Keajaiban Matlamat

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Keajaiban Matlamat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,819
  • Pages: 6
Keajaiban Matlamat

Apabila anda sudah dapat mengenalpasti bidang yang mungkin menjadikan anda seorang jutawan anda perlu mengambil beberapa langkah.Setiap orang /organisasi yang berjaya bermula dengan sesuatu yang kecil dan mudah. “Mudah” kadang- kadang boleh membuat orang lain ketawa tetapi ia adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan atau tidak mustahil untuk dicapai. Anda mesti mematuhi hukum ini:Anda mesti menetapkan matlamat yang jelas , jumlah yang tepat dan tarikh ia menjadi kenyataan. Orang yang gagal jadi begitu kerana mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas ataupun matlamat yang mereka tetapkan untuk diri mereka tidak realistik. Mereka ini “berjaya” menjadi seorang yang gagal. Jika seorang agen insuran yang tidak pernah menjual lebih daripada RM 5 000.00 sebulan dan percaya bahawa itu adalah had jualan bulanan. Beliau tetap menjual setakat itu sahaja walaupun telah dipindahkan ke daerah yang lebih besar dan mempunyai lebih ramai pembeli yang berpotensi. Ini berlaku kerana minda separa sedarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa dia mampu melepasi had RM 5 000.00 sebulan itu.Ini menunjukkan betapa hebatnya pengaruh/kuasa minda separa sedar. Kini lihatlah ke dalam diri anda . Tidakkah selama ini anda berjaya mendapat apa yang anda yakini boleh dijayakan dan tidak lebih daripada itu ? Mengapakah ini berlaku ? Teori tentang minda separa sedar dapat menjelaskan keadaan ini. Matlamat adalah cara yang paling mudah dan berkesan untuk memprogramkan minda separa sedar anda. Ia umpama kata laluan rahsia ke arah punca kejayaan tanpa batasan. Anda tidak perlu bekerja keras untuk menjayakannya mungkin kadangkadang anda boleh berusaha dengan lebih sedikit lagi. Memang perlu berusaha dengan keras untuk mencapai sesuatu kejayaan.Tetapi jika kena dengan gayanya anda boleh berusaha dengan lebih sedikit daripada biasa tetapi dapat mencapai kejayaan yang lebih besar.Anda boleh bekerja dengan jangkamasa yang sama seperti selalu tetapi mendapat hasil yang lebih banyak.Rahsianya ada di dalam matlamat yang anda tetapkan. Ada satu perkara yang paling menyerlah sama ada terhadap orang yang berjaya apatah lagi terhadap mereka yang gagal:kebanyakannya tidak mempunyai matlamat yang sejelas- jelasnya di dalam pemikiran mereka. Ramai yang sudah cukup berpuas hati sekiranya mereka dapat memperbaiki kehidupan mereka sedikit sahaja berbanding dengan apa yang sedang mereka kecapi sekarang.Malangnya mereka takut untuk menentukan dengan pasti sesuatu yang benar- benar memberangsangkan.

Keajaiban Matlamat Bagaimana dengan anda sendiri?Apakah matlamat kewangan anda untuk tahun hadapan? Berapa banyakkah yang mampu anda perolehi?RM 20 000.00 ? RM 30, 000.00 ? RM 50 000.00? RM 100 000.00? Setengah juta ? Satu juta ? Jika anda seorang penjawat awam , gaji anda pasti bergerak di atas landasan yang tertentu. Anda boleh mengagak dengan pasti gaji anda dan jumlah kenaikan tahunannya. Jika begitu halnya maka anda tentu bertanya mengapa perlu anda menetapkan matlamat yang tidak akan membawa anda kemana- mana? Bagi kebanyakan mereka yang bergaji tetap , ini adalah alasan semata- mata. Jika anda seorang yang bercita- cita tinggi , luangkan masa untuk mencari sesuatu yang lebih baik kepada anda dan keluarga.Luangkan masa sejam dua untuk mencari ruang dan peluang untuk menambahkan pendapatan anda daripada menghabiskan masa di hadapan peti tv atau melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Jika anda mahukan masa hadapan yang lebih cemerlang, tetapkan matlamat anda dan kira berapa banyak masa dan tenaga yang perlu anda luangkan/korbankan untuk menjayakannya.Jika anda hanya berangan- angan sahaja maka itulah sahaja yang akan anda perolehi.Nilai diri anda adalah bergantung kepada apa yang anda fikirkan terhadap diri anda. Mulakan dengan satu latihan yang cukup mudah. Ambil sebatang pen dan sehelai kertas. Tuliskan berapakah anggaran pendapatan anda pada tahun hadapan ?Habis ? Bagus! Sekarang baca kenyataaan ini : Apabila anda menetapkan sesuatu matlamat , anda akan melakukannya berdasarkan imej kendiri anda. Jika pendapatan anda sekarang ialah RM 24 000.00 setahun, anda mungkin menulis RM 50 000.00 sebagai matlamat anda untuk tahun hadapan.Tetapi anda akan segera berhenti dan mengubahnya menjadi RM 40 000.00 atau RM 30 000.00 sahaja. Ini berlaku kerana secara tidak disedari anda tidak dapat menerima nilai diri anda sebanyak RM 50 000.00 setahun. Anda tidak mempunyai kualiti dan potensi untuk mencapainya.Sunguhpun kenyataan ini sesuatu yang memeranjatkan tetapi ia adalah yang sebenarnya. Semua ini berlaku kerana anda ialah siapa yang anda fikirkan dan anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan. Inilah peranan imej kendiri yang amat berkesan di dalam menjadi anda seperti sekarang ini. LETAKKAN MATLAMAT TERTINGGI Had yang paling besar yang menjadi penghalang kepada kemajuan kita bukannya terletak di hadapan atau di luar sana . Had itu letaknya di dalam kepala kita. Dalam kebanyakan hal semua orang memandang rendah terhadap kemampuan dirinya walaupun dia kelihatannya sebagai seorang yang berkeyakinan. Tanpa disedari setiap daripada kita mempunyai perasaan rendah diri pada darjah yang tertentu.Ini menyebabkan kita merasa rendah diri apabila membandingkan diri kita dengan orang lain sama ada dari segi fizikal, mental, kewangan dan sebagainya.

