Keberkatan Hadir Majlis Ilmu

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keberkatan Hadir Majlis Ilmu as PDF for free.

More details

  • Words: 269
  • Pages: 1
keberkatan hadir majlis ilmu

pujangga arab ada berkata: �tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.� kata-kata ini menerangkan kepentingan seseorang mencari ilmu sepanjang masa dan di mana juga dia berada. kedatangan ramadan juga tidak menghalang seseorang daripada menuntut ilmu. dalam hadis masyhur, rasulullah turut menerangkan kelebihan seseorang yang menuntut ilmu ketika ramadan. daripada anas bin malik, katanya, rasulullah bersabda yang bermaksud: �sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada ramadan, allah mencatat setiap langkahnya menyamai ibadat setahun dan dia bersamaku (rasulullah) di bawah arasy. �sesiapa memelihara solat jemaah pada ramadan, setiap rakaat diberi ganjaran sebuah kota yang dipenuhi nikmat daripada allah. �sesiapa melakukan kebaikan kepada orang tuanya pada ramadan, nescaya memperoleh perhatian daripada allah dengan penuh kasih sayang, sedang aku (rasulullah) menjaminnya dalam syurga. �perempuan yang mencari keredaan suaminya pada ramadan, maka baginya pahala seumpama pahala mariam dan siti aisyah. �sesiapa yang menolong keperluan orang islam pada ramadan, nescaya allah menolong 1,000 keperluannya pada kiamat.� justeru, ramadan bukan saja terkenal sebagai bulan latihan, kesabaran (syahru assabr) dan berkat (syahru barakah), malah bulan ilmu. ia memberi peluang kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri daripada perkara siasia. dalam kitab ihya� ulumiddin, imam al-ghazali menjelaskan bahawa abu darda� berkata, rasulullah bersabda yang bermaksud: �hendaklah kami menjadi orang berilmu. jika tidak, jadilah orang yang mempelajari ilmu. �jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu.� sesungguhnya, majlis ilmu berfungsi mendidik manusia mengenal keesaan allah, khususnya melalui penjelasan berkenaan ilmu tauhid. dengan tauhid, manusia akan mengenali siapakah dirinya dan tidak akan sesekali melakukan tindakan menyalahi syariat.

Related Documents