Kegiatan Ko Wajib Di Sek

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kegiatan Ko Wajib Di Sek as PDF for free.

More details

  • Words: 440
  • Pages: 2
Nama pengirim : ABDUL SAMAD BIN ABDUL HAKIM Alamat Rumah : No.154,Taman Melor,06700 Pendang,Kedah. Alamat Pejabat : SMK Ayer Puteh Dalam,06700 Pendang,Kedah. No.KP : 650404-02-5461 No.Tel : 04 7593261 / 019 4770621 Jawatan : Guru Penolong Kanan Kokurikulum _________________________________________________________________ KOKURIKULUM AKTIVITI WAJIB DI SEKOLAH Bidang pendidikan dikaitkan dengan istilah kurikulum dan kokurikulum.Dua bidang itu telah meletakkan sistem pendidikan menjadi elemen penting ke arah melahirkan generasi terbaik negara.Pendidikan tidak boleh bergerak di landasan tepat jika salah satu bidang keciciran. Akta Pendidikan 1996 mendefinisikan kokurikulum sebagai : “apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.” Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dengan jelas memperakui bahawa kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib dilaksanakan.Kegagalan atau keengganan melaksanakan aktiviti ini di sekolah adalah satu kesalahan dan telah diperuntukan sejumlah denda berbentuk wang atau penjara. Berdasarkan Warta Kerajaan bertarikh 21hb. Mei 1998, Jilid 42.No 11 Tambahan No.41 Perundangan P.U (A) 196, pihak sekolah boleh menubuhkan persatuan sekolah daripada kategori yang berikut: a.Mata pelajaran yang diajar di sekolah; b.Hobi dan rekreasi; c.Sukan dan permainan; d.Badan beruniform; atau e.Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar. Setiap pelajar di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah diwajibkan untuk menyertai tiga gerak kerja yang terdiri daripada unit beruniform,kelab dan persatuan dan kelab sukan permainan.Setiap pembahagian gerak kerja itu pelajar dikehendaki memilih satu unit sahaja yang telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran. Ringkasnya,seorang pelajar perlu menganggotai satu unit beruniform,satu kelab atau persatuan dan satu kelab sukan yang diwujudkan di sekolah. Contohnya,pelajar A boleh memilih unit beruniform Kadet Remaja Sekolah (KRS),Persatuan Bahasa Inggeris dan Kelab Bola Sepak.Pelajar diberi kebebasan untuk memilih gerak kerja kokurikulum mengikut minat atau berdasarkan hobi.

Semua gerak kerja kokurikulum yang hendak diwujudkan di sekolah perlu mendapat kelulusan dari Menteri Pelajaran yang disalurkan melalui Jabatan Pelajaran Negeri.Ini bermakna pihak sekolah tidak boleh menubuhkan kelab persatuan,unit beruniform dan kelab sukan secara bebas.Pihak kementerian telah menyediakan garis panduan yang lengkap tentang tatacara perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Semua aktiviti perlu dilakukan secara terancang dan menepati sukatan yang ditetapkan.Sebagai aktiviti yang mempunyai kesinambungan dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah maka kokurikulum dilihat sebagai aktiviti pengukuhan kepada kemahiran yang telah diterima pelajar. Apa yang terlihat dalam perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah sekarang ialah kesilapan tafsiran dan menjadikan kekangan tugas sebagai alasan ke arah usaha memperkasakan bidang ini. Namun begitu,kesilapan sedemikian telah diberi jawapannya dengan komitmen Kementerian Pelajaran untuk melihat gerak kerja kokurikulum dimartabatkan selaras dengan tafsiran Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penulis akan cuba menghuraikan dengan lebih lanjut tentang konsep dan tata cara perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah dalam tulisan selanjutnya. _____________________________tamat_________________________________

Related Documents

Kegiatan Ko Wajib Di Sek
November 2019 22
Sek
December 2019 32
Wajib
June 2020 13
Ko
October 2019 37
Ko
December 2019 39