2

Keajaiban Matlamat

Cara yang paling baik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan meningkatkan esteem kendiri anda melalui penetapan objektif dari segi kewangan. Lakukan latihan berikut: Sebentar tadi anda telah menetapkan matlamat anda dari segi kewangan. Sekarang tambahkan jumlah tersebut menjadi dua kali ganda. Sekarang pastikan tindakbalas anda .Jika anda meletakkan jumlah RM 50 000.00 , mengapa tidak jadikannya RM 100 000.00? Bagaimana perasaan anda sekarang ? Adakah ia sesuatu yang terlalu tinggi untuk dicapai ? Jika inilah yang anda rasa anda tidak salah. Memang tidak ramai yang berjaya mencapainya .Sungguhpun begitu tidak mustahil beribu- ribu orang yang lain menjadi jutawan atau berpendapatan enam angka setiap tahun. Semua orang yang kaya baik lelaki mahupun perempuan bermula dengan mendapatkan imej kendiri sebagai jutawan terlebih dahulu sebelum benar- benar menjadi seorang jutawan. Jangan merasa takut untuk meningkatkan harga kendiri anda . Tetapi buat tahun yang pertama jangan tetapkan matlamat yang terlalu tinggi untuk dicapai. Mulakan dengan jumlah yang anda yakini boleh dicapai dan kemudian tingkatkan ia sedikit demi sedikit. Apa yang penting ialah tetapkan matlamat yang dapat merangsang dan memotivasikan anda. Menetapkan matlamat yang jelas adalah sesuatu yang ajaib. Apabila anda menetapkan matlamat kewangan anda akan sentiasa dihantui oleh rasa tidak mampu dan terhad.Tetapi sebaik sahaja matlamat yang pertama berjaya anda capai maka semestinya anda menetapkan matlamat yang lebih tinggi Apa yang sering mengejutkan orang yang menetapkan matlamat mereka buat kali pertamanya ialah mereka berjaya mencapai apa yang mereka tetapkan ! ini tidak terhenti di situ sahaja tetapi terus berlaku berterusan.. Mengapa tidak anda demikian juga ? Cabar diri anda dengan matlamat yang realistik.Ia adalah satu permainan yang menghiburkan dan menjanjikan bonus dan dividen yang di luar jangkaan anda. Anda mungkin akan dapat mencapai matlamat anda dalam tempoh enam bulan berbanding dengan setahun yang telah anda tetapkan . Andalah orang yang pertama akan beroleh menafaat dan faedah daripadanya, Anda mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada apa jua nilai yang anda percayai. Masalahnya ialah tidak ada sesiapa memberitahu anda tentang perkara ini. Apa yang sering berlaku ialah sebaliknya. Ramai rakan dan taulan yang cuba meyakinkan anda sebaliknya.Kecerdikan , kerja, motivasi , imaginasi, disiplin dan pengalaman adalah elemen yang penting untuk kejayaan. Tetapi berapa ramai orang yang anda kenali mempunyai ciri – ciri ini tetapi masih gagal mencapai potensi sebenar mereka ? Mungkin ini juga benar terhadap diri anda?

