Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa as PDF for free.

More details

  • Words: 1,351
  • Pages: 18
Kata Ganti Nama Ia Dan Ianya Dalam Bahasa Melayu: Pendekatan Rangka Rujuk Silang

Nor Hashimah Jalaluddin Program Linguistik Pusat Bahasa dan Linguistik [email protected]

Isu KGN dalam Nahu Melayu Penahu Melayu: KGN ada 3: tanya, diri dan tunjuk Konflik: Ia untuk KGN diri ketiga Ianya untuk benda abstrak Kenyataan: Ia untuk manusia dan bukan manusia Ianya boleh juga untuk benda bukan abstrak

Maklumat Lama  





Ia – digunakan untuk KGN diri ketiga, Ia – terjemahan dari „it‟ dan mencemarkan bahasa Melayu Ia – harus dielakkan dan gunakan sahaja pengulangan kata nama Ianya – setakat ini hanya AHO yang membincangkannya.

Maklumat Baru Berdasarkan Data Korpus:  „Ia‟ digunakan untuk manusia dan bukan manusia  Peratus „ia‟ untuk bukan manusia lebih tinggi mengatasi manusia  „Ianya‟ boleh diluaskan kepada benda bukan abstrak

Apa itu korpus 



the study of language based on examples of „real‟ life‟ language use, corpus linguists study real language, other linguists just sit at their coffee table and think of wild and impossible sentences

McEnery & Wilson (1996)

Analisis Rangka Rujuk Silang Rangka rujuk silang adalah pengesanan rujukan sesuatu ujaran yang tidak mempunyai anteseden. Ia dapat mengaitkan ayat kedua dengan ayat pertama dalam satu wacana bagi membantu pendengar mentafsir ujaran tersebut. Bagi membantu pendengar memahami ujarannya, penutur hendaklah memberi premis tambahan yang dapat menjadi sebahagian daripada konteks. Pendengar pula akan menggunakan premis tambahan itu bagi mengesan anteseden yang diperlukan bagi memahami makna sebenar yang dihajati oleh penutur . Sebagai contoh, Peti sejuk itu rosak. Pintunya perlu diperbaiki. Nya di sini merupakan KGN yang mempunyai rujukan khusus. Nya juga dikenali sebagai anafora. Tetapi rujukan yang jelas tidak kelihatan di sini. Dengan menggunakan RRS, nya dapat dipautkan pada peti sejuk. Nya adalah KGN genitif. Berdasarkan konteks kita maklum bahawa peti sejuk adalah benda yang mempunyai pintu. Jadi nya pada pintu akan menjadi premis tambahan kepada peti sejuk.

Maklumat Korpus IA” Bahan Klasik, Buku Teks, Majalah Ilmiah dan Bukan Ilmiah IA Mengikut Korpus (%) 120 98

Peratus

100

84.7

84.4

81.7

80 Manusia

60

Bukan Manusia

40 20

15.3

18.3

15.6

2

0

Klasik

M aj. Ilmiah

M aj. B. Ilmiah

Bahan Korpus

Buku Teks

Contoh Data “IA” - MANUSIA

Klasik 1

Di dalam hal itu ***ia*** pun kembalilah ke rumah berfikir-fikir.

2

Di dalam antara itu ***ia*** pun bertawakallah mencuba pergi dengan perahunya bernama Lancang; kawannya lima belas orang cukuplah dengan alat senjatanya meriam dan lela.

Majalah Ilmiah 3

Beliau kemudian menunjukkan surat nikah, justeru tak mahu kes ini berpanjangan ***ia*** bersetuju untuk menceraikannya

4

Dalam menghadapi masalah rumah tangga, isteri memainkan peranan utama, khasnya yang mempunyai pengetahuan agama sudah tentu ***ia*** dapat mempengaruhi suasana rumah tangga oleh cara yang dikehendaki oleh Islam.

