MEREBUT PIALA SUMBANGAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH (KATEGORI LELAKI) DAN PEGAWAI KESIHATAN DAERAH II (KATEGORI WANITA).

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersempena dengan pendaftaran secara rasminya, Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (KKDSPKDSPU) akan menganjurkan Perlawanan Futsal antara unit yang dijangkakan akan adakan pada bulan Julai 2009.. Perlawanan Futsal ini akan diadakan bagi kategori lelaki dan wanita dan terbuka kepada semua unit yang mempunyai ahli kelab berdaftar. Perlawanan ini juga adalah sebagai persediaan untuk mengenalpasti pemain untuk Pasukan Futsal PKDSPU

3. Perlawanan Futsal ini adalah bagi merebut Piala Pusingan Pegawai Kesihatan Daerah bagi kategori lelaki manakala Piala Pusingan Pegawai Kesihatan Daerah II bagi kategori wanita. Hadiah- hadiah pertandingan Futsal ini adalah seperti berikut :

(Kategori Lelaki Dan Wanita)

JOHAN Piala Pusingan Piala Iringan Hadiah Sampingan

NAIB JOHAN Piala Iringan Hadiah Sampingan

KETIGA

Piala Iringan Hadiah Sampingan

4. Bersama-sama surat ini dikemukakan borang penyertaan dan undang-ndang serta peraturan perlawanan untuk makluman dan tindakan tuan. Setiap unit yang menghantar pasukan untuk pertandingan ini hendaklah melantik seorang pengurus pasukan untuk memudahkan komunikasi antara penyelaras pertandingan dan pasukan. Segala bentuk latihan dan perancangan pasukan hendaklah tidak dilaksanakan sewaktu masa bertugas rasmi.

5. Semua borang penyertaan bersama senarai nama pemain dan pengurus pasukan hendaklah dihantar kepada pejabat pentadbiran sebelum atau pada 30 Jun 2009.

6. Adalah diharapkan semua unit di bawah pentadbiran PKDSPU akan dapat menghantar pasukan masing-masing bagi memeriahkan pertandingan ini. Sekiranya aktiviti Kelab yang pertama ini mendapat sambutan, pihak kelab akan menjadikan pertandingan Futsal ini sebagai aktiviti tahunan selain daripada perancangan seterusnya untuk mengadakan lain-lain pertandingan seperti Bowling, Paintball, Badminton dan lain-lain lagi.

Sekian, terima kasih.

“ MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA “

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

(ZAILANI BIN ABDUL)

Setiausaha (Penaja) KKDSPKDSPU b.p. Pengerusi KKDSPKDSPU Pejabat Kesihatan daerah Seberang perai Utara Pulau Pinang.

s.k:

-

Pegawai Kesihatan Daerah SPU

– fail

KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEBERANG PERAI UTARA (KKDSPKDSPU)

BORANG PENDAFTARAN FUTSAL PASUKAN

:

PENGURUS :

NO. H/P

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8

:

PEMAIN

NO. K/P

T/TANGA N PEMAIN

CATATAN

PENTING

Saya, sebagai pengurus pasukan/jurulatih/kapten mengaku semua maklumat pemain yang diberikan kepada penganjur adalah benar seperti di dalam borang dan mereka yang menandatangani borang pendaftaran pemain bersetuju untuk mematuhi peraturan, syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Apabila menandatangani borang pendaftaran, saya yang mewakili diri sendiri, pasukan, pendaftar bersetuju untuk tidak mendakwa/menyalahkan penganjur untuk sebarang tindakan, dakwaan atas sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan, kehilangan nyawa atas sebarang kejadian yang mana ia berkaitan dengan pasukan kami yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini termasuk ketika dalam perjalanan pergi dan balik yang membabitkan kecederaan atau kematian yang dialami sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung.

………………………………………. Nama pengurus/Jurulatih

……………………………. …………………. Tandatangan

Tarikh

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan Futsal ini terbuka hanya untuk anggota/kakitangan yang berkhidmat di bawah pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara yang mendaftar menjadi ahli Kelab Kebajikan Dan Sukan Pejabat Kesihatan Daerah Sebeerang Perai Utara.

2. Kejohanan ini akan dijalankan secara liga antara unit (pusingan awal) dan sistem kalah singkir peringkat seterusnya. 3. Pasukan yang layak ke akhir tidak dibenarkan mendaftar pemain baru.

4. Pasukan hanya dibenarkan mendaftar 8 pemain termasuk jurulatih ( seorang pengurus, lima pemain dan tiga pemain simpanan). Pasukan dibenarkan mendaftar pengurus pasukan. 5. Semua urusan berkaitan latihan hendaklah diuruskan sendiri oleh setiap pasukan diluar waktu bertugas rasmi. 6. Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang Futsal FIFA. Penganjur kejohanan ini mempunyai kuasa membuat sebarang keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada disemua vanue kesihatan. 7. Format kejohanan adalah mengikut pusingan liga tiga pasukan satu kumpulan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak kepusingan kedua mengikut sistem kalah mati.Masa perlawanan ialah 5 minit setiap sseparuh masa. Jika dua pasukan mempunyai mata yang sama, perbezaan jaringan gol akan diambil kira dan jika masih sama, pasukan yang menjaringkan gol lebih dikira pemenang. Jika sama juga, tendangan penalty akan dijalankan untuk menentukan pemenang. 8. Setiap pasukan digalakkan mempunyai pemain berbilang kaum agar dapat memupuk semangat perpaduan melalui sukan. 9. Setiap pasukan mesti bermain dengan penuh semangat kesukanan dan hanya pasukan yang terbaik akan menang.

Related Documents

Kelab
May 2020 17
Kelab Jqaf
November 2019 32
Kelab Komputer
May 2020 13
Penubuhan Kelab
June 2020 15
Kelab Persatuan
May 2020 12
Kelab K.nah.xlsx
December 2019 12