3

Keajaiban Matlamat Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ramai orang dan syarikat yang kurang elemenelemen di atas tetapi mempunyai pencapaian yang lebih tinggi daripada anda dan syarikat anda. Mereka yang kelihatan serba kekurangan ini bukanlah ada sesuatu yang istimewa tetapi akaun mereka lebih besar daripada anda. Dan pemegang saham mereka tersenyum dengan lebih lebar. Alasan atau punca sebenar bukannya nasib ataupun kebetulan.Mereka ini mempunyai imej kendiri yang berbeza dan telah menetapkan matlamat yang jelas untuk diri mereka . Mereka yakin dengan imej kendiri dan mereka yakin dapat mencapai apa sahaja yang telah mereka tetapkan. Mereka begitu ikhlas dan tanpa ragu- ragu sama sekali. Sebaliknya anda mungkin secara tidak sedar meragui kemampuan diri anda dan sering mempersoalkan matlamat yang telah anda tetapkan. Hilangkan semua halangan dan had dan tingkatkan nilai kendiri anda dengan menetapkan matlamat setinggi yang boleh. Bukanlah sesuatu yang sukar untuk minda separa sedar anda menjadikan apa jua sebagai satu kenyataan . Tidak ada bezanya antara matlamat yang tinggi dengan yang rendh, antara yang besar dengan yang kecil kepada minda separa sedar anda.Apa yang penting ialah anda pasti akan gembira apabila apa sahaja matlamat yang anda tetapkan dapat dicapai. TULISKAN MATLAMAT ANDA “…menulis sesuatu secara teratur dan berterusan bagai satu disiplin adalah langkah pertama untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan.Di dalam perbualan , anda mungkin akan hanyut atau terlanjur membicarakan sesuatu yang mengarut. Tetapi apabila dituliskan anda terpaksa berhadapan dengan sesuatu yang spesifik. Dengan itu juga anda alan terelak daripada tertipu dan begitu juga dengan orang lain.”.. Lee Iacocca Luangkan masa anda untuk membaca petikan ini dan mengamalkannya.Ia ditulis oleh seorang yang telah membuktikannya. Menulis sesuatu perkara menjadikan matlamat anda sebagai sesuatu yang konkrit. Ia adalah tindakan/langkah mula untuk menjayakan apa sahaja yang anda idamkan.Oleh kerana itu adalah langkah yang pertama sudah pasti anda tahu kepentingannya. Keduanya dengan menuliskan matlamat anda tidak akan menipu dan tertipu. Jangan takut untuk menyuarakan matlamat anda kepada ahli keluarga anda dan rakan yang terdekat.Mungkin anda akan terdedah kepada cemuhan dan menjadi bahan gurauan.tetapi itulah yang telah dihadapai oleh orang – orang yang berjaya dan mempercepatkan mereka kepada kejayaan tersebut. Orang yang cemerlang dan berjaya tidak akan menjadikan anda sebagai bahan ketawa.Mereka mungkin tersenyum . Tetapi senyuman mereka itu adalah senyuman seorang rakan dan memahami bahawa anda telah menemui rahsia yang akan menjadikan anda seperti mereka juga.Pedulikan cemuhan, gurauan dan celoteh yang lain

4

Keajaiban Matlamat yang tidak akan melemahkan anda.Sebaliknya akan tiba masanya nanti untuk anda ketawa besar dan tersenyum dengan lebar setelah apa yang anda idamkan dapat menjadi kenyataan.Matlamat yang terperinci dan jelas adalah umpama papan anjal yang melambungkan anda ke arah kejayaan. “KEGILAAN” Jadikan impian anda sebagai satu ‘kegilaan”.Tuliskan dan lekatkan ia di beberapa tempat yang mudah dilihat.Apa yang penting pastikan ia sentiasa bermain- main di dalam pemikiran anda.Prinsip Minda ialah “Tenaga ada di mana pemikiran anda jatuh”. Apabila anda sentiasa memikirkan tentang sesuatu perkara ia akan menjadi semakin kukuh dan segala tenaga akan membantu anda menjayakannya dengan cara yang tidak terduga.Matlamat adalah umpama kanta pembesar. Fokus akan membesarkan dan menjadikannya lebih jelas. Ide yang tekal digelar oleh sesetengah penulis sebagai “monoideisma’’.Ia bukan sahaja tenaga dan kejayaan tetapi juga menjaga anda daripada kesilapan yang serius. Semua orang yang berjaya mempunyai ide yang tekal ini dan matlamat ini membawa mereka ke arah kejayaan. Matlamat yang jelas akan menjadikan kehidupan anda lebih bermakna.Apa sahaja dalam kehidupan anda sama ada keluarga, kerjaya, kesihatan, kewangan dan apa sahaja yang dapat membantu anda mencapai matlamat anda mestilah dialu-alukandan digunakan dengan sebaik yang mungkin.Apa sahaja yang menjauhkan anda daripada matlamat anda mestilah ditinggalkan . Anda akan mengetahui dengan pasti bagaimana sesuatu itu mendekat/menjauhkan anda daripada matlamat anda . Minda yang terfokus kepada sesuatu matlamat yang jelas akan memberi ilham dan gerak hati sama ada sesuatu perkara itu mendekat/menjauhkan anda daripada matlamat anda. Anda akan dapat sesuatu yang baru yang menjuruskan ke arah matlamat anda seperti ide yang baru daripada buku yang baru sahaja dibaca atau nasihat yang baru sahaja diterima .

5

Keajaiban Matlamat

KEAJAIBAN MATLAMAT

Azaman Muhammad Disember 2001

6

Related Documents

Keajaiban Matlamat
July 2020 20
Keajaiban Wanita
June 2020 32
Matlamat Hidup
November 2019 32
Keajaiban Madu
October 2019 41
Keajaiban Ciptaan
October 2019 32
Matlamat Kewangan Peribadi
October 2019 27