Samb. Majalah Bukan Ilmiah 5. Sebagai doktor banyak yang dapat dilaksanakan sebagai pendakwah seperti juga ***ia*** guru atau intelektual (yang cergas berdakwah) dalam bidang keilmuan. 6. Sekiranya individu yang dikatakan lemah semangat itu melihat jenazah apabila ***ia*** pulang ke rumahnya dan mengalami gangguan perasaan, emosi dan perilaku kemungkinan besar ***ia*** akan dikatakan telah terkena badi.

Buku Teks 7. disebabkan penyusuan iaitu apabila seseorang itu telah menyusu kepada ibu bukan ibunya, maka ***ia*** haram berkahwin dengan ibu susuan dan ibunya 8. Mahkamah Syari'ah dan mahkamah setelah menerima permohonan akan memanggil bekas isteri untuk mendapat maklumat, sama ada ***ia*** bersetuju atau sebaliknya.

Contoh Data “IA” Bukan Manusia Klasik 1 Oleh yang demikian (tiadalah diharapkan fikiran ini) hendaklah dengan seberapa segeranya kita bersiap(lah) ***ia*** ditambah ubat (senjata ubat) peluru… 2 Maka dicampakkannya galahnya, katanya, "Lari kita, perahu ini (***ia*** tiada mahu mudik) dipegang (oleh) hantu air.

Majalah Ilmiah 3 Dari ketiga-tiga ayat di atas dapat kita fahamkan bahawa al-Quran menceritakan sendiri masa ianya diturunkan buat pertama kalinya, iaitu: ***Ia*** diturunkan pada malam yang penuh berkat 4. Kemudian ***ia*** Muhammad s.a.w.

diturunkan sedikit demi sedikit kepada Nabi

Samb. Majalah Bukan Ilmiah 3.

Walaupun pernah melawat semua tempat-tempat itu, pada saya, ***ia*** tidak sama dengan Rockland Lake, sebuah tasik kecil berhampiran New York City.

4. ***Ia*** menerima deposit daripada pelanggan biasanya melalui tiga jenis akaun iaitu Akaun Semasa, Akaun Simpanan dan Akaun Pelaburan Umum.

Buku Teks 5. Ketika serangga makan cecair ini, ***ia***mungkin tergelincir ke dalam periuk kera ini.

6. Pernahkah kamu fikirkan bahawa walaupun sampah-sarap yang kamu buang ke dalam tasik atau sungai itu kecil atau sedikit sahaja tetapi ***ia*** boleh menyebabkan pencemaran.

Analisis RRS Contoh 1: ‘ia’ boleh dirujuk sebagai manusia kerana hanya manusia yang dikurniakan akal untuk ‘berfikir-fikir’. ‘Ia’ yang dianggap sebagai katafora kerana mendahului rujukannya tidak menghadapi masalah untuk dicarikan rujukannya.

Contoh 2: Hanya manusia yang boleh ‘bertawakal’ dan ‘pergi’. ‘Bertawakal’ dan pergi’ merupakan premis tambahan yang juga merupakan sebahagian daripada konteks yang mampu membantu pembaca mentafsir rujukan dengan mudah. Contoh 3: ‘ditambah ubat’, ‘peluru’ memang berkaitan dengan senjata, maka rujukan ‘ia’ di situ sesuai sebagai bukan manusia. Contoh 4: merujuk kepada perahu kerana hanya perahu yang mempunyai ciri mudik. Contoh 5: ungkapan seperti, ‘diturunkan’, ‘malam yang berkat’, ‘Nabi Muhammad’ adalah berkaitan dengan hal ehwal agama Islam. Selalunya perkataan diturunkan memang merujuk kepada AL-Quran yang juga merupakan wahyu yang diberi oleh Allah kepada Nabi Muhammad. Maklumat ini membekalkan maklumat konteks yang juga sebagai sebahagian daripada premis tambahan yang berguna untuk kita membantu kita mentafsir maklumat dengan lebih mudah lagi.

Maklumat Korpus “IANYA” Bahan Klasik, Buku Teks, Majalah Ilmiah dan Bukan Ilmiah IANYA Mengikut Korpus (% ) 120

Peratus

100 80

100

99.4

96.1 76.7

Manusia

60 40

Bukan Manusia 23.3

20

3.9

0.61

0

0

Klasik

Maj. Ilmiah Maj. B. Ilmiah

Bahan Korpus

Buku Teks

„IANYA‟ - MANUSIA 1.Maka ***ianya***, dua beradik dan Wan Embong itu, lima senjatanya; keris panjang, keris pendek, sundang, di atas kepalanya "Lawi Ayam" namanya, tombak lada. 2.Terlebih baiklah hamba balik ke negeri hamba, supaya hamba bermuafakat dengan khalifah hamba, kerana ***ianya*** faham dalam ilmu terus mata. 3.Mengenal Tugas: Selaras dengan status dirinya serta tujuannya ***ianya*** dicipta, tugas manusia ialah untuk beribadah kepada Allah dan mentadbir alam dan isinya sebagai wakil pentadbir dari Tuhan.

4.manusia itu berada di antara ikhtiar dan paksaan, dengan itu ***ianya*** bukanlah pemilih yang mutlak dan bukan pula dipaksa secara pasti (mujbir mulzam), malah ***ianya*** mempunyai iradat tetapi iradat itu iradat yang terikat (muqayyad)

IANYA –Bukan Manusia 1. Ibadah formal yang dimaksudkan itu telah ditentukan oleh Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji di mana ***ianya*** mempunyai struktur, sistem dan peraturan yang telah ditentukan oleh Syariah. 2. Setelah sampai ke rumah ayah bonda, maka Jibril pun ghaiblah ***ianya***.

3. Dua peguam persekutuan yang mendakwa Rich, Sandy Weinberg dan Martin Auerbach, memberitahu panel itu mereka tidak pernah dirujuk mengenai pengampunan itu dan berasa marah apabila ***ianya*** diluluskan. 4. Ong berkata, di Jepun, rakyatnya prihatin dalam penggunaan tandas awam dengan memastikan ***ianya*** bersih selepas mereka selesai menggunakan kemudahan terbabit.

ANALISIS RRS 1.

Ungkapan seperti ‘ikhtiar dan paksaan, ‘pemilih yang mutlak’, ‘status diri’, ‘beribadah’ adalah ungkapan-ungkapan yang memangnya merujuk kepada manusia. Kebolehan manusia untuk melakukan perkara di atas memang tidak boleh dinafikan lagi. Kesemua ini membantu membentuk konteks dan mengizinkan usaha memproses maklumat yang rendah . Jadi sahlah ‘ianya’ dalam data-data di atas merujuk kepada manusia.

2.

‘Ianya’ boleh merujuk kepada bukan manusia tetapi boleh diluaskan kepada bukan abstrak. 23 merujuk kepada aktiviti, 24 kepada ibadah, 25 projek pembangunan, 26 pengampunan dan 27 tandas awam.

RUMUSAN “IA” dan “IANYA” i)

KGN ‘ia’ sangat kerap digunakan. Penggunaannya bukan sahaja dalam bahan korpus kontemporari tetapi juga dalam data klasik.

ii) Jika betul ‘ia’ dianggap terjemahan dari barat ‘it’ maka kita perlu membuktikannya. Kehadiran data klasik adalah lebih awal daripada bahan Inggeris. Jadi untuk mengatakan ia terjemahan dari ‘it’, perlu dilihat semula. iii) Seandainya betul ‘ia’ terjemahan dari ‘it’, maka kita seharusnya telah dapat menerima KGN ini sebagai proses pertembungan bahasa dan budaya. Untuk mengatakan ia mencemar BM boleh dianggap sebagai agak keterlalauan.

iv) ‘ia’ banyak digunakan untuk merujuk kepada bukan manusia. Ini juga harus dibenarkan. Di sini kita dapati ‘ia’ boleh membantu penulis menjadi lebih kreatif dan mempunyai ruang untuk berkarya. Pendapat agar kita mengulang-ulang balik subjek bukan manusia itu dianggap terlalu tegar. v) Penggunaan ‘ianya’ harus dilebarkan kepada bukan manusia yang bersifat bukan abstrak.

KESIMPULAN

Jikalau ia kajang di biku, Tanam dedap dalam denai Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati.

Related